hahahha ishh betoi kata En ManCap.. saya pun dok gelak sorang2. Nasib baik kiri kanan takdak org. hehehe
[IMG]http://i232.photobucket.com/albums/ee300/Gemang/tubaJT.jpg[/IMG] "Attitude is everything"Brader Roosta Caster…[:)]
Betul jugak kan? tak perasan plak yg saya ni mayong… hehehehehe…[:D][:p] tapi kat Sabah Ikan Mayong takde harga, low class… orang tak makan… kat pasar pun RM3 jer sekilo… hehehehehe…[:D][:D]
quote:
Originally posted by Gemang
huih... tu ikan apa tu penampau? Kalu penampau masak kicap syok dak? hehehehehehehe [IMG]http://i232.photobucket.com/albums/ee300/Gemang/tubaJT.jpg[/IMG] "Attitude is everything"
Wakakakakah… Penampau masak kicap memang sedap bro. Dak caya, tanya org melaka. Tapi saya tak mau la. Diaorg kata, sedap sampai keluar sos cili kat idung.
Untuk orang-orang yang baru hari ni terjumpa MFN dan baru tahu ada satu hobi yang namanya memancing,
Kaedah-kaedah memancing di laut:
- Bottom fishing - pancing dasar. Kaedah ini selalunya menggunakan baitcasting reel atau conventional reel atau kekili menegak kerana pancingan bottom menggunakan sinker @ batu ladung yang berat terutamanya di laut dalam. Dalam keadaan yang lebih ekstrim apabila arus terlalu laju dan batu ladung sehingga 1kg digunakan, penggunaan electric reel @ bangla lebih popular khususnya untuk menjimatkan tenaga menaikkan batu ladung. Selalunya penggemar bottom akan menggunakan line spreader atau tanduk untuk memastikan perambut tidak berpintal dan lebih cantik dibuai arus di dasar lautan. Leader atau perambut pula menggunakan jenis flurocarbon @ perambut hantu yang tidak kelihatan pada ikan. Tujuannya bukan sahaja untuk mempedayakan penglihatan ikan tetapi perambut jenis ini juga lebih tahan kepada geseran dan lebih keras serta lurus dan susah untuk bergerutu. Ini penting kerana di dasar lautan, terdapat banyak struktur yang tajam, keras dan bergerigi seperti batu karang @ hard coral atau kapal karam.
Berbalik kepada pengguna BC reel yang lebih popular daripada spinning reel @ kekili menegak, sebabnya yang utama adalah kerana BC reel mempunyai spool yang lebih besar dan lebih banyak tali dapat dimasukkan. Ini penting sekiranya memancing di kawasan yang agak dalam. Selalunya BC reel mempunyai cranking power @ kuasa mengangkat yang lebih kuat daripada spinning reel kecuali spinning reel yang high end @ yang tecanggih.
Namun demikian, tidak bermakna spinning reel tidak boleh digunakan. Pengenalan braided line @ tali sulam yang mempunyai diameter yang kecil tetapi lasak membolehkan lebih banyak tali dimasukkan ke dalam spool @ gelendung spinning reel. Kelebihan spinning reel ialah memudahkan pemancing membuat lontaran @ casting sekiranya perlu. Selalunya memancing dasar di kawasan yang dalam tidak memerlukan lontaran. Umpan hanya di buang di bawah bot sahaja. Kalaupun dilontar, umpan tetap akan jatuh di bawah bot juga kalau di kawasan yang dalam.
Dari segi penggunaan rod @ joran, boat rod atau joran yang panjangnya 5- 7 kaki selalunya digunakan yang diletakkan pada rod holder atau pemegang rod yang dipasang pada kebanyakan bot pancing. Kalau bot tersebut tidak mempunyai rod holder, kita juga boleh membawa sendiri rod holder untuk dipasangkan. Selalunya apabila memancing dasar, pemancing tidak memegang rodnya sepanjang masa malahan pada kebanyakan masa dibiarkan sahaja di rod holder sehinggalah ada tanda-tanda umpan sudah ditelan mangsa. Barang kali itulah sebabnya ada suara sumbang yang mengatakan pemancing ini pemalas padahal tiada gunanya untuk megang rod itu kecuali sewaktu berlaku keadaan frenzy atau apabila ikan tidak berhenti-henti memakan umpan - taruk makan, taruk makan.
Rod untuk pancingan laut selalunya menggunakan guide @ cincin jenis Fuji Sic yang tahan lasak dan tahan karat. Ini penting kerana air masin akan menyebabkan cincin berkarat dengan mudah dan rod menjadi tidak berguna lagi kecuali di tukar guidenya semula. Kualiti blank @ rod tidaklah begitu mustahak asalkan rod tersebut tahan lasak. Soal berat ringan tidak dipentingkan sangat kerana kita tidaklah senantiasa memegang rod tersebut. Boleh gunakan blank daripada fiber atau e-glass, graphite composite dan sebagainya.
Uuuhhh…ponat den nak menaip. Ntah ada orang baca ke idak ni. nanti lah den sambung lagi dengan kaedah-kaedah lain spt jigging, popping, drifting, trolling. [8D]
Mengandaq - Makan nasik kandaq..
Mengeteow - Makan char koay teow
Mengeteh - Minum teh la…
Mengopi - Minum kopi..
Senang je bahasa melayu rojak penang ni… tambah me kat depan je… [:D]
Bwan,
Baguslah informasi ni… terima kasih..
Tengkiu Brader Bwan… [:)]
Saya dah baca pun… jasamu dikenang… hehehehehehe…[:D][:p]
Orang-orang di luar sana, jangan la cakap pemancing bottom ni pemalas… kecik ati encik mayong… hehehehehe…[:D][:D][:p]
salam
bwan. saya baca satu persatu. very informatif
Terperinci dan dipermudahkan oleh En.Bwan. Terima Kasih. Macam ajar anak-anak murid [:D].. ada yg cerdik ada yang agak perlahan nak tangkap. Heheheh Harap Bwan sambung lagi. Best.
[IMG]http://i232.photobucket.com/albums/ee300/Gemang/tubaJT.jpg[/IMG] "Attitude is everything"kemah kemah…
Bang Bwan.
Jgn risau, setiap apa yg ditulis baik yg lawak @ yg serius akan ada pembacanya.
Saya salah seorang daripadanya. Hampir keseluruhan MFN (perbincangan am) habis digeledah mencari ilmu. Teruskan niat yg baik.
Part yg serius, saya pembaca. Part yg lawak, nak gak joint.
p/s Sorry tuan rumah, pakai laman jap. Thank you.
Betoi tu Kuda Laut. Lebih mudah belajaq dalam suasana yang happy. Cikgu yg bijak ialah cikgu yg pandai mencuri perhatian students. Sambil bergurau kita menambah ilmu. Lama jugak saya dok pikiaq menatang hapa TANDUK tu… takkan pi mengai kena pakai tanduk khobau. Ghupanya line spreader..hehhehe Ni cikgu Bwan terangkan faktor penggunaan multiplier dan spinning reel plak. Best. Harap bersambung ya Bro Bwan.
lebih mudah difahami dengan adanya contoh kegunaan untuk setiap perkakasan… hehehe…
0176413152
bah cikgu…jgn sampai tertulis kat papan itam skolah…[:D][:D][:D] kalau murid mo blajar cikgu buat kelas tambahan…[:D][:D][:D]
bagus topik nih.boleh di sticky nih
err multiplier reel tu apa?
quote:multiplier reel tu benda mcm ni [img]http://i250.photobucket.com/albums/gg259/aljolil/gambar%20mancing/tiagra.jpg[/img]
Originally posted by zyul
bagus topik nih.boleh di sticky niherr multiplier reel tu apa?
yg kat bawah sebelah kiri tu spinning reel, sebelah kanan tu mata kail ![]()

Multiplier tu reel melintang. Yang selalu mesin dia kat ataih rod ja, bukan bawah. Ada orang panggil mesin atas. Mesin bangla pun kira multiplier la. Bentuk macam kek gulung pun ada multiplier nih. hehehe
quote:
Originally posted by Gemang
Multiplier tu reel melintang. Yang selalu mesin dia kat ataih rod ja, bukan bawah. Ada orang panggil mesin atas. Mesin bangla pun kira multiplier la. Bentuk macam kek gulung pun ada multiplier nih. hehehe
hehehehe… besok nak pg kedai pancing nak tanya dia “towkey, itu kek gulung ada jual ka sini???”

Mintak yang ada krim strawberi hehehehehhe beli mai seketoi hehehe
ooo itu macam.
para otai tunjuk sat ngan aku camner rupa line spreader nih
Bro aljolil boleh tolong kot?