JIGGING ( KAEDAH & TIPS )

(Topik terdahulu telah terdelete dengan tidak disengajakan sewaktu proses trimming. Gambar-gambar yang berkaitan akan diupload kemudian)

JIGGING ( KAEDAH & TIPS )

Vertical jigging, deep jigging, Japanese jigging, extreme Jigging…Pelbagai jolokan digunakan untuk menggambarkan kaedah pancingan yang semakin popular pada hari ini yang bermula di Jepun dan semakin berkembang ke seluruh Asia, Oceania dan Eropah. Tidak menghairankan pada hari ini orang-orang Amerika pun mula berjinak-jinak dengan aktiviti jigging ekstrim ini.

Sebenarnya jigging merupakan antara kaedah memancing yang tertua yang telah diamalkan di Barat. Orang-orang Jepun yang terkenal dengan budaya rekacipta mereka telah membuat innovasi terhadap teknik ini. Mereka telah menghasilkan pelbagai produk baru yang asasnya adalah penggunaan set pancing yang ringan tetapi boleh menewaskan gergasi-gergasi bagak. Dahulu, gergasi samudera seperti tuna sirip kuning (YFT), tuna gigi anjing (Dogtooth Tuna), gerepoh gergasi (GT), aji-aji dan sebagainya hanya berjaya ditewaskan dengan menggunakan set pancing yang kasar. Penggunaan set yang kasar ini tidak memberi peluang kepada mereka yang berbadan kecil terutamanya orang-orang Asia kerana kita terpaksa berhempas pulas untuk mengendalikan perlatan tersebut. Ini membunuh keseronokan memancing. Sebaliknya penciptaan baru peralatan ringan tetapi berkuasa tinggi oleh orang-orang Jepun telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja terutamanya masayarakat Asia yang berbadan kecil untuk menikmati keseronokan sukan memancing ekstrim atau big game. Saya yakin sekiranya kepingan besi yang dikarau laju oleh anda disergah mangsa, anda pasti akan jatu cinta dengan teknik berjigging.

Kedah Berkesan Untuk Jigging

Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu. Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.

Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

Kekili Jigging

Kedua-dua jenis kekili sama ada kekili menegak (multiplier) atau kekili mendatar (spinning) sesuai digunakan untuk jigging. Terpulanglah kepada kesesuaian dan kegemaran masing-masing.

Antara kekili menegak yang sinonim dengan aktiviti jigging ialah seperti Shimano Ocea Jigger, Shimano Kaikon, Daiwa Saltiga Z, Accurate Boss Magnum, Avet JX. Pemilihan kekili menegak yang sesuai adalah penting kerana kekili yang tirus (narrow) adalah lebih sesuai berbanding dengan yang lebar kerana ini akan memudahkan tali dikarau tanpa perlu disusun. Hampir semua kekili mendatar untuk jigging tidak mempunya level wind. Kekili yang tirus juga lebih ringan dan lebih mudah dikawal ketika berentap dengan mangsa.

Sementara kekili mendatar yang popular pula ialah seperti Shimano Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra dan Navi. Daiwa mengeluarkan kekili seperti Saltiga Series. Ada juga yang menggunakan Penn Spinfisher. Yang penting, ratio kelajuan mestilah tinggi dan mempunyai sistem tegangan (drag) yang berkualiti. Drag yang berkualiti amatlah diperlukan untuk menghentikan larian mangsa ke struktur tajam dan bergerigi seperti batu karam atau kapal karam yang akan memutuskan tali.

Joran Jigging

Joran jigging mestilah halus, ringan tetapi lasak. Panjangnya antara 4.5 kaki hingga 6 kaki. Agak sukar untuk mendapatkan joran yang berkualiti tetapi murah harganya. Antara joran yang terkenal ialah Zenaq, Tenryu, Carpenter, Fisherman, Smith, Zenith. You get what you paid kata orang putih. Kebanyakan joran jigging yang berkualiti agak mahal harganya sehingga mencecah RM dua ribu. Tetapi usah gusar kerana terdapat juga rod-rod yang berkualiti yang dikeluarkan oleh jenama tertentu yang sesuai untuk light dan medium jigging seperti Genesis Jigshaft, Shino, Shimano, Lemax dan beberapa jenama keluaran tempatan.

Jenis-jenis Jig

Terdapat pelbagai jenis jig di pasaran daripada pelbagai jenama berdasarkan saiz, warna dan bentuk.

Adalah sukar untuk mengatakan jig yang manakah yang lebih berkesan daripada jig yang lain. Perkara yang paling penting ialah menyesuaikan saiz jig berdasarkan kedalaman air dan perlatan yang digunakan. Secara umummnya, saiz jig berubah bagi setiap 100 kaki. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100g dan begitulah seterusnya jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar. Begitu juga saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenalpasti kawasan ikan bermain dan tidak tersasar akibat dibawa arus. Sebagai panduan, jig yang dipilih juga boleh disesuaikan dengan ikan-ikan umpan (bait fish) yang bermain-main di kawasan itu.

Warna jig juga memainkan peranan. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis night glow atau pun luminous adalah pilihan yang utama. Spesis seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan dengan jig malahan dalam banyak keadaan lebih tertarik untuk meratah kepingan besi daripada mencium umpan hidup. Untuk memudahkan dan membuat eksperimen, pastikan kotak jig anda mengandungi pilihan pelbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan spesis-spesis yang berlainan dan tempat yang berlainan.

Jig-jig yang lebih ringan biasanya digunakan untuk memperdayakan spesis-spesis pelagik seperti tongkol, cupak dan tenggiri. Jig biasanya dilontar agak jauh dari bot dan dikarau dengan cara mengangkat tinggi hujung joran dan mengarau dengan laju apabila menjatuhkan joran seperti anda sedang mengepam joran. Manakala jig yang berat pula digunakan untuk memperdayakan spesis dasar seperti aji-aji dan kerapu. Jig dikarau laju sambil mengangkat sedikit sahaja joran atau dikenali sebagai fast short stroke. Kekili dipusing laju sekali sambil menghenjut joran dengan pantas.

Mata Pancing (Assist Hooks)

Sebarang mata pancing boleh digunakan tetapi sememangnya ada mata pancing yang dijual untuk dipadankan dengan jig anda. Yang penting anda perlulah mengikat mata pancing tersebut menggunakan sejenis tali yang dipanggil kevlar (selalunya berwarna merah) . Ada yang mengatakan bahawa penggunaan tali kevlar itu sendiri akan menarik minat ikan. Namun yang lebih penting penggunaan tali itu adalah untuk mengelakkan daripada jig anda tersangkut di dasar. Mata pancing yang dipadankan dengan jig seharusnya lebih lebar daripada kelebaran jig anda.

Tali

Penggunaan tali sulam adalah satu kemestian dalam berjigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali disisi dalam gelendung kekili anda. Jangan kita lupa bahawa keseronokan berjigging adalah menggunakan peralatan pancing yang kecil dan ringan untuk menawan mangsa bagak.

Orang-orang Barat menggelarkan tali sulam sebagai dyneema atau spectra tetapi orang Jepun memanggilnya sebagai tali PE. Tali PE Jepun yang popular selalunya mempunyai warna yang berlainan untuk setiap 10 meter. Ini untuk membolehkan pemancing mengenalpasti tahap kedalaman tertentu ikan mengasak jig. Namun, penggunaan tali berwarna ini juga kadang-kala menimbulkan masalah tertutamanya apabila banyak “tukang gunting” berkeliaran di kawasan tersebut dan amat tertarik dengan warna-warni tali tersebut.

Terdapat pelbagai tali sulam di pasaran dan yang paling popular di kalangan kaki jigging ialah seperti Power Pro, Berkley Whiplash, YGK, Varivas, Gosen, Zenaq Jigger Thrust dan sebagainya. Janganlah terlalu berkira untuk membeli tali sulam yang berkualiti jika anda mahu menjadi mat jigging kerana kejayaan menewaskan spesis-spesis bagak banyak juga dipengaruhi oleh tali sulam yang berkualiti. Lagipun, tali sulam tidak mempunyai memori yang kalau dijaga dengan baik akan bertahan dalam tempoh yang lama walaupun warnanya luntur sekali pun. Tali sulam juga tidak akan rosak kalau berlilit dan diuraikan semula tidak seperti tangsi yang tentunya akan menjadi kerinting selepas sesi mesyuarat yang panjang.

Perambut (Leaders)

Penggunaan perambut adalah mustahak terutama untuk medium dan heavy jigging. Memandangkan tali sulam tidak mempunyai regangan, tali ini akan mudah putus apabila direntap secara tiba-tiba. Oleh sebab itulah perambut tangsi amat diperlukan. Perambut tangsi atau perambut kejutan mono (mono shock leader) ini diperbuat khas untuk tujuan jigging dan berlainan dengan perambut biasa. Kaki-kaki jigging pro selalunya menggunakan perambut jenis Fluorocarbon yang lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air yang dikenali juga sebagai perambut hantu. Tetapi perambut ini seperti Seaguar, Suffix Invisiline, Berkley Vanish agak mahal harganya.

Berapa panjangkah perambut ini? Tidak ada formula yang khusus sebenarnya. Yang penting, apabila ikan sudah berada di birai bot, anda tidak mahu memegang tali sulam yang tajam itu atau pun tali sulam anda bergesel pada birai bot yang akan memutuskannya tanpa anda sedari. Saya selalu menggunakan kaedah lima kali panjang joran untuk menyukat panjang perambut.

Satu masalah lagi. Bagaimana mahu menyambung tali sulam dengan perambut mono? Agak susah juga untuk dilakukan tetapi alah bisa tegal biasa. Banyak jenis ikatan yang diperkenalkan seperti double bimini twist atau uni to uni knot dan sebagainya. Tetapi ikatan yang paling digemari oleh kaki jigging ialah ikatan FG atau Mid knot.


http://wanruslim.multiply.com

Terima Kasih Cikgu Bwan…atas usaha cikgu, saya yakin rakan-rakan yang lain juga akan turut sama-sama membantu cikgu membina semula topic ini…Insyallah

FAMILY must first...FISHING come second aku bukan pemancing tetapi pemerhati pemancing [IMG]http://i46.photobucket.com/albums/f111/alivio/SHIMANO-LOGO.jpg[/IMG]

bwan

nak tanya lg ni…
saya ada satu culcutta 400

1.kalo utk light jigging sesuai tak
2.adakah line guide menjadi masalah utk jig menggunakan tali mono

[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/PAWOfficialLogo.gif[/IMG]ChEaTeD tHeM wItH[IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/logo_rapala.gif[/IMG][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/fishing/fenwick_logo.jpg[/IMG] http://pahanganglersworld.blogspot.com Volvo Angler's Team

Bro bwan.

kekuatan tali mono dan tali sulam sama tak dgn lbs yg sama.
Maaflah kalau isu ni nak penah keluar.

Bro Stella, harap bro tak putus asa untuk sama-sama menghidupkan semula thread ini.

pak barau - light jigging tak ada masalah dan memang sesuai tapi kalau strike ikan besar (besar betul) memang reel yang ada line guard tak sesuai.

Bro Aru - kalau poundage sama sepatutnya kekuatan sama. Tapi kebanyakan tali sulam under rated. Maksudnya kekuatannya melebihi poundage yang diiklankan. Sebab itulah kebanyakan tali sulam tidak mendapat pengiktirafan IGFA. Tali sulam mempunyai mempunyai kelebihan kerana diameternya yang kecil berbanding mono line tetapi tali ini mudah putus kalau direntap secara tetiba. Sebab itulah, mono shock leader dicipta untuk memberi kuasa regangan kepada tali sulam.


http://wanruslim.multiply.com

cikgu bwan: selalunya jigging waktu mlm guna jig luminous, kalo guna jig yang tak luminous tapi berkilat2 spt SureCatch Power Jig (kepala merah bdn berkilat2) boleh tak? sebab saya ada menonton CD keluaran sirip, ada kalangan jigger yg tak guna luminous, cuma guna jig yang berkilat spt SureCatch Power Jig dan Yo-Zuri Blanka dapat menaikkan ikan.


::mEmAnCiNg BiAr SaMpAi</font id=“green”> TeRmUnTaH</font id=“red”>::
pHoNe:017-5240876 / 016-4278628
eMaiL:epotn@yahoo.com

epotn.multiply.com

quote:
Originally posted by epotn
cikgu bwan: selalunya jigging waktu mlm guna jig luminous, kalo guna jig yang tak luminous tapi berkilat2 spt SureCatch Power Jig (kepala merah bdn berkilat2) boleh tak? sebab saya ada menonton CD keluaran sirip, ada kalangan jigger yg tak guna luminous, cuma guna jig yang berkilat spt SureCatch Power Jig dan Yo-Zuri Blanka dapat menaikkan ikan.


::mEmAnCiNg BiAr SaMpAi</font id=“green”> TeRmUnTaH</font id=“red”>::
pHoNe:017-5240876 / 016-4278628
eMaiL:epotn@yahoo.com

epotn.multiply.com


Saya tak tengok VCD tu tapi biasanya jig yang bro kata tak luminous tu sebenarnya ada satu bahagian di perut jig itu yang luminous. Memang jig yang sebegitu sama berkesan atau kadang-kadang lebih berkesan daripada jig yang full luminous. Mungkin stripe yang panjang di bawah perut jig itu lebih menarik persembahannya.


http://wanruslim.multiply.com

ada juga jig yang bukan luminous boleh digunakan pada waktu malam. Antaranya ialah jig surecatch jenis knight yang bersilau. saya dan Gekko pernah menggunakan jig tersebut yg tidak mempunyai sebarang bahagian luminous utk menaikkan cupak dan GT. Memang power kerana koleksi 50 jig yang sama (modified) telah habis dimamah ikan.

Yang penting cahaya pada bot yang menyuluh ke dasar mestilah cukup utk membolehkan jig itu menyilau jika dijatuhkan ke dalam air.

Utk jig luminous, selain kamikaze, williamsom, sabre jig dan blanka yang saya dapati sangat efektif menjerat ikan-ikan jenis pelagik, jiga surecatch powerjig fully luminous juga adalah sangat berbalaoi dibeli kerana harganya murah dan efektif.


http://mybonaparte.multiply.com/photos

0194702934 (HP)
04-6533857 (O)

HIDUP UAT, HIDUP MFN

Aduh, sayang sekali…banyak tul info dalam tu… ingatkan dah sticky selamat laa topik tu, next time terus copy paste la nampaknya. Semalam cari topik nie dalam semua channel tak jumpa. Siapa email Bwan lagi tanya. Emph… jgn lupa upload ok, semua tu berfaedah. Thanks in advance kepada semua.

Just my 2 sen punya pendapat; apa kata Bwan ke sesiapa ker cuba list down light jigging punya equipment, medium and heavy. Spec yg biasa dan ok. So that yg mana nak berjinak2 tu boleh laa ada sedikit idea nak tanya tokey kedai nanti. Nampak laa ilmu tu nanti. Insya Allah.

Light Jigging

  1. Reel punya series
  2. Ratio
  3. Tali poundage
  4. Leader poundage
  5. Rod PE spec
  6. Split Ring yg sesuai
  7. Jig weight

Dan seterusnya apa2 yg dirasakan akan memberi manfaat kepada semua. Begitu juga utk medium dan heavy.

Saya ada Ryobi Applause 6000 series padankan ngan Abu Conolon PE 1-3 kalau tak silap. Ari tu try jigging kejap, rasa macam rod lembut sangat. Jig weight 60gram. Apa pendapat Bwan?? Ok ker?? Thanks

bagi pendapat saya untuk kategori light jigging yang dimana pendalaman laut sedalam 20-50 meter… memadai kita pakai

  • rod PE 1-2 dan PE 1-3
  • reel size (sebagai contoh ikut size daiwa dan shimano) 3500 - 4500
  • ratio paling besar/laju lagi bagus
  • tali braided memadai setakat 20lb atau 30lb sepanjang 200 - 300 meter
  • perambut jenis florocarbon atau pun jenis shockleader yang sesuai… poundage pulak ikut kesuaian tali anda dan keadaan kawasan yang kita nak jig…
  • split ring dan solid ring cari yang ada poundage dan size/poundage yang sesuai untuk tali kevlar dan barel swivel snap anda…
  • berat jig pula bergantung pada tempat, keadaan air/arus dan juga pendalaman pula… jika laut dalam 20-50 arus dalam keadaan baik jig berat 30 - 60 gram sudah memadai…

rod jig yang jenis lembut (jenis blank parabolik atau pun tidak) ada lah jenis yang bagus sebab boleh memainkan renangan jig yang kita nak… terutama renangan ikan cedera… namun rod tu lembut tetapi ia ada jenis blank yang kuat… kalau kita matching ngan set yang betul dan teknik yang betul susah juga nak patah…

ini ada lah beberapa tip dan pendapat peribadi saya untuk light jigging… kalau ada salah dan silap harap maaf dan di persilakan betul..

" You Don’t Have To Be A Rocket Scientist To Fished "

i fought the law - the clash/bobby fuller four
don’t fear (the reaper) - him/blue oyster cult

TQ bro bwan sebab buat balik topik ni… sedih gak baca email bro pagi tadi kata topic ni dah terdelete secara tak sengaja…(masa tu lum bukak mfn lagi…hehehe…

Bro moskito - betul kata bro teru pasal light jigging tu. Kalau kawasan tu memang air tak dalam dan ikan pun tak besar, semua petua bro teru tu tepat sekali. Kalau bajet ada, saiz 1000-20000 (Shimano) atau 1500-6500 (Daiwa) memang semua perlu ada untuk disesuaikan dengan light jigging, mid jigging dan heavy jigging. Begitu juga rod dari PE1-PE8 untuk disesuaikan dengan semua tahap jigging. Cuma tidak semua orang mampu untuk memeliki set lengkap tersebut terutamnya daripada range high end seperti Saltiga atau Stella yang boleh mencapai sehingga 3K tiap satu set tak termasuk rod.

Untuk yang bajetnya terhad, boleh mulakan set yang medium. Maknanya boleh guna untuk light dan heavy juga terutama kalau kita mancing sekali-sekala saja. Set medium yang dicadangkan ialah Daiwa FreamsJ atau Caldia Kix 4000/4500 atau Shimano Navi 8000PG. Rod boleh gunakan kelas PE2-4 atau paling kuat pun PE6. Itu untuk spinning. Kalau gunakan multiplier atau conventional reel, boleh gunakan Daiwa Saltist 30 (Narrow) atau Shimano Torium 30. Kedua-dua ni dalam lingkungan RM700 sahaja dan sesuai juga untuk aktiviti bottom.

Tetapi sebenarnya untuk light jigging semata-mata (target cupak, ebek,jemuduk saiz sederhana), apa-apa set yang murah pun boleh digunakan (reel dan rod bawah RM100). Cuma kepuasannya dan keselesaannya tidak boleh menandingi set yang berkualiti. Lagipun, kalau kita niat nak guna lama dan kita juga selalu turun ke laut, untung beli yang bagus sikit.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

moskito : Bro… kalau bro nak, saya ada yg bro bwan post kan dulu dan telah di copy & paste kan ke dalam word document… sama jerk dgn post bwan yg 1st tuh cuma tak de gambar jerk tuh…


[IMG]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/LogoUAT.gif[/IMG] [IMG=right]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/IkanUlangAlik.gif[/IMG=right] Utara Anglers Team "Memancing Biar Sampai Termuntah"
quote:
Originally posted by ARe-BeaR
moskito : Bro... kalau bro nak, saya ada yg bro bwan post kan dulu dan telah di copy & paste kan ke dalam word document.... sama jerk dgn post bwan yg 1st tuh cuma tak de gambar jerk tuh....
[IMG]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/LogoUAT.gif[/IMG] [IMG=right]http://i66.photobucket.com/albums/h272/ARe-BeaR/IkanUlangAlik.gif[/IMG=right] Utara Anglers Team "Memancing Biar Sampai Termuntah"
Tu la, saya pun patut save semua thread ni dan simpan cache dia untuk bacaan offline. Bro tak simpan ke sambungannya yang lain-lain?


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

takpe2x…sama2 kita congkil ingatan dan masukkan kembali dlm sticky ni..ni berkenaan jig luminous…rata2 @ kebanyakkan jig yg dijual sekarang luminous,paling tidak pun sikit kecuali yg metal lah mcm surecatch knight etc…yg murah2 mcm eupro pun 90% luminous..

utk kelengkapan jigging pulak..adalah lebih afdal kumpul duit beli yg bagus2 drp beli mesin utk pecah..[:D]…kos mungkin lebih tapi ketahanan berganda..alah beli menang memakai…haaa…ni teman nak tanya;sape yg dah pernah test mesin BANAX GT5000 yg iklan dlm MAJALAH PANCING tuu?? mcm Saltiga tu..sama tapi x serupa la..[:D]..teman puas cari yg ada instant anti-reverse tp x jumpa..heran,dlm iklan ckp ada..

ash75@sabri</font id=“size1”>
Go Fishing</font id=“red”>,Malaysia bulehh!</font id=“blue”></font id=“size2”>

Salamsss bro semua…just ingin tahu, tali ‘BRAIDED’ brand FINS (50lbs) ok tak..sebab tadi ada pi ushar kat kedai..banding dengan ‘POWER PRO’, dia punyer diameter kecik skit…lai pun kawe new comer, x brani beli POWER PRO coz tgk tulisan dia lain mcm jer…ada member forum ckp dia siap kena kencing terbeli POWER PRO ciplak…

quote:
Originally posted by seLuang_man
Salamsss bro semua...just ingin tahu, tali 'BRAIDED' brand FINS (50lbs) ok tak..sebab tadi ada pi ushar kat kedai..banding dengan 'POWER PRO', dia punyer diameter kecik skit...lai pun kawe new comer, x brani beli POWER PRO coz tgk tulisan dia lain mcm jer...ada member forum ckp dia siap kena kencing terbeli POWER PRO ciplak...


Ya memang ada PowerPro ciplak. Bro boleh check sini untuk mengetahui perbezaan ori ngan ciplak:[url]http://www.powerpro.com/press/news/details.asp?PP_PRESS_NEWS_ID=23[/url] FINS memang jenama yang sudah established dan murah sikit drp PowerPro. Satu pilihan yang bijak oleh bro. Lagipun tali FINS ada bagi free topi.


[IMG]http://wanruslim.multiply.com

hmmm kalau mcm tu, kire jadik la angkat la FINS (50lbs)tu…lai pun saya xnak terkena…Dlm thread JIG TENGGIRI ada dinyatakan JIG jenis RED HAT paling banyak dihentam oleh spesis tersebut berbanding JIG JIG kaler lain…apa komen Bro Bwan tentang JIG RED HAT…

xgarbage@yahoo.com

JAGA-JAGA KAT BAWAH TU…HEHEHE

Bro Bwan ikut saya punya kefahaman daripada thread yg lps kalau kite guna tali 50 paun rod yg digunakan pun mestilah tidak kurang drp max pe 5, betul ke.

Artoz The Bajau Angler