Trip Kapal Karam Russian

Assalamualaikum. Trip bottom & jigging 3 hari 2 malam di Kapal Karam Russian pada 22hb - 24hb Julai 2011 menanti anda. Hanya 10 pemancing bagi satu trip sahaja yang dibenarkan. Satu orang rm350 siap makan & minum. Minuman panas 3 in 1, jajan-jajan, roti dan buah-buahan juga disediakan. Naik dari Jeti Teluk Bahang. Khidmat Tekong Ah Chuan dan tukang masak digunakan bagi trip ini. Umpan ikan kembong & udang lipan hidup disediakan. Jika berminat sila sms/tepon saya sebelum 10hb Julai untuk info lanjut dan tempahan tempat duduk…

Sedikit info disertakan bagi yang belum pernah turun menduga spesis yang ada di spot tersebut:-

  • Spesis yang menjadi buruan pada trip ini adalah jenahak, kerapu, cupak, tenggiri, gerut2 dan spesis dasar yang lain.

  • Set yang bersesuaian untuk aktiviti bottom (tak terlalu heavy) tapi kalo ada bangla (kekili elektrik) lagi cantek.

  • Set jigging kelas pertengahan dan jig yang tidak berapa berat.
    (bergantung kepada arus semasa turun memancing - disarankan jig seberat 80g - 150g pun sudah memadai.

  • rod untuk mencandat sotong hidup. jangan lupa umpan Yama****a warna merah pink dan putih belang2 hijau (luminis) saiz 2.0
    adalah yang paling sesuai.

  • Kalo nak info lagi, silalah berhubung dengan saya ok.

Sekian. Harap maklum…