assalamualaikum…
thread ni saya ujudkan untuk kemudahan kawan2 dalam mfn section fresh water…kalau dah dibincangkan atau perlu di deletekan atau dipindahkan ke mana2 thread lain saya tak kesah…terpulang kepada moderator…
seperti yang kita sedia maklum…kehadiran tali sulam/braided/pe di dalam arena memancing kita sejak kebelakangan ini telah merubah sedikit sebanyak corak dan teknik memancing yang selalu kita amalkan sebelum ini.
kelebihan superline/tali sulam ini menjadikan ramai pemancing menggunakannya.tali berpaundage tinggi dan berdiameter halus dan tiada regangan menjadikannya tali yang supersensitif.tidak mempunyai memori seperti tali mono memudahkan penggunaan kekili spining untuk membaling jauh menyamai kekili konvensional bagi pemancing pantai/surf.
kelebihan ini juga merupakan kelemahan kepada tali ini.tidak meregang menyebabkan ia tidak tahan impac mengejut atau sentapan secara tiba2.membawa kepada tali putus dan joran graphite yang rapuh patah ketika membuat sentapan atau dilarikan ikan.daya tahan geserannya juga lemah menjadikan pemancing kerap berputih mata ketika bertarung di kawasan yang berstruktur.
untuk mengatasi kelemahan2 tersebut,adalah dinasihatkan supaya pemancing menyambung tali mono atau fluorocarbon dihadapan mengikut kesesuaiyan gaya pancingan.selain bertindak sebagai penyerap daya/shock leader[kerana sifat mono yang meregang]ia juga dapat menjadi penghubung antara tali utama[braided] dan gewang/terminal tackle yang lebih kebal dan keras[tahan geser];di mana yang setiap pemancing tahu,bahagian hujung tali lebih terdedah kepada unsur alam semulajadi dan struktur ketika bertarung dengan ikan.
oleh kerana sifatnya yang lain dari mono,ramai pemancing yang mendapati agak sukar dan bermasalah untuk menyambungkan tali braided dengan perambut mono menggunakan ikatan tradisional/convensional yang selalu digunakan selama ini.kelemahannya yang tidak dapat mencengkam kuat keatas permukaan tali yang sama mahupun tali yang berlainan jenis menjadikan ikatan sentiasa terlucut/slip.
disini saya paparkan beberapa ikatan yang boleh digunakan dan lebih agak mudah selain ikatan FG
kebanyakkan ikatan2 di atas dibangunkan oleh pemancing jepun yang aktif di arena popping dan jigging…
dibangunkan untuk menghasilkan ikatan/simpulan yang kuat dan berprofil kecil supaya simpulan senang melalui cincin/guide joran ketika casting dilakukan…
walaupun begitu…setelah mencubanya saya dapati ianya juga sesuai untuk tujuan casting dan bottom di mana leader/perambut yang agak panjang dapat disambungkan dan digulung terus ke spool.dengan perambut panjang ini…tali braid dapat dijimatkan kalau putus atau mahu dipotong untuk menggantikan rig/terminal tackle…
sesiapa antara forumer yang mempunyai ikatan atau simpulan lain berkaitan braid/tali sulam adalah dialu-alukan untuk memposting ikatan tersebut supaya kita dapat berkongsi info ini bersama2.
as’kum bang joe..
biasanya berapa panjang leader yang digunakan?
skarang saya guna agak panjang (lebih kurang 3-4m) dan gunakan fg knot.
arena pengcastingan semua tempat termasuk belakang umah bagi sesi latihan 'mem’baitcaster hehehe..
guru yahya guru yahya.. muahahahah
no tepon guru yahya 0127497978. eh silap.. no tepon poomie
terpulang pade individu…kalau bottom laut…saya pakai 2-3 meter pastu baru sambung kat rangum dsb.kalau bottom air tawar…1 kali@1kali setengah panjang rod…kalau casting pakai kurang sedikit dari panjang rod pasal tak mau sangkut kat penyusun tali baitcaster[kecik sgt].saya pun pakai fg knot…tapi ramai kate ikatan tu susah nak buat…biasanya kalau pakai leader poundage agak rendah…dinasihatkan supaya panjang skit…kalau leader poundage besar dari tali utama[2xganda:mainline 20lb…leader 40lb…]sedepa rasenya dah cukup.ade orang prefer wind on leader dimana leader digulung sekali ke spool seperti aplikasi untuk surf casting…
pade pendapat saya sesuai.sama seperti mana-mana kaedah memancing dimana tali yang paling hampir dgn terminal tackle adelah yang paling banyak menerima tekanan,geseran dan sebagainya daripada struktur kawasan /padang pancing.jika menggunakan perambut/leader mono di depan,maka tali sulam lebih terselamat dari tekanan2 tersebut,dapatlah kita menjaga hayatnya dgn lebih lama,ekonomi dan save budget.
selain itu,bagi pemancing yang memancing ikan yg amat sensitiv pade tali seperti kelah,masalah tali dilihat ikan akan dapat dikurangkan walaupun tidak 100%.adalah dicadangkan kalau boleh gunalah fluorocarbon/tali hantu yang mana mempunyai index biasan yg hampir sama dgn air[lebih halimunan] dan bersifat agak keras/lebih lasak.
flourocarbon digunakan sebagai shock obsorber atau perambut.
beraper panjang leader harus digunakan yang disambung dari tali utama??
Boleh terangkan jenis jenis(brand) flourocarbon yang sering digunakan untuk air tawar
yang mana kadar kejernihan air tahap gaban seperti air sungai kemapan (kata tapahman)..??
Ini ikatan FG…agak sukar dilakukan tetapi mudah jika telah biasa atau selalu melakukannya
FAMILY must first…FISHING come second</font id=“size3”></font id=“red”> aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing</font id=“size3”></font id=“blue”>
assalaamualaikum…mungkin penerangan saya sebelum ni mengelirukan sedikit kerana istilah leader dan perambut yang digunakan,jadi kite tetapkan lah di sini leader[tali mono yg disambungkan dari braided mainline ke terminal tackle]</font id=“green”> manakala perambut[mono dari terminal tackle ke mata kail]</font id=“red”> dan ini hanya tertakluk kepada teknik bottom.
fluaoro karbon bersifat lebih keras dari mono biasa[tahan lasak].mempunyai kelebihan yang halimunan dari mono biasa.jadi kalau sesiapa yang berkemampuan boleh lah menggunakan leader/shock leader dari fluorokarbon.tali ni mahal skit.kalau yang kurang budget tu boleh gunakannya sebagai perambut je.
kalau gunakan FC[fluoro karbon] untuk kedua2 leader dan perambut maka peratusan ikan terganggu kerana kehadiran braided[yang terang2 senang dilihat]berhampiran umpan akan dapat dikurangkan ,kerana braided terletak agak jauh dari umpan dan terminal tackle ,manakala tali fluoro agak halimunan dan sukar dilihat.
berapa panjang leader yang perlu disambungkan kepada mainline braided anda bergantung kepada kesesuaian aplikasi dan peralatan yang digunakan.sekali panjang joran sudah memadai cth: rod 6kaki 6’,panjang leader disambungkan 6kaki 6’ @ 9 kaki.ubah mengikut kesesuaian individu.set casting low profile baitcaster,rod 5kaki 6’.tali fins 20lb.leader yang saya gunakan sufix invisiline 25 lb sepanjang lebih kurang 5 kaki shj, dimana kedudukan ikatan braided/mono betul2 didepan sedikit dari line guide reel.ini terpaksa dilakukan kerana line guide/penyusun tali pada reel saya agak kecik dan dikhuatiri akan mengganggu kelancaran tali semasa balingan dibuat jika saya menggunakan leader yang lebih panjang hingga ke spool.bagi penggunaa spinning pula,saya tidak menghadapi masalah dengan balingan walaupun leader yang disambungkan panjang sehingga ke spool[3-4 lilitan di spool],namun pastikan leader yang digunakan tidak terlalu /melampau besar sizenya kerana memori tali mono yang besar biasanya akan mengganggu kelancaran tali di awal balingan[tertakluk hanya kepada leader yang ingin digulung ke spool shj.]</font id=“maroon”>
saya biasa gunakan FC dari jenama sufix invisiline,berkley vanish dan maxima fluoro.</font id=“green”>daripada pemerhatian saya,sufix adalah sangat lasak.
berkley saya dapati jika simpulan/ikatan dibuat[contohnya ikatan matakail]tanpa sebarang pelincir ketika mengetatkanya, ikatan@simpulan didapati memakan tali.struktur @ lapisan luar tali didapati menggelupas.
maxima merupakan tali yang ok.lasak dan berharga agak murah berbanding tali2 lain di pasaran.
untuk menyambungkan tali mono ke leader,ikatan yang biasa digunakan ialah albright knot.albright knot ni ader 2-3 versi…ramai dah modified, antaranya improve albright knot.tapi kalau tak buat bebetul ianya mudah slip.
Lebih-lebih lagi memancing waktu malam, Albright Knot merupakan ikatan yg paling mudah dilakukan sekiranya berlaku masalah semasa di padang pancing yang tak ada lampu terang, melainkan headlight kita sahaja.
Di atas merupakan cara2 untuk membuat albright knot.saya rasa ramai orang dah tau pasal ikatan ni..simple…digunakan untuk sambung tali yang tak sama size, seperti mainline ke leader samaada mono atau braided.tapi saya postkan jugak supaya yang tak tau…tau…
kalau tak buat bebetul akan mudah slip…tambahkan jumlah lilitan supaya lebih kuat.
di bawah merupakan cara2 untuk membuat improved albright…tak banyak beza sgt…fungsi pun sama…tapi lebih kuat.
ni adalah satu lagi simpulan/ikatan untuk menyambungkan leader ke mainline anda.walaupun agak off topic,saya rasa patut dipostkan jugak disini.simpulan yang agak simple dan mudah untuk menyambungkan mono ke leader.</font id=“limegreen”>
bro, tima kasih sbb buka topic nie. mmg berguna sgt2 pada orang baru cam aku nie, ilmu didada makin bertambah..inilah kelebihan forum MFN nie..[:D]
bro, nak tanye..antara banyak2 ikatan nie, mengikut pengalaman bro, yang maner satu yg terbaik dan senang..hihi..mungkin sesetengah ikatan boleh digunakan masa fight ngan ikan tertentu sahaja tetapi bukan pada ikan yang lain..mungkin jugak tertakluk pada situasinye cam waktu kalut ke, waktu relaks2 ke..mungkin ikatan yang senang tetapi kuat menjadi pilihan sesetengah pemancing..
bagi saya kalau kalut macam mana pun saya mesti buat fg knot pasal dia memang kuat.tapi kena practice selalu la…lagipun ikatan tu profile dier kecik je…senang nak lalu guide joran,tapi kalau dah gelap gulita…improve albright dan j-knot pun boleh,tapi saya akan matikan kedua2 punca mono dan braided dengan membakarnya dgn menggunakan api lighter biar dier kembung/bulat skit supaya payah nak slip.
rata2 bergantung pada individu.tepuk dada tanya selera…ade yang suka ikatan yang mudah dan simple untuk dibuat dipadang pancing…ada yang confident dgn ikatan tertentu…ikatan yang kalau saya tgk macam tak confident je saya takkan buat ,pasal kalau line system tu nanti fail kat ikatan tu ,menyesal tak sudah…
lagi satu jgn malas kalau dah tgk ade kecederaan pade line system selepas bertarung ngan ikan/atau struktur,potong dan ikat lain.kalau dah sangkut,tarik,pastu mata kail terlepas dan datang balik…tukar perambut…mungkin kemampuan perambut sudah kurang,ikatan pada mata kail dah menggigit tali,kalau ikat matakail ,basahkan simpulan dgn air liur ,jangan ikat dan tarik/ketatkan terlalu kuat[siap tarik ngan kaki dan tangan,siap tarik ngan playar]simpulan akan memakan tali…cukuplah dgn tenaga yang ala kadar sahaja dan sesuai…pastikan punca simpulan dibiarkan lebih kurang 2 mm ,tak pun bakar punca supaya tak slip dan sebagai insurance…semua tu menjadi faktor kegagalan mendaratkan ikan…tq…
maknanye, kita kena slalu rajin dan practise cara dan kekuatan ikatan nie.. takde jalan mudah untuk dapat hasil yg terbaik.. ok bro, sekarang saya sudah faham..tima kasih bro..