high speed vs low speed spinning reel

terimakasih buat pandangan saudara rapalajoe dan bang wan. sememangnya jawapan inilah yg saya cari selama ini kerana sy seorang yg sceptic terhadap teori yg disampaikan tanpa penjelasan khusus.sebenarnya saya sendiri memiliki reel bernisbah kelajuan rendah dan baru2 ini saya berpeluang menggunakan set pancingan saya buat kali pertama(maklumlah saya baru saja berjinak2 dengan hobi ini)di perairan terengganu.kedalaman air sekitar 100- 130 mtr dan air bawah laut ketika itu sedikit berarus disana. bersama rakan saya yg menggunakan stella 10000nya dan saya pula menggunakan stella 20000 dijadikan kayu ukur. pengalaman pertama saya merasakan spt yg dikatakan bang wan yg mana ianya sedikit ringan ketika dikarau. saya dalam posisi mengangkat tinggi rod pancing dan masih lagi mampu membuat sedikit karauan ketika ikan terus menghenjut tali keluar tanpa menggayakan teknik pumping.berbeza dengan dengan rakan saya yg nampak agak berhempas pulas untuk menghentikan asakan ikan.menurunkan jignya seberat 250 gm kelihatan rakan saya spt ‘agonizing’ ketika mengarau jig keatas dan reelnya seolah2 ‘clinch’ ketika disentap ikan dan tak dapat dikarau sehingga ikan tersebut mengurangkan asakan barulah dia mengarau semula. dalam konteks kelajuan mesin antara dua siri ini pula saya sebenarnya tak menganggap bahawa siri 20000 ni mesin yg perlahan kerana mengikut line per handle revolution nya siri 20000 boleh mencapai 1 meter manakala siri 10000 mencapai 1 fathom.selain itu ketika saya mencuba popping pula juga saya tak rasa siri 20000 ini menyusahkan kerana kami juga menggunakan chugger dan bloopers yg mmg boleh diaksikan dgn karauan perlahan.maafkan bahasa saya kerana tak berapa pandai untuk menceritakan dalam bentuk penulisan.saya bersetuju dgn pendapat sdr rapalajoe yg mana dari pengalaman pertama saya memancing sama spt diterangkan untuk jigging ini lebih mudah dengan saiz 20000(low speed reel)tp ketika popping beserta ‘the right tools’ ia masih lagi efektif.cuma saiz 20000 agak besar dan cepat meletihkan serta membataskan kita melakukan popping dgn kerap. begitu juga sebaliknya dengan reel berkelajuan tinggi(sedikit dari pengalaman saya utk dikongsi).cuma bagaimana sebenarnya yg dikategorikan mesen perlahan, sederhana dan kelajuan tinggi ni?berapa nisbah yg sebenarnya untuk ketiga2 ketegori mesin ini?bang wan pernah memberitahu saya ratio sebenarnya tak memberi impak sgt jika saiz spool sendiri besar. ada sesetengah mesen 2 speed multiplier yg mempunyai ratio 3.9.1 - 1.5.1. adakah ini juga dipanggil ratio tinggi dan rendah?

ratio tak menjamin kelajuan tali di karau masuk sangat.ratio hanya kadar putaran mesen bila satu crank,belum tentu lagi tali banyak masuk kalau ratio tinggi dan spool kecik.kalau spool besar ratio rendah belum tentu lagi tali sikit masuk dengan satu crank.secara umumnya lebih kurang begitulah.

sy yakin jika kekili yg sederhana/murah sekalipun dipadankan dengan joran yg berkualiti maka keseimbangan dapat dicapai. sb 2 sy tak tekankan pada reel semata2 kerana pada saya konsep 50-50 adalah yg terbaik biarpun kekili itu ratio rendah mahupun tinggi.pengayaan teknik lebih utama dalam menaikkan hasil tanggkapan spt bro wahoo katakan berbanding mesen itu sendiri.cuma ia lebih memudahkan permainan mengikut spec di occasion2 tertentu spt bro bwan dan rapalajoe katakan. sy harap saudara2 juga lain turut berkongsi pengalaman yg menggunakan reel kedua2 ratio disini.terima kasih

p/s: kalau bro rapalajoe abis ngecek rahsia dr bang wan pasal lokasi dan cara beli blank 2 kasi pm la sama ana.hehehe

quote:
Originally posted by rapalajoe
ratio tak menjamin kelajuan tali di karau masuk sangat.ratio hanya kadar putaran mesen bila satu crank,belum tentu lagi tali banyak masuk kalau ratio tinggi dan spool kecik.kalau spool besar ratio rendah belum tentu lagi tali sikit masuk dengan satu crank.secara umumnya lebih kurang begitulah.
Haah, reel high speed Daiwa Sealine SHSL-X20SHA yang mempunyai ratio 6.1:1 tentunya lebih slow daripada Penn International II 130ST yang mempunyai ratio low gear 1.2:1 sahaja kerana perbezaan saiz spool.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

quote:
Originally posted by ike khonge
sy yakin jika kekili yg sederhana/murah sekalipun dipadankan dengan joran yg berkualiti maka keseimbangan dapat dicapai. sb 2 sy tak tekankan pada reel semata2 kerana pada saya konsep 50-50 adalah yg terbaik biarpun kekili itu ratio rendah mahupun tinggi.pengayaan teknik lebih utama dalam menaikkan hasil tanggkapan spt bro wahoo katakan berbanding mesen itu sendiri.cuma ia lebih memudahkan permainan mengikut spec di occasion2 tertentu spt bro bwan dan rapalajoe katakan. sy harap saudara2 juga lain turut berkongsi pengalaman yg menggunakan reel kedua2 ratio disini.terima kasih

p/s: kalau bro rapalajoe abis ngecek rahsia dr bang wan pasal lokasi dan cara beli blank 2 kasi pm la sama ana.hehehe


Bro, dulu ada kawan yang boleh dapatkan rod Fisherman spt Spinoza series atau pun rod terbaru Seven Seas yang diperbuat daripada titanium blank daripada Jepun dengan 50% off. Tapi, rod tu used but in mint condition, macam baru pakai sekali dan tak pernah naik ikan besar pun. Tapi, sayang saya dah lost contact ngan dia. Sempat juga rembat Fisherman Yellowtail 6.0RS dan satu rod Seven Seas untuk kawan, Hj. Din.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

sy percaya ramai yg teruja mendapatkan rod berkualiti tinggi buatan jepon ni tp jika straight order from jepon for complete build up,tak menanggung rasa melihat harganya.kekadang tu rasa terkejut bila melihat ada diantara kita menggunakan mesen kekili beharga ribuan ringgit tp menggandingkan dgn rod kualiti rendah.bukan saya maksud complete set 2 mesti yg mahal2 tp biarlah sepadan kualitinya. kita semua bukanlah mampu menempah rod yg mahal2 belaka walaupun ada keinginan tp yg saya nampak di malaysia sendiri amat sukar mendapatkan blank2 terbaik dari jepon dgn harga yg rendah.hakikat ni yg terpaksa kita telan. kalau lah betul ada ‘lobang’ spt yg bang wan katakan di malaysia ni utk mendapatkan blank straight dr kilang bg dihantarkan ke jepon untuk produksi pengeluar nama2 besar disana dgn harga yg rendah. bukankah lebih baik kita sendiri rakyat malaysia patut menikmati faedahnya?semua pemancing dan warga mfn sendiri terutamanya pasti berbangga dengan set joran pancing sendiri walaupun keluaran malaysia dan rendah harga yg mana dlm masa sama digunakan bg produksi nama2 besar spt fisherman, zenaq,sevenseas dsb.

quote:
Originally posted by ike khonge
sy percaya ramai yg teruja mendapatkan rod berkualiti tinggi buatan jepon ni tp jika straight order from jepon for complete build up,tak menanggung rasa melihat harganya.kekadang tu rasa terkejut bila melihat ada diantara kita menggunakan mesen kekili beharga ribuan ringgit tp menggandingkan dgn rod kualiti rendah.bukan saya maksud complete set 2 mesti yg mahal2 tp biarlah sepadan kualitinya. kita semua bukanlah mampu menempah rod yg mahal2 belaka walaupun ada keinginan tp yg saya nampak di malaysia sendiri amat sukar mendapatkan blank2 terbaik dari jepon dgn harga yg rendah.hakikat ni yg terpaksa kita telan. kalau lah betul ada 'lobang' spt yg bang wan katakan di malaysia ni utk mendapatkan blank straight dr kilang bg dihantarkan ke jepon untuk produksi pengeluar nama2 besar disana dgn harga yg rendah. bukankah lebih baik kita sendiri rakyat malaysia patut menikmati faedahnya?semua pemancing dan warga mfn sendiri terutamanya pasti berbangga dengan set joran pancing sendiri walaupun keluaran malaysia dan rendah harga yg mana dlm masa sama digunakan bg produksi nama2 besar spt fisherman, zenaq,sevenseas dsb.


Kalau diberi pilihan, rod atau reel yang berkualiti, saya pilih rod dulu. Reel boleh service, modify, atau tukar spare part. Tapi, blank berkualiti tidak ada gantinya.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Semalam tengok vcd pancing untuk Julai. Rod mahal pun buleh patah… Aiyark… Pari gergasi tu… Kalau la rod saya… Hahahaha… Nangis… Kadang2 rod yang terbaik pun boleh patah kalau penggunaannya terlalu kasar. Bila dah patah tu, terkebil2 muka mamat Jepun tuh. Hehehe… Penting sungguh rod ni dalam memancing. Saya ni selalu leka dengan pemilihan reel sahaja sampai lupa pada rod. Tanpa rod yang baik, kuasa sebenar reel pun kadang2 tak mampu digunakan sepenuhnya. Hmmm…

======================== Ada rezeki, ada la...

quote:
Originally posted by Burned Steel
Semalam tengok vcd pancing untuk Julai. Rod mahal pun buleh patah... Aiyark... Pari gergasi tu... Kalau la rod saya... Hahahaha... Nangis... Kadang2 rod yang terbaik pun boleh patah kalau penggunaannya terlalu kasar. Bila dah patah tu, terkebil2 muka mamat Jepun tuh. Hehehe... Penting sungguh rod ni dalam memancing. Saya ni selalu leka dengan pemilihan reel sahaja sampai lupa pada rod. Tanpa rod yang baik, kuasa sebenar reel pun kadang2 tak mampu digunakan sepenuhnya. Hmmm... ======================== Ada rezeki, ada la...


Rod mahal spt. Fisherman, walaupun harganya melebihi RM3K tapi tak ada warranty. Pelikkan? Tapi, orang yang beli rod ini sepatutnya tahu menggunakan rod dengan betul. Contohnya, max drag pada 45 darjah dan 90 darjah. Tapi, kalau hentam kromo, rod Fisherman tulis PE4, max drag 9kg, yang kita pakai mainline 100lb, kasi max drag Stella 30kg, memang patah rod tu.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Tu la. Banyak lagi yang saya nak kena belajar. Takut tersalah buat kiraan. Dah la jarang turun padang disebabkan kesibukan kerja harian serta tanggungjawab. Jadi tak banyak pengalaman dapat dikumpul. So, kena la kumpul ilmu lebih sikit dengan cara bertanya. Oh ye. Berbalik pada tajuk asal, boleh tak bang bwan terangkan sikit macam mana nak tau makna nombor pada ratio tu. Saya ada juga tanya pada orang lain sikit2 cuma masih lagi kabur2. Biasanya kalau nak beli reel, saya tak tengok terus pada ratio reel sebagai rujukan utama sebab penin tengok nombor2 tu. Hehehe… Biasanya saya akan minta pada pekedai untuk pegang dan pusing sikit2 handle reel tu. Mana yang rasa selesa baru saya ambil. Contohnya 5:5:1 ratio. Apa makna bagi setiap nombor tu? Maksud saya nombor pertama, kedua dan ketiga serta macam mana nak tau ia hi speed or low speed?

======================== Ada rezeki, ada la...

quote:
Originally posted by Burned Steel
Tu la. Banyak lagi yang saya nak kena belajar. Takut tersalah buat kiraan. Dah la jarang turun padang disebabkan kesibukan kerja harian serta tanggungjawab. Jadi tak banyak pengalaman dapat dikumpul. So, kena la kumpul ilmu lebih sikit dengan cara bertanya. Oh ye. Berbalik pada tajuk asal, boleh tak bang bwan terangkan sikit macam mana nak tau makna nombor pada ratio tu. Saya ada juga tanya pada orang lain sikit2 cuma masih lagi kabur2. Biasanya kalau nak beli reel, saya tak tengok terus pada ratio reel sebagai rujukan utama sebab penin tengok nombor2 tu. Hehehe... Biasanya saya akan minta pada pekedai untuk pegang dan pusing sikit2 handle reel tu. Mana yang rasa selesa baru saya ambil. Contohnya 5:5:1 ratio. Apa makna bagi setiap nombor tu? Maksud saya nombor pertama, kedua dan ketiga serta macam mana nak tau ia hi speed or low speed? ======================== Ada rezeki, ada la...


Ratio 5.5:1 bermaksud satu kali handle dipusing, spool berpusing 5.5 (lima setengah) pusing. Lagi tinggi ratio lagi laju maknanya. Biasanya kualiti reel bergantung kepada alas bebola (ball bearing) sama ada bahan yang digunakan atau jumlahnya, sistem drag yang digunakan, sistem gear, badan dsb.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Terima kasih bang bwan. Jumlah tali masuk setiap pusingan tu pula bergantung pada saiz spool kan? Maaf kalau tersalah. Maknanya kalau spool besar, setiap pusingan lagi banyak tali masuk? Jika andaian saya betul, maknanya kalau spool besar tapi ratio tak laju mana (low speed reel), kita tetap boleh dikira macam menarik jig / lure dengan laju kan? Ini jika dibandingkan dengan reel yang hi speed tapi spool kecik. Maaf kalau andaian saya salah. Tentang bearing pula. Kalau bearing lagi banyak lagi baik ke sesuatu reel tu? Atau ia bermakna lebih laju / smooth?

======================== Ada rezeki, ada la...

Dah sunyi plak ker thread nih… Baru nak belajar2 ilmu… [:(] Kalau ada sapa2 leh sambung atau bincang sesuatu, usahakan la yer… Sayang topik ilmu sebegini dibiarkan sunyi. Nampak macam kurang sambutan jer thread2 yang mcm ni. Saya juga agak ligat dalam thrash talk tapi masih gak nak cari ilmu dari thread2 ilmu sebegini.

======================== Ada rezeki, ada la...

sunyi ye bang?
maybe ramai yang tak berapa mahir bab-bab yang canggih serta profesional ini..maap ye bang saya kurang arif pasal perkara ni
harap bro yg lain dapat membantu..bereh

“mancing ye bang”

geng,

secara logik nyer, kalau saya mempunyai spool besar dan ratio rendah, jumlah tali yg masuk kurang kerana kurauan kita dalam satu pusingan rendah berbanding spool besar dan ratio yg tinggi. kesimpulannyer spool besar dan ratio tinggi memberi impact kepada tali yg kurau juga tinggi.
walaupun spool yg besar, perlu di ingat, spool berada dalam keadaan static semasa kurauan.

Saya cuba buat perbandingan antara low speed spool besar dan hi speed spool kecik. Kalau hi speed spool besar, dah tentu2 la tak payah susah2 pikir… Sedia maklum jer la. Dah la hi speed, spool besar pula tu. Erm. Ni cuma nak minta pandangan. Nak tau dengan lebih mendalam. Anyway, terima kasih kerana sudi jawab [:)]

======================== Ada rezeki, ada la...

Off topic jap. Malas nak bukak thread baru semata2 untuk satu soalan ni jer. Soalan saya ialah saya ni baru je beli satu reel baru yang sangat murah harganya (untuk tujuan pakai saja2). Tentang ketahanannya atau kekuatannya tu takkan saya pertikaikan (maklum la… reel murah). Sirinya 1000 tapi saiz fizikalnya agak besar. Tapi itu bukan persoalannya. Yang saya ingin tanya ialah bila saya nak masukkan tali baru, bila dikarau, tali hanya berkumpul di bahagian tengah spool. Jadi tali tidak memenuhi keseluruhan spool. Bila makin banyak tali masuk, bahagian yang kosong tu secara auto diisi dengan tali dari bahagian yang penuh tali tadi. Ini menyebabkan bahagian tepi spool diisi dengan tali yang dalam keadaan longgar. Di sini saya ingin tahu samaada itu memang disebabkan masaalah teknikal dan boleh diatasi ataupun itu adalah masaalah kebanyakan reel2 murah (cap ayam)? Harap sesiapa yang ada penyelesaian dapat membantu saya. Tapi kalau itu memang masaalah kerana reel murah, saya takkan pertikaikannya lagi. Hehehe… Terima kasih.

======================== Ada rezeki, ada la...

pendapat sekupang aku dari pemancing cap ayam>> ini adalah disebabkan oleh reel murah..mungkin R&D yang tidak menyeluruh utk pembuatan reel murah ni itu yang boleh menyebabkan masalah ni berlaku terhadap produk tu..sekian


019-5678977

</font id=“blue”>

quote:
Originally posted by Burned Steel
Off topic jap. Malas nak bukak thread baru semata2 untuk satu soalan ni jer. Soalan saya ialah saya ni baru je beli satu reel baru yang sangat murah harganya (untuk tujuan pakai saja2). Tentang ketahanannya atau kekuatannya tu takkan saya pertikaikan (maklum la... reel murah). Sirinya 1000 tapi saiz fizikalnya agak besar. Tapi itu bukan persoalannya. Yang saya ingin tanya ialah bila saya nak masukkan tali baru, bila dikarau, tali hanya berkumpul di bahagian tengah spool. Jadi tali tidak memenuhi keseluruhan spool. Bila makin banyak tali masuk, bahagian yang kosong tu secara auto diisi dengan tali dari bahagian yang penuh tali tadi. Ini menyebabkan bahagian tepi spool diisi dengan tali yang dalam keadaan longgar. Di sini saya ingin tahu samaada itu memang disebabkan masaalah teknikal dan boleh diatasi ataupun itu adalah masaalah kebanyakan reel2 murah (cap ayam)? Harap sesiapa yang ada penyelesaian dapat membantu saya. Tapi kalau itu memang masaalah kerana reel murah, saya takkan pertikaikannya lagi. Hehehe... Terima kasih. ======================== Ada rezeki, ada la...


Harap-harap yang bro maksudkan tu bukan spinning reel, sebab kalau spinning reel sepatutnya semua reel tak ada maalah ni. Kalau ada memang reel tu bermasalah dari segi pembuatan. Tapi kalau multiplier, memang semua reel yang tak ada level wind dan spool yang lebar akan menghadapi masalah tu. Terpaksa gunakan jari untuk susun tali tu. Tapi kalau spool mutiplier tu tak berapa lebar (jenis khas untuk jigging), selalunya masalah ini tak ketara sangat. My setup: Light jigging - Daiwa Exceler 3500 + G-Craft Jekyll411 Mid Jigging - Shimano TwinPower 8000H + Fisherman Yellowtail 6.0RS Mid jigging OH/Bottom - Daiwa Saltiga Z30 + Customize Expert PE4-8/Customize Spiral Wrap Calstar 700M Heavy Jigging/Popping - Shimano Stella 16000PG + Alpha Tackle Sprint Stick Ultra 70/Seed GT Boss 83

Try bukak spool…kat bawah dia dekat shaft tu kalau tak silap ade washer untuk adjust ketinggian spool.Cuba tambah atau kurangkan washer tu.Kalau spinning reel la…shimano spinning kalau cap ayam pun biasa ade dibekalkan dengan extra washer dalam kotak dia…cuba try tengok thread ni…
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?ARCHIVE=true&TOPIC_ID=10119&SearchTerms=line