Disiplin dan tingkah laku para forumer

Pada pemerhatian saya forumers di MFN jauh lebih baik daripada kebanyakan forum tempatan yang lain walaupun kita tidak mempunyai peraturan khusus yang ketat. Barangkali ini disebabkan kebanyakan forumers adalah mereka yang sudah berusia atau pun remaja yang sudah matang. Barangkali juga memang sikap kebanyakan pemancing yang telah dipupuk secara semulajadi sejak dari kecil yang tidak suka bergaduh, tidak individualistik dan tidak juga memandang pangkat atau keturunan. Tahniah kepada kita semua. Tetapi, kalau sekali sekala ada yang tak sedar terkeluar garisan, sama-samalah kita tegur menegur.


http://wanruslim.multiply.com

a.alaikum kenkawan.
sudah bertahun tahun forum ini diwujudkan bahkan sekarang telah berjaya mengumpulkan lebih 3000 forumer yang 2000 darinya aktif dengan posting melebihi 140000 post tanpa sebarang garis panduan yang formal. setelah sekian lama kita berforum dalam suasana harmoni tiba2 ada pula yang cerdik pandai yang inginkan diadakan garis panduan.. kawan tidak nampak ada kepincangan dalam forum ini yang memerlukan syarat atau garis panduan digubal. kita perlukan forum ini bukan untuk tunjuk pandai atau menonjolkan kehebatan diri sendiri tetapi yang paling utama ialah mengumpulkan semua pemancing untuk berkongsi cerita, tip dan pengalaman berkenaan memancing dan hal ehwal semasa. objektif yang terpenting itu sudah dapat dicapai tanpa sebarang garis panduan. walaupun ada beberapa posting dari individu yang bermasaalah cuba membuat onar dan berlagak kurang ajar satu ketika dulu, itu semua sudah diselesaikan dangan semangat toleransi kenkawan tanpa sebarang garis panduan. forumer yang ingin mengaut keuntungan pula cukuplah kita jangan pedulikan posting dia, akhirnya hilanglah dia tanpa garis panduan. kalau ada syarikat posting promosi pertandingan atau jualan barangan cukuplah moderator deletekan saja tanpa perlu garis panduan untuk menanganinya. kalau sebelum menjadi forumer kita memancing seorang dua sekarang sekali turun satu group, dulu ikat pancing pun tak tahu sekarang semua knot dah hafal, dulu ikan PB pun masuk coleman tapi sekarang dah pandai C&R. ini semua bukan kerana garis panduan yang diwar warkan tetapi segalanya dari pengetahuan yang kenkawan kongsi dengan bebas di forum ini. apa yang berjaya kita capai selama bukan kerana garis panduan tapi atas daya usaha dan fikiran dari kematangan semua forumer. kawan nasihatkan kenkawan supaya janganlah susahkan benda yang senang tapi carilah jalan bagaimana nak senangkan lagi benda yang dah senang…
sekiranya tak puas hati dan nak juga gubal garis panduan, syarat, akta, undang2 dan sebagainya dipersilakan dan postinglah supaya untuk memuaskan hati. samaada nak guna pakai atau tidak itu terserahlah pada kebijaksanaan forumer semua.
akhir sekali kawan minta supaya kita berforumlah dengan matang, jangan cepat melatah dan selesaikan semua hal2 yang berbangkit dimasa akan datang dengan muzakarah kerana kita bukan keseorangan disini, kongsi dan selesaikan sama2 insyaallah semuanya beres…
jom mancing

terima kasih pd che wan
diaharap nasihat yang che wan beri tu jadi panduan pada sumer…

[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG]ChEaTeD tHeM wItH[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com Volvo Angler's Team

kawe pun sangat bersetuju dgn apa yg telah diutarakan oleh Che Wan kite tu huhuhuhuuhuhu[:D]
dulu kawe tak kenal saper cikgu zahari secara live tetapi bil akawe join mfn kawe bukan takat boleh kenal bahkan duduk semeja minum dan makan bersama ehehehehhe[8D]
begitu juga Che Wan dulu hanya baca dlm mjlh je tetapi kawe dah boleh memancing bersama dan minm makan bersama hohohohho[:p]
mari lah kite same2 ceria dan meriahkan mfn dgn secara matang hahahahha[8D]

terime kaseh Che Wan,Cikgu Zahari,Cikgu Bwan dan yg lain2 orang lama dlm mfn ini hihihihihihi[:)]

[IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/VAT3.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/pawsign.gif[/IMG] Cheated Them With [IMG] http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i29.photobucket.com/albums/c292/volvos/fenwick_logo.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com/ http://volvos.multiply.com/ www.kakipancing.net mohd.radzi@volvo.com 0193315123/WFR 5108 S4 orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa VAT @ mfn.net Volvo Angler's Team

assm’kum dan salam sejahtera

kawan sabagai pemancing yg. kurang berpengalaman nak bagi sikit pendapat peribadi kawan,kawan rasa tak perlulah kita terburu buru nak mewujudkan garis panduan dalam forum ni sebab dlm pengamatan kawan tak semua forumer yang tak tahu mengunakan forum ini utk kebaikan warga pancing,lagipun kawan yakin dengan para moderator utk mengasingkan forumer forumer yang nakal ni.lagi pulak kawan berkeyakinan penuh dengan perasaan ikhlas dan hormat menghormati antara kita semua forumer utk menegur dan menasihati pada yang terlajak kata biarpun kalau perkara tu jadi kat kawan.kawan ikhlas menerima nasihat dan teguran yg membina.lagipun kita semua dah besarkan.

kepada semua forumer teruskan berforum dan memberi idea idea yg bernas dalam ruangan ini.

-KELAH 06-</font id=“blue”>

</font id=“Arial”></font id=“size3”></font id=“black”>Setuju dengan komentar2 yang diberikan. Hakikatnya di MFN,kalau terlalu rigid(terlalu mengikut peraturan)atau terlalu menumpukan soal ikan, sikit2 ikan,sikit2 hal ikan, nampak sangat dunia kita hanya MEMANCING SEMATA-SEMATA. Maknanya kita ni sempit pemikiran dan tidak ambil tahu langsung soal dunia(dan akhirat).
Justeru itu, apa yang Mr. Vincent tetapkan dan forumer2 gariskan dalam Etika Dan Peraturan Berforum sebenarnya dah cukup elok dan baik. Tinggal kita nak ikuti atau tidak aje.
Pun, Saya percaya sekiranya ada mana2 ahli forumer yang terbabas atau mencarut, kutuk atau seumpamanya, forumer2 lain akan segera mengingatkan.Setakat merapu, itu normal asalkan tidak meleret2 sangat.
Bab ada forumer yang menganjurkan trip kecil-kecilan macam bro TDS dan bro Bwan serta yang lain, itu rasanya tiada masalah. Dengan adanya forumer2 yang sanggup jadi organizer atau arranger tak komersil camni, para forumer lain akan mendapat manfaatnya. Sekurang-kurangnya, dapat sama2 berkongsi maklumat dan lubuk2 ikan yang diorang ketahui. Yang dapat manfaatnya kita juga. Kalau bab untung tiada rasanya. Kena juga fikirkan kos mereka dari segi bil telefon, kos minyak dll semata-mata untuk ajak forumer MFN sama2 enjoy ke lubuk2 yang mereka ketahui…
Apapun, terima kasih amat pada Mr. Vincent yang sudi menyediakan wadah untuk kita berbincang dan berforum sesama peminat pancing…

Bro semua,

You guys are all champion in my heart! Nak tanya semua – dimanakan ada forum dinegara kita yamg kita tanya balik sendiri, macam mana nak “improve” atau meningkatkan cara kita berbahas dialam siber?

Harap kita semua menjadi contoh kepada forum2 lain diMalaysia.

Syabas semua!

Vincent

* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 *</font id=“size1”>

“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara

Sorry…slot-in sekejap..!!!
Hilang pandangan lak dgn tajuk ni. Rugi tak masuk dr awal.
Bagi saya, sejauh manakah kritikalnya keadaan sehingga memerlukan peraturan dan garis panduan?
Tapi jika perlu, kita sendiri yg mesti mengenal-pasti terlebih dahulu keadaan kritikal tersebut sebelum menetapkan peraturan/garis panduan.

Colossoma Team

Mencelah sikit,maaf jika ada yg terkena..??

Apapun garis panduan penulisan amat perlu diambil kira oleh semua forumer.Di MFN secara peribadi yang saya nampak ia lebih kepada perbincangan umum semua ada …(Macam2 ada).Saya sendiri pun pernah dianggap kuno oleh Mr Wahoo dan Mr reezal pula memberi ungapan yang kurang agak manis ke atas saya,namun i fikir jika layan org sakit kita akan turut sakit…so i diam sahaja dan mula tawar hati utk memberikan komen atau ulasan mengenai dunia hanyir di MFN ni sebab takut dianggap kuno atau disalah tafsir oleh pelawat yang lebih hebat,lebih berpelajaran dan lebih berwawasan.


CFC Cheras Fishing Club

quote:
Originally posted by vincent
Bro semua,

You guys are all champion in my heart! Nak tanya semua – dimanakan ada forum dinegara kita yamg kita tanya balik sendiri, macam mana nak “improve” atau meningkatkan cara kita berbahas dialam siber?

Harap kita semua menjadi contoh kepada forum2 lain diMalaysia.

Syabas semua!

Vincent

* Team Spinboyz - U1 2004 * Team MalPro - U2 2004 * Team Lucky Craft Happy Hookers - U3 2005 * Marshall - U4 2006 *</font id=“size1”>

“We (MFN forumers) are a few but together we are many. We are many among the millions of anglers yet to have their voices heard” - Majulah sukan memancing untuk negara


Bagaimana nak meningkatkan cara berbahas di alam siber? Very tough question. Tapi, saya mempunyai sedikit pengalaman untuk dikongsi di sini.
  1. Ikhlas dalam memberikan pendapat - tidak berpura-pura dan bukan berbahas untuk menunjukkan kehebatan diri atau sekadar untuk mencuri perhatian tetapi mestilah semata-mata untuk menambah ilmu di dada.

  2. Akui kesilapan - sekiranya kita sedar pendapat asal kita mungkin tidak tepat, cubalah belajar menerima kebenaran daripada orang lain.

  3. Elakkan perasaan bangga diri atau perasaan kita lebih pandai - mungkin kita lebih pandai daripada kebanyakan orang lain tetapi akan ada seseorang yang lebih pandai dari kita. Mungkin juga kita pandai dalam banyak perkara tetapi akan ada juga perkara tertentu yang kita tidak pandai.

  4. Hormat menghormati - kalau kita ingin dihormati kita juga perlu menghormati pendapat orang lain hatta pendapat itu mungkin datang daripada seorang budak kecil sekalipun.

  5. Jadilah orang yang normal dan berfikir secara normal - jangan terlalu memikirkan untuk menjadi lain daripada orang lain sehingga pendapat kita selalu bercanggah dengan pendapat umum. Kalau kita tidak ada apa-apa yang boleh disumbangkan, lebih baik diam sahaja.

Kawan-kawan yang lain boleh tambah.


http://wanruslim.multiply.com

</font id=“Arial”></font id=“size3”></font id=“black”>Bro Abuya,
janganlah ambil hati pasal tu…
MFN adalah forum untuk semua dan kita perlu menerima hakikat bahawa tak semua orang sifatnya sama. Sebab itu ada yang tidak bersetuju dan ada yang bersetuju. Lain Forumer lain pandangan dan percanggahan itu perlu kita terima dengan lapang dada…
Sebagai forumer yang dikira masih baru, Bro Abuya telah dianggap senior dan tetap diperlukan komen dan pendapatnya…

saya rasa ada satu aje masalah utama yang agak ketara dlm MFN, dan barangkali walaupun cuba dielakkan, namun selalu timbul apabila adanya ahli baru mendaftar atau yg lama tetapi kurang membaca tentang garis panduan yg sudah lama diletakkan dlm mfn.

Cthnya kita harus menghormati slot yang telah diagihkan berdasarkan kepada bentuk/bahagian masing-masing. Misalnya perlu ada pihak memastikan tidak ada yang memasukkan perbincangan mengenai bahagian air tawar dalam bahagian air masin, atau hal-hal perbincangan am (cth perjumpaan team)dlm laporan pancing. Ini menjejaskan sedikit persembahan bahagian tersebut.

Apapun masing-masing ambillah jalan terbaik menasihati sesuatu pihak jika mereka tak kena gaya atau silap langkah. Seeloknya tugas ini diserahkan kpd kenalan rapat atau pihak moderator krn jika mereka yang melakukan teguran, tak boleh lagi ada pihak membantah jika ianya betul. Saya pun sebelum ini pernah ditegur dan alhamdulillah setakat nih dan banyak membaiki/mengambil pelajaran drp teguran tersebut. [:D]

Hidup MFN!


http://mybonaparte.multiply.com/photos

0194702934 (HP)
04-6533857 (O)

HIDUP UAT, HIDUP MFN

quote:
Originally posted by Abuya
Mencelah sikit,,maaf jika ada yg terkena..??

Apapun garis panduan penulisan amat perlu diambil kira oleh semua forumer.Di MFN secara peribadi yang saya nampak ia lebih kepada perbincangan umum semua ada …(Macam2 ada).Saya sendiri pun pernah dianggap kuno oleh Mr Wahoo dan Mr reezal pula memberi ungapan yang kurang agak manis ke atas saya,namun i fikir jika layan org sakit kita akan turut sakit…so i diam sahaja dan mula tawar hati utk memberikan komen atau ulasan mengenai dunia hanyir di MFN ni sebab takut dianggap kuno atau disalah tafsir oleh pelawat yang lebih hebat,lebih berpelajaran dan lebih berwawasan.


</font id=“quote”></blockquote id=“quote”>
Sakit? hehehe… Sakit hati sikit je hari tu…
Apakan daya… Lumrah Alam… hahah

Tak pe… Nanti kita ngeteh ye Abuya…

*Team RADIOGAGA - MFN U3 2005

Practice makes perfect, but nobody’s perfect. So, why practice?</font id=“size2”>

ooo mengeteh tak ajak aku… ajak abuya je… takpeeeeeee

Benda ni bagus.. aku sokong sangat… camna dgn keberkesanannya??? Bagi aku benda ni semua.. niat… pucuk pangkal hati kite, jangan terlampau emosi ketika baca post kawan2… jangan pikir negatif.. baca cara positif… tu je la pesan aku… baru la semua akan bertambah mesra & akrab… yg penting HATI KITE


K</font id=“red”>oMpLoT A</font id=“red”>nGlErS T</font id=“red”>eRLaMpAu
U3 - TEAM BALUN
U4 - TEAM CASTING DAUN-KAT

Lagi satu la..dalam berforum ni yang penting tengok,baca dan teliti dulu sebelum memberi sebarang ulasan,cadangan atau komen.Baru orang boleh terima..
Masuk secara baik…jngan terjah thread org lain membabi buta dan sentiasa bersikap positif..
Tiada halangan membaca topik atau thread orang lain..sebab kdg2 banyak ilmu yg kita tak tau di situ..aku selalu buat mcm tu dgn niat menambah ilmu..


Cikgu</font id=“blue”>

KEPADA SEMUA GENG BUDU DAN FORUMER MFN..JANGAN LUPA DATANG KE OPEN HOUSE AKU HARI RAYA NANTI.HARI DAN TARIKH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN..</font id=“red”>

kalo sapa yang nak buka topik baru…

pastikan ruangan yang betul utk diletakkan,
lagi senang pembaca dapat memahami isi kandungan…
jgn campur aduk kan 2 3 perkakara dalam satu topik

forum ni hari hari boleh dikatakan ada keahlian baru..
kita nak supaya forum ni jadi satu saluran yang padat dgn ilmu memancing

lagi satu benda yang harus diingatkan..

jgn cepat sgt melatah bila org lain tegur..
kaji dulu apa teguran..pertimbangkan..
pikiran terbuka..letak ego jauh jauh…
walaupun dapat teguran dari org muda..

[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG]ChEaTeD tHeM wItH[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com Volvo Angler's Team
quote:
Originally posted by pak barau
kalo sapa yang nak buka topik baru....

pastikan ruangan yang betul utk diletakkan,
lagi senang pembaca dapat memahami isi kandungan…
jgn campur aduk kan 2 3 perkakara dalam satu topik

forum ni hari hari boleh dikatakan ada keahlian baru..
kita nak supaya forum ni jadi satu saluran yang padat dgn ilmu memancing

lagi satu benda yang harus diingatkan..

jgn cepat sgt melatah bila org lain tegur..
kaji dulu apa teguran..pertimbangkan..
pikiran terbuka..letak ego jauh jauh…
walaupun dapat teguran dari org muda..

[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG]ChEaTeD tHeM wItH[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com Volvo Angler's Team
Ya setuju dengan pak barau. Satu lagi, kalau kita tidak boleh menerima pendapat orang lain, janganlah kita berforum. Dan kalau ada yang tidak berpuas hati, bincangkan dengan baik dan jangan sekali-sekali lempar batu sembunyi tangan. Jadilah orang dewasa. Jangan nak hentam orang sesuka hati dengan cara mendaftar nama baru.


http://wanruslim.multiply.com

Saya setuju sangat dengan PB dan Cikgu Wan…
Jadilah Orang Dewasa…


Volvo Angler’s Team @ Potai Joruk Anglers Team
Aku yang SELAMBER…

Maaf kerana desakan tugas rasmi yg banyak menyebabkan lama saya tak dapat memberikan gambaran sebenar tentang intipati yg saya maksudkan (bukan saya tak baca topik ni, cuma tak ada cukup masa untuk menulis panjang lebar)

Saya maksudkan ialah topik yg bagaimana para pengunjung sekelian tak mahu tengok ada masuk dalam topik perbincangan am ni…

misalnya hal-hal tentang agam Islam yang mungkin akan menimbulkan rasa kurang senang para forumer bukan Islam (sesetengah orang agak sensitif tentang agama, apatah lagi tentang agama lain selain yang dianutinya).

Pada saya la, walaupun LaPala dah bersusah payah menulis tentang tata-cara berforum dan susah payah juga Cikgu Bwan menterjemahkannya, kalau orang taknak faham dan tak mau menghormatinya, tak ada gunanya jugak, tak gitu?

Dan saya percaya ramai juga yang tak mengendahkannya (tak baca langsung?)

Sebagai contoh tentang topik² peribadi khas untuk perbincangan antara beberapa orang tertentu sahaja masih berleluasa di sini. Itu dah jelas melanggar etika yg telah digariskan, tapi rasanya tak perlulah dijadikan sesuatu yg terlalu ‘personal’ di kalangan kita - maksudnya kalau kita pandai bergaul, kita masih boleh masuk sekali asalkan bukan dengan maksud untuk ‘kacau daun’.

Begitu juga kalau seseorang tu cenderung untuk terkeluar dari tajuk (merapu la kot?)… hahaha… pada saya perkara ni ada pro dan kontra. Bagus sebagai selingan (macam iklan kat TV la kot?) supaya topik tu sentiasa meriah. Yg lecehnya cuma kalau sambungan internet yg lembab, ambil waktu yg lama untuk capai kesemuanya.

Apa pun, MFN dan kita dah matang. Tak perlu la kita nak “sudah terang lagi bersuluh”…


Pushing the angling limits!

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.

Member of Kangkang? Kangkung? Kongkang?
Yehaaa!!!</font id=“blue”> [:D]