Salam semua..
ni report saje aku nak kongsi sikit2 pengalaman tahun 2011 punya trip
kira 1st trip utk tahun ni
Lokasi : Kitatahara Park/Inagawa/Japan ( takkan kat Parit pulak hehehe [:D] )
Kawasan : Hulu sg..kira ada la sikit jeram2..tp dah di ubah suai sikit..bukan total jeram
Tarikh : 4 Jan
Tempoh memancin : 7pg-12.30 tgh
Spisis : Trout ( sepupu sepapat solmon khan )
Teknik : Casting
Peluru : Mikro lure & spoon
Set : rod aksi ringan 2-6 lb
line : Florocarbon 2 lb
Ahli : 4 orang termasuk aku ( 3 kawan2 japan merangkap sifu )
Pengalaman : Aku = 0 nie 1st time…belasah jee..
ok layan gambar je la..aku dah serik hantar report..klu tak,report ni 2minggu lepas aku nak antar…tp photobucket buat hal..dah nak siap las report boleh dia keras..2jam tggu tak ok gak..las2 aku pangkah je..hahaha..[}:)][xx(][V][V]
Ok2..aku cite la sikit2…
Pagi sampai lokasi 6.30pg..suhu tahap beku 0-4darjah

pondok pintu masuk kawasan mancin

Aku ingat aku je yg gile..mancin pepagi buta tgh sejuk2 nie..rupanya japan lg ramai yg gile..hehehe

aku tgh terkial2 nak siap2kan set..kawan aku plak dah mula mancin…patut la diorang tak leh tggu..ruparupanya depan mata trout besar tgh main..

cuaca semakin cerah..tapi suhu sama sahaja..aku dah mula takleh blah..jari jemari sakit pasal kebas sejuk..

Setakat rimbun buluh ini saja kawasan yg d benarkan memancin..atas lg tak leh masuk

Aku yg bermurah hati telah sedekahkan lure megabass utk buat mainan anak2 berok…sib baik kat japan..klu m,sia aku redah gak anak sg ni..bukan sikit lure yg ada kat situ..berpuluh2..maknanya ramai gak la pemancin japan yg tak pro cam aku..kekekekeke..[xx(][:D][;)]

Tggal 4 ketoi je peluru aku..pas ni putus lagi..aku tak mancin la…aku mancin spisis lain la..lg bes hehe..

Mana ada benda free kat japan ni..kena bayar la mancin lam taman ..bayaran permit tuk 1org 3500yen = rm 1++

Hahahaha..muka suda tarak darah..padan muka aku..nak sangat mancin [xx(]

Ok..kang sambung…
Ok sambungan.
Sambil2..ronda2 tgok org mancin..saje nak panaskan badan..dok macin je tak gerak2 tak leh tahan..sejuk sangat sampai sakit2 kebas jari


Masuk pondok penjaga taman..sambil panas2kan badan dan dapatkan info2

Kenangan bersama penjaga kawasan ni..Dgr aku dr M,sia baru nak bergambar.

Tgok hasil pemancin2 lain..

Macam nie baru boleh panggil otai..

Macam2 teknik mancin yg dibenarkan..Casting,Fly dan yg cam ni..cara yg ni biasanya guna umpan..dan cara ni paling cepat dapat ikan

Air jernih sungguh..sampai kebiru2an..

Size cam ni cukup banyak..tp main ngan tali 2 lb mmg nangis wooo..


Ok..Kang sambung lagi..rehat jap..
Ok..sambung balik..pas ni abis la..


Disebabkan semua tak tahan sejuk..maka balik awal hr tu..pa nak buat..aku ikut org..terpaksa la balik gak..walaupun rasa takpuas lg mancin..bayar dah la mahal gak..


Hasil 1/2 hari mancin…mungkin lain kali aku mai lg..pasal sudah karennnn hehehe…lain kali kena siap sedia secukupnya..ni kira pengalaman..pas ni tau la apa yg patut disediakan..


Ok..kesimpulan dari 1/2 hari mancin dan sedikit info pasal memancin trout di taman ini
Kawasan memancin dipecahkan mengikut kawasan.. pemancin mengunakan umpan dan joran panjang..hanya dibenarkan memancin di kawasan bawah.
Bagi kaki casting dan Fly dikawasan atas..
Umpan bebas..tetapi pemancin disini membuat standard tersendiri..kalau casting munggunakan rubber jig..dianggap tidak pro dan bukan pemancin jepun kerana teknik tersebut mmg mudah menipu trout..Peluru bagi kaki casting disini yg mengikuti standard bg mereka adalah lure,spoon dan umpan2 fly
Disebabkan aku ikut geng yg lebih cenderung kepada sukakan cabaran bukan jumlah yg meraka cari..maka teknik casting menggunakan line 2 lb mmg susah gile bg aku…Lure aku 2 ketol trout besar pinjam buat tindik bibir.Total 3 lure lesap.Banyak yg perlu aku belajar lg terutama setting drag dan cara mempersembahkan renagan lure&spoon. Mentang2 aku 1st time mancin..saje jepun tu pedajal aku..diorang bg tali 2 lb kat aku..depa pakai 4 lb..kurang asam( dah balik baru tau)cisss kekekeke..
Ok..Ni trip 1st aku mancin trout..tak tau nak cerita apa lg..tp bg aku trip ni banyak pelajaran/pengalaman yg aku dapat..terutama melihat budaya memancin d japan.
Ok kawan2..jumpa lg klu ada next trip..



