JIGGING ( KAEDAH & TIPS )

quote:
Originally posted by xyz
Nak Tanya harga Saltiga Z 4500 spining anggara berapa agak nya.. agak agak lebih 1000 ke.. 1200 ke.. Tali berapa paun yang sesuai dan berapa meter boleh masuk.. drag saitiga ni berapa agak nya..

kawan aritu ade tengok skali kat kdai pancing dalam RM 1800…
mungkin kdai lain murah lagi kut…


http://pahanganglersworld.blogspot.com</font id=“size1”>


http://pahanganglersworld.blogspot.com</font id=“size1”>

quote:
Originally posted by kumar
hello bro bwan, wa dah beli banax gt 5000, masuk tali sufix 40paun ddan di sambung ngan braided 60 paun. wa nak tanya sikit,,,, kalau nak jigging - brapa paun dan panjang perambut perlu digunakan,,,,,,kalau nak poping lak brapa pulak??

diharap bro bwan dapat membantu orang baru macam waa…
tima kacih…


berapa incik kumar beli banax gt tu, kat ner beli? nak maik gak sebijik

[[/img]

Bro Amjelan; Kedai Pancing Anika Tanah Merah dekat belakang Balai Polis, nak buat sales Banax, harga antara RM100.00-RM150.00 sebijik.

019-3595543

quote:
Originally posted by seluang
Nak tanya senior dan otai kat sini, saya ade rod Ugly Stick Tiger 6.5' 10lbs -50lbs. Saya nak trim sikit hujungnya supaya pendek dan kurang lembut, adakah boleh? atau ader lain-lain efect yg akan merosakkan rod? Tunjuk ajar senior dan otai amat diharapkan. terima kasih.

019-3595543


kalo mike udah trim, teman tak boleh nak kate ape la…
tapi kalo belum, baik jangan…
teman udah pernah buat dah sebatang ord batang buruk teman…
jahanam terus, langsung takde effect ape ape…
lentur dan tension tetap same, yang tak same, panjangnye saje…
takat nak main bottom boleh la, bile baling je… terus hampeh, tak macam mase original shape die…
tapi itu dulu, 5,6 tahun punye cerita, sekarang dengan segala macam teknologi canggih nie mane la teman tau…
mungkin udah boleh diuabhsuai menjadi lebih elok la kot…
ape pon, terpulang pade mike le yeop, duit mike, reta mike, pepandai la mike buat keputusan…

nak tanye kat sifu bwan and sifu2 yang lain,
teman ade dengo cerita orang, kononye spanar yang kilat kilat tu boleh gak dibuat jig… [:0]
in teori or in practical, boleh ke dibuat macam tu…
tapi pade teman, daripada teman campak spanar stanley sebatang 50 hengget tu,
baik le teman baling je jig 50 hengget jugak tu, at least jig tu teman tak pakai kat bengkel…

Aaaa… sesape yang terasa nak buat trip mancing tu, jangan le lupe ajak aku sekalik :wink:
tapi jangan le timing yang bukan bukan… aku pon kerje makan gaji jugak…

019 - 302 1253 (godet/ det)

det… jgn gunabrand stanley maaa… belila cap china punye je..??

[IMG]http://i88.photobucket.com/albums/k165/mayonggila/853063576_s.gif[/IMG] 019-2879676/017-6541646 Volvos Angler's Team Jengking Fishing Team Potai Joruk Angler's Team

Terimas bro godet; mike lagi advance pakai spanar jadi jig… benjol ikan tuh. Blum trim lagi, takut gak jadik cam bro godet cakap.

019-3595543

tanye kat sifu bwan and sifu2 yang lain,
teman ade dengo cerita orang, kononye spanar yang kilat kilat tu boleh gak dibuat jig… [:0]

[/quote]

menarik nih…
nak try la pas nih…
no. brapa sesuai ngan jig dlm 80 gm ke bawah

http://www.pemm.org.my/[IMG]http://i71.photobucket.com/albums/i143/abengah/pawsign.gif[/IMG]
http://pahanganglersworld.blogspot.com</font id=“size1”>

http://pahanganglersworld.blogspot.com[/size=1][/b]

a’kum
tompang tanye bro smua, reel abu cardinal tu sesuai ke buat light jigging? thanx[:)][:)][:D][8D]

----kembara sepi di rantauan----
‘where have all the good old days gone friend?’
012-5457711
why_gothic@yahoo.com

quote:
Originally posted by baung_tapah
a'kum tompang tanye bro smua, reel abu cardinal tu sesuai ke buat light jigging? thanx[:)][:)][:D][8D]

kalau size spool Abu Cardinal boleh menampun 20lb - 30lb braided mainline sepanjang 200-300 meter apa salah nya… cuma kena tahu max drag dia berapa kg je sebab bro baung_tapah hanya nak guna for light jigging je…

saya seorang pemancing amatur sahaja…</font id=“purple”>

i fought the law - the clash/bobby fuller four
(don’t fear) the reaper - him/blue oyster cult
team pacat </font id=“blue”>

quote:
Originally posted by teru
quote:
Originally posted by baung_tapah
a'kum tompang tanye bro smua, reel abu cardinal tu sesuai ke buat light jigging? thanx[:)][:)][:D][8D]

kalau size spool Abu Cardinal boleh menampun 20lb - 30lb braided mainline sepanjang 200-300 meter apa salah nya… cuma kena tahu max drag dia berapa kg je sebab bro baung_tapah hanya nak guna for light jigging je…

saya seorang pemancing amatur sahaja…</font id=“purple”>

i fought the law - the clash/bobby fuller four
(don’t fear) the reaper - him/blue oyster cult
team pacat </font id=“blue”>


time kasih…

----kembara sepi di rantauan----
‘where have all the good old days gone friend?’
012-5457711
why_gothic@yahoo.com

teman nak btanya bro bwan @ kengkawan lain yg boleh menolong…

teman br shj membooking sebuah reel daiwa frearmsJ4500 dgn harga rm320.mod pembayaran 3x baru angkat reel..jadi persoalannyer ialah:
boleh sesiapa listkan maintenance wajib bg reel ni,kekuatan dragnyer & yg bersangkutan dgn frearmsJ ni..tq in advance..[:D]

ash75@sabri</font id=“size1”>
Go</font id=“red”> Fishing</font id=“blue”></font id=“size2”>

maintenance lacam biasa la…
cukup tahun hantar servis, lepas masuk laut jangan lupe kasik mandi itu reel…
waktu tak digunakan sile longgarkan spool…
drag die aku tak sure la… (tak tau sebenarnye)
sebelom masuk tali sapu sikit minyak gris ke, minyak masak ke, minyak reel ke kat spool die…
ini supaya air laut tak bertakung pada spool die yang boleh menyebabkan spool itu berkarat…
lain lain tu minta otai otai dan sifu sifu serta mahaguru mahaguru lain tolong jawapkan… [:D]

_______________________________________________________________________

Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>
The X-Treme Anglers Club</font id=“orange”>
_______________________________________________________________________</font id=“black”>

019 - 302 1253 (godet/ det)

assalamualaikum…

boleh ke kalau saya guna Daiwa Regal 3500 di padankan dengan rod shakepeare Sigma titanium 6’6 - medium action untk light jigging.

harap otai2 mfn dapat membantu

[?][?][?][?][?][?][?][?][?]


www.joranbagus.com

quote:
Originally posted by anak seriding
assalamualaikum...

boleh ke kalau saya guna Daiwa Regal 3500 di padankan dengan rod shakepeare Sigma titanium 6’6 - medium action untk light jigging.
</font id=“red”></font id=“size3”>
harap otai2 mfn dapat membantu

[?][?][?][?][?][?][?][?][?]


www.joranbagus.com


kawan pun baru sambar satu… nak padankan ngan shimano symetre 4k
blum bley test lagi… laut tgh gelore nih… isk.isk..isk..

Kalau saye lagi best pakai rod 5’6" atau 6’ pun dah cukup tak payah panjang2 sgt utk light jigging. Main Popping pakai Rob 7’6" atau 8’. kalau salah, tunggu otai tolong jawabkan hihihih…[:D][:D][:D]

quote:
Originally posted by joranpanjang
[quote]Originally posted by anak seriding

kawan pun baru sambar satu… nak padankan ngan shimano symetre 4k</font id=“orange”></font id=“size4”>
blum bley test lagi… laut tgh gelore nih… isk.isk..isk..


AGAK-AGAK SESUAI TAK KALAU DIGUNAKAN DI PULAU 9. NAK TEST RAYA CINA NI NANTI…</font id=“size3”>

quote:
Originally posted by bwan
(Topik terdahulu telah terdelete dengan tidak disengajakan sewaktu proses trimming. Gambar-gambar yang berkaitan akan diupload kemudian)

JIGGING ( KAEDAH & TIPS )

Vertical jigging, deep jigging, Japanese jigging, extreme Jigging…Pelbagai jolokan digunakan untuk menggambarkan kaedah pancingan yang semakin popular pada hari ini yang bermula di Jepun dan semakin berkembang ke seluruh Asia, Oceania dan Eropah. Tidak menghairankan pada hari ini orang-orang Amerika pun mula berjinak-jinak dengan aktiviti jigging ekstrim ini.

Sebenarnya jigging merupakan antara kaedah memancing yang tertua yang telah diamalkan di Barat. Orang-orang Jepun yang terkenal dengan budaya rekacipta mereka telah membuat innovasi terhadap teknik ini. Mereka telah menghasilkan pelbagai produk baru yang asasnya adalah penggunaan set pancing yang ringan tetapi boleh menewaskan gergasi-gergasi bagak. Dahulu, gergasi samudera seperti tuna sirip kuning (YFT), tuna gigi anjing (Dogtooth Tuna), gerepoh gergasi (GT), aji-aji dan sebagainya hanya berjaya ditewaskan dengan menggunakan set pancing yang kasar. Penggunaan set yang kasar ini tidak memberi peluang kepada mereka yang berbadan kecil terutamanya orang-orang Asia kerana kita terpaksa berhempas pulas untuk mengendalikan perlatan tersebut. Ini membunuh keseronokan memancing. Sebaliknya penciptaan baru peralatan ringan tetapi berkuasa tinggi oleh orang-orang Jepun telah membuka peluang seluas-luasnya kepada sesiapa saja terutamanya masayarakat Asia yang berbadan kecil untuk menikmati keseronokan sukan memancing ekstrim atau big game. Saya yakin sekiranya kepingan besi yang dikarau laju oleh anda disergah mangsa, anda pasti akan jatu cinta dengan teknik berjigging.

Kedah Berkesan Untuk Jigging

Penggunaan eco sounder atau fish finder adalah dimestikan untuk memastikan kejayaan teknik jigging. Dengan adanya kecanggihan teknologi dalam mengenal pasti lubuk-lubuk ikan tertentu, jig akan dilepaskan di tempat-tempat yang didiami oleh ikan. Dalam konteks tempatan, tidak semua ikan berjaya diperdayakan dengan kepingan besi walaupun sekali-sekala ada juga spesis-spesis tertentu yang jarang meratah jig seperti ikan merah, kerapu dan ikan-ikan dasar yang lain turut terpedaya. Antara spesis tempatan yang dikenal pasti menjadikan kepingan besi sebagai menu tetap mereka adalah seperti cupak, gerepoh, tenggiri, jenahak, senangin dan alu-alu. Dengan adanya teknologi GPS, sekiranya spesis tertentu berjaya dikenal pasti kedudukannya, mudahlah bagi kita untuk mengulangi spot yang sama. Jig akan dibuang 10 hingga 20 kaki ke bawah dari kumpulan ikan yang dikenalpasti melalui sounder. Jigging melalui cara ini tentunya lebih berkesan daripada jigging secara membabi-buta. Janganlah, asal nampak air je nak turunkan jig.

Keberkesanan jigging selalu dikaitkan dengan gaya larian jig yang kelihatan seperti anak-anak ikan yang cedera. Selain itu, ikan juga menyambar jig kerana geram dan terganggu dengan pergerakan jig. Oleh itu, kemahiran berjigging atau mengunjun adalah mustahak untuk memperdayakan mangsa.

Kekili Jigging

Kedua-dua jenis kekili sama ada kekili menegak (multiplier) atau kekili mendatar (spinning) sesuai digunakan untuk jigging. Terpulanglah kepada kesesuaian dan kegemaran masing-masing.

Antara kekili menegak yang sinonim dengan aktiviti jigging ialah seperti Shimano Ocea Jigger, Shimano Kaikon, Daiwa Saltiga Z, Accurate Boss Magnum, Avet JX. Pemilihan kekili menegak yang sesuai adalah penting kerana kekili yang tirus (narrow) adalah lebih sesuai berbanding dengan yang lebar kerana ini akan memudahkan tali dikarau tanpa perlu disusun. Hampir semua kekili mendatar untuk jigging tidak mempunya level wind. Kekili yang tirus juga lebih ringan dan lebih mudah dikawal ketika berentap dengan mangsa.

Sementara kekili mendatar yang popular pula ialah seperti Shimano Stella, Twinpower, Biomaster, Ultegra dan Navi. Daiwa mengeluarkan kekili seperti Saltiga Series. Ada juga yang menggunakan Penn Spinfisher. Yang penting, ratio kelajuan mestilah tinggi dan mempunyai sistem tegangan (drag) yang berkualiti. Drag yang berkualiti amatlah diperlukan untuk menghentikan larian mangsa ke struktur tajam dan bergerigi seperti batu karam atau kapal karam yang akan memutuskan tali.

Joran Jigging

Joran jigging mestilah halus, ringan tetapi lasak. Panjangnya antara 4.5 kaki hingga 6 kaki. Agak sukar untuk mendapatkan joran yang berkualiti tetapi murah harganya. Antara joran yang terkenal ialah Zenaq, Tenryu, Carpenter, Fisherman, Smith, Zenith. You get what you paid kata orang putih. Kebanyakan joran jigging yang berkualiti agak mahal harganya sehingga mencecah RM dua ribu. Tetapi usah gusar kerana terdapat juga rod-rod yang berkualiti yang dikeluarkan oleh jenama tertentu yang sesuai untuk light dan medium jigging seperti Genesis Jigshaft, Shino, Shimano, Lemax dan beberapa jenama keluaran tempatan.

Jenis-jenis Jig

Terdapat pelbagai jenis jig di pasaran daripada pelbagai jenama berdasarkan saiz, warna dan bentuk.

Adalah sukar untuk mengatakan jig yang manakah yang lebih berkesan daripada jig yang lain. Perkara yang paling penting ialah menyesuaikan saiz jig berdasarkan kedalaman air dan perlatan yang digunakan. Secara umummnya, saiz jig berubah bagi setiap 100 kaki. Misalnya, kedalaman 100 kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100g dan begitulah seterusnya jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar. Begitu juga saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenalpasti kawasan ikan bermain dan tidak tersasar akibat dibawa arus. Sebagai panduan, jig yang dipilih juga boleh disesuaikan dengan ikan-ikan umpan (bait fish) yang bermain-main di kawasan itu.

Warna jig juga memainkan peranan. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis night glow atau pun luminous adalah pilihan yang utama. Spesis seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan dengan jig malahan dalam banyak keadaan lebih tertarik untuk meratah kepingan besi daripada mencium umpan hidup. Untuk memudahkan dan membuat eksperimen, pastikan kotak jig anda mengandungi pilihan pelbagai jenis warna untuk disesuaikan dengan spesis-spesis yang berlainan dan tempat yang berlainan.

Jig-jig yang lebih ringan biasanya digunakan untuk memperdayakan spesis-spesis pelagik seperti tongkol, cupak dan tenggiri. Jig biasanya dilontar agak jauh dari bot dan dikarau dengan cara mengangkat tinggi hujung joran dan mengarau dengan laju apabila menjatuhkan joran seperti anda sedang mengepam joran. Manakala jig yang berat pula digunakan untuk memperdayakan spesis dasar seperti aji-aji dan kerapu. Jig dikarau laju sambil mengangkat sedikit sahaja joran atau dikenali sebagai fast short stroke. Kekili dipusing laju sekali sambil menghenjut joran dengan pantas.

Mata Pancing (Assist Hooks)

Sebarang mata pancing boleh digunakan tetapi sememangnya ada mata pancing yang dijual untuk dipadankan dengan jig anda. Yang penting anda perlulah mengikat mata pancing tersebut menggunakan sejenis tali yang dipanggil kevlar (selalunya berwarna merah) . Ada yang mengatakan bahawa penggunaan tali kevlar itu sendiri akan menarik minat ikan. Namun yang lebih penting penggunaan tali itu adalah untuk mengelakkan daripada jig anda tersangkut di dasar. Mata pancing yang dipadankan dengan jig seharusnya lebih lebar daripada kelebaran jig anda.

Tali

Penggunaan tali sulam adalah satu kemestian dalam berjigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali disisi dalam gelendung kekili anda. Jangan kita lupa bahawa keseronokan berjigging adalah menggunakan peralatan pancing yang kecil dan ringan untuk menawan mangsa bagak.

Orang-orang Barat menggelarkan tali sulam sebagai dyneema atau spectra tetapi orang Jepun memanggilnya sebagai tali PE. Tali PE Jepun yang popular selalunya mempunyai warna yang berlainan untuk setiap 10 meter. Ini untuk membolehkan pemancing mengenalpasti tahap kedalaman tertentu ikan mengasak jig. Namun, penggunaan tali berwarna ini juga kadang-kala menimbulkan masalah tertutamanya apabila banyak “tukang gunting” berkeliaran di kawasan tersebut dan amat tertarik dengan warna-warni tali tersebut.

Terdapat pelbagai tali sulam di pasaran dan yang paling popular di kalangan kaki jigging ialah seperti Power Pro, Berkley Whiplash, YGK, Varivas, Gosen, Zenaq Jigger Thrust dan sebagainya. Janganlah terlalu berkira untuk membeli tali sulam yang berkualiti jika anda mahu menjadi mat jigging kerana kejayaan menewaskan spesis-spesis bagak banyak juga dipengaruhi oleh tali sulam yang berkualiti. Lagipun, tali sulam tidak mempunyai memori yang kalau dijaga dengan baik akan bertahan dalam tempoh yang lama walaupun warnanya luntur sekali pun. Tali sulam juga tidak akan rosak kalau berlilit dan diuraikan semula tidak seperti tangsi yang tentunya akan menjadi kerinting selepas sesi mesyuarat yang panjang.

Perambut (Leaders)

Penggunaan perambut adalah mustahak terutama untuk medium dan heavy jigging. Memandangkan tali sulam tidak mempunyai regangan, tali ini akan mudah putus apabila direntap secara tiba-tiba. Oleh sebab itulah perambut tangsi amat diperlukan. Perambut tangsi atau perambut kejutan mono (mono shock leader) ini diperbuat khas untuk tujuan jigging dan berlainan dengan perambut biasa. Kaki-kaki jigging pro selalunya menggunakan perambut jenis Fluorocarbon yang lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air yang dikenali juga sebagai perambut hantu. Tetapi perambut ini seperti Seaguar, Suffix Invisiline, Berkley Vanish agak mahal harganya.

Berapa panjangkah perambut ini? Tidak ada formula yang khusus sebenarnya. Yang penting, apabila ikan sudah berada di birai bot, anda tidak mahu memegang tali sulam yang tajam itu atau pun tali sulam anda bergesel pada birai bot yang akan memutuskannya tanpa anda sedari. Saya selalu menggunakan kaedah lima kali panjang joran untuk menyukat panjang perambut.

Satu masalah lagi. Bagaimana mahu menyambung tali sulam dengan perambut mono? Agak susah juga untuk dilakukan tetapi alah bisa tegal biasa. Banyak jenis ikatan yang diperkenalkan seperti double bimini twist atau uni to uni knot dan sebagainya. Tetapi ikatan yang paling digemari oleh kaki jigging ialah ikatan FG atau Mid knot.


http://wanruslim.multiply.com


assalamualaikum

harap kalau boleh, brader bwan terangkan dengan lebih terperinci tentang teknik jigging terutama dari segi pemilihan set mengikut ‘jigging type’ iaitu light, medium dan heavy. dan kalau boleh dapat jelaskan dengan lebih terperinci dari segi pemilihan ‘jig’.</font id=“red”>


www.joranbagus.com

Assalamualaikum,

Saya nak tolong jawab bagi pihak Abang Bwan mengikut sedikit pengalam jigging kat perairan pantai barat semenanjung. Sebelum tu pemilihan set mengikut kata Abang Bwan cukup penting agar padan jig dan pearalatan yang kita gunakan. Kalau set yang berat selalunya untuk jig yang lebih berat. Set ringan selalunya guna jig yang ringan. Tujuan set berat adalah bila kita kena guna jig yang berat 100gm ke 300gm (1kg jig pun ada, tapi tak larat kita nak main). Dan set berat juga kita guna bila tardet ikan yang nak kita pancing tu besar dan gagah-gagah.

Kalau baru nak mencuba atau nak layan, set ringan cukup afdal! Set joran pe1-3 cukup bet dan mampu naikkan ikan besar dan kuat kalau perairan tiada halangan dan juga tali cukup panjang. Ada joran ringan macam abu conolon pe1-3 yang cukup bagus dan tak mahalRM100plus bagus dan kitaboleh guna kekili yang bersaiz kecil shimano 3000-5000. (Daiwa FreamJ 4500 terlalu besar untuk set pe 1-3 conolon nie). Set nie memang syok layan.
Joran khas jigging cukup penting sebab direka khas untuk dapat serap hen jutan dengan cepat. Saya juga banyak kali guna joran 8-14lb…walaupun boleh buat jigging tapi tak sesedap guna joran khas jigging. Bila guna joran jenis biasa, kita akan rasai yang set casting kita agak lembut dan melengkung kuat walupun guna jig kurang 50gm.

Satu lagi joran bagus dan murah ialah eupro jig shake pe1-3; harga dalam rm100. Kekeili harus besar sikit sebab joran nie agak besar dan berat sikit. Kekili FreamJ 4500 (rm300plus)cukup padan.

Pemilihan jig dari 20-100gm bolehlah dikategorikan sebagai jig yang ringan dan sesuai untuk penggunaan joran pe1-3. Jig yang mahal memang bagus sebab ada setengahnya built in action ketika jatuhan dan sentapan atau hayunan dibuat; namun jig murah macam blue fox dan ofmer pun bagus sebab finishing yang baik. Teknik henjutan cukup laju setakat ini beroleh lebih banyak ikan pelagik berbanding teknik yang perlahan.Jadi bolehla cuba-cuba pelbagaikan teknik henjutan dan karaun. Kalau guna set berat pe5 dan jig 200-300gm; memang penat sungguh nak melayan. Kalau confirm dibawah ada banyak ikan besar dan henjut 2-3klai saja dapat ikan takpela..kalau tak…penat sungguh. Jigging ringan nie best sebab macam-macam ikan boleh kita dapat dari ikan dasar, pertengahna air hingga la ke permukaan.

http://longkanggang.blogspot.com

U3-Team Orang Kampong
U4-Team Longkang (1st runner up)

quote:
Originally posted by ash75
teman nak btanya bro bwan @ kengkawan lain yg boleh menolong...

teman br shj membooking sebuah reel daiwa frearmsJ4500 dgn harga rm320.mod pembayaran 3x baru angkat reel..jadi persoalannyer ialah:
boleh sesiapa listkan maintenance wajib bg reel ni,kekuatan dragnyer & yg bersangkutan dgn frearmsJ ni..tq in advance..[:D]

ash75@sabri</font id=“size1”>
Go</font id=“red”> Fishing</font id=“blue”></font id=“size2”>


harga tu cukup bagus. Dulu beli cash pun rm300. Kalau sekarang dah mahal dah reel tu. Harus diingat drag bagi reel nie tak lah smooth macam kekili shimano. Drag dia tersekat-sekat sikit tapi reel dia so far cukup kuat. Dah lebih 5 ekor sailfish, tenggiri, gt, dogtooh,talang dan pelbagai ikan aku kena dengan 1 reel tu saja. Tak pernah buka servis dan performance masih baik. Pernah keluarkan tali sekali dan spool dia masih tiada kesan hakisan.

Good and cheap reel. Tapi basuh setiap kali bawak balik mancing; dan hantar servis bila perlu. Drag rasanya 6kg max…so boleh dikira sebagai light-medium class punya range.[;)]

http://longkanggang.blogspot.com

U3-Team Orang Kampong
U4-Team Longkang (1st runner up)

terima kasih atas penjelasan tu bro sild…teman sebenarnya berkira2 samada hendak beli Navi8000PG @ FreamsJ..at last ambik freams sbb rasa lebih smooth & saiz spool yg boleh menyimpan lebih bnyk tali..kekuatan pulak lebih kurang sama…


ash75@sabri
</font id=“size1”>Go</font id=“red”> Fishing</font id=“blue”></font id=“size2”>
http://chromaticash.multiply.com/