abg idan..ooo abg idan..
Satu percubaan yang bagus dalam menulis laporan. Saya mmg tak gemar membaca novel atau cerpen. Tapi kalau kisah memancing, saya akan paksa diri saya membaca.
quote:
Originally posted by fareez
abg idan..ooo abg idan..
Abg terkilan Fareez tak joint trip yang ini, agar org rumah </font id=“blue”> Fareez sudah kurang mabuk2nya. Bila orang rumah sudah okey harap2 kita boleh merancang lagi trip yang sehebat dulu, group kita dulu telah bertambah 3 orang; Abang Man tentunya mahu saja joint.
Pak Wahid jika ada cuti mesti nak ikut. Eddie pun nampaknya sudah kembali berjinak ke laut!. Teringin mahu mencuri pengalaman Fareez merisik dengan ikan, sotong & si pari-pari di laut!.
[8D]
[:p][:p][:p]
sekadar selingan menunggu penyudah saudara gelenggang
JORAN…</font id=“size5”></font id=“Verdana”></font id=“red”>
Kau adalah sumber inspirasiku
kehadiranmu dalam hidupku
membawa sinar bahagia
Ketika isteriku tiada
Atau pada hari hari yang tidak bekerja
Kan kuusung kau kemana saja
Tak pernah sesaat pun kau bertanya
Tatkala dirimu rakus direntap
Jantungku bagai disentap sentap
Diriku masih berharap
Kalau-kalau ada rohu yang sudi hinggap…</font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
KEKILI…</font id=“Verdana”></font id=“size5”></font id=“red”>
Mengenali dirimu
memberiku harapan
Setiap kali aku kecewa
kau datang mengubati kekecewaanku
lalu aku bangkit semula
Walaupun namamu mulanya asing bagiku
Daiwa Shimano Abu Garcia yang aku tahu
Namun tak akan kulupa pada Pioneer (yang pertama bagiku)
Kau yang mula mencuri hatiku
Kau yang sudi mendidikku
Walau pada mulanya hanya seekor puyu.
Takkan kulupakan detik itu
</font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
TANGSI… </font id=“Verdana”></font id=“size5”></font id=“red”>
Maafkan aku…
Namamu sudah kulupa
Tatkala mula kita bertemu
Bukan niatku melupaimu
Namun kau sendiri tahu
Waktu itu…
Kau milik BAPAKku…</font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
DEDAK…</font id=“Verdana”></font id=“size5”></font id=“red”>
Mungkin kau masih baru kukenal
Ya .. ku akui
Aku masih mentah mengenalimu
Yang aku tahu kelkatu, udang, cacing dan kelapa sawit
Nasib baik kat MFN banyak sifu…
Yang tak lokek mengajarku
Tentang panadol dan omega 5 dalam satu
Dan juga minyak rohu</font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
TAUKE KOLAM… </font id=“Verdana”></font id=“size5”></font id=“red”>
Kutujukan puisi kasih ini istimewa untukmu
Sebagai tanda betapa bermaknanya kau bagi diriku
Khabarnya hari jumaat kau kan lepas ikan baru
Tapi balik balik keli ngan pacu.. mana rohu
Untung kau dah puluhan ribu
Janganla berkira sangat
Sebab kami la poket kau lebat
Takkan nak lepas ikan baru pun rasa berat
Nanti kalau kami dah tak semangat
Mula guna cara jahat
Kau jugak yang merempat
Baik kau lepas ikan cepat
JANGAN LA BERKIRA SANGAT</font id=“size4”></font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
ROHU…</font id=“Verdana”></font id=“size5”></font id=“red”>
Kau ni pun Satu
Macam macam dah aku jamu
Panadol dan omega 5 dalam satu
Tapi kau buat dek ja kat aku
Kutuba karang baru kau tahu
Tapi aku takkan kejam cenggitu
Sebab aku tahu bukan rezeki aku
Tapi aku tetap nak bagi tahu Satu
Kau tetap kan jadi milikku</font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
OTAI2 MFN…</font id=“Verdana”></font id=“size5”></font id=“red”>
Yang mana banyak ilmu tu
Perturunkanlah kat aku
Jangan pulak kedekut ilmu
Takut kat kubur kena palu
Amal ibadat belum tentu laku
Sekurang2nya kami sedekah Alfatihah
Ahli MFN kan pemurah
Untung untung ada ilmu yang masih diguna
Boleh jugak bawa kesana
Kan mengajar tu satu pahala
Kalau ada yang perlu aku tahu
Sudi-sudikanlah membantu
Tunjuk ajarku SIFU…</font id=“size4”>.</font id=“Arial Black”></font id=“size3”></font id=“blue”>
*******************************************************************
JIMAT PETROL</font id=“red”>-</font id=“blue”>http://barangbaik-syukur.blogspot.com/
UNTUK SUAMI MITHALI-http://kesihatanwanita-syukur.blogspot.com/
trade forex-http://www.marketiva.com/?gid=11281
[quote]Originally posted by pok dik
sekadar selingan menunggu penyudah saudara gelenggang…
JORAN…</font id=“size5”></font id=“Verdana”></font id=“red”>
Menarik Puisi Ngail ini,
Yang Pok Dik coretkan
Sy begitu lama tak berpuisi
ruang puisi sy makin kosong
rasa terpanggil pula mahu berpuisi
tapi sementelah kini
terlalu kalot berjurnal
segalanya ilham bagaikan beku
kering & payah amat untuk disemaikan
di medan seni
Ngail@di.Desa</font id=“green”></font id=“size4”>
bakong lubuk lama sepat & puyu
bagaikan berenang jauh di sepi desa
tak sabar rasanya merentas pokok paku
mencantas rempiang menaut haruan
menahan bubu & membakar buah getah
atau isi kelapa buat pemanggil limbat
di jaringan bubu
atau mengutip buah ceri bagi umpan
si ikan lampam
atau membakar sarang kerengga
mencuri anaknya sebagai umpan di paya
di desa sana terlalu banyak tasik
untuk diteroka percuma
di kota ini semuanya berbayar
di kolam ikannya dapat diduga
di tasik kita ghairah meneka spesis apa
di laut terkadang gelombang menghalang kita
memang tak puas turun ke laut
tapi tidak boleh saban kali ke sana
bajetnya bukan sedikit
wang besar hasilnya besar
namun aku amat rindu untuk
ngail di kampungku
redup nyaman
bukanlah ikan sasaran utamanya
sayogia impirasi meresap ke diri.</font id=“green”>
Jika Pok Dik suka menatap puisi lama sy
ada di http://idan.easyjournal.com
iDAN
gelenggang…satu puisi yang menarik dan syahdu.
Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.
quote:
Originally posted by ridzuan ghazali
gelenggang......satu puisi yang menarik dan syahdu.Mancing…Dulu,Kini dan selamanya.
Terima Kasih
Agar boleh jadi peminat puisi sy
bang idan…
bila nak sambung ni…</font id=“size1”>
http://haruansiam.multiply.com
Isk.. rumah digenang air telah 3 hari masih pening mencari puncanya!, tu yang masih gagal mencari jalan penyudah visi si ikan yu ini! InsyaAllah sehari dua ini abislah ceritera ini.
Bang Idan mmg best! x sabar rasanya nk tunggu sambungan ni.Abg Idan xnk hantar karya abg kt majalah ke?boleh lah pemancing di luar tu berkongsi pengalaman,walaupun karya Abg Idan ni mengisarkan pengalaman memancing,tp byk benda baru yg saya belajar setelah membacanya.Keep up the good work bang,Pahala ni bang,dah boleh di kategori sebagai Majlis Ilmu ni.Syabas!
[IMG]http://i40.photobucket.com/albums/e247/dolahpenang/logogif.gif[/IMG] [IMG]http://i37.photobucket.com/albums/e80/adv3333/gkb1.jpg[/IMG] http://akashah.multiply.com http://longkanggang.blogspot.com/ PeMM MemberIsk.. rumah digenang air telah 3 hari masih pening mencari puncanya!, tu yang masih gagal mencari jalan penyudah visi si ikan yu ini! InsyaAllah sehari dua ini abislah ceritera ini.
[/quote]
okey… akan setia menanti…
http://haruansiam.multiply.com

[quote]Originally posted by akashah_6lb
Bang Idan mmg best! x sabar rasanya nk tunggu sambungan ni.Abg Idan x nk hantar karya abg kt majalah ke? Boleh lah pemancing di luar tu berkongsi pengalaman,walaupun karya Abg Idan ni mengisarkan pengalaman memancing,tp byk benda baru yg saya belajar setelah membacanya. Keep up the good work bang, Pahala ni bang,dah boleh di kategori sebagai Majlis Ilmu ni. Syabas!</font id=“size1”>
Sdr Akasha
Memanglah teringin nak lihat karya di Majalah, tapi tak tahu macm mana nak hantar. Lagipun penulis di majalah itu bukan calang-calang penulis. Abg ini syok sendiri sahaja menulis.
Cukuplah dapat menghiburkan seorang dua tatkala membaca di dunia siber ini!
[8D]
iDAN
quote:
Originally posted by ariaruantasik
Isk.. rumah digenang air telah 3 hari masih pening mencari puncanya!, tu yang masih gagal mencari jalan penyudah visi si ikan yu ini! InsyaAllah sehari dua ini abislah ceritera ini.
okey… akan setia menanti…
.. hampir 2/3 telah dapat diatasi.
[8D]
Selalu tgk gambar jer… nie betul2 macam baca cerpen…layannnnnnnn
Gaya penulisan yang menarik..
tapi mcm sayu jek bro
tapi memang menarik…di selang seli dgn gambar
menunjukan kebesaran Ilahi..

Asaalammualaikum dan selamat petang, bila baca cerita bro Idan ni rasa cam kita pulak yang ada kat situ..syabas bro! teruskan berkarya..[:D][:D]
013-2664402(Sendiri Mau Ingat)[img]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/VAT3.gif[/img][quote]Originally posted by mrchot
Gaya penulisan yang menarik..
tapi mcm sayu jek bro
tapi memang menarik…di selang seli dgn gambar
menunjukan kebesaran Ilahi..</font id=“size1”>
MrChot,
Mengail ini sebenarnya jangan berharap sangat mendapat ikan besar, kot Mangkor. Laut yang dalam mana dapat kita duga. Rezeki di tangan Dia Yang Esa.
Bagi kaki pancing tentulah hasil tangkapan terkadang bukanlah utama, gian & asyik memancing itu yang lebihnya.
Antara moralnya catatan ini, ada setengah spesis ikan kian pupus. Macam ikan Yu@Jerong Harimau Bintang itu, amat cantik. Jika kita tidak kawal penangkapannya pasti cicit-piut-miut kita tidak dapat melihatnya.
[quote]Originally posted by seapulngail
Asaalammualaikum dan selamat petang, bila baca cerita bro Idan ni rasa cam kita pulak yang ada kat situ..syabas bro! teruskan berkarya..[:D][:D]</font id=“size1”>
SeapulNgail
Andaikatalah abg punyai kesempatan kerap memancing macam sifu-sifu di MFN ini, pastinya banyak ilham & karya bab memancing ini dapat dihasilkan. Emmm.. entah bilalah dapat menulis bab memancing@mengail ini lagi.
PERBUATAN nelayan pukat tunda terus menjadi ancaman kepada ikan khususnya penyu yang dilaporkan mati sia-sia selepas tersangkut di dalam pukat itu.
Justeru pencinta reptilia itu melancarkan kempen menyelamatkannya dengan penyertaan semua golongan membabitkan aktivis seluruh dunia.
Antara kumpulan paling aktif memperjuangkan nasib penyu ialah organisasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Maklumat terperinci mengenai gerak kerja dan sumbangan kewangan boleh diperoleh dengan melayari laman web: www.turtles.org.
Perjuangan mereka kini diperhebat apabila didapati nelayan Lautan Pasifik turut menggunakan rawai yang panjangnya berbatu dengan ribuan mata kail bagi menangkap ikan, malangnya, penyu turut menjadi mangsa umpan rawai tersebut.
Ancaman Pukat Tunda;
Masalah pencemaran dan kegiatan pukat tunda haram di negara ini sejak sekian lama memerlukan tindakan sewajarnya bagi memastikan kehidupan nelayan pantai tidak terus tergugat.
“Antara spesies ikan yang menghadapi ancaman kepupusan termasuk ikan duri, pelotan, gelama, bawal putih, gerut-gerut, ketam lengga, kerapu, putih damar, todak dan sotong,
“Kesan pencemaran termasuk pelepasan bahan kimia tanpa kawalan ke laut dan kegiatan pukat tunda menjadi ancaman besar terhadap spesies ikan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Aktiviti pencerobohan pukat tunda di kawasan pinggir pantai mengakibatkan berlakunya penangkapan yang berlebihan. Pengunaan pukat tunda boleh dikatakan sebagai melombong sumber asli tanpa menghiraukan kemusnahan alam sekitar. Ini kerana dengan saiz mata pukat yang kecil, tidak hairanlah anak-anak ikan/juvenile marin yang lain juga tertangkap. Tangkapan yang lebih banyak dari sumber semulajadi antara punca ikan semakin berkurangan. Jabatan Perikanan telah menetapkan zon-zon penangkapan ikan bagi memastikan tiada percanggahan sumber perikanan berlaku, namun dari segi penguatkuasaannya amatlah menyedihkan.
Penggunaan pukat-pukat ini bukan saja akan mengaut segala hidupan yang ada di dalam laut bahkan ianya juga turut memusnahkan ekosistem bila mana batu karang serta tukun yang menjadi tempat ikan membiak akan turut musnah disebabkan penggunaan pukat-pukat ini.
Percemaran Juga antara Faktor kurangnya ikan.
Pencemaran air berlaku akibat pembangunan tanah dan pelepasan bahan buangan atau efluen ke dalam sistem perairan, sama ada darat ataupun laut. Bahan cemar yang dilepaskan ke dalam air selalunya terdiri daripada kumbahan, sisa kimia, tumpahan minyak, keladak dan sisa terma. Pencemaran boleh dibahagikan kepada 2 iaitu dari sumber daratan dan juga sumber dari lautan.
Sumber dari daratan
Pencemaran yang berpunca dari kawasan daratan menyumbang kepada kebanyakkan pencemaran pesisir pantai dan muara sungai di Malaysia. Pencemaran dari darat menyumbang kepada lebih 77% daripada pencemran marin. Pada kebiasaanya sumber-sumber pencemaran air pesisiran pantai dan muara sungai yang terletak di daratan adalah aktiviti-aktiviti industri, pembangunan bandar, kerja-kerja pembinaan, aktiviti perlombongan, kegiatan pertanian dan akuakultur yang tidak terhad dan tak terkawal, aktiviti pelancongan/rekreasi dan pembalakan. Kebanyakan bahan-bahan cemar dari daratan disalirkan ke dalam air pesisiran pantai dan mura sungai melalui laluan air (sungai, terusan, muara sungai).
Ketiadaan pengurusan perikanan dan polisi penguatkuasaan
Kaedah pengurusan perikanan yang tidak mampan serta penguatkuasaan dari jabatan-jabatan kerajaan tidak mampu menangani permasalahan alam sekitar terutamanya persekitaran marin. Polisi yang wujud dari segi penguatkuasaan agak lemah membuatkan orang ramai mengambil jalan mudah melanggar segala peraturan yang diwujudkan. Kakitangan jabatan kerajaan yang kurang serta pertindahan dari segi bidang kuasa melemahkan lagi penstrukturan pengurusan.
& Banyak lagi faktor yang seharusnya warga MFN boleh bincangkan untuk penyedarkan masyarakat betapa pentingnya kita bersatu dalam menjaga pembiakan ikan agar spesisnya tidak akan lupus.
Musibah Pukat Tunda ini juga menjadi salah satu faktor kenapa pengembaraan Sayunya Si ikan Yu ini menjadi begitu hambar & gagal menangkap ikan yang lumayan.
Akta sebenarnya telah untuk panduan nelayan’
Pengurusan Perikanan dari Sudut Undang-Undang
Perundangan berkaitan dengan perikanan mula diwujudkan pada tahun 1963 melalui Akta Perikanan 1963 yang mana ia menumpukan peraturan berkenaan pengurusan zon bagi aktiviti perikanan. Ia bertujuan untuk menjaga hak nelayan tradisional dari kemasukkan pemukat tunda di kawasan pesisir pantai. Walaubagaimana pun akta ini tidak membabitkan kawasan krital seperti hutan paya laut, rumput laut dan juga kawasan terumbu karang yang juga berhampiran dengan pesisir pantai.
Selanjutnya, pada tahun 1981 Polisi Perlesenan bagi perikanan keseluruhannya diwujudkan bagi skim pengurusan untuk menghad aktiviti perikanan. Melalui polisi ini, lesen dikeluarkan mengikut saiz enjin bot, kelengkapan menangkap ikan dan penzonan perikanan. Secara tidak langsung, peraturan ini melindungi kawasan yang kritikal.
Dalam Akta 1984, Malaysia telah mengistiharkan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), manakala dalam Akta 1985, ia bertindak dalam mempromosikan aktiviti perikanan jauh dari kawasan pesisir pantai. Dalam akta ini, ia memperkenalkan satu zon tangkapan nelayan di perairan negara bagi mencegah pertelingkahan antara nelayan tradisional dengan pengusaha bot nelayan besar.
& banyak lagi akta… tetapi semunya amat mudah dilanggar.
Bergantung dengan penguatkuasaan sahaja tidak mampu memendong masalah kepupusan ikan. Nelayan juga kena gigih dalam membantu punca rezeki mereka agar tidak terus terjejas.
Peranan Nelayan
§ Menjadi mata dan telinga bagi tujuan pemeliharaan laut dan pesisir pantai daripada aktiviti pencerobohan, pencemaran dan lain-lain.
§ Mendesak pihak berwajib mengambil tindakan terhadap kesalahan yang melibatkan alam sekitar khususnya persekitaran marin.
§ Meningkatkn kesedaran penduduk pesisir pantai terhadap kepentingan laut dan sumbangannya.
§ Memelihara laut dan pesisir pantai terus terpelihara bagi memastikan sumber rezeki nelayan berterusan dan tidak terjejas.
§ Mengadakan program-program pemuliharaan contohnya: penanaman bakau, penanaman pokok, pembersihan sungai dan pantai dan lain-lain.
Memang tidak dapat aku bayangkan jika persisiran kita penuh dengan tukun tirusn, rumput laut & karang yang tidak tercemar; Pastinya akan membiakkan ikan & alangkah seronoknya kaki pancing memancing saban hari!