layan slow-slow jgn sampai tembus lgpun baru je berjinak2 dgn alam pancing ni. apapun isnin ni ada trip sedili tu nak try jigging so nak try alam jigs stlh mencuba bot line spjg thn ni. mudah-mudahan tambah sket ilmu dgn adanya tunjuk ajar dari otai mfn.
a.alaikum jbngail..
selamat berjigging pada anda dan semoga berjaya mendapat ikan dengan jigging.
untuk info:
1.gunalah lure berwarna garang spt oren, redhead dan herring 50g-80g dikarang yang kedalaman kurang 20mtr semasa arus perlahan.
2.kalau ada aktiviti cupak diwaktu malam(tanya tekong) gunakan lure warna pink atau merah yang ada stiker berkilat ditengah badan berat 80g-100g.
kalau tiada lure2 yang kawan sebutkan tu bolehlah cuba lure lain yang jbngail bawa..harap dapat membantu…
saya ader stanby lure yg bro maksudkan tu cuma nak tambah yg kaler oren tu je lagi.tapi yg problem cal tekong g kenduri plak sbb nak tanya keadaan laut skrg ni…
apapun trm ksh atas tunjuk ajar dari bro maklum la saya baru 1st time nak layan jigging ni.
Salamss…boleh tak sesaper terjemahkan benda alah nie..kalau tak boleh semua pun, mungkin item no 3,4 & 5 tu pun dah kira cukup..tapi kalau boleh semua kira ok gak..
Mmg ada cara yang lebih mudah utk ikat JIG HOOK tapi saja tgk cara Jepun nie mcm seni skit, so ingat nak cuba..
Bro ioriamd - Nak pakai reel/rod apa2 pun boleh sebagai pengenalan dalam kaedah jigging ni, takde masalah.
Tapi kalau betul2 nak rasa “thrill” yg sebenar utk jigging ni, saya cadangkan bro utk join dgn mana2 geng yg ada set (rod+reel+jig) yang bersesuaian. Cuba pakai set mereka dan rasakan sendiri perbezaannya dgn set yg bro ada. Pastikan trip tu memang ada plan utk aktiviti jigging. Kalau bro sorang2 jigging pun tak best jugakan…? Jigging 3-4kali, tak dpt ikan pula… mesti give-up punya.
Utk saya, setting utk light jigging saya gunakan Rod Abu Conolon pe1-3 + Ryobi Applause 4000, jig bawah 60g. Memang best kalau dpt ikan 1-2kg… Ryobi ni pun bukan khas utk jigging, tapi memang ada beza dgn reel yg khas utk jigging.
Bro Ladungtbaga - Koh Adang merupakan salah satu destinasi pancing yg menarik kerana kepelbagaian spesis ikannya. Bukan setakat jigging, tapi teknik lain juga telah terbukti boleh mendatangkan hasil yang memuaskan… Insyaalah.
Pesanan Penaja Memancing Jangan Sampai Lupa Solat!
quote:Originally posted by ayaq_tawaq Memang menyeronokkan jigging ni cuma mungkin hasil di perairan kita tidak sehebat perairan luar negara..thanks for the video[^]
Saya mungkin mempunyai pandangan yg berbeza dgn bro Ayaq-tawaq… Orang2 di Jepun telah mempelopori bidang sukan memancing terutama teknik jigging lebih dari 10 tahun dari kita di Malaysia. Dlm tempoh itu byk lubuk telah mereka terokai… banyak teknik telah ditingkatkan berdasarkan pengalaman mereka…
Di Malaysia, rasa2nya sejak 1-2tahun ni saja kita mengenali teknik jigging. Kita masih ditahap membincangkan perkara-perkara asas dlm teknik jigging dan kita masih jauh ketinggalan.
Tambahan lagi berapa banyakkah lubuk pancing yg kita kunjungi di Malaysia? Berapa ramai antara kita yg merancang trip hanya utk teknik jigging?
Kalaupun potensi kita tak setanding dgn lubuk di Jepun, tapi kita masih byk lubuk yg masih belum diterokai secara khusus dgn teknik jigging.
Pesanan Penaja Memancing Jangan Sampai Lupa Solat!
wandy, saya nak tanya sikit rod abu conolon pe1-3 nii kesesuai jig nya antara 60g-150g kan,boleh ka kita guna jig kecil2 yang beratnya sekitar 20g-30g juga,harap maaf kerana saya pun orang baru dalam permainan jig nii..