Sekadar Pengetahuan Utk Semua!

Assalamualaikum wbh

  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

  Saya memang berasal dari kampung Sungai Gatom di Labis Johor.

Sungai di Labis dulu airnya bersih. Waktu kecil memang selalu mandi di sungai Labis ini di bawah jambatan sebelah Masid Jamek Labis. Teringat lagi waktu dahulu walaupun dah bersekolah rendah tetapi setiap kali mandi sungai saya dan rakan-rakan semuanya mandi berbogel. Itulah kisah waktu kecil dahulu.

  Selepas puas mandi sungai, kerap juga saya dan rakan-rakan pergi pula memancing ikan. Antara ikan yang kerap saya dapat ialah keli,haruan, terbul, lampam, sebarau, baung, temperas, puyu dan berbagai ikan lagi. Bila tiba musim panas dimana air sungai menjadi sedikit dan banyak lopak air di paya terhasil, saya dan rakan-rakan mencari pula akar tuba untuk menuba ikan, berkilo-kilo ikan dibawa pulang ke rumah.

  Mencari ikan memang seronok tetapi yang tidak seronok ialah

menyiang ikan. Menyiang ikan keli seronok sikit kerana ikan ini tiada
sisik, cuma perlu buang sengat dan perut. Selain dari sengat ikan keli yang berbisa dan perut yang perlu dibuang, saya diajar oleh arwah ibu saya agar membuang dua bahagian berhampiran sengat ikan keli ini iaitu di belakang kedua-dua sengat. Bahagian yang perlu dibuang ini kira-kira sebesar kepala mancis. Saya tidak tahu apa sebabnya saya perlu membuang bahagian ini tetapi saya diajar begitu. Bahagian ini membengkak sedikit dan terletak di bawah kulit. Mungkin inilah bahagian yang mengeluarkan bisa ikan keli dan oleh itu ia perlu dibuang.

  Pada masa kini, saya tidak pasti sama ada orang yang menyiang

ikan keli ini membuang kedua-dua bahagian di belakang kedua-dua sengat ini atau tidak. Saya menjangkakan ramai orang yang tidak mengetahui perkara ini dan dengan itu tidak membuang kedua-dua bahagian ini.

  Ikan  keli adalah kategori ikan berbisa sama dengan ikan baung,

ikan pari, ikan duri, semilang dsbnya. Orang perempuan yang sedang
berpantang akibat bersalin memang tidak boleh makan ikan berbisa ini.
Kalau sebut cerita orang perempuan berpantang waktu bersalin, memang
banyak sangat pantang larangnya. Namun apa yang pelik sekali ialah
mengapa doktor tidak menggalakkan pantang larang dan sebaliknya
menggalakkan pula makan ayam lepas bersalin.

  Orang perempuan baru bersalin kalau nak buat eksperimen sains

mudah sahaja, makanlah gulai nangka muda atau makan nangka atau makan
cempedak, insyaAllah boleh gila meroyan. Bagi orang baru bersalin saya nasihatkan agar berpantanglah agar cepat sembuh luka bersalin luar dan dalam.

  Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia

memang juga tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

  Anak saya yang ketiga adalah seorang perempuan. Dari kecil

sampai tingkatan lima duduk bersama keluarga. Alhamdulillah setelah
tamat tingkatan lima , dapat peluang belajar di peringkat diploma di UTM jalan Semarak, Kuala Lumpur . Berpisahlah anak ketiga ini dan
terpaksalah belajar hidup berdikari mulai awal Julai 2007. Jikalau
dahulu tinggal bersama keluarga, hampir semua perkara diatur oleh ibu
bapa tetapi kini terpaksalah berdikari.

  Anak saya ini tinggal di asrama kolej kedua. Makan kena beli

sendiri. Apabila nak makan tengahari atau malam, survey dahulu apa yang sedap di makan barulah beli. Di Cafe Kolej Kedua ini ada menjual ikan keli. Anak saya mencuba makan ikan keli dan rupanya ikan keli ini memang sedap. Oleh kerana sedapnya anak saya makan berlauk ikan keli setiap kali makan tengahari dan makan malam.

  Pada menjelang hujung Julai, iaitu setelah kira-kira 4 minggu

makan ikan keli tengahari dan malam, badan anak saya ini mula ditumbuhi seakan-akan ruam berwarna merah macam kena campak. Anak saya lalu pergi berjumpa doktor di klinik UTM. Doktor mengesahkan ruam ini bukan campak dan memberikan losyen untuk di sapu pada badan. Namun ruam merah ini tidak hilang malahan semakin bertambah. Kalau kena campak ia akan disusuli dengan demam tetapi anak saya tidak demam.

  Pada 3 Oogs saya ada urusan di UTM Jalan Semarak dan saya

mengambil kesempatan ini untuk melihat anak ketiga saya ini. Ruamnya
macam ruam campak dan saya membelikan air kelapa hijau muda untuk
diberikan kepada anak saya. Saya berpesan untuk minum air kelapa setiap hari semoga ruam ini keluar semuanya. Keesokan harinya saya menelefon anak saya bertanyakan khabar dan anak saya memberitahu selepas minum air kelapa, lebih banyak ruam yang keluar. Namun yang peliknya ialah ruamini tidak keluar di bahagian kaki. Sekiranya ruam campak, kalau ia keluar di kaki ia menunjukkan penyakit ini sudah tiba dipenghujungnya tetapi ruam anak saya hanya bertumpu di badan, peha dan di tangan sahaja di samping tiada demam. Ia memang pelik.

  Beberapa hari selepas itu saya menyuruh isteri saya menelefon

anak ketiga ini bertanyakan khabar ruamnya dan bertanyakan apakah
makanan yang dimakan oleh anak saya ini sepanjang tinggal di UTM Jalan semarak ini. Ruam anak saya semakin banyak dan satu maklumat penting yang diberitahu oleh anak saya ini ialah beliau makan ikan keli setiap hari waktu tengahari dan malam. Selepas diberitahu oleh isteri, saya mengarahkan isteri untuk menelefon anak saya untuk menyuruh anak ini berhenti mengambil ikan keli.

  Selepas berhenti mengambil ikan keli, ruam pada badannya tidak

bertambah dan ini jelas menunjukkan bahawa ruam ini berpunca dari makan ikan keli. Saya suruh anak saya ini terus menelefon isteri arwah guru saya di Cheras Baru Kuala Lumpur untuk meminta pandangan dari beliau.
Isteri arwah guru saya ini memberitahu bahawa ruam pada badan anak saya ini adalah ruam akibat bisa ikan keli yang dimakan terlalu banyak. Ubatnya ialah kena mandi air rebusan daun-daun tertentu.

  Setelah mengetahui duduk perkara sebenar, kami merancang untuk

menghantar anak saya ini untuk mandi ubat dirumah isteri arwah guru saya
pada 24 dan 25 Ogos 2007. Sepanjang tempuh menunggu mandi ubat ini,
ruam pada badan anak saya ini tidak bertambah dan tidak pula berkurang.

  Tiba waktu yang dijanjikan, saya datang ke rumah isteri arwah

guru saya dan sempatlah anak saya mandi ubat sebanyak 4 kali.
Alahmdulillah selepas mandi ke 4, jelas kelihatan ruam ini sudah banyak
yang kering dan mengelupas. Namun isteri arwah guru menasihati bahawa
anak saya kena datang lagi untuk mandi beberapa kali lagi selepas ini
agar semua racun ikan keli pada badan anak saya pulih.

  30 minit lepas saya baru menelefon lagi bertanyakan khabar ruam

pada badan anak saya dan beliau dengan gembira menceritakan bahawa
banyak ruam yang telah mengelupas dan pulih, alhamdulillah. Namun hujung
minggu ini, anak saya terpaksa naik teksi pergi ke rumah isteri arwah
guru untuk mandi ubat lagi.

  Begitulah kisah anak saya makan ikan keli siang dan malam selama

kira-kira sebulan. Bisa ikan keli ini menyebabkan ruam yang teruk pada
badan, peha dan tangan. Ubat doktor tidak dapat memberi kesan positif
dan alhamdulillah ubat yang serasi ialah dengan mandi air rebusan
daun-daun.

  Ingatlah agar jangan makan ikan keli secara kerap. Kepada yang

ada gout dan sakit sendi, jauhi langsung dari makan ikan keli dan ikan bersengat lainnya.

  Salam.. Beberapa bulan lepas saya ada ke Jabatan Perikanan utk

berbincang ttg projek ternak ikan keli. Mengikut fakta, ramai pengusaha
memberi makan bangkai ayam & palet sebagai makanan keli.

  Menurut pegawai itu lagi, beberapa ujian DNA dibuat keatas keli

ternak dan didapati ada DNA khinzir. Setelah dikaji, kemungkinan besar DNA khinzir tu berpunca dari palet makanan.

  Palet juga merupakan makanan kpd ayam daging, dan DNA khinzir

juga terdapat pada ayam ini. Ada sesetengah pegawai di jabatan itu yg
dah berhenti makan ayam, keli apatah lagi..

  Saya tak jadi ternak keli.... kat kedai pun tak lalu nak makan.

Tapi ayam makan lagi, tak tahu apa nak makan…beli ikan pula ada unsur
pengawet mayat..

  Tapi ada hujjah dari sahabat yg mengatakan umat islam makan babi

haram, tapi ikan/ayam makan babi tak de pulak hukum…kira halal lah.
Tapi bila ada DNA babi dalam tu rasa bersalah pula, ada alternatif ke
kawan2…

“Fish Are Friends Not Food”
</font id=“Comic Sans MS”>
</font id=“size1”>

Mekacih…[:D]

nasib baik aku makan ayam hutan…keli sungai je…keh3..


akulah si penderhaka itu…012-2695289

terima kasih atas info…
nih ko copy paste ke memang ko org labis rakus weih..

quote:
Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

emmm… aku pernah dengar di luar negara ikan keli ni dijadikan diet untuk pengidap gout. jika selalu makan keli gout boleh ilang… dan sebagai pengidap gout.. nih salah satu diet aku.. nak kata kesannya tak taula.. cuma Alhamdulillah dah berbulan tak kena lagi.. nnti kalo dapat faktanya aku try masuk sini.


9W2TNK
U3 2005 - Team Steam
U4 2006 - Team K.A.T

Memang teman gemor makan ikan keli sejak kecik …
la ni … kadang-kadang jer makan keli.
Tima kasih bro Raccos … akan ku jadikan panduan.


http://ckakipancing.fotopages.com

Kegemaran anak anak teman bila berpeluang untuk makan…

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

Keli goreng berlada memang feveret…

Alhamdulillah tak de kena lagi… Mintak dijauhkan…
Mungkin tak semua orang boleh terima kot…

Team RADIOGAGA - MFN U3 2005
Team KAT - MARCUZ - MFN U5 2007

bro. raccos ader url artikel utk buat rujukan… harap2 bukan hanya statement samada berbentuk official atau peribadi tp tanpa fakta sokongan.

thanx… mungkin inilah salah satu impak apabila perkiraan keuntungan melebihi kepentingan umum sejagat… wallahualam

cheers


* Team KAT BigMac - U4 2006 * http://binjai.multiply.com http://binjai.proboards20.com 'He who eats too many prunes, sits on toilet many moons'

[img=left]http://www.l33tsig.net/sig/binjai.png[/img=left]

Apa saja makanan sebenarnya kalau dimakan secara berlebehan akan menjadi racun kepada badan kita…kalau tak silaplah dan sebilangan besar penyakit badan yang dihidapi adalah disebabkan permakanan yang berlebehan.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

sebulan makan keli siang malam?
satu hari 2x makan, tgh hari and malam. Satu bulan 60 ekok, katela average seko keli 300grams
sehari sekati keli - 18 kilo sebulan

banyak tuh!

tapi, kalau makan sate hari hari pun satu bulan, karbon yg kita telan tuh boleh demam gak kita nih. bukan sekadar ikan keli jer, jadi saya rasa pentingnya balance dalam diet kita

..::: Mancing Ikut Musim :::...

Barang cukup? ada kaki? air cantek ? jom!

apa kebendanya meroyan tu???.. meracau ko???[xx(][xx(][xx(]

kesimpulan nya…

amalkan KESEDERHANAAN dalam hidup kita… x lebih.. x kurang… just nice… insyaAllah.. seimbang hidup kita jadi nya..[:)][:)][:)]

quote:
Originally posted by ziggerx
apa kebendanya meroyan tu???..
Meroyan tuh dia jadi psycho psycho siket...

Team RADIOGAGA - MFN U3 2005
Team KAT - MARCUZ - MFN U5 2007

quote:
Originally posted by TaNk
terima kasih atas info... nih ko copy paste ke memang ko org labis rakus weih..
quote:
Kembali kepada isu ikan keli dan ikan bersengat lainnya, ia memang juga tidak boleh dimakan oleh orang yang mengidap sakit gout dan athritis serta sakit pada sendi. Kalau dimakan lagi bertambah sakit pada sendi. Bagi mereka yang ada penyakit gout, boleh mencuba makan ikan pari dua hari berturut-turut dan lihatlah sendiri kesannya.

emmm… aku pernah dengar di luar negara ikan keli ni dijadikan diet untuk pengidap gout. jika selalu makan keli gout boleh ilang… dan sebagai pengidap gout.. nih salah satu diet aku.. nak kata kesannya tak taula.. cuma Alhamdulillah dah berbulan tak kena lagi.. nnti kalo dapat faktanya aku try masuk sini.


9W2TNK
U3 2005 - Team Steam
U4 2006 - Team K.A.T


Aku dpt email dr kawan2…so aku bagi ler tau kawan…[:D]

“Fish Are Friends Not Food”
</font id=“Comic Sans MS”>
</font id=“size1”>

kita selalu disogokkan dengan berita ubat2an dan proses penyembelihan ternakan yang x mengikut syariat islam. makanan ternakan x de sape pantau ke ke’halalan’nya…? saya penah tgk macam mane keli diberi makan di kolam ternakan. pallet ngan ayam yang dihancurkan. pada mata kasar nampak macam ok je… tapi apa yang terkandung dalam makanan keli tu sape tau… bila da tgk camane keli diberi makan… kembang tekak nak makan keli lagi wooo… da tu dpt tgk pulak kolam keli yang dah dikeringkan… perghhhhh… tabur kapur 1 tan pon blm tentu bole kasi repair wooo… biar makan keli kampung pon x pe la…

atukdgreat

salam, nasib baik saya tak minat sgt keli, kalau sembilang minat, tp sembilang lagi berbisa dr keli, jadi kena kontrol2 la

moral of the story: 1)jangan makan keli byk2, 2)bersederhana dlm apa2 pun

Ini saya paste n copy dari emel yang saya terima;
Islam Vs Science

Assalamualaikum wbh..

Dalam artikel lalu saya telah menceritakan tentang pengaruh permakanan dalam pembinaan gigi yang cantik. Sila baca artikel saya bertajuk Agar gigi anak-anak tersusun rapi.Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah Memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur Saya di atas segala nikmat yang diberikanNya.Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah Dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan Akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain.

Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan. Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang. Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”.Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

  1. Hati
  2. Jantung
  3. Paru-paru
  4. Perut
  5. Hempedal
  6. Buah pinggang
  7. Jantung
  8. Buah pinggang
  9. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  10. Telur ikan.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu (Makanan ringan atau jajan) termasuk berbagai jenama minuman bergasdiberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah. Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya. Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot. Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia(umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari).Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia.Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun. Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun. Pendek kata,sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah, selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama. Arwah guru saya menasihati agar :

  1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
  2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties,ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
  3. Elakkan minuman bergas
  4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
  5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  6. Makan buah delima
  7. Makan epal hijau.
    Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah. Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia. Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu(ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudiagar umat manusia menjadi tidak sihat. Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun. Subhanallah!

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden. Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.


019-3595543

kesimpulan yang saya dapat ialah … perut punca penyakit.

soalnya nafsu makan nih selalu diambil ingan oleh kita sekarang, terutamanya saya nih. berlapar biasanya lebih baik dari berkenyangan tapi tak sampai mudarat laa

..::: Mancing Ikut Musim :::...

Barang cukup? ada kaki? air cantek ? jom!