Saya dah lama dok perati dunia bot ni, terutamanya di US. Satu keistimewaan penduduk US ni adalah cukup berani me-reka(design) dan mencuba. Dan ini bukan hanya tertakluk kepada golongan engineer atau yg semakhluk dengannya, tetapi kepada semua, mahupun posmen, toke kedai, tukang kayu dsb.
Kalau boleh, kita ambik budaya macam ni. Yang elok ambik, yang tak elok tinggalkan. Apa yang menjadi tumpuan kita sebagai pemancing pastilah sesuatu yang berkenaan dengan dunia ni, dalam kata lain, BOT.
Kalau ada yang selalu web-surfing tentang bot, pasti banyak kali terjumpa cerita bot yang dibina sendiri oleh orang2 biasa sahaja, termasuklah ocean cruiser yang besar. Tak perlu la kita cerita pasal bot2 besar ni, cukup la kita cerita pasal “basic boat” sahaja. Di US, budak2 12 tahun pun sering bina bot kecil ni, percaya atau tidak?
Plywood Boat
Dengan menggunakan 2-3 keping plywood, fiberglass sheet dan resin, dah boleh buat bot sendiri untuk kegunaan ringan.
Contohnya seperti website nih: http://www.pdracer.com/articles/b-bucket/index.htm
Jadi saya buka topik ni supaya membuka minat para forummer dalam pembinaan bot mini kegunaan sendiri yang pastinya murah dan boleh di-customize mengikut citarasa sendiri. Dan kalau ikut guideline dan common sense, tak buat hentam keromo, pastinya bot itu juga selamat digunakan.
Dalam masa terdekat ni saya pun teringin jugak nak try buat bot dalam 9kaki, flat bottom. Bot jenis ni paling senang dibuat untuk belajar. Masalah sekarang takde supply resin+fiberglass sheet. Jadi, kalau ada forummer yang tahu mana nak cari supplier barang2 ni, bolehlah tolong2 . [:)] [:)]
Kepada sesiapa yg berpengalaman dalam pembinaan bot, juga diminta komen. Terima kasih. [:)]








no phone 012-5232673, 013-4617794





