Beza Senangin & Kurau

Salam utk sume otais and bros..

Sebenarnye, saya dah lama membiarkan hidup saya diselubungi misteri..Selagi misteri ni tak terungkai, selagi itulah saya akan tertanya-tanya..Belek gambar mancing lama-lama, terjumpa gambar ikan senangin/kurau ni..Jadi misteri tu datang balik..Setau saya ikan senangin dan kurau sama aje rupa parasnya, atau mungkin otai-otai dapat menerangkan perbezaannya.

Jadi, harap-harap adalah insan yg dapat membantu saya dengan memberikan informasi yg saya perlukan…apakah beza senangin dan kurau? Apakah senohong spesis yg sama?

Tq atas sumbangan info anda…

           [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/65dfdb46.gif[/IMG][IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/620e4b97.gif[/IMG]   [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/foreverutd.jpg[/IMG]

Mr. Kurauking – since you ada this pangkat, tolong kawan kita disini.

Vincent

* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 * General Worker - U5 2007 * U6 2008 - Watch out it’s gonna get tougher because you guys are getting better!</font id=“size1”>

“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara

Aku pun tak pandai nak menilai bab ni..yang aku tau kurau ni sisik dia lebih comot/hitam dari senangin.Senangin sisiknya bersih berkilat.Kurau janggut pulak mempunyai janggut yang panjang.Kadang kadang dah hampir sama panjang dengan badannya.Senohong aku lansung tak tahu.
Kalau tak betul maaf le ye…minta pendapat lain pulak.

http://parjo66.multiply.com/photos

Mana ikan untuk saya…!

Tq bro parjo…

Setau saya senangin mempunyai bahagian dalam mulut macam kertas pasir..boleh memutuskan perambut biasa..kurau mcm tu juga ke?

-Maybe bro Kurauking can help me here_

           [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/65dfdb46.gif[/IMG][IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/620e4b97.gif[/IMG]   [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/foreverutd.jpg[/IMG]

Salam.. ari tuh kawe ada tertgk bro Tor Kelah ada pos gambo Senangin, Kurau, Senohong, Gubal. lagi senang nak tgk perbezaan jelas selain dari saiznya.


Umpang bughuk,</font id=“red”> Umpang baghu.. jatuh lubuk</font id=“gold”> .. baham selalu!!!</font id=“green”>

Kalau tak silap saya laa…Senangin sekira nya dah terlalu besar dipanggil Senohong dan Gubal pulak adalah bapak kapada kurau…he he maksudnya kurau yang besarlah.Kebiasaan nya,mereka ini dibezakan dengan warna sisek sahaja…Kurau warnanya lebeg gelap dari senangin.

Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.

Tq bro silverbarra & bro ridzuan,

Yang ni saya quote maklumat dari bro tor_kelah </font id=“blue”> dari topik spesis ikan air masin…

senangin,kurau dan gubal adalah ikan dr famili yg sama tp spesis yg berlainan…manakala senohong adalh gelaran bagi ikan kurau yg bersaiz besar (biasanya lebih 10kg)…famili ikan ni mempunyai gigi² halus seperti kertas pasir…
yg membezakan antara ketiga² jenis ikan tu ialah warna badan/sisik dan yg paling ketara adalah janggut yg terdapat pd ikan² tersebut…

ikan gubal
adalah spesis yg paling kecil dlm keluarga ikan tersebut tetapi mempunyai janggut yg paling panjang dlm familinya dan kadangkala panjangnya mencecah sehingga keekor..dan warna sisiknya agak kekuningan…kawan pernah dpt ikan ni di Kuala selangor…

ikan senangin
spesis kedua terbesar dlm keluarganya…mempunyai janggut yg agak pendek dan kedangkala hampir tiada…warna sisiknya lebih putih dan ada sedikit kehijauan terutama bg spesis yg melebihi 4kg…rekod kawan utk spesis senangin cuma 1kg++ je…hihihi

ikan kurau atau senohong
spesis paling besar dlm keluarganya dan boleh mencecah skala lebih 20kg…mempunyai janggut yg sederhana panjang dlm keluarganya…warna ikan kurau/senohong agak sedikit kecoklatan dan kadangkala kelihatan seperti lebam/luka²…kawan blum pernah dpt ikan ni tetapi saiz² gadang byk direkodkan diperairan Klang…

secubit pengetahuan kawan tentang ikan² ni…klu salah tolong betulkan</font id=“blue”>

kalau ikutkan info ni, memang senangin, kurau dan gubal merupakan spesis berlainan.

ada lagi ke member yg boleh beri maklumat/pandangan lain?

           [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/65dfdb46.gif[/IMG][IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/620e4b97.gif[/IMG]   [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/foreverutd.jpg[/IMG]

Salam semua…[:D]

Sebenarnya ramai yang bersependapat ngan Bang R G ni termasuk laa makcik-2 yang gi pasar beli ikan. Sebenarnya Ikan Kurau, Senangin, Senohong dan gobal ni adalah dari ‘family tree’ yang sama tapi berlainan spesis…[:D]
Memang ramai yang berpendapat bahawa Senangin beso digelar Kurau dah Kurau beso digelar Senohong dll…[:D]
Ada jugak yang berpendapat bahawa ia ditentukan dari panjang misai-2 ikan Kurau atau Senangin itu…[:D]
Ada pulak yang berpendapat bahawa warna Kuran ngan Senangin berlainan…[:D]

Ini semua adalah ‘pendapat’ yang salah…[:D]


Warna Ikan family treadfin salmon ini BOLEH bertukar untuk kesesuaian habitatnya. Contohnya Ikan Kurau atau ‘King Threadfin Salmon’(Polydactylus macrochir), ia boleh berwarna ‘keemasan’, ‘silver’ dan kekadang ‘hitam’. Saya telah membuktikan facta ini kepada beberapa kekawan MFN yang pernah gi manceng dengan aku.
Ikan Kurau yang warnanya ‘keemasan’ ini biasanya boleh dijumpai di kawasan air yang lebih dalam dan juga ‘berstructure’ seperti di kawasan jetty dan juga kawasan berkarang atau bertukun. Ikan Kurau yang berwarna putih pulak biasanya boleh dijumpai di kawasan air dalam yang TIDAK berstructure dan Ikan Kurau yang berwarna ‘kehitaman’ dibahagian bawah perutnya pulak biasanya boleh dijumpai di kawasan air cetek yang berlumpur. So, warna Ikan Kurau tertakluk pada habitatnya, bukan spesisnya…[:D]

Ikan Kurau

Contoh kawasan berstructure…[:D]

Ikan Senangin pulak biasanya berwarna ‘silver’ keputihan dan Ikan Senangin besar selalu dianggap sebagai Ikan Kurau kawasan air dalam yang tidak berstructure yang warnanya lebih kurang sama dengan Ikan Senangin atau lebih dikenali sebagai ‘Blue Threadfin Salmon’(Eleutheronema tetradactylum).
Ikan Senangin boleh didapati di kawasan-2 yang ada Kurau juga tetapi ia biasanya lebih suka di mid-water to surface. Di Port Klang, ada setengah pemancing suka mengunakan kaedah ‘drifting’ dengan sotong kurita hidup untuk memancing Ikan Senangin yang berskala lebih besar. Ikan Senangin juga mempunyai rupa yang berlainan dengan Ikan Kurau jika diperhati betul-betul. Matanya lebih ‘menurun’ jika dibezakan dengan ikan kurau kerana ikan kurau ialah ikan spesis ‘bottom dweller’ dan suka carik makanan di dasar laut. Ikan Senangin pulak lebih suka mengejar mangsanya, ia adalah lebih ke jenis spesis ‘Predator’.
Ini menjelaskan mengapa mata Ikan Kurau dengan Ikan Senangin berbeza…[:D]

Selain dari mata, bentuk badan, sirip dorsal dan juga ‘misai fourfinger’ ikan Senangin berbeza dengan Ikan Kurau…[:D]

Ikan Senangin

Ikan Senohong atau lebih dikenali sebagai African Giant Threadfin Salmon mempunyai rupa bentuk yang berlainan dengan Ikan Kurau dengan Ikan Senangin. Aku telah diberitahu olen Encik Marlin dari MFN bahawa Ikan ini tidak boleh didapati di perairan Malaysia terutamanya Port Klang. Ikan Senohong ini berlainan dengan Ikan Kurau yang berskala besar, dan ramai pemamcing Port klang telah berjaya memancing Ikan Senohong ini dan mereka bersependapat dengan aku bahawa rupa Ikan Senohong berlainan dengan Ikan Kurau. Untuk memanstikan ia dikategorikan didalam spesis apa, cuma DNA test boleh menentukanya…[:D]

Kes paling sedih di Perairan Port Klang adalah spesis Ikan Gobal. Sekarang amat sukar untuk melihat sekor Ikan Gobal yang berskala besar di Port Klang kerana jenis spesis ini hidup dalam sungai-2 di Port Klang dan Sungai-2 Port Klang telah dirosakan oleh bahan buangan kilang, pukat tunda dll. Sebelum ia sempat membesar, ia telah menjadi mangsa-2 perosak alam sekitar tu…[V]

Ikan Gobal ini mempunyai sirip ‘misai fourfinger’ yang paling panjang jika dibezakan dengan semua spesis family Threadfin Salmon. Kita sekarang hanya mampu dapat mancing yang ‘anak-anak’ sahaja…[:p]

CHEERS AND HAPPY FISHING

[url="http://www.kurauking.com/"][img]http://i72.photobucket.com/albums/i162/fadzly_ch/jt_big.gif[/img][/url] http://www.kurauking.com/ 03 3166 0913 [IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/56e79ffc.gif[/IMG] [url="http://www.kurauking.com/"]>< Worst day of FISHING is better than best day at WORK ><[/url]

Tq bro Kurauking! Saya salute! Memang macam baca ensiklopedia…

Kesian nasib ikan gubal..

           [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/65dfdb46.gif[/IMG][IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/620e4b97.gif[/IMG]   [IMG]http://i206.photobucket.com/albums/bb126/atai1211/foreverutd.jpg[/IMG]

spesis ikan2 neh yg tulang die halus2 kerr?..

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

Hai keli, long time no see…[:D]

Tulang ikang kurau ngan senangin ni tak laa halus jugak, dia punya tulang karas tapi kurang laaa, cuma di bahagian perut saja dan tulang belakang, yg lain semua isi. Isi ikan Kurau ni lagi besar lagi mahal punya kerna isi ikan kurau besau lebih halus dan ber’spring’…[:D]

quote:
Originally posted by keli7
spesis ikan2 neh yg tulang die halus2 kerr?... [IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

[url="http://www.kurauking.com/"][img]http://i72.photobucket.com/albums/i162/fadzly_ch/jt_big.gif[/img][/url] http://www.kurauking.com/ 03 3166 0913 [IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/56e79ffc.gif[/IMG] [url="http://www.kurauking.com/"]>< Worst day of FISHING is better than best day at WORK ><[/url]

ooooooooooooooo…hehhhe…thanks KK…(aku manyak bizy lorrr, student maaa..)hehehhehe

ade gak spesis ikan yg lebey kurang same…p kat tempat tu panggey ikan puput…cume tulang ikan die halus2 larr..heheheh…(sorry gambo takde nak bagi tgk)..hehehehhe

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

Keli, ada sesetengah orang panggil Ikan Bulan sebagai Ikan Puput, Keli takde gambor takpe, abang KK ada…ceeeehhwaaaahhh…heheee…[:D]

quote:
Originally posted by keli7
ooooooooooooooo...hehhhe...thanks KK....(aku manyak bizy lorrr, student maaa..)hehehhehe

ade gak spesis ikan yg lebey kurang same…p kat tempat tu panggey ikan puput…cume tulang ikan die halus2 larr..heheheh…(sorry gambo takde nak bagi tgk)..hehehehhe

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

[url="http://www.kurauking.com/"][img]http://i72.photobucket.com/albums/i162/fadzly_ch/jt_big.gif[/img][/url] http://www.kurauking.com/ 03 3166 0913 [IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/56e79ffc.gif[/IMG] [url="http://www.kurauking.com/"]>< Worst day of FISHING is better than best day at WORK ><[/url]

Senangin dan Kurau berbeza banyak dari segi rupa. Kalau dah biasa sekali pandang sudah tahu. Tapi tak adalah macam KK, ikan tarik pun sudah tahu…itu sudah kira handal. Memang banyak ikan dari satu keluarga yang nampak serupa tapi sebenarnya tidak. Seperti Belanak - Kedera - Tamok - Loban. Kekadang tu istilah pulak berbeza.

Kalau senangin dengan kurau selain dari janggut dan ekor/siripnya yang membezakan kedua-dua jenis ini ialah MULUT nya. Mulut kurau kedudukannya kebawah(bottom dwellers) manakala senangin lain kedudukannya…senyum manis kedudukan mulutnya [:D]

...tak pernah dapat kurau lagi...


http://longkanggang.blogspot.com/</font id=“size1”>

hehheheeh…maceh bro KK…hehehheheh…ikan tuh sedap klu panggang…ehheh…cicah sambal asam jawa…heheh…yummy

dolah>>>>hahhahahahhahahaha…senyuman senangin manis ka???hahhahahahha…tak sampai hati ku nak mancen nanti..hehehhehe

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

waaaaaaaaaa…besar kurau tuh…cam nak patah rod tuh…hehhehehe

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

ooooooooooo…hehhehehhehe…

terus nampak pemancing yang bergaya yerr bro???..hehehehehehhehe

kurau duk kat area laut jerr kerr???..

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]

Kurau ni hidup berhidrah, ia sentiasa bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain mengikut arus, cuaca, moonphase dan sebagainya…[:D]

Saya pernah nampak hanya sekali sahaja Kurau jinak yang di pelihara di sangkar/kelong peliharaan ikan di laut(Pulau Ketam). Kurau ni boleh dipanggil datang oleh tuannya dan boleh di’sayang’ atas kepalanya tetapi ikan kurau tu nampak macam ke-uzuran sahaja, letih semacam dan tidak active. Mungkin ikan kurau ini spesis tidak boleh dikurung jadi sampai sekarang takde sangkar/kelong ikan yang pelihara Kurau…[:D]

[url="http://www.kurauking.com/"][img]http://i72.photobucket.com/albums/i162/fadzly_ch/jt_big.gif[/img][/url] http://www.kurauking.com/ 03 3166 0913 [IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/56e79ffc.gif[/IMG] [url="http://www.kurauking.com/"]>< Worst day of FISHING is better than best day at WORK ><[/url]

tabik sama lu la king… info yang padat dan sarat. tak ramai
spesisi mamalia macam kita kenal nama-nama ikan dan perbezaannya.
makan depa tau la… untungnya join mfn neee.[:D][:p]

sayangi keluarga anda!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/omarcopy.jpg[/IMG] [IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/jubliemas300px-1.jpg[/IMG] 0134857120
quote:
Originally posted by KURAUKING
Kurau ni hidup berhidrah, ia sentiasa bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain mengikut arus, cuaca, moonphase dan sebagainya.....[:D]

Saya pernah nampak hanya sekali sahaja Kurau jinak yang di pelihara di sangkar/kelong peliharaan ikan di laut(Pulau Ketam). Kurau ni boleh dipanggil datang oleh tuannya dan boleh di’sayang’ atas kepalanya tetapi ikan kurau tu nampak macam ke-uzuran sahaja, letih semacam dan tidak active. Mungkin ikan kurau ini spesis tidak boleh dikurung jadi sampai sekarang takde sangkar/kelong ikan yang pelihara Kurau…[:D]

[url="http://www.kurauking.com/"][img]http://i72.photobucket.com/albums/i162/fadzly_ch/jt_big.gif[/img][/url] http://www.kurauking.com/ 03 3166 0913 [IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i92/KURAUKING/56e79ffc.gif[/IMG] [url="http://www.kurauking.com/"]>< Worst day of FISHING is better than best day at WORK ><[/url]

ooooooooo…thanks again bro…

nice to know more about kurau..hehehhe…mane tau dpt mancen tatau lak spesis ikan ape yg dapt..hehehe..[:D]

[IMG]http://i228.photobucket.com/albums/ee203/meyah_7/signaturekeli.jpg[/IMG]
quote:
[code]R&R..get ready for casting[/code]