JIGGING ( KAEDAH & TIPS )

Maksud bro seLuang red head ke? Red head memang dari dulu kegemaran tenggiri sama ada untuk trolling atau jigging (waktu siang). Sebenarnya semua jenis jig boleh dicuba. Yang penting kena tempat yang ada ikan dan jig pula betul-betul bermain di situ. Tapi, kalau tenggiri dan spesies-spesies lain yang main atas atau tengah air, senang sikit nak memperdayakannya sebab kebanyakan spesies ni suka mengejar gewang termasuklah jig.

Aro Artoz, bro dari KK ke? Yen abar kiti? Lama weh tak cakap Bajau dan tak gi Kota Belud. Tak semestinya bro. Kalau kita pakai rod PE kurang daripada tu pun boleh. Misalnya PE2-4 pun boleh pakai 50lb tapi janganlah drag reel bro sampai 50lb juga. Kalau kena strike ikan besar patah rod tu. Tapi jarang reel yang drag samapi 50lb (20kg lebih)kecuali Saltiga atau Stella je. Kena set drag longgar sikit kalau pakai talinya yang poundage lebih besar daripada rating joran.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Bro Are-Bear…
Okay gak tu, tolong forward kat email saya… moskito_zx@yahoo.com. Tima kasih bebanyak. Susah2 aja…

Bro Bwan,

Just nak remind, jgn lupa upload photo tu…lagi senang nak faham camtu. hehehe. Thanks

LIGHT JIGGING
Part 1
</font id=“size4”>
1) Kekili
2) Ratio
3) Tali poundage
4) Leader poundage</font id=“red”>

Part 2</font id=“size4”>
5) Rod PE spec
6) Split Ring yg sesuai
7) Jig weight

1) Kekili</font id=“red”>
Bagi ‘Light Jigging’ ni tak perlu besar memadai dengan sebarang kekili size 3500 - 4500 (ikut size daiwa dan shimano), kalau shimano tu apa model pun boleh Alivio, ArenosXT, Navi, Seinna dan Slade merupakan antara siri kekili shimano yang murah iaitu dalam <RM150 yang bole digayakan untuk ‘light jigging’. Selain itu ada juga siri reel shimano yang agak mahal seperti Symetry, Technium, Biomaster Mg, Sensilite Mg, TwinPower dan StellaSW & FA juga amat sesuai untuk dibuat ‘Light Jigging’ cuma harganya yang agak mahal kalau tak silap dalam >RM200…Oleh itu ikut kemampuan dan kuasa beli seseorang. Selain Shimano, kekili-kekili lain seperti Ryobi Applause, Zauber Daiwa Certate dan Caldia Kix juga amat kuat untuk melawan ikan-ikan sekitar kedalaman 10-20meter

2) Nisbah Karauan (Ratio)</font id=“red”>
Untuk kaedah jigging sama ada light mahupun medium, ratio sesuatu kekili amatlah dititikberatkan. Umumnya jigging memerlukan kelajuan yang tinggi justeru itu adalah penting bagi seorang jigger untuk mengayakan jignya dengan cara yang paling berkesan untuk menarik perhatian mangsa. Oleh yang demikian, adalah lebih baik jika sesuatu kekili itu mempunyai nisbah karauan (ratio) yang tinggi seperti 1:5, 1:6.2 atau 1:8. Nisbah karauan amat penting kerana ia mampu mempengaruhi ‘keberkesanan dan kejayaan’ seorang jigger dalam menipu si mangsa. Walaubagaimana pun ada ketikanya kita perlu memperlahankan jig dan mengayakan jig dalam keadaan pegun mahupun membiarkan jig jatuh semula ke dasar. Ini bergantung kepada keadaan air atau arus, tempat memancing, kaedah jigging dan ikan sasaran

Siri kekili shimano :
Shimano Symetre
Shimano Seinna
Shimano Aernos XT

Siri reel daiwa :
Daiwa Frame 4500J

Daiwa Certate

Daiwa Caldia Kix

Siri reel ryobi :
Ryobi Applause
Ryobi Zauber

3) Kekuatan Tali Utama</font id=“red”>
Dalam jigging pemilihan tali juga amat penting kerana talilah yang banyak membantu mengayakan pergerakan jig. Pemilihan tali yang halus, kuat dan berdiameter kecil amatlah dititikberatkan, justeru itu tali braided adalah pilihan yang tepat dan betul berbanding tali mono. Ini kerana tali braided mempunyai semua sifat yang diperlukan untuk seorang jigger mengayakan jig dengan cara yang paling berkesan atau ‘menghidupkan’ jig seserupa yang boleh seperti ikan-ikan mangsa

Untuk ‘Light Jigging’ memadailah dengan tali yang berkekuatan 30lb (PE3) ke bawah sahaja. Terdapat pelbagai jenama tali braided di pasaran sama ada yang khas dibuat untuk jigging atau pun sebaliknya. belilah mengikut baget masing-masing. Kalau beli tali khas untuk jigging, ia mempunyai warna yang berbeze-beza setiap 10m sebagai penanda untuk jigger mengetahui panjang tali yang keluar dari spool

Contoh Tali Khas Jigging
YGK Galis Jig Man X4

Varivas Jigging Avani 10X10

YGK Jig Man X8

Varivas Avani Jigging Big One

4)Kekuatan Tali Perambut</font id=“red”>
Penggunaan tali perambut dalam jigging amat penting, ini kerana tali perambut bertindak sebagai ‘shock absorber’ apabila jig direntap rakus oleh mangsa terutama sekali jika kita sedang dalam kategori ‘heavy jigging’. Semestinya tali perambut adalah dari tali mono kerana tali mono mempunyai keanjalan yang bersifat seperti getah untuk menyerap hentakan dari mangsa yang menyambar jig dengan rakus. Ini adalah penting untuk mengelakkan tali utama dari putus kerana tali utama tidak langsung mempunyai keanjalan seperti tali mono. Selain itu juga, tali perambut ini dikatakan bertindak sebagai penanda bagi jigger untuk jigger mengetahui jig yang di unjun semakin hampir ke permukaan air. Oleh kerana ‘light jigging’ dipraktikkan di perairan yang mempunyai kedalaman sekitar15-30meter sahaja, oleh itu ikan sasarannya hanyalah sekitar 5-10kg ke bawah…Ini membuatkan ada diantara jigger tidak menggunakan tali perambut, jig terus diikat pada tali utama kerana ikan sasaran tidak lah serakus ikan-ikan ‘heavy jigging’ seperti aji-aji, gt mahupun tuna. Tetapi daripada pembacaan adalah lebih baik jika jigger meletakkan tali perambut sebagai ‘insuran’ bagi mengelakkan tali utama putus direntap ikan-ikan besar. Ini adalah kerana dalam kita mempraktikkan ‘light jigging’ tidak dinafikan kadang kala di tempat seperti di karang-karang cetek terdapat juga ‘mangsa-mangsa’ yang besar, rakus dan ganas. Kekuatan tali perambut bergantung kepada kekuatan tali utama dan ikan sasaran. Kebiasaannya tali perambut tidak melebihi 40lb.

Contoh Tali Perambut
Varivas Shock Leader

Fisherman Leader

FAMILY must first...FISHING come second aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing [IMG]http://i46.photobucket.com/albums/f111/alivio/SHIMANO-LOGO.jpg[/IMG]

Good write up bro.[:)] Masukkanlah sama gambar-gambar reel baitcasting.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

cikgu bwan, braided brand sufix Pro nie ada pengiktirafan tak spt PowerPro dan Varivas tu?

::mEmAnCiNg BiAr SaMpAi</font id=“green”> TeRmUnTaH</font id=“red”>::
pHoNe:017-5240876 / 016-4278628
eMaiL:epotn@yahoo.com

epotn.multiply.com

quote:
Originally posted by epotn

Suffix jenama yang established. Tapi tengok la kat label dia ada tulis tak IGFA certified. Selalunya hanya poundage yang ringan dan sederhana je yang ada IGFA. Yang poundage besar-besar tu tak ada pengiktirafan IGFA sebab lebih kuat drp sepatutnya (under rated). Tak ada pengiktirafan tak rugi. Cuma tak boleh nak masuk rekod IGFA je.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Alamak sayang sekali…bro bwan! nasib baik anna ada buat hard copy…dok bawak kehulu kehilir kalu senang² buka baca dan ulangkaji…macam nak ambik test plak…

Bulan² posa nih biasak ler tuh bro bwan banyak uji dan ujian nya.

[IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i95/mridzuan/601f60ab.gif [/IMG] "Kalu Kail panjang Sejengkal...Ku tetap mengail jugak"
"Katakanlah(wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yg menyempitkan baginya, dan apa sahaja yg kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."
quote:
Originally posted by mridzuan
Alamak sayang sekali...bro bwan! nasib baik anna ada buat hard copy...dok bawak kehulu kehilir kalu senang² buka baca dan ulangkaji.....macam nak ambik test plak...

Bulan² posa nih biasak ler tuh bro bwan banyak uji dan ujian nya.

[IMG]http://i70.photobucket.com/albums/i95/mridzuan/601f60ab.gif [/IMG] "Kalu Kail panjang Sejengkal...Ku tetap mengail jugak"
"Katakanlah(wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga yg menyempitkan baginya, dan apa sahaja yg kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki."

Tak apa, jigging benda baru dan setiap hari semakin berkembang. Mungkin yang dulu tu dah ada yang outdated. Tapi, kalau bro ada simpan hard copy yang bro rasa penting, boleh post balik kat sini semula. Atau bro pun boleh kongsi maklumat tu kalau ada newbies yang bertanya. kalau dah ada ilmu walaupun sebanyak mana pun, kita kongsi-kongsi sesama kita.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Bro Bwan,

Refer kat gambar pemegang reel.Yang mana sesuai utk buat jigging.Satu lagi kalau pemegang reel tu kecik dan nak tukar spt yg dlm gambar tu ada ke jual.Apa beza pemegang yg panjang/bulat dan kecil dan kesesuaian ketika digunakan.

quote:
Originally posted by Aru
Bro Bwan, [IMG]http://i102.photobucket.com/albums/m105/Aru_73/Grip.jpg[/IMG] Refer kat gambar pemegang reel.Yang mana sesuai utk buat jigging.Satu lagi kalau pemegang reel tu kecik dan nak tukar spt yg dlm gambar tu ada ke jual.Apa beza pemegang yg panjang/bulat dan kecil dan kesesuaian ketika digunakan.

Semua tu ada jual sama ada the whole set (handle dan knobya) atau knobnya sahaja. Gambar 1 tu merujuk kepada Shimano dan 2 (Saltiga DF) dan 3 (Saltiga Z6500). Kalau nak beli tak boleh sebarangan sebab kena ngam betul-betul. Ada yang universal tapi kebanyakannya dibuat untuk reel tertentu. Elok bawa reel tu ke kedai untuk disesuaikan. Antara brand yang terkenal ialah seperti Ocean Mark dan Fisherman. Yang mana lebih elok bergantung kepada keselesaan pemakai. Ada yang pentingkan rupa tapi elok sesuaikan dengan tapak tangan kita.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

bwan : semua yg bro tulis dalam thread yg terdahulu dan juga yg saya rasa peting ada saya simpan dalam softcopy dalam bentuk word document… then print for hardcopy utk seft review… nanti saya email ke bro…

moskito : wokeh bro…

Stella : caya lah bro stella… tulisan yg menarik…

[IMG]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/LogoUAT.gif[/IMG] [IMG=right]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/IkanUlangAlik.gif[/IMG=right] Utara Anglers Team "Memancing Biar Sampai Termuntah"
quote:
Originally posted by ARe-BeaR
bwan : semua yg bro tulis dalam thread yg terdahulu dan juga yg saya rasa peting ada saya simpan dalam softcopy dalam bentuk word document... then print for hardcopy utk seft review... nanti saya email ke bro...

moskito : wokeh bro…

Stella : caya lah bro stella… tulisan yg menarik…

[IMG]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/LogoUAT.gif[/IMG] [IMG=right]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/IkanUlangAlik.gif[/IMG=right] Utara Anglers Team "Memancing Biar Sampai Termuntah"
Ok, cayalah ARe-BeaR. Sib baik ada warganegara prihatin macam bro. Nanti email kat saya dan saya edit balik kalau ada tambahan atau perubahan maklumat.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

quote:
Originally posted by bwan
Maksud bro seLuang red head ke? Red head memang dari dulu kegemaran tenggiri sama ada untuk trolling atau jigging (waktu siang). Sebenarnya semua jenis jig boleh dicuba. Yang penting kena tempat yang ada ikan dan jig pula betul-betul bermain di situ. Tapi, kalau tenggiri dan spesies-spesies lain yang main atas atau tengah air, senang sikit nak memperdayakannya sebab kebanyakan spesies ni suka mengejar gewang termasuklah jig.

Aro Artoz, bro dari KK ke? Yen abar kiti? Lama weh tak cakap Bajau dan tak gi Kota Belud. Tak semestinya bro. Kalau kita pakai rod PE kurang daripada tu pun boleh. Misalnya PE2-4 pun boleh pakai 50lb tapi janganlah drag reel bro sampai 50lb juga. Kalau kena strike ikan besar patah rod tu. Tapi jarang reel yang drag samapi 50lb (20kg lebih)kecuali Saltiga atau Stella je. Kena set drag longgar sikit kalau pakai talinya yang poundage lebih besar daripada rating joran.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Abar alap, Bro saya asal semporna, so saya ni bajau laut la. Tapi ilmu² laut ni kureng sikit sbb jarang turun ke laut.
Ok Bro Bwan thanx for the info. Saya sebenarnya ada mesin Ryobi Applause 8000, dan masuk braided line Fins 50lb, sekang ni nak cari rod yang sesuai.
Nak mencabar YFT kat semporna, 18 Nov saya balik Semporna, & tiap² tahun saya balik gak, nanti boleh la saya belajar mancing ngan Bro.

Artoz The Bajau Angler

quote:
Originally posted by Artoz

Ok, nanti kalau bro balik Semporna bro aturlah bot kat sana. nanti bagitahu kitorang. InsyaAllah saya cari-cari kaki dari KK dan kita mancing sama-sama. Boleh popping, trolling dan jigging. Tapi, kalau bro dapat contact Sappo di LD, memang best geng diorang tu. Semua kaki pancing hardcore tu dan banyak experience.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

Bro Bwan, untuk mainline 50lb berapa popundage leader yang sesuai

Artoz The Bajau Angler

quote:
Originally posted by Artoz
Bro Bwan, untuk mainline 50lb berapa popundage leader yang sesuai

Artoz The Bajau Angler

Kalau vertical jigging sepatutnya leader lebih kasar daripada mainline. 80-130lb boleh digunakan bergantung kepada ikan sasaran. Tapi, kalau nak jigging ikan-ikan dasar atau takut sangkut di karang, jangan pakai leader lebih kasar daripada mainline. Nanti sangkut, leader tak boleh putus, mainline yang akan putus. Sayang kalau mainline braided yang mahal tu putus tengah-tengah.

Mungkin orang akan tertanya-tanya kenapa pakai leader (mono shock leader) atau perambut kejutan begitu kasar? Sewaktu jigging, sama juga seperti trolling, akan berlaku kejutan secara tiba-tiba dengan kuat. Tali sulam tidak mempunyai regangan. Kalau kita sentap tali sulam dengan tangan dari hujung ke hujung, dengan mudah tali itu akan putus. Ketika jigging, ikan yang menerkam dan melarikan jig secara tiba-tiba ketika dihenjut, akan memberikan satu tindak balas yang tidak mungkin sempat diserap oleh rod atau drag. Tali utama akan menjadi mangsa kalau tiada mono shock leader. Atau kalau ada mono shock leader tetapi kekuatannya tak seberapa, dengan mudah leader itu juga akan putus.

Sebab yang kedua, sesetengah spesies terutama yang gemar meligan jig selalunya mempunyai gigi yang tajam seperti tenggiri, dogtooth, barracuda dsb. Selain gigi yang tajam, bahagian tertentu ikan seperti ekor gerepoh (GT) atau cupak juga boleh memtuskan tali terutama yang berdekatan dengan jig kerana ketajaman ekornya. Jadi, leader diperlukan bukan sahaja untuk melawan kekutan ikan tapi menghalangkan gigi, ekor atau bahagian-bahagian lain yang tajam memutuskan leader.

Ketiga, antara spot-spot yang popular untuk jigging adalah di kawasan kapal karam atau tebing laut (drop off) yang curam. Di kawasan ini mempunyai struktur-struktur tajam yang boleh memutuskan leader kita. Ini kerana mangsa selalunya akan melarikan jig kita ke kawasan persembunyian atau ke arah struktur tajam tersebut. Leader yang kasar akan banyak membantu dalam kes ini.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

cikgu bwan, boleh saya tau kalo rod jigging PE 1-3, PE 2-4, braper range jig yg sesuai(gram)? sebab bila jig di perairan utara(penang), arus laju. selalunya jig seberat 100-200g harus digunakn. dan boleh cikgu beri pandangan untuk jig 100-200g, PE brape yg sesuai…TQ.

::mEmAnCiNg BiAr SaMpAi</font id=“green”> TeRmUnTaH</font id=“red”>::
pHoNe:017-5240876 / 016-4278628
eMaiL:epotn@yahoo.com

epotn.multiply.com

quote:
Originally posted by epotn
cikgu bwan, boleh saya tau kalo rod jigging PE 1-3, PE 2-4, braper range jig yg sesuai(gram)? sebab bila jig di perairan utara(penang), arus laju. selalunya jig seberat 100-200g harus digunakn. dan boleh cikgu beri pandangan untuk jig 100-200g, PE brape yg sesuai...TQ.

::mEmAnCiNg BiAr SaMpAi</font id=“green”> TeRmUnTaH</font id=“red”>::
pHoNe:017-5240876 / 016-4278628
eMaiL:epotn@yahoo.com

epotn.multiply.com

Selalunya setiap rod jigging ada dicatatkan di blanknya max jig yang sesuai. Kebanyakan rod PE2-4 mempunyai max jig antara 150-250g bergantung kepada blank yang digunakan. Tetapi tidak semestinya kalau max yang dicatatkan ialah 200g, kita tidak boleh guna jig yang lebih berat. Cuma janganlah melebihi 100g daripada maxnya - nanti gerakannya tidak lagi menarik.

[IMG]http://wanruslim.multiply.com

bro bwan..boleh tak bro bg info pasal teknik memainkan jig ni..maksudnya tentang teknik karauan dan henjutan yg sesuia mengikut lokasi pancingan dan ikan yg menjadi target..

tambahan lg..apa tindakan yg perlu semasa berlaku strike? perlu mengepam dgn kuat utk mendapatkn solid hook atau ada kaedah2 lain..

thanks

[IMG]http://i93.photobucket.com/albums/l80/kurakuralaut/UAT/LogoUAT.gif[/IMG] [IMG]http://i93.photobucket.com/albums/l80/kurakuralaut/UAT/memancing_bi_29643.gif[/IMG] [img]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/img]
Name: idham HP 012 6205560 R 04 3977151 email: ir_idham@yahoo.com

Apa pendapat bro bwan or bro-bro yang lain dengan reels ratio 4:8:1 (utk jigging)…Al maklumlaa new comer, guna dulu mana yang ada…nanti dah ok bila dapat kerapu bantal ker jenahak mega ker baru leh upgrade…maklum ler, takut tembuih poket…Satu lagi 4:8:1 tu mcm mana nak figure out dia punya maksud..4 tu apa and seterusnya..

xgarbage@yahoo.com

JAGA-JAGA KAT BAWAH TU…HEHEHE