Tragedi Kasut dan Jenggo PCO Sungai Timun

Assalamulaikum dan Selamat hari raya…

Tragedi Kasut dan Jenggo PCO Sungai Timun

Tarikh : 25hb September 2010 bersamaan 16 Syawal 1431 Hijrah
Masa : 5.30 pagi hingga 12 malam..
Kekuatan Anggota : 7 Orang
Lapang Sasar : Sungai Timun…. Linggi / Lubuk Cina
Tugasan : Memburu dan menangkap SI JENGGO tangan biru…

Anggota2 yang terlibat dalam misi sulit menggadai mata kail iaitu :-

Pegawai Pemerintah Abg Halim

Ketua Risikan Gerak Khas Abg Jai

Panglima Garang Farid71

Majer BB Zahar@ MZaharM ( BB~Belum Bangau )

Komando Berani Mati Deexa

Jeneral Setttt Nfznizam

Jeneral Mejar UTK Selambe Betok76

Panglima Angkatan Sungai Timun Tuan Aiyim tidak dapat turut serta kerana ada meeting dengan Menteri Pertahanan… hehehe

Dan Pawang Agung… Bomoh yang tak jadi turun kerana takut ilmu PCO yang belum habis dituntutnya lagi tidak berkesan…hehehehee… jangan marah ye tuan Bomoh…

Aikkk… apasal aku rasa seram sejuk je ni… pelik sungguh.. Paling ketara kat kaki aku ni..
Pelik dan misteri ni… masing2 memandang antara satu sama lain…
Apakah yang sebenarnya terjadi??
Adakah kerana ketakutan mendengar citer2 seram Sg Timun.. Atauuuuu…dot..dot..
Tiba-tiba….

kah..kah…kah.. Kah..kah.. ( gelak sambil guling2…hehehehe )
Sekali pakai kasut sebelah lain daaaaa….. Siapa la tuuu …hehehehe

Setelah mendapatkan misi dari Panglima Angkatan Sungai Timun Tuan Aiyim… kami sepakat melaksanakan
misi ini bermula pada jam 0500 pada hari kejadian setelah mendapat bukti2 yang cukup meyakinkan..

Isi minyak dulu sebelum berangkat ke tempat sasaran..

Lepas isi minyak kete… isi la pulak tangki masing2.. sambil bincang strategi utk menawan Si Jenggo Tangan Biru…Hehehehe

Misi diteruskan tepat jam 0800 waktu tempatan..

Tiba di pangkalan dan kerja2 memungah bekalan dan senjata dilakukan..



Dengan langkah Bismillah kami memulakan operasi.. Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan dengan tiga kapal perang..

Kapal Perang KD Sri Lanang

Kapal Perang KD Sri Mersing

Kapal Perang KD Sri Payung..hehehe

Readyyyyy

Kejap2..Chop2… Senjata tak siap lagi…huhuhu..

OK…Serannggggggggggggg…..


Dan hasilnya… tengok gambar jer lah…












CPR dan pengampunan diberikan kepada pemberi maklumat..


Makan Time… best wooo udang galah fresh masak lomak cili padi..++ Silap Limau… marbelesssss

Hasil setelah misi tamat





Pembahagian Harta Rampasan Perang



POSTMOTEM DAN TIPS YANG SANGAT BERGUNA UNTUK MENCARI JENGGO DI SUNGAI TIMUN

PERAMBUT
~ Perambut lebih kurang 2 jengkal dengan 2 mata kail di ikat atas dan bawah.. Jarak antara 2 mata kail lebih kurang 1 inci..

MATA KAIL
~ Gunakan mata kail udang saiz no 1

BATU LADUNG
~ Batu ladung hidup saiz no.4-6 ikut arus sungai

UMPAN
~ Umpan cacing, udang kapas/gantung, umpun2 dan ikan gapi / ikan longkang boleh
digunakan di sini..Tetapi umpan ikan gapi / ikan longkang adalah yang paling efektif..

PARANG
~ Sediakan parang untuk tujuan memotong tali sauh jika perlu..

HANDPHONE
~ Pastikan handphone anda ada di tangan dan sentiasa beroperasi… nak pindah tempat
atau bagi maklumat boleh roger dengan pantas…

LUBUK UDANG…~ bergantung kepada keadaan air..

a) Jika Air Rasa Sejuk…
~ Cari kawasan yang berbatu atau cetek kerana udang perlukan haba untuk
memanaskan badannya..

b) Jika Air Ada Arus..
~ Udang bergerak mengikut arus dalam satu kumpulan… waktu ini mancen lah di kat mana
jer…tapi pastikan arusnya tidak begitu laju..Jika ada udang di situ pastikan mancen
sampai udang dah tak makan.. Sebaliknya hanya ikan sahaja yang membahan umpan..
baru berpindah ke lubuk yang lain..

c) Jika Air Tidak Ada Arus..
~ Mancen di kawasan tengah sungai kerana ditengah - tengah sungai mungkin ada
sedikit arus dan masih dalam airnya..Guna teknik gantung iaitu lepaskan tali hingga
ke dasar kemudian karau atau gulung tali sedikit hingga dalam keadaan tergantung
umpannya..

TIPS MENGENAL LUBUK DAN KEHADIRAN PCO AKA BUAYA

a) Kawasan terdapatnya Monyet..
~ Jika boleh jangan mancen di kawasan yang banyak monyet bermain kerana buaya ada
disitu dan selalunya mencari peluang membaham monyet tersebut…

b) Berbau Hanyir dan terdapatnya Agas
~ Jauhi segera tempat ini kerana kawasan ini adalah tempat buaya menyimpan
makanannya..

c) Amaran supaya beredar dari PCO aka Buaya..
–>>> Amaran Pertama ~ Buaya tunjuk mukanya 1 jam sekali dari jauh sambil melibas
ekornya di permukaan air..
–>>> Amaran Kedua ~ Buaya keluarkan bunyi seperti gajah menjerit dan mengeselkan
badannya dibawah bot…
–>>> Amaran Terakhir ~ Buaya tunjuk mukanya semakin dekat dan silap haribulan dia
ngap bahagian depan bot..

Sekiranya berlaku kejadian ini ~ langkah utama potong tali sauh dan bawa bot

    menuju ke tebing… sbb bot akan bocor dan karam...panjat pokok atau duduk di 
    tempat tinggi sehingga bantuan sampai….

Buaya tidak akan mengganggu dan menyerang tanpa sebarang sebab dan amaran… mungkin anda telah berada di kawasan sarangnya..Maka anda mesti segera beredar…

Bergerak secara berkumpulan dan kita dinasihatkan agar tidak bergerak secara
bersendirian kecuali kita memang arif dan mahir tentang kawasan tersebut..

Dengan Bantuan dan tunjuk ajar dari Otai2 Sungai Timun seperti Tuan Halim , Tuan Jai , Tuan Ariffin dan Tuan Aiyim..Insyallah perjalanan dan rancangan trip pada kali ini berjalan lancar dan selamat..

Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Halim & Tuan Jai di atas tunjuk ajar dan layanan yang 1st class dan menjadikan Misi memburu jenggo di Sungai Timun sebagai sukses dan selamat…

Kami juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap kami di sepanjang
perjalanan trip SUNGAI TIMUN dan juga laporan yang mungkin ada kekurangan dan kesilapan..

Insyallah pasti kami akan kembali ke sana dalam misi yang lebih besar…

Sekian…

Wassalam..

“Hidup MFN Forum & Sahabat2 Kaki Pancing Di Seluruh M’sia”

Tuan Mod boleh tolong pindahkan topic ni ke Laporan Pancing x?
Tersilap Post.

“Hidup MFN Forum & Sahabat2 Kaki Pancing Di Seluruh M’sia”

Walaupun post salah parking,saya ucapkan beribu-ribu terima kasih atas tips dan petua yang diberikan.sapa tau tips dan petua tu boleh digunapakai di tempat lain.syabas dan tahniah saya ucapkan.

Beginilah report yang kita mahukan.bukan setakat nak bermegah menunjuka hasil tangkapan,tapi mesti bermurah hati memberi tips dan petua berguna.

[IMG]http://i453.photobucket.com/albums/qq259/Orang_Kitak/Snakehead-hunter-2.jpg[/IMG][/IMG] SARAWAK ANGLERS AND SPORTFISHING COMMUNITY [img]http://i876.photobucket.com/albums/ab329/tujuh-band/pathome.jpg[/img]
quote:
Originally posted by Pancing Sarawak
Walaupun post salah parking,saya ucapkan beribu-ribu terima kasih atas tips dan petua yang diberikan.sapa tau tips dan petua tu boleh digunapakai di tempat lain.syabas dan tahniah saya ucapkan.

Beginilah report yang kita mahukan.bukan setakat nak bermegah menunjuka hasil tangkapan,tapi mesti bermurah hati memberi tips dan petua berguna.

[IMG]http://i453.photobucket.com/albums/qq259/Orang_Kitak/Snakehead-hunter-2.jpg[/IMG][/IMG] SARAWAK ANGLERS AND SPORTFISHING COMMUNITY [img]http://i876.photobucket.com/albums/ab329/tujuh-band/pathome.jpg[/img]

sekali lagi saya mohon maaf atas kesilapan ni…
walaubagaimanapun terima kasih tuan pancing sarawak krn sudi membaca report ni…bukan ape saya ni pun baru lagi dlm lapangan pancing udang ni…sama2 la kita berkongsi pengalaman…

“Hidup MFN Forum & Sahabat2 Kaki Pancing Di Seluruh M’sia”