Sebelum saya memulakan penerangan di sini, ingin saya kongsikan bahawa saya budak baru belajar dalam DSLR ni, ada salah dan silap sila perbetulkan saya.. [:)]
sebenarnya semasa projek saya ini dalam pembikinan, saya banyak refer dari internet, tentang cara, kos, dan material yang diperlukan untuk set light tent ini.
kawan-kawan semua boleh guna kotak, box makananan, softbox colour putih, pvc pipe, dan lain-lain lagi.
light tent juga boleh dibeli secara online dari pengedar di internet. siap dengan light tent, lampu dan accessories yang berkaitan.
bahan-bahan yang saya gunakan untuk menghasilkan light tent saya ini adalah seperti berikut:-
pvc pipe / putih (untuk wiring)
elbow & “T” untuk menyabungkan pvc pipe menjadi bentuk box
kain satin putih / kain hitam (untuk background, colour lain boleh dicuba mengikut kesesuaian masing2)
klip, sama clip buku (saiz besar)
2 set lampu syiling + light bulb 26 watt (colour putih terang)
polysteryne (untuk cover bahagian atas dan menjadi lantai bagi bahagian bawah)
pvc pipe dipotong menggunkan gergaji besi dan saiz light tent saya adalah berukuran 2’ x 2’
sambungkan setiap bahagian sehingga menjadi box.
kemudian saya alaskan kain putih mengelilingi tiang box dan saya clipkan agar tidak kendur.
setelah itu saya letakkan lampu di tepi kiri dan kanan agar cahaya tertumpu di kawasan tengah light tent.
semuanya siap dan boleh mula shoot gambar. adjustment yang saya gunakan ialah mode “M” flash juga boleh digunakan (bounce light tent cover with polysteryne board)
hasilnya adalah seperti yang telah saya postkan di thread. post processed saya cuma edit agar gambar subjek menonjol dan background sama ada putih atau hitam…
selamat mencuba !!!
jika ada kesilapan saya dalam post ini, sila betulkan. [:I]
Sangat terharu dengan usaha yang dibuat oleh ming, sekalung tahniah saya ucapkan.
Apa yang ming buat ialah cuba menggunakan sebaik mungkin kamera yang dibeli. Ada ketikanya jikalau ingin melangkah setapak kehadapan dalam dunia fotografi kenalah membuat penambahbaikan. Tidak cukup barang yang telah ada walaupun telah mengeluarkan belanja yang besar membeli kamera. Sedikit penambahbaikan diperlukan untuk menghasilkan gambar yang lebih cantik. Contoh yang lain ialah wahoo dengan lensa tele untuk mengambil gambar burung, torex dengan lensa/aksesori untuk mengambil gambar macro, yazet dengan setting lighting dengan night photography dan lain lain lagi.
Still Life Photography memerlukan beberapa perkakasan tertentu yang kurang melibatkan banyak belanja dan agak mudah dihasilkan tanpa keluar mengambil gambar outdoor dan boleh dibuat hampir bila bila sahaja.
Saya pasti Ming sangat berpuas hati dengan hasil yang telah dicapai. Berkat usaha dan ingin belajar dan menghasilkan yang terbaik sekarang sudah menunjukkan hasilnya. Tahniah sekali lagi pada Ming. Terus belajar dan cari info dari pelbagai laman web buat lagi baik.
Pada rakan sekalian disini cubalah cari satu bidang fotografi dan buat yang terbaik.
gambar dibawah ini ada bahagian handle nampak sedikit blur. Cuba guna aperture yang kecil misalnya f/11 dan buat manual metering.
good effort bro… kalau la saya boleh buat yg sama utk bidang yg saya suka iaitu fotografi burung, dah tentu saya akan laksanakan. malangnya tak boleh..
quote:Originally posted by wahoo good effort bro... kalau la saya boleh buat yg sama utk bidang yg saya suka iaitu fotografi burung, dah tentu saya akan laksanakan. malangnya tak boleh..
wahoo... saya rasa saya dapat paham napa tak boleh tu, cuma luas sangat skop pasal "tak boleh" ni ataupun boleh cuba bidang photography yang lain pula? sebab luas sangat juga kalau sebut pasal photography ni...