Kenapa anak remaja kita tak banyak memancing

Salam, kedua-dua hari cuti hujung minggu saya habiskan dengan memancing. Hari sabtu sehari suntuk di kolam bayar dan begitu juga halnya hari ahad sampai ke malam di lombong free.

Pemerhatian saya selama dua hari ini (dan begitu banyak hari-2 sebelumnya) dan respond dari kawan-kawan mendapati cukup kurang anak remaja kita yang menceburkan diri dalam arena pancingan ni. Ada kengkawan kata mungkin mereka tak cukup duit elaun nak ke kolam bayar dan membeli alatan. Tapi bagaimana pula dengan lombong-lombong free yang bersepah di Puchong, Rawang dan banyak lagi … susah juga nak jumpa mereka ni.

Apakah memancing ni hanya sesuai bagi golongan post-remaja (bukan tua) ataupun benar kata sesetengah kawan-kawan yang memancing ni aktibiti mahal …

SaLaMz brO lkarim…

anak remaja skrg lebih banyak meminati benda lain selain dari mancing ni brO, kalau pasal mahal atau murah bukan alasan bagi diorang nih, kalau dah minat walau mahal sekali pun diorang rentap gak, pandai la diorang mintak duit ngan mak-bapak… hobi memancing ni mana ada mahaL, boleh dikatakan antara yg termurah… aku duLu pun memula mancing, tak guna rod & reel mcm skrg nih, gulung tali kat botol bedak jer… hehehe… kalau ada galakan, tak mustahil diorang boleh berminat dgn aktiviti nih.. mcm kat area perumahan kos rendah tempat aku tinggal nih, skrg boleh dikatakan ramai dah remaja yg meminati hobi mancing nih… mula2 tak minat, tapi aku selalu ajak dorang ngail sekali, kalau diorang dah merasa keseronokkan memancing nih, tak payah kita ajak, diorang yg ajak kita duLu… hehehe…

===============================

::: PAPAR ANGLERS :::

kawe rasa tiada pendedahan dari ayah/abg/sedara dsb..

mcm kawe sendri.. kawe mengenali dunia pancing ni bila study kat u. tu pun sebab ikut member yg minat mancing. pas tu baru nak join sekali…

Anda tinggal di Kelantan/besut/jertih? Anda Minat Memancing? JOM!!! http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=9543

Bagus juga topik ni diperbincangkan.Sama juga dengan anak lelaki saya tak begitu minat memancing.Katanya tak sanggup menbangau lama2 ditengah panas baik duduk rumah tengok tv citer katun.

Dulu2 ada juga anak lelaki saya bawa pergi memancing utk memancing tetapi skg amat jarang sekali dia mahu ikut saya pergi memancing.Nak kata peralatan pancing tiada saya rasa semua dah cukup saya miliki dari light,sederhana,laut,set casting,fly,lure pun dan mula beli semula sebab saya dah mula terjun air tawar tetapi anak saya hanya pandang aje rod tu dan tiada minat tuk bertanya dan bagaimana cara menggunakan peralatan yang saya miliki tu.

CFC-Cheras Fishing Club

Remaja kita suka memancing tapi mancing ‘ikan duyung’…[8D]

…under constraction..</font id=“red”>

Boleh tak kalau saya katakan yang memancing ni semacam sesuatu yang agak private atau pun sentimental bagi kebanyakan pemancing (Ayah/bapak), seperti kata ioriamd dan paDuka, “kurang galakan orang tua dan yang lebih tua”.

Memancing ni adalah salah satu hobi.Zaman aku dulu tak kenal komputer,Kere ok,video game dan bermacam macam lagi seperti sekarang.Munkin budak budak zaman dahulu dari kecil dah tengok orang tuanya memancing.Walaupun orang tua memancing bukanlah kerana hobi semata mata tetapi ia juga adalah satu sumber untuk mendapatkan rezeki untuk hidangan tengahari/malam.Semasa aku kecil dahulu pernah aku tengok orang tua aku memarahi abang kerana tidak mahu mengikutnya memancing.Ini kerana jika abang aku turut sama memancing berkemunkinan besar banyak ikan boleh diperolehi.Jadi tak ada masaalah untuk santapan hingga kemalam.Apabila aku besar sikit, aku tengok abang aku ni dah boleh memancing bersama kawan kawannya.Memang masa itu (awal 70an)ikan agak banyak serta senang untuk didapati.hinggalah disatu masa orang tua aku bersara dari memancing.kalau pergi pun kadang kadang je.beliau hanya menumpukan tugasnya dikebun dan sawah saja.Tugas memancing diambil alih oleh abang abang aku.Dari masa ke semasa ianya telah menjadi hobi kepada mereka.Aku juga diajar oleh abang abang aku memancing.tapi yang peliknya apabila semua dah besar serta berkerja sorang pun tak ada dari keluarga aku yang minat memancing.Ini juga terjadi kat aku selama hampir sepuluh tahun.Aku pun mula stat balik pada tahun 96.Sampai le sakarang aku memancing.Aku tengok dari berpuluh anak saudara aku tu ada le dua tiga orang yang suka memancing.itu pun ala kadar je.yang lain semuanya hampeh…tak minat kat pancing langsung.yang mereka tahu makan hasil pancing je…

http://parjo66.multiply.com/photos/album/2
http://parjo66.multiply.com/photos/album/3


Mana ikan untuk saya…!

setuju ngan parjo, bebudak skang nih membesar dengan suasana yg moden, kalau kite dulu tampat main kat tepi parit,sawah… skang diorang main kat playground, indoor plak tuh. dulu kite main konda-kondi, skang diorang main PS2. zaman da berubah…

Tak pe la Bro Ikarim..
Kalau dia org tak nak memancing..bro ajak aku je..
Jom ngail..


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

aku pon setuju ngan parjo…
dulu aku diperkenalkan oleh bapak aku tentang dunia mancing nie…
memula tu agak mencuka jugak sebab tiap kali pegi mancing…
konpom kene jadi kuli pasang umpan, bawak ikan masuk tong ice dan lain lain…
kemudian, arwah mak aku hadiahkan set pancing (rod ugly stick + reel sheakespeare + maxima ultra green 30lb) sempena besday aku yang ke 13…
lepas tu, terus dah liat sikit ikut bapak aku pegi mancing…
sebab udah ade rod sendiri, dah tak payah pinjam bapak punye…
start dari situ le makin ligat aku meneroka lombong lombong baru…
sampai kene tido luar umah sebab balik lambat…

sekarang nie, puteri gunung ledang aku dah start tunjuk bakat memancing die…
dah boleh le casting sikit sikit…
aku pon ade ingat nak beli satu set casting kat die…
hero malaya aku belum tunjuk bakat lagi…
maybe die lagi suke main gelongsor dari basah basah kat tepi kolam tu…

ape pon, aku tak kesah…
diorang minat mancing ke, tak minat mancing ke, aiman tak kesah…
asal jangan minat benda yang bukan bukan sudah le…
lagipun banyak lagi perkara berfaedah yang ada kat dunia nie selain dari mancing…
betul tak… [^]

_______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>
The X-Treme Anglers Club</font id=“orange”>
_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com

Jgn minat skodeng dah ler [^]

CFC-Cheras Fishing Club

hehehehehehe…
abuya… itu pon kire berfaedah jugak tu…
ilmu sains rumahtangga… [}:)]

_______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>
The X-Treme Anglers Club</font id=“orange”>
_______________________________________________________________________</font id=“black”>

godet7@YAHOO.com

budak2 kan suke rempit je skang nih…mcm aku dulu gak..kuikuikui [:D], bile dh besor skit bru terjebak nk mancing..[|)]

========================================

Adyputra @ Norman</font id=“red”>
0126443424
manz_z_hardyz@yahoo.com
Jarang ajak org gi mancing, ngikut org mancing rajin ler</font id=“green”>

========================================

quote:
Originally posted by adyputra
budak2 kan suke rempit je skang nih...mcm aku dulu gak..kuikuikui [:D], bile dh besor skit bru terjebak nk mancing..[|)] ========================================

Adyputra @ Norman</font id=“red”>
0126443424
manz_z_hardyz@yahoo.com
Jarang ajak org gi mancing, ngikut org mancing rajin ler</font id=“green”>

========================================


Jika merempit di litar ok gak mana tahu dpt jadi pelumba GP,cuma jangan merempit dan berkepit di jalanraya dan tempat2 sunyi aje.Jika di jalan raya merempit silap2 terkepit,sama ler juga berkepit di tempat2 sunyi pasti ia juga bakal terkepit [:D]

CFC-Cheras Fishing Club

teman pon dulu rempit gak..tp x hardcore la..mancing tetap mancing..timbol minat mncing ni sbb dulu selalu ikut bapak mncing kat sg perak..budak2 skrg ni susah sikit..sbb bnyak pendedahan luar..tp insyaallah anak teman esok nak ajar dari kecik ikut mncing..mana la tau kot besor nnti leh jd idola lak..hehe

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/trans-2.gif[/IMG] tOrEx http://torex.multiply.com/ COLOSSOMA TEAM

memang kalau diperhatikan skg ni… mmg remaja tak ramai yg minat memancing… sy kini lewat remaja ni… masa zaman remaja dulu mmg minat mancing… tapi byk halangan… antaranya.. sumber kewangan… peralatan… dan tak de geng nak gi mancing… sebab kawan2 semua bukan kaki mancing… kalau ajak diorg gi mancing… adakalanya.. kena kutuk… “wat pe nak gi mancing tu… baik beli je ikan kat pasar”… “buang masa je mancing ni… byk keje lain bole buat”… “boring la mancing ni… kalau gi pun.. belum tentu dapat ikan”… tu lah antara dialog diorg… jadi… bagi mengisi masa lapang sy… sy habiskan dgn berekreasi… sy join pengakap (sampai skg)… aktivitinya byk melibatkan camping ngan bdk2 skola.. tak kurang juga… sy selalu mendaki gunung.. dan aktiviti rekreasi lain…
tapi skg ni… mmg jarang kita nak nampak remaja yg suka dengan aktiviti rekreasi si.. termasuk memancing… mungkin bagi meraka… ada keseronokan lain yg mesti diorg kecapi ketika zaman remaja ni… ye la.. bagi diorg… remaja ni hanya sekali… jadi… diorg nak enjoy puas2…
*hanya pendapat dari insan yg lewat remaja… hehehehe…

Tapi anak2 sy ni lain sikit…
bebudak ni memang suka mancing… baik yg jantan, mahupun yg pompuan
bila kita sibuk buat set-up nak pegi mancing…
dia org pun sibuk suruh prepare dia org punya pancing..
Tapi taklah selalu bawak bebudak ni pegi mancing…
Tengok pada masa dan tempat yg sesuai je…

saya sebagai pemancing remaja [:D] (baru nak masuk 22)nak beri komen skit hehehe
pada hemat sy minat mancing ni datang dari genetik…kalo ayah suke mancing anak dia mesti ikut mancing jgk…kalo ayah minat muzik anak minat muzik gak mcm kasih selamat tu [:D]
2nd budak2 skang ni minat diorng byk dah teralih kat sukan2 moden seperti painball atau skateboarding yg lebih mencabar…tp sbnrnya diorang tak penah rasa lg menarik siakap atau jenahak…kalo dah tarik baru tau feel dia hehehe…kang baru penuh kolam2 ni hehehe [:D]
kalo nak ikutkan mmg boleh dikira berapa ketul je anak muda yg ada kat kolam mancing komersial, tasek2, lombong atau sungai tuk mancing…
sebagai cadangan…kasi byk lg pertandingan memancing peringkat umur antara seawal 10 sampai 18 untuk peringkat remaja dan 20an tuk remaja tua hehehehe…sekian [:D]


Anok-anok kawe minat mancing, mungkin baru skolah rendah kut. Sudah disediakan satu set medium dan satu set light untuk setiap hero saya, tapi masih belum pandai kontrol drag. Sekarang minat casting pulak sebab tak payah nak cari cacing atau gaul dedak. Bapak dia plak susah hati sebab alatan kecil manjang salah letak. Sat mata kail dok sana, kotak pancing dok sini, batu ladung bersepah… fening.


019-3595543

Betul tu kalau kat kolam bayar tu geng2x yg muda2x yg boleh diiktiraf sebagai pemancing tegar memang tak bnyk.

Bagi saya mancing ni lagi bagus dari melepak tak tentu arah.. walaupun kekadang bila balik rumah muka hitam legam kerana berjemur.. Kekadang mak saya panggil saya Ravi pulak.. cehh [:D]

== Searching for Abu Cardinal UltraCast 63.. PM me if you interested to sell.. ==