SAMA-SAMA KITA TERMENUNGKAN

Pagi ni saya terlihat laporan ( Laporan Pancing ) yang di buat oleh Bro R.K</font id=“blue”> yang baru pulang dari trip ke Paloh, Kuching, Sarawak.

http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=15306

Katanya : ’ buat julung2 kalinya trip kami ke Kucing tidak menghasilkan seekor Tengirri walaupun tekong telah membawa kami ke 2 lubuk berlainan untuk 2 malam berturut turut…apakah sebab & kemungkinan nya??..ini lah persoalan yg bermain & berligar di setiap kepala peserta yg terlibat dalam trip kali ini… ’ </font id=“blue”>

Maka sah lah apa yang dirisaukan saya menjadi kenyataan. Beberapa trip yang terdahulu pun mengalami nasib yang serupa. Apa dah jadi pada spot Tersohor Paloh kebanggaan kita ni??? Kalau dulu ( 2-3 tahun lepas ) sebut je Paloh, terbayang-bayang tarikan Si Tenggiri. Saya sendiri telah mengatur trip pada bulan April lepas ternyata apa yang di berita kan oleh rakan-rakan pancing memang ada kebenarannya.Tahun 2008 ini adalah kemuncak merosotnya tangkapan oleh pemancing tak kira pemancing tempatan atau luar. Ia nya amat drastik dan merisaukan. Saya dapat tahu dari tekong-tekong tempatan, boleh dikatakan ini berpunca dari Si Pukat-Pukat tunda. Mungkin ada kebenarannya. Tapi kita tak boleh 100% lihat kepada punca itu saja. Mungkin faktor perubahan cuaca juga perlu di ambil kira. Itu kita tak boleh kawal. Tapi yang jadi isu nya, faktor yang patut dan boleh kita kawal.

Ketika saya berbual dan minum kopi bersama tekong yang terkenal di sini beberapa hari yang lalu, dia amat risau dengan apa yang berlaku.

Katanya dengan mengeluh : ‘Mana perginya PENGUATKUASAAN ni… Kapal asing buat macam tempat ni dia punya. Kalu macam ni susah lah kami mau cari makan. Complain pun tak da action. Sekarang harga minyak naik, kalu naik ada ikan takpe, ni…ikan pun entah ke mana…katanya’.</font id=“blue”>

Nasib serupa juga melanda nelayan tempatan. Hasil tunda kapal-kapal kecil persisir pantai pun dah jauh berkurangan. Saya ada rakan kapal tunda di Kampung Sempadi, Kuching. Beritanya pun sama, tangkapan yang makin merosot. “Tak balik modal kata nya”.</font id=“blue”>. Mungkin kita boleh menuding jari pada Si Pukat tunda ni tapi bagi saya yang lebih penting apakah tindakan kita?

Bak kat orang kita : Kucing tak da, si tikus berpesta la…</font id=“blue”>

Wahai pihak berwajib</font id=“red”>, sedarlah. Kalau sayang pada negeri kita, hasil kita, rezeki kita, ambillah tindakan yang patut. Jangan dah hancur segala-galanya baru mahu ambil tindakan. Masalah Si Tunda asing ni dapat diatasi kalau pihak berwajib jalankan amanah mereka dengan sebaiknya. Jangan kena ketuk baru nak jalan.

Saya paparkan isu ini bukan untuk takut-takutkan pemancing luar yang nak datang memancing ke sarawak tapi ini untuk kepentingan bersama tak kira pemancing luar atau pun dalam. Pemancing luar tak perlu risau sebab saya percaya, tekong-tekong yang membawa mereka ada spot-spot rahsia masing-masing. Ini terbukti pada trip Bro R.K</font id=“blue”> baru-baru ini.

Kepada kaki-kaki pancing, renung-renunglah kita bersama…[;)][;)] Saya takut, alat-alat pancing yang canggih-2 dan mahal-2 yang kita beli untuk hobi kita ini akan jadi hiasan kat rumah je…[;)][;)]. Renung-renungkan lah…

[IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/penn.gif[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/sarawakflag.gif[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/fishing.jpg[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/fishing-8.jpg[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/malaysia_flag.gif[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/abugarcialogo.jpg[/IMG]

Saya sependapat yang penguatkuasaan lemah di negara ini. Bukan sekadar isu berkaitan memancing,bahkan dari segala aspek.

Saya yakin perkara ini memang akan sampai juga ke pihak bertanggungjawab..tetapi apakah tindakan susulan yang diambil mencukupi untuk menanganinya?

sekadar sya nak berkongsi pengalaman sikit passal pukat tunda ni…
bebaru ni pun masa memancing di kudat sabah… banyak pukat tunda beroperasi terlalu hampir dengan tepi pada waktu malam…
memeranjatkan sya mereka beroperasi hingga pagi selewatnya hingga jam7 pagi… jelas dapat dilihat dari pantai… huhuhuhu…

[IMG]http://i181.photobucket.com/albums/x194/fadefader/SWATdouble-5.gif[/IMG][IMG]http://i181.photobucket.com/albums/x194/fadefader/ipensign-2.jpg[/IMG][IMG]http://i181.photobucket.com/albums/x194/fadefader/SWATdouble-5.gif[/IMG] I'm not lazy... I'm just happy to do Nothing... jom layan bottom... 0176413152 http://no-fishing.blogspot.com/

Pada pendapat kawe…

Takat cite2 kat sini..hanya kita2 jer yang boleh tau..umpama berbincang kosong..pihak berwajib takkan tau..apa kata saudara buat email hantar kat aduan TV3 kerrr…atau hantar kat aduan pembaca dalam surat khabar Berita Harian kerrr…mungkin baru panas punggung merekaaa pihak yang berkuasa nih…
Kawe keje gomen..orang gomen cukup takut akan isu2 komplen oleh masyarakat kini…kalau isu ni masuk akhbar memang panas punggung pihak berwajib..

Kawe menyokong penuh hasrat murni demo..

quote:
Originally posted by Ikan Bilis
Pada pendapat kawe...

Takat cite2 kat sini..hanya kita2 jer yang boleh tau..umpama berbincang kosong..pihak berwajib takkan tau..apa kata saudara buat email hantar kat aduan TV3 kerrr…atau hantar kat aduan pembaca dalam surat khabar Berita Harian kerrr…mungkin baru panas punggung merekaaa pihak yang berkuasa nih…
Kawe keje gomen..orang gomen cukup takut akan isu2 komplen oleh masyarakat kini…kalau isu ni masuk akhbar memang panas punggung pihak berwajib..

Kawe menyokong penuh hasrat murni demo..


[:D][:D]Nak panggil KARAM SING WALIA </font id=“blue”> datang le…Siap dengan pantun nya sekali.

[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/sarawakflag.gif[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/fishing.jpg[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/fishing-8.jpg[/IMG][IMG]http://i300.photobucket.com/albums/nn28/berperoh/malaysia_flag.gif[/IMG]
quote:
Originally posted by Ikan Bilis
Pada pendapat kawe...

Takat cite2 kat sini..hanya kita2 jer yang boleh tau..umpama berbincang kosong..pihak berwajib takkan tau..apa kata saudara buat email hantar kat aduan TV3 kerrr…atau hantar kat aduan pembaca dalam surat khabar Berita Harian kerrr…mungkin baru panas punggung merekaaa pihak yang berkuasa nih…
Kawe keje gomen..orang gomen cukup takut akan isu2 komplen oleh masyarakat kini…kalau isu ni masuk akhbar memang panas punggung pihak berwajib..

Kawe menyokong penuh hasrat murni demo..


Biasanya kalau ada tindakan atau keputusan dicapai, ianya akan panas di permulaan sahaja…lama kelamaan ianya berulang balik sebab berbalik semula kepada kurangnya penguatkuasaan..