A’kum, boleh tak kita semua gubalkan satu format yang khusus untuk membuat laporan pancing supaya isu-isu seperti laporan terlalu sikit gambar je lebih, laporan panjang tapi takdak gambar dan sebagainya tidak berlaku. Kira macam kita thrash talk lah dulu nanti bila dah dapat satu formula boleh kita pakai, baru semua puas hati. Kalau boleh kita semua utarakan pendapat kita secara bernas untuk memajukan lagi laporan pancing, saya selalu buat laporan pancing tetapi sekarang saya dah lama stop sebab cara saya buat laporan agak kurang disukai beberapa forumer, mungkin saya banyak letak gambar dan sebagainya membuatkan server berat, orang meluat dan sebagainya. So, apa kata kita buat satu format khas supaya ada jugak guideline.[:D][:D][:D]harap membantu.
Format yang dicadangkan sebagai panduan. Hanya cadangan sahaja, tetapi tidak semestinya diikuti.
Terpulanglah kepada kreativiti masing untuk membuat laporan yang baik. Ada orang suka laporan yang ringkas bergambar dan ada juga suka laporan yang terperinci. Namun, sebaik-baik laporan disertakan dengan gambar dan penerangan tentang gambar tersebut. Tetapi, tidak pula menjadi halangan untuk bro semua membuat laporan tanpa gambar asalkan menyatakan lokasi (tidak semestinya lokasi yang tepat sekiranya spot tersebut rahsia), tarikh, peserta dan lagi baik sekiranya disertakan no. telefon tekong. Setiap laporan walaupun seringkas manapun perlu ada 1H + 5W (1 Husband + 5 Wives) - How, What, Who, Where, When, Why.
Bagaimana memasukkan gambar dalam laporan?
Bro perlu upload gambar tersebut terlebih dahulu di www.photobucket.com sebelum salin (paste) alamat tersebut (baris ketiga di bawah gambar di photobucket)di sini. Untuk keterangan lanjut boleh baca panduan di : http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?TOPIC_ID=3153
Bolehkah berbual-bual dalam Laporan Pancing?
Tentulah boleh. Tanpa pertanyaan, komen, ulasan, pendapat, pujian dsb tentulah laporan tidak akan jadi menarik. Lagipun sebarang komen terutamanya ucapan tahniah tentulah akan menjadi satu reward atau motivasi kepada pelapor untuk membuat laporan berikutnya.
Mana yang lebih baik - satu trip satu laporan atau semua laporan oleh orang yang sama atau team yang sama dimasukkan dalam satu laporan?
Lebih baik satu trip dibuat dalam satu laporan sahaja. Laporan berikutnya walaupun daripada orang yang sama atau team yang sama lebih baik dibuat dalam laporan berasingan. Kenapa? Ini untuk memudahkan semua forumers sama ada ahli kumpulan itu atau bukan untuk membaca laporan tersebut yang tentunya ada pada halaman pertama laporan atau thread yang mula-mula. Bayangkan kalau satu laporan ada beberapa laporan trip dan halamannya sudah menjadi berpuluh-puluh halaman, memang sukar untuk kita mencari dan mendapatkan maklumat tentang laporan tersebut.
Bolehkan laporan dibuat dalam laporan pancing dan kemudiannya dibuat juga dalam beberapa section yang lain seperti Perbincangan Am, Pancing Air Tawar, Pancing Air Masin dan sebagainya?
Cukuplah laporan dibuat di sini sahaja atau untuk yang boleh berbahasa Inggeris buat satu laporan lagi dalam English Section. Ataupun buat satu laporan sahaja sama ada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan buat link sahaja.
Adakah laporan akan diedit oleh moderator?
Tidak, selagi tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak, laporan yang ditulis akan kekal dalam bentuk asal.
Adakah laporan kita mempunyai perlindungan hakcipta?
Memandangkan MFN adalah public forum, memang tidak ada perlindungan hakcipta. Gambar dan laporan kita boleh digunakan semula oleh sesiapa.
Berapa banyak gambar boleh dimasukkan?
Boleh masukkan seberapa banyak tetapi sebaik-baiknya gambar janganlah terlalu besar saiznya. Bukan masalah bandwidth di MFN sebab gambar tersebut bukan kita yang jadi hosting, tapi masalah untuk forumers membukanya terutamanya bagi yang tidak menggunakan broadband. Kalau gambar banyak sangat, pastikan saiznya kecil supaya cepat diakses. Seelok-eloknya edit dulu gambar menggunakan photopaint atau apa-apa software.
Bagaimana kalau ada posting di Laporan Pancing tapi tidak berbentuk laporan?
Memandangkan saya tidak mempunyai fungsi untuk memindahkan topik tersebut, saya harap bro semua tidak kecil hati kalau saya delete topik itu sebelum menjadi panjang. Tapi, saya akan lock saja dulu untuk membolehkan topik itu tidak berlarutan dan delete kemudiannya. Ini untuk mencantikkan lagi bahagian Laporan Pancing ini. Topik sebelum ini akan dibiarkan memandangkan sudah banyak input di dalamnya. Mungkin saya akan lock sahaja.





