CARA MENYAMBUNG BRAID/PE LINE KE LEADER

Sorry sangat2 sebab off topic…ade terbaca bro kena sengat semilang kat jeti bukit kuang,kemaman.

Masalahnya saya nk tao port2 mancing sekitar kemaman niih…leh gtao x?

Sorry sekali lagik sb off topic…[B)]

bro rapalajoe…tenkiu2, FG knot memang dah ada org demo, balik umah practice je terus fail he he, FG knot memang cun tapi kekadang kalu casting lure kecik mcm countdown 4cm, tali senang gesel kuat kat guide plg hujung, bunyi bergesel yg tak tahan tuh he he…okeh, kena mintak tokey demo lagi…kena try floro lain plak, yg behnya vanish kat penang ni boleh beli potong2


http://longkanggang.blogspot.com/

contoh2 FG yg saya amalkan untuk casting sebarau.


Fins 20 lb dan leader Suffix Invisiline 20 lb.
Gelembung pada ikatan (paling kanan dalam gambar) merupakan braided yang dibakar sebagai finishing dan insurance.Agak ke kiri dari pada gelembung (tersembunyi)terletaknya gelembung leader yang di bakar untuk mengelakkan leader menggelongsor/terlucut/slip.


Profile ikatan yang kecil dan streamline ,memudahkan ikatan melalui
guide pade joran semasa casting.


Kedudukan sambungan pada rod semasa casting.Ketika ini gewang berada rapat pada guide paling hujung.Panjang leader yang digunakan kurang sedikit daripada panjang joran.

assalamualaikum,
kat kemaman tu banyak port mancing,bagi saya kemaman tu macam ostolia.ade sg bakau yg luas,ade muara,pantai dan laut.
antara port yg saya tau,marina beach,jeti star cruise,bukit kuang,bakau tinggi(dekat bukit kuang,dekat replika mate kail).kalau nak lebih detail lagi kene tanya org kemaman la.try tanya bro silverbarra,kerabat,along kat gewang micro atau gewang pantai punya thread.
saya pun asal org kemaman gak,tapi dah lama jgk tak mancing kat sana,skang ni kat ireland,takut port2 tu dah basi je,cadangan saya ni supaya bro dapat info tentang port2 yg lagi latest dari mereka.

as’kum…saya nak tanya berkenaan tali braided nie…saya skang guna tali braid lemax dynema…dan masa nak masukkan ke dlam spool,saya letak lilin kat tali tue..adakah ini akan memberi kesan atas tali tue?
sebab ada yg kata letak lilin boleh menjadikan tali braid tue tahan n x mudah reput…
pandangan dan pendapat forumer semua dialu2kan…

assalamualaikum…
saya rasa tak de masalah kalau nak letak lilin.tgk jenis lilin jugak,lepas tu jgn letak byk sgt sampai melampau2 kerana tali akan timbul dan susah nak keluar dari spool dan melekit.bro letak lilin ape dan bagaimana caranya??
masa braided mula2 keluar dulu,tak de braided yg berkualiti mcm yg ade hari ni,kebanyakannya seperti benang dan mudah berbulu((tidak ada coated).masa tu kaedah yg agak popular ialah menggunakan wax keter untuk diletak pada tali masa nak masukkan ke spool.saya penah guna kan wax (lilin ketul yg digunakan untuk disapukan pada benang untuk menjahit canvas/terpoulin/layar).masalahnye lilin tu kalau terlampau byk akan menjadikan tali melekit dan susah keluar dari spool.itu kaedah 10 tahun lepas la,rasanya hari ni kebanyakan braided dah ok dan lebih berkualiti.rasanya ade product dlm bentuk spray khas untuk tali braided ni,cuba try tgk kat red hot.

ooooo…tq for the info…saya guna lilin biasa,lilin time black out…hehehe…

quote:
Originally posted by rapalajoe
assalamualaikum, kat kemaman tu banyak port mancing,bagi saya kemaman tu macam ostolia.ade sg bakau yg luas,ade muara,pantai dan laut. antara port yg saya tau,marina beach,jeti star cruise,bukit kuang,bakau tinggi(dekat bukit kuang,dekat replika mate kail).kalau nak lebih detail lagi kene tanya org kemaman la.try tanya bro silverbarra,kerabat,along kat gewang micro atau gewang pantai punya thread. saya pun asal org kemaman gak,tapi dah lama jgk tak mancing kat sana,skang ni kat ireland,takut port2 tu dah basi je,cadangan saya ni supaya bro dapat info tentang port2 yg lagi latest dari mereka.

Wsalam…mekasih bro..kemaman tu kg orgtua saya, saya org sel..nt la saya pi ushar tmpt2 yg bro katakan tu k..

Mekaceeeyyyy…[:D][:D][:D][:D]

ni mungkin lari sikit dari tajuk..
harap maaf..td jumpa kat kedai braided rapala..
titanium braided..sapa2 pernah guna n elok x???

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/Fish_and_boat.gif[/IMG] tOrEx http://torex.multiply.com/ COLOSSOMA TEAM

assalamualaikum…
saya penah guna titanium braided rapala ni…tapi untuk aplikasi air masin/laut.saya guna saiz 50 lbs…boleh tahan…tapi macam biasa la kalau kat kawasan karang,batu dan teritip braided ni akan berbulu.tapi tahan skit dari brand cap ayam.

untuk casting yang menggunakan saiz tali kecil saya tak penah try brand ni,tapi kalau tgk dari performance 50 lbs yang saya penah guna kat air masin rasanya tak de masalah kot tali ni…

quote:
Originally posted by rapalajoe
assalamualaikum.... saya penah guna titanium braided rapala ni....tapi untuk aplikasi air masin/laut.saya guna saiz 50 lbs....boleh tahan....tapi macam biasa la kalau kat kawasan karang,batu dan teritip braided ni akan berbulu.tapi tahan skit dari brand cap ayam.

untuk casting yang menggunakan saiz tali kecil saya tak penah try brand ni,tapi kalau tgk dari performance 50 lbs yang saya penah guna kat air masin rasanya tak de masalah kot tali ni…


tali tu 14.3lb..
0.127mm..mmg halus n lembut..
igt nak try la beli n guna..
untuk casting kat air tawar..
tq for the info bro rapala..[;)]

[IMG]http://i47.photobucket.com/albums/f155/torex_zul/Fish_and_boat.gif[/IMG] tOrEx http://torex.multiply.com/ COLOSSOMA TEAM

assalamualaikum…sama2 bro torex,nanti kalau dah pakai boleh la review kat member2 MFN ni tentang performance tali Rapala ni utk casting air tawar plak sebagai panduan nak beli tali.

aku baru je belajar buat fg knot ni dari uncle zlan (terima kasih uncle). masaelahnya susunan tali selalu berterabur bila pakai teknik melilit tali kat ibu jari & jari telunjuk. jadi untuk mengatasinya, terhasil la alat bantuan yang simple nih…

ikatan lebih kemas & kukuh sebab kita boleh guna kedua-dua belah tangan untuk menyusun lilitan tali. dawai tu sendal je kat celah jari kaki. pastikan ikatan pada hujung dawai tu mudah di buka untuk langkah seterusnya. kalau dalam utan boleh guna ranting muda sebagai ganti dawai. harap dapat membantu…


StrangerInAStrangeLand</font id=“size1”></font id=“green”>
Team Steam U3’05 A’Famosa
Team Mangkor U4’06 CWS
</font id=“size1”>

assalamualaikum…
pergh…caya la bro defender…post2 yang macam ni la yang saya harapkan dari member2 MFN semua.imformatif dan kreatif…teknik2 yang bagus untuk share ngan member2 semua…
terima kasih banyak2 bro defender…memang banyak membantu cara dan gambarajah di atas tu…

assalamualaikum…
to all tegar angler dan bro sekalian…sy masih konpius yakni kurang jelas lagi laa..penjelasan dari bro rapalajoe tu ( mintak maaf la yer teman ni baru,baru blajaq ikat FG tu pun baru pass dah lama mengkaji…bro rapalajoe yg sy kurang jelas tu related with
leader dan perambut…bro ckp leader sambung dari braided ker terminal tackle???yg perambut plak terminal tackle ker kail…so itu yg sy konpius tu terminal tackle dari mana ke mana???..soalan sy lagi …kalo kite pakai leader adakah kita perlu ada perambut???..sy selalu tibai jer dari mainline ujung sekali sy buat perambut ( tali lain poun la cth main line 17 poun /perambut guna 40 paun )harap kalo ada gambarrajah lagi senang sy yg buta IT[V] ni melihat…sorry la ..sy nak tahu

assalamualaikum…leader ngan perambut tu kalau nak ikut istilah biasa same je .tapi nak elak kekeliruan saya jadikan leader : braided ke terminal tackle(cili,swivel,pemberat dsb.)lepas pade terminal tackle baru kita ikat perambut atau leader yang menyambungkan terminal tackle ke mata kail.tu je,ini untuk aplikasi pancing bottom menggunakan tali braided.kenapa guna leader dari braided ke terminal tackle? supaya lebih tahan geser,lebih susah dilihat ikan berbanding braided ,suspension atau penyerap kejutan atau pun shock absorber(sebab tu di panggil shock leader,kerana ape perlukannya?kerana braided tak meregang.)dan supaya lebih ekonomi,kalau ujung tali yang rosak atau bergesel jadi nak tukar tak ralat sangat,dan tali braided yang mahal lebih selamat dan jimat.

Bro rapalajoe;
hahahah fening tu sebab kejap tulis perambut, jap lagi leader, jap lagi terminal tackle. Saya pun gitu pada mulanya, kena baca lain-lain thread baru paham. Walapun bagaimana pun Bro Nazer kita merasa pengalaman orang lain, sebab guru ni banyak garamnya. Dan niatnya hanyalah untuk membantu berdasarkan pengalaman sendiri secara ikhlas
Bro defender;
Bagus le idea tu, ini nak pakai dua tangan, dua kaki dok terkangkang kat padang macam mencari katak terlepas pulak.
Terima kasih bro sumer,
Lagi satu soklan untuk bro disini, kalau saya potong satu bah hujung cincin kat joran ugly stick tiger, utk pendek sikit dan keras. Ada keburukkan ke?

019-3595543

thanx for the information…bro rapalajoe dan bro seluang…kalo nak lebih arif better try and error baru pandai betul tak…

Better try n error, huh kena pikir banyak kali, kena mende murah takpe, kena puluh2 ringgit… bahaya… poket bole kempis.

019-3595543

[quote]Originally posted by seluang

Bro rapalajoe;
hahahah fening tu sebab kejap tulis perambut, jap lagi leader, jap lagi terminal tackle. Saya pun gitu pada mulanya, kena baca lain-lain thread baru paham. Walapun bagaimana pun Bro Nazer kita merasa pengalaman orang lain, sebab guru ni banyak garamnya. Dan niatnya hanyalah untuk membantu berdasarkan pengalaman sendiri secara ikhlas
Bro defender;
Bagus le idea tu, ini nak pakai dua tangan, dua kaki dok terkangkang kat padang macam mencari katak terlepas pulak.
Terima kasih bro sumer,
Lagi satu soklan untuk bro disini, kalau saya potong satu bah hujung cincin kat joran ugly stick tiger, utk pendek sikit dan keras. Ada keburukkan ke?</font id=“size3”></font id=“size6”></font id=“Tahoma”></font id=“red”>

rasanyer aritu dah ada orang tanya dalam thread lain. try tgk…
tapi ikut kesesuaian la…
kalau nak bagi hujung tu keras sikit ok jer…


http://pahanganglersworld.blogspot.com</font id=“size1”>

http://pahanganglersworld.blogspot.com[/size=1][/b]