quote:Originally posted by bwan Bro Stella (dan peminat baju Columbia yang lenlain),
Minta maaf bro kalau kata-kata saya bunyi macam sinis. Bukan niat saya lagu tu bro. Saja je nak melawak dan menyakat Bro Man tu. Saya pun minat gak barang Columbia ni, dok ada selai dua jugak. Apa-apa saja peralatan daripada hujung kaki sampai hujung rambut, terpulang pada keselesaan kita. Mana yang saya berkenan, walau mahai pun saya beli kalau time tengah lebat dan kelabu mata. Tapi, yang bundle pun, kalau nasib baik terjumpa, walaupun RM5 memang saya tibai. Bukan harga yang jadi ukuran tapi kualiti dan kepuasan peribadi. Kira toksah panjang-panjang la no bab ni, sebab memang tak ada niat apa-apa sama ada kepada kaki branded atau bukan. [:D][:D][:D] Maaf sekali lagi.
Hish....Cikgu ni....tak de apa la....saya bukan peminat baju tu....terringin nak pakai je, tu yang beli satu tu....hehehehe cuma malu la pulak nak pakai baju tu....hehehehe. KK cam ner? Dok angin kuat lagi ke?
FAMILY must first…FISHING come second</font id=“size3”></font id=“red”> aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing</font id=“size3”></font id=“blue”>

Angin dah ok. Tapi, sibuk memanjang. Dah satu trip terlepas, hujung minggu ni lagi satu trip terlepas. Dua-dua trip saya tolong atur untuk kawan, tapi sendiri tak dapat pergi pasai komitmen kerja. Tahun ni, rasanya nak kena dulukan kerja pasal dah banyak tahun jadi "part time teacher full time fisherman". Rasa bersalah pulak walau pun tak ponteng mengajar tapi kurang fokus pada aktiviti-aktiviti lain di sekolah. ImsyaAllah 1,2,3hb ni turun kot.
quote:Originally posted by bwan

Tu la cikgu yang macam kita bincangkan dengan Bro Pari-Pari kadang-kadang belum turun pun nasib tak menyebelahi kita....alatan, pengalaman dan teknik dah betul...
Pada saya la kan cikgu…saya katakan yang NASIB lebih besar pengaruhnya berbanding yang lain-lain sebab pernah sekali saya memancing alatan, teknik dan pengalaman(rasanya dah cukup kot) semua boleh kata dah lengkap tapi memang dah tak de rezeki dan nasib pulang tohong jawabnya…

Memang nasib atau luck sangat penting tapi kita tak boleh ubah nasib atau luck supaya berpihak pada kita. Kalau bro minat main atau tengok bola, banyak kali pasukan yang lebih baik kalah kerana nasib kurang baik. Yang kita boleh tentukan sendiri ialah usaha. Kalau kita berusaha berdasarkan pengalaman dan ilmu walaupun ciput, kemungkinan untuk menang (kalau main bola) dan kalau memancing, hasilnya pun pasti lebih baik. Tapi usaha mesti ada sikit ilmu. Beramal (usaha) tanpa ilmu adalah kerja bodoh dan berilmu tapi tak beramal pastinya sia-sia.
bang wan dan stella, kita stop la crita baju tu, sat gi ramai salah faham orang marah kat aku pulak padahal yang betuinya aku yang tak mampu har har har har…[:D]
quote:Mungkin kebanyakan kita ada kemahiran dan muslihat tersendiri. Tapi, yang jarang kita belajar, terutama di laut dalam, ialah kemahiran mentafsirkan sounder. Saya sendiri pun masih mencari-cari jawapan untuk merungkai kecanggihan teknologi yang satu ni. Pernah tak bro semua berhadapan dengan situasi apabila di sounder tampak kelihatan banyak ikan. Tapi ikan tak mahu makan. Puas tekong pindah tapi keadaan yang sama juga berlaku. Akhir sekali tekong pun surrender, ikan tak mahu makan katanya - air sejuk, arus tak ngam dan macam-macam lagi kemungkinan penyebabnya. Tapi, yang anehnya, pada hari yang sama jugak, ada spot-spot tertentu, bila buang, banyak pula ikan makan walhal di sounder sama gak macam tadi. Ada tak kemungkinan, tekong sebenarnya masih belum mahir sepenuhnya untuk mentafsir sounder, parking bot supaya sesuai dengan pergerakan arus dan umpan yang dilabuhkan itu benar-benar jatuh di kawasan yang dilihat dalam sounder. Barang kali ini yang membezakan kehebatan seseorang tekong itu dan juga barangkali kita sebagai pengail pun perlu memahirkan diri kita setiap kali trip untuk lebih memahami paparan yang ada di sounder - jangan berharap kepada tekong 100%.
bab ni saya pernah dengar orang tua-tua veteren kerja laut cakap..dia kata ikan ni ada waktu-waktu dia nak makan kalau tak kena time dia makan memang dia tak akan makan.
Pernah hari tu kami kat pulau 9 kami nampak banyak GT-GT meronda kut tepi pulau kut tepi-tepi bot kami nampak sirip-sirip segerombolan ikan timboi kut tepi bot tapi mungkin macam orang tua tu cakap la kalau bukan time dia makan memang dia tak akan makan…
hujung tahun lepas pun sama la kat tuas iaitu masa hari deepavali.. kami ada turun tuas..sama gak la kami jumpa bodong temenung borek tapi puas taruk apollo buat macam-macam tapi ikan still tak mau makan..last-last sekali tekong ba’e geram start enjen langgar bodong ikan tu…ikan selar pun sama la hari tu..mai duk merempit kut tepi bo punya la banyak dan besar-besar tapi hampeh semua duk mai main ja tak mau makan..[V] so teori dia mungkin tak kena waktu dia makan kut…[:I]
ini semua mungkin kerja pengurusan hidupan laut dari yang maha esa..mungkin ada rahsia dan hikmah yang kita sendiri tak tahu..sebab tu dlm laut masih terdapat stok ikan besar dan ikan kecik hidup bersama dalam satu laut kalau tidak abis la stok ikan kecik ye tak? entah la …wallahualam
quote:Originally posted by ziggerx Apa buleh buat.. takde nasib huhuhu... Jangan putus asa, Cuba dan cuba lagi.. Guna bateri energizer..... Aku nih kumpau memanjang... tapi takpe... iye satu proses... Ultraman lagikan kalah untuk 30 saat pertama sebelum disampuk sawan untuk 30 saat kemudian dan seterusnya mem'fire'kan raksasa sampai ke alam barzakh... [:D][:D].. So adakah aku nih takde skil??? or nasib tak menyebelahi or ini semua salah raksasa??.... wallahualam....
pada pendapat saya pulak,dapat ikan ke tak dapatnye,bergantungla pada teknik,peralatan,dan pengalaman yang ada pada seseorang,yang paling penting kita kena ingat,Allah yang memberi rezeki kepada kita,kalau teknik betul,pengalaman lama,tapi kalau takde rezeki,tak dapatlakannn,satu lagi yang paling penting adalah tempat yang kita pergitu bnyk ikan ke tidak,bagi pemancing yang mempunyai modal yang banyak,blhlah pergi ketempat yang bnyk ikan,sepeti koh adang,taman negara untuk memburu ikan idaman,dan tak perlu bersusah payah untuk berjalan kaki meredah hutan untuk mencarinya,tapi bg golongan yang kurang kemampuan,hulu hulu sungai didalam hutan yang terpaksa diredah untuk mencari specis idaman,bg pemancing baru,jgnlah terlalu semangat untuk melihat gambo gambo ikan besar2 yang dilihat dalam majalah pancing dan majalah sirip,gambar yang diletakkan adalah trip yang telah pergi bnyk kali,dan kalau tgk vcd,part yang dapat ikan je yang diambil,ciri ciri pemancing sejati adalah sikap tidak berputus asa pergi memancing walaupun tak dpt ikan,berkenaan dengan membeli peralatan yang mahal,jgnlah nak menunjuk nunjuk,cukuplah sekadar kepuasan diri sendiri dan inginkan sesuatu barang itu tahan lama
Errmmm.. banyak juga idea yg boleh kita berkongsi bersama disini…
Tetapi</font id=“red”>… Memang ternyatalah… kebanyakan pemancing atau sesetengah pemancing itu akan berkata " Semuanya bergantung kepada nasib"</font id=“red”> yg majoritinya bila memancing. Tetapi</font id=“red”>… jika dipandang dari sudut yg lain kenapa seseorang pemancing itu lebih berjaya dari seseorang yg lain yg tanpa ada usahanya sendiri ..?
Tetapi</font id=“red”> … mintos yang ketinggalan zaman ini tidak betul. Allah mengajar manusia itu untuk mengubah nasibnya sendiri dengan ilmu dan usahanya. Ada pepatah ini yang dulunya semua orang pun tahu “Ilmu dan Usah adalah tangga kejayaan”.</font id=“red”>
Dalam hadis juga ada menerangkan tentang “Nasib” yg berbunyi “Allah tidak akan merubah nasib seseorang itu jika ia tidak merubah nasibnya sendiri”</font id=“red”>
Ini bermakna dari segi apa sekali pun dan dari aspek mana sekali pun Usaha itu penting untuk membuahkan hasil…Itu adalah dari pandangan dan buah fikiran teman yg 10 sen.</font id=“Century Gothic”></font id=“size4”></font id=“blue”>[8D][:D][:)]
saya ingin berkongsi satu cerite org tua yang memancing,dua bulan memancing di satu kolam tak penah dapat,tapi,tak penah putus asa,hari2 tukar umpan,last sekali dia yang champion,
kesimpulannya,kenala berusaha,lg satu,pastikanlah lubuk yang dipancing bnyk ikan dan jugak org jarang pergi,dantakda aktiviti yang salah,seperti menuba,kenala g bnyk kali jugak untuk dpt ikan,org yang dpt ikan,dia pergi bnyk kali,br dpt hasil,
Kadang-kadang kita rasa ilmu di dada kita ini sudah mencukupi. Betulkah? Ini satu kenyataan sensitif, minta maaf kepada semua..
Bagaimana luasnya lautan yang meliputi dunia, begitu jugalah luasnya ilmu memancing </font id=“red”> ini..
Skill bagi saya terlalu subjektif, bagi saya skill terbahagi kepada 2.
Pertama skill untuk teknikal (peralatan memancing).
Kedua skill ilmu laut…</font id=“red”>
Skill yang kedua ini kadang-kala kita terlepas pandang… Tapi skill inilah yang sangat dititik beratkan oleh para nelayan… Skill yang saya maksudkan disini adalah skill membaca air laut</font id=“blue”></font id=“size3”>.
Saya tidaklah begitu arif tentang membaca air laut ini, tapi kita boleh mempelajarinya dengan orang-orang tua, antara yang saya pernah terdengar perbualan para nelayan adalah:
“Saya tak turun ke laut hari ni, pasal air besar bersih pantai”</font id=“red”> Maksudnya air laut ketika itu dicemari dengan kayu, ranting dan sampah-sarap yang timbul, jadi waktu ini kurang sesuai untuk ke laut.
“Cantik pagi ni, air baru (di maksudkan untuk air laut). Memang banyak ikan di takat”</font id=“red”> Apakah maksud air baru tu?
“Air keruh sangat, tak bagus memancing”</font id=“red”> Berkata seorang pak cik sambil menyelamkan tangannya ke dalam air laut.
“Air jernih sangat, ikan tak mau makan”</font id=“red”> Pulak dah, air jernih pun ikan tak makan?
mungkin saudara pernah terdengar banyak lagi desas-desus tentang ilmu air ini yang diperkatakan oleh orang yang mengusainya, perlukah kita mempelajarinya? Tepuk dada tanyalah selera…
Pendapat pacal yang serba kekurangan, terima kasih kerana sudi membaca…
ilmu yang manusia ada ibarat jika di celup jari manusia kedalam lautan.sedikit air yang melekat itu lah ilmu manusia.selebihnya air di lautan itulah banyaknya ilmu yang belum manusia ketahui..wallahualam