Saya nak minta nasihat kengkawan semua berkaitan tuntutan insuran kenderaan hilang.
Saya telah kehilangan motosikal baru Kriss 120sport pada April 2009. Motor tersebut dibeli pada Jun 2008 (secara tunai) dan diinsurankan sebanyak RM4300 dengan syarikat P&O.
Tetapi P&O hanya menawarkan saya RM3000.00(berdasarkan nilai semasa motor) termasuk acses RM100, bermakna saya akan menerima RM2900.00 sahaja.
Saya telah menolak tawaran tersebut dgn alasan nilai yg saya insurankan ialah RM4300 dan motor tersebut baru berusia 10 bulan tetapi pihak P&O tetap bertegas dengan mengatakan RM3000 tersebut adalah jumlah yg munasabah dan tidak akan melayan lagi jika saya masih enggan menerima tawaran mereka.
Soalan saya, bolehkah mereka sesuka hati membuat bayaran tidak mengikut jumlah yang diinsurankan sebaliknya membayar ikut nilai pasaran yang mereka tetapkan. Di mana boleh saya dapatkan bantuan atau adukan perkara ini kerana terasa seperti teraniaya..
Terima kasih atas bantuan kawan-kawan semua.
Mohon maaf sekiranya perkara ini tiada kena mengena dgn dunia hanyir kita.
Cuba ang tanya kat mahkamah pengguna kat KEMENTERIAN HAL EHWAL PENGGUNA tuh… minta nasihat depa… mana tau depa bleh tolong… Biasanya dengan undang2, kompeni nih takut sket. Orang persorangan mmg dia baham jer…
3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods
Saya pun pernah beberapa kali kehilangan motor. Yang terbaru adalah Yamaha 125z pada bulan 4 tahun 2008.
Berkenaan insuran ni memang terasa pelik sikit. Memang kenderaan tu diinsurankan tinggi. Saya punya 125Z pun diinsurankan pada kadar rm6500. Insuran P&O juga.
Tapi bila hilang mereka hanya membayar mengikut nilai semasa motor yang telah ditetapkan oleh syarikat insuran. Bukan sahaja P&O tetapi syarikat lain juga. Saya hanya menerima RM5000 sahaja.
Sebelum ni juga saya kehilangan motor. (Yamaha 125Z juga) Waktu tu insuran saya kurnia. Pun sama juga,walaupun diinsurankan sebanyak rm6500 tetapi saya hanya menerima rm5200 sahaja.
Kalau nak mengadu atau berkeras dengan mereka ni bole tapi kita yang terpaksa menanggung kerugian juga kerana mereka akan sengaja melewat-lewatkan proses claim. Itu pengalaman yang saya ada la…sehingga sekarang saya telah kehilangan motor sebanyak 3 kali.
Jadi pesanan saya…tambah le kunci motor sebanyak mana yang bole. Biar kawan2 gelak takpe tapi jangan lepas tu kita yang susah. Sekarang ni saya pakai yamaha135LC. Setiap kali saya parking mesti 4 kunci saya pasang walaupun untuk 5 minit.
Itu usaha saya…kalau nak hilang juga tu bukan rezeki saya.
" U make your failure complete when U stop trying "</font id=“Comic Sans MS”></font id=“red”>
Satu lagi ler.. mende nih pernah terjadi kat adik aku masa dia study kat serdang. Time tu dia dah habih, nak bawak moto balik kuching pung mahal…So dia ingat nak jual ler… Biasa ler, kalu org beli sure nak test dulu… Proses nie korang kene jaga2 jangan sampai depa dapat duplicate kunci moto tuh… Kang tak pasal2 pepagi nengok moto dah takde…Sediakan kunci/lock tambahan… Beringat sebelum kene… [^].
p/s; Moto tuh bapak aku yang suruh aku yang pi beli kat Bangsar masa belajar kat KL dulu… tu yang nostalgia sangat huhuhuhu..[V]
3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods
Teknik wooooo… Kawan aku keje kat rekod hospital pung cakap camtu. Macam2 dia minta, sampai yang tak munasabah… Time depa minta duit kita bukan main laju, bila nak claim…hancus…
3’s Kumpau Kings Rulez </font id=“red”>
Kumpau - One Of Many Popular Fishing Methods
Pada pendapat saya, bayaran mengikut value semasa memang munasabah. Sebab kita dah pakei beberapa bulan. Masa nak renew tu (biasa nya setahun sekali) nilai utk diinsurankan akan menurun. Kalau tak silap saya, potongan tu mengikut bulanan/hari (tak pasti laa).
p/s: insuran ni ada kebaikkan nya dan ada juga kelemahan nya. Ada yg puas hati dan ada juga yg tak puas hati bila terkena sebarang situasi.
Pihak insuran tidak patut mempunyai sifat “tidak akan melayan” customer nya.
Kalau saya, saya akan ckp saya nak tukar syarikat insuran lain la sebab Layanan/Customer service yg tak mesra pengguna. Heboh sikit biar manager dia dengar.. kee kee keee [:D][:D][:D]
Sekiranya masih ada keraguan, sebaik-baiknya rujuk la pada pihak berkuasa atau HQ mereka.
Harap bro bersabar menangani situasi begini. Saya pernah kena tapi bukan pasal motor. Asal ada org offer pasal insuran, rasa fedup nak dgr [:p]
insuran kita beli utk menjaga nilai harta kita masudnya utk menjamin kita dari kerugian apa bila berlaku sesuatu kemusnahan atau kehilangan..jika kita beli insuran utk 6000 kenapa pembayaran perlu dikurangkan kepada 5000 atau lebih rendah sedangkan kita dah bayar nilai insuran utk 6000?
jika jumlah dan nilai berkurangan mengikut hari dan tempoh lama kita pakai kenderaan tersebut eloklah syarikat insuran tu bertukar menjadi syarikat ceti atau along yg nak tolong org..atau apabila beli insuruan tak yah lah letak rm???
sila baca syarat syarat dan yg terkandung dalam surat perjanjian antara kita dan syarikat insuran..jika apa yg diorang buat bercanggah dgn syarat dan terma tersebut,anda boleh mengambil tindakan undang undang…biar susah sikit berurusan tapi yg salah dan sengaja mencari keuntungan lebih mcm diorang mendapat pengajaran dan org lain pun akan mendapat faedah dari tindakan anda itu
thn 2001 kwn sya ada beli seluar jeans di yaohan the mall..kemudian bila dia dapati kualaiti seluar tersebut tak elok dan ada kesilapan mesin jahit…dia memulangkan kepada pekedai..tapi tidak diterima oleh pekedai..so dia p pwtc (tingkat berapa sya dah lupa) dia buat laporan disana.. selepas perbicaraan pekedai tersebut terpaksa membayar semua kos termasuk kos pembelian seluar tersebut
kalau nak ajukan solan sila tel kawan sya tersebut 0173200012 shahidan…
atau terus kepada peguam sya 0173998881 nizam
katakan pada diorang sya yg suruh tel k tq
jgn biarkan kita ditipu dan ditindas sewenang wenangnya