Berkenaan dgn kamera digital

quote:
Originally posted by roHu_slaYer
fuiyooo..cunnya.. pandai rupanya cik dan kita amik dan edit gambar..gambar2 tu amik pakai kamera brand apa ek?blh bgtau spec tak dan?thanks.

Rohu_Slayer™

member of [The League of Tarpon]

..cAStiNG kAMu iNC.. U3: Team Siamang Gagap U4: Team Patin Dua Depa U5: Team C.A.S.T.I.N.G.K.A.M.U. L.U.R.E.N.A.T.I.C.A.N.S [IMG]http://i92.photobucket.com/albums/l24/rohu9slayer/ck-1.jpg[/IMG][IMG]http://i155.photobucket.com/albums/s300/bait4u/u5.gif[/IMG]

tak pandai… masih banyak yang perlu digali bak kata ogy mat daud…
ada ilmu leh kongsi sesama [:D]

kamera sony dsc-h5(opis punya da) hehehehe

tapi kalau nak lagi sharp elok pakai nikon or canon…

kalau salah tolon betul kan…

lagi komposisi yang di panggil
‘role of third’

memang power en syahidan nie sal camera n edit eik..
di sebabakan sy student yang menggunakan kesemua perisian 2..sy rasa semua 2 senang je nak di pelajari buat rakan pancing sekalian..
jika ada yg berminat bolehla email sy atau bro syahidan ni bagi mendalami ilmu nia..tak gitu bro..

nak g jig gerpoh…
nak g jig kerapu…

kalau ada oranng yang mengajar memang senang… tapi kalau belajar sendiri lambat la nak pandai…
den pun cuma baru pandai edit menggunakan funtion yang asas je …
nak resaiz gamba pun tak reti lagi nih.. mike tau ke ?? camne ek?

Bro Shahidan & Cikgu Anamis,

Boleh beritahu camera Jenis / Model apa yang digunakan untuk gambar2 diatas? Gambar sangat terang dan jelas…TQVM.

“SHUT-UP AND FISH!”

sory bro sal dah lama tak masuk sinie..nak resize kalau guna photoshop bro kena buka new document kat sana ambik dia punya saiz yang bro nak..
lepas 2 select guna select tool n drag ke page yang baru tadi..
tekan alt dan t serentak..
adjust bagi sama n tekan enter..selesai le kerjanya…
senang je..

012 8157245
mari kita tengok siapa yang kena…

Sekarang ni gua guna Digital Camera Nikon S51 8.1 Mega Pixel dgn skrin 3 inci… siap dgn 1GB SD Card dan screen protector apek tu jual dengan harga RM840.00

Tapi brader rasul kata… “Perggghhhhh… mahalnya… baik kau beli Fish Finder…” Hahahahahahahaha…[:D][:D][:p][:p]

[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/mayongairlines.jpg?t=1191683944[/img] Hidup Mancing! Hidup Mancing! Hidup Mancing!

Nak buat pertanyaan sikit pada otai otai kemera ni.
Sekarang ni aku pakai kamera dulu dulu cap Canon A400. Bagi aku camera tu mudah pasal aku pun tak reti nak seting manual. Selama ni aku guna auto je. sekarang ni ada member nak jual Canon powershot S2IS RM 800.
boleh beli ke harga tu ?
Gambor nya cantik ke ?
Susah ke kalau nak blajo setting manual ni ?
Ada ke cara nak blajo basic kamera tak payah pegi kelas dan kalau oleh bahasa melayu le?

sape2 yg baru nak beli kamera atau nak tahu lebih lanjut…bleh la klik sini , bagus gak penerangan dia…

tutorial dlm bahasa melayu pasar…[:D]

http://docfaisalphotographytutorialbm.blogspot.com/2007/08/kamera-mana-untuk-saya.html

antara isi dlm web ni…

Kamera apa untuk saya?

Soalan ini kerap ditanya oleh mereka yang baru hendak berjinak dengan dunia fotografi.

Jawapannya bukanlah semudah atau sesukar yang disangkakan. Jika kita bertanyakan orang, mereka akan mengatakan:

*
  Kamera atau jenis kamera yang mereka miliki atau ingin memiliki adalah kamera yang terbaik. Ini disebabkan oleh sifat manusia itu sendiri yang cuba untuk menyedapkan hati sendiri dengan apa yang telah di belanjakan atau
*
  kerana teracun oleh iklan dan promosi yang dilakukan oleh pengeluar-pengeluar kamera atau.
*
  Tokei kedai yang cuba menjual jenama yang mana mereka akan mendapat lebih komisyen dari agent atau pengedar.

Oleh itu, bagaimanakah seseorang individu itu hendak membuat pilihan? Untuk membuat pilihan tentang jenama atau jenis kamera yang ingin dimikli, setiap individu harus menyoal diri sendiri beberapa soalan asas yang penting sebelum mencapai keputusan. Soalan-soalan asas adalah seperti berikut, tidak kira samada film atau pun digital SLR:
Soalan #1: Sejauh manakah penggunaan kamera ini? Adakah

* (a) saya hanya membeli sebuah kamera untuk merakamkan imej ahli-ahli keluarga seperti anak, cucu, datuk nenek dan sebagainya dan juga imej percutian keluarga hanya untuk kenangan ATAU
* (b) saya suka mengambil gambar sekadar hobi sahaja tapi nak gambar kaw-kaw; ATAU
* (c) saya ingin menjelajah lebih jauh didalam dunia fotografi dan mungkin mejadikan fotografi ini salah satu daripada sumber rezeki dimasa akan datang. 

Jika saya berada didalam kategori (a), mudah! klik sini. Kalau saya rasa saya ni berada didalam kategori (b), agak mudah juga! sila klik sini. Akan tetapi, jika saya berada didalam kategori (c) macam mana? Ini ada berat sikit, lagilah penting untuk membuat pilihan yang tepat, sila klik sini.

Soalan #2: Gambar yang macam mana yang saya nak ambil?

Jika kita dah jawab soalan #1 dan dah sure tentang kategori mana kita nak duduk, tanya pulak, gambar jenis apa yang kita minat sangat nak ambil? Ini penting sebab, ia akan mempengaruhi system yang bakal dipilih. Terdapat juga segolongan dari mereka yang membeli lensa, tapi amat kurang menggunanya sebab, minat mereka tidak memerlukan lensa tersebut. Jadi dudoklah lensa atau kamera tersebut didalam peti simpanan. Rugi!!!

Apa-apa bidang dalam dunia fotografi ini, untuk pengguna kamera digital (DSLR), hanya dua perkara sahaja yang kita kena peka. Iaitu [1] Kemampuan kamera seperti megapixel-nya (MP) dan [2] Lensa yang bakal digunakan. Oleh kerana megapixel dizaman ini sudah boleh melebihi 10MP, perkara [1] sudah tidak menjadi isu yang besar sangat. Bagi pengguna DSLR dalam kategori (b) diatas, apa-apa yang lebih dari 6MP sudah dikirakan baik. Cuma kalau nak lagi jelas, carilah yang pixel-nya melebihi 10MP, tapi kena sunggup keluar duit lah…

Banyak juga kita dengar orang bercerita tentang betapa bagusnya jenama Canon, Nikon, Olympus, Pentax dan sebgainya. Kita juga kerap membaca diskui-diskusi tentang spesifikasi yang mana lebih baik dari satu antara yang lain. Walaupun ada kebaikan dari segi pengetahuan, kadang-kala ini sebenarnya kurang membuahkan hasil! Yang dok bercerita lebih-lebih tu pun bukannya pakai kamera yang mereka sebut-sebutkan tu…

Ini membawa kita kepada isu [2], iaitu pemilihan lensa. Tak guna kalau kita beli kamera semi-pro atau pro-level, tapi dok pakai lensa jenama third-party seperti Tamron, Tokina, Sigma dan lain-lain. Bukannya tak bagus, lensa jenama ini bagus dan saya pun ada guna lensa-lensa seperti ini; tapi janganlah kita terikut-ikut dengan pemilihan badan kamera sahaja yang beribu-ribu ringgit tapi kurang peka dengan penggunaan lensa. Padahal, lensa memainkan peranan yang sangat penting dalam kualiti sesuatu gambar. Jadi kita harus imbangkan perbelanjaan badan dan juga lensa. Ini berbalik kepada jenis gambar apa yang kita suka sangat nak ambil. Adakah saya suka sangat nak ambil gambar aktiviti sukan (SPORTS) atau kehidupan liar(WILDLIFE), ambil gambar pemandangan,lanskap(LANDSCAPE),atau mengambil gambar potret. (PORTRAITURE)?

Soalan #3: Berapakah wang yang kita sanggup keluarkan?

Inilah soalan cepu-mas bagi hari ini. Soalan ini kerap ditanya oleh rakan-rakan yang kita bertanya ataupun towkey kedai, Berapa budget…? Harus diingatkan, apa-apa pun kategori kita (a),(b) atau (c) semuanya memerlukan wang. Walaupun sebagai hobi, segala apa hobi pun memerlukan perbelanjaan. Bagi mereka yang suka memancing pun ada joran atau sistem jorannya menjangkau ribuan ringgit! Jadi harus kita ingat yang kita kena buat persediaan untuk belanjawan; bukan sahaja dari pembelian kamera, tapi juga dari segi lensa, filem, kos prosess filem, printing, komputer, perisian komputer, hardisk, backup DVD dan sebagainya. Kalau kita menggunakan kamera yang megapixelnya tinggi, storage space di hardisk pun kena besar, memory komputer pun kena tinggi kalau tidak, komputer lembap! Oleh itu, bersedialah untuk membuat bajet, tapi jangan berbelanja melebihi apa yang mampu. Jangan sebab orang kata yang itu elok, kita beli, yang ini elok kita pun beli, padahal orang yang dok kempen tu pun tak beli… heheheh

Sebagai kesimpulannya atau moral of the story,

* ketahuilah dahulu selera kita dalam dunia fotografi ini,
*
  buat kajian mengenai system kamera yang boleh memenuhi citrarasa sendiri. Banyak ruangan internet yang boleh kita cari. Rajin-rajinlah mencari. Disebabkan banyak laman web menggunakan English, kita terpaksalah rajin bertanya pada rakan-rakan kita yang jujur tentang apa yang diperkatakan dalam English tu. Dari situ, kita dapat sedikit ilmu pengetahuan tentang sistem manakah yang boleh menampung perkembangan minat kita. Bukan semua pengeluar ada membuat lensa seperti 600mm yang saya ceritakan dalam bab wildlife tu. Dari situ, kita akan dapat ilham sedikit...
*
  Buat perbandingan dari segi spesifikasi dan juga kosnya mengikut kemampuan sendiri. Tak guna nak banding dengan benda-benda yang menggunung kalau bajet kita busut pun tak nampak..hehehehe. Berbelanjalah mengikut arah tuju yang ingin kita capai. Bak pepatah melayu, "Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit".
*
  Pergi kedai dengan kawan dan mintak cuba model-model yang telah diperbandingkan tadi. Saya sebut ajak kawan, sebab kadang-kadang kedai kat Malaya ni pelik sikit! Nak cuba-cuba ni kadang-kadang dia orang tak layan. Jadi ajak kawan yang biasa dengan towkei kedai tu, senang kita nak mintak demo dan senang juga nak tawar menawar. Tengok dan rasa model mana yang sesuai atau serasi dengan tangan kita. Bak kata orang putih, "feeel the camera..."
*
  Akhir sekali, apa-apa jenama kamera pun bagus, tetapi pilih mengikut bidang apa yang diminati, belilah sesuatu system yang menepati citrarasa dan fokus-kan usaha untuk mendapatkan imej yang dikehendaki menggunakan setting asas yang betul, juga teknik dan lensa yang sesuai. 

Selamat Maju Jaya dan rajin-rajinlah menziarahi bolg saya ini untuk maklumat-maklumat lain.

quote:
Originally posted by fresh
Nak buat pertanyaan sikit pada otai otai kemera ni. Sekarang ni aku pakai kamera dulu dulu cap Canon A400. Bagi aku camera tu mudah pasal aku pun tak reti nak seting manual. Selama ni aku guna auto je. sekarang ni ada member nak jual Canon powershot S2IS RM 800. boleh beli ke harga tu ? Gambor nya cantik ke ? Susah ke kalau nak blajo setting manual ni ? Ada ke cara nak blajo basic kamera tak payah pegi kelas dan kalau oleh bahasa melayu le?


[:D]…emmmm aku pung dok cari…kamera digital murah ni…2nd pung x pa…( hok lama udah x cantik gambor kesan masuk air )

…akan bertukar…

TQ sifu razlan info yang amat berguna untuk teman. nanti bila aku dah dapat dapat kamera tu boleh le mike tolong tunjukan pada teman cara menggunakan nya.

Wak BM nak tangkap gambo bulan ke? Kalu nak jom BD.

senang je bro..cuba try explore dl..kalau ada pblm boleh tanya…

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture2.jpg[/IMG][IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture1.jpg[/IMG] 012 8157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/
quote:
Originally posted by Syawal
Bro Shahidan & Cikgu Anamis,

Boleh beritahu camera Jenis / Model apa yang digunakan untuk gambar2 diatas? Gambar sangat terang dan jelas…TQVM.

“SHUT-UP AND FISH!”


syawal…
jenis kamera sony dsc-h5 7.2mpixel

quote:
Originally posted by gt hunters
sory bro sal dah lama tak masuk sinie..nak resize kalau guna photoshop bro kena buka new document kat sana ambik dia punya saiz yang bro nak.. lepas 2 select guna select tool n drag ke page yang baru tadi.. tekan alt dan t serentak.. adjust bagi sama n tekan enter..selesai le kerjanya... senang je..

012 8157245
mari kita tengok siapa yang kena…


tq atas tunjuk ajar mike…

same2..ala blajar dr kesilapan je..
bro guna adobe photoshop brapa..yang cs3 banyak effect best2..

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture2.jpg[/IMG][IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture1.jpg[/IMG] 012 8157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/
quote:
Originally posted by gt hunters
same2..ala blajar dr kesilapan je.. bro guna adobe photoshop brapa..yang cs3 banyak effect best2.. [IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture2.jpg[/IMG][IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture1.jpg[/IMG] 012 8157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/

saye guna adobe photo 7.0…
tapi main blaja sendiri je nih… masih tak pandai pandai…

owh yang 7 2 ya..bro tgk kat ruangan help dia..suma ada di sana…bro boleh print out dan gunakan sebagai panduan..

[IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture2.jpg[/IMG][IMG]http://i230.photobucket.com/albums/ee61/gthunters/Picture1.jpg[/IMG] 012 8157245 mari kita tengok siapa yang kena.... http://gthunters.multiply.com/

nih idola kawan kalau bab-bab fotograpi nih..digitaldome [;)]

*kawan qoute posting gambar outing terbaru beliau[:p][:p]

[quote=“dome”]kasik letak sikit gambar dulu..nanti esok2 tambah lagi..nak kasik urat sarap betul dulu :lol:


semangat melubukkan diri tak kira di mana saja


acara menyedekahkan darah kepada pacat2 semasa treeking
(lubuk org asli - lubuk panjang - lubuk batu) [kalo tak salah lah haha]


bakal calon tok batin tahun depan,
rilek jer..kasik anak2 buah layan dulu


bakal ahli lubuk yang baru,berbekalkan joran yg di beli dr giant,
bang nuar kita berjaya mendaratkan belida pd mlm kedua
di syakki belida jantan ini baru saja putus cinta


antara hasil di lubuk panjang


moyang lampam


moyang dan cucu lampam


belida ini juga di syakki tengah putus cinta,
berjaya di daratkan oleh bang nuar kita pada mlm ke3


mangsa kerakusan tomang

*laporan penuh akan di buat oleh bang ujang yang tengah dalam perjalanan balik ke KL[/quote]


Yop
012-514 1181
</font id=“size1”>

[/IMG]

di sini ada sikit nota

yang bulat tu bukaan cahaya bagi f,
dan kotak bawah tu bukaan bagi shutter.

Kombinasi kedua dua akan menghasilkan contoh gambar yang di tunjukan.
Yang mana makin besar bukaan f + bukaan shutter yang kecil akan menghasil kan kawasan yang jelas terhad…

Pengetahuan asas yang patut kita kongsi bersama…