Bertandang Ke Jeti- Ambil Perhatian.

Apabila anda bertandang untuk memancing dengan menumpang di kawasan jeti yang milik persatuan nelayan mahupun perorangan pastikan perkara berikut.

  1. Meminta izin. Terkecuali jeti untuk penambang-menghantar orang ,walaupun jeti itu misalnya di bina untuk orang ramai, ia tidaklah sepertinya terminal bas dimana anda bebas berkeliaran masuk dan keluar. Rasionalnya disitu kedapatan hartabenda yang digunapakai untuk mencari rezeki. Jangan banyak berdalih sekiranya anda diminta beredar. Hormatilah.

  2. Berada di tempat yang dapat dilihat orang. Iaitu tempat yang jelas boleh dipantau, dan sekiranya waktu malam haruslah punyai pencahayaan yang mencukupi. Ini penting atas faktor keselamatan.

3.Pastikan hanya pemancing, dan aktiviti memancing semata-mata. Jangan sesekali membawa seisi keluarga sepertinya hendak mengadakan perkelahan kerana fungsi jeti adalah sebagai tempat laluan. Apatah lagi memancing sambil berdating-ini adalah perbuatan biadap terhadap penduduk tempatan.

  1. Jaga kebersihan. Jangan tinggalkan tempat anda memancing dengan mata pancing, duri ikan, isi perut ikan, sisa makanan.

  2. Jaga tutur kata, berpakaian yang sesuai. Jangan sesekali membuat bising melalak menyanyi seolah tempat tersebut kepunyaan anda, bergurau memaki hamun, berpakaian tidak senonoh seperti tidak berbaju (bagi lelaki), menonton bahan lucah melalui smartphone.

  3. Jangan timbulkan gangguan kepada alam mahupun keselesaaan kepada orang lain. Bertimbangrasa, dan sentiasa bersikap menghormati ‘kawasan lawatan anda’. Contohnya parking sesuka hati, bunyi enjin yang menderum.

salam bang cengkih…saya setuju 100%

mcm ada yg dh berlaku kt tmpat anda jer???[:D]

I'm still Freshwater Caster® [img]http://i273.photobucket.com/albums/jj237/mzo2000/Logo-GKC-1-1.png[/IMG] 6012-3803552

mzo2000@unifi.my

Ws bro mzo2000. Ya betul. Memang ini antara perkara yang kerap berlaku di sini sehingga saya merasakan ada keperluan bagi membuat posting ini. Renung renungkan, dan panjang panjagkanlah peringatan kepada rakan pemancing ya. Semoga dapat dihindari segala yang tidak diingini seperti kemalangan.

salam~
untuk lebih berkesan rasanya elok naikkan notice board begambar saja
di kawasan jeti tersebut..,
Dos and DONTs… apa yg boleh buat dan apa yg tak boleh buat…
lebih efektif sbb terus kepada golongan sasaran… kalau di sini
tak pasti berapa orang yg mungkin memancing atau melawati jeti dimaksudkan…
sekadar pandangan dan cadangan…[;)]

http://malaysiananglersnetw.forumms.net/forum

BiaQ BuaT-BuaT BoDo TaPi TaK BoDo…DaRi BuaT-BuaT PaNDai TaPi TaK PaNDai!
BiaQ PuLaK TaK PaNDai DaRi MeMaNDai-MaNDai..
</font id=“blue”>