Artikel ini hanya merujuk aspek cara dan kesannya pada ikan sahaja dan bukan kepada skop etika dan perlaksanaannya(terpulang pada individu dan pihak tertentu menentukannya).
KAEDAH TANGKAP DAN LEPAS (CATCH & RELEASE, C&R) DAN KESANNYA.
BAHAGIAN 1
Kenapa perlu? ? C&R adalah salah satu kaedah(tool) penting utk program pemuliharaan bagi memastikan sumber ikan tidak pupus dan kekal sihat bagi menampung aktiviti memancing kontemporari dan utk generasi akan datang. Selain C&R, ada beberapa kaedah lain yang penting untuk tujuan ini termasuk; kemasukan terhad(permit memancing), had saiz, had pemilikan/simpan, penutupan kawasan untuk musim tertentu(season closure), kawalan peralatan menangkap ikan, zon khas dan kuota.
Konsep ini boleh terbahagi kepada kategori C&R total iaitu ikan yg ditangkap perlu dilepaskan semua atau C&R separa total (banyak di amalkan) dimana sebahagian sahaja hasil pancingan dilepaskan semula selepas memenuhi syarat had saiz dan had simpanan(bag limit). Aplikasi atau amalan kedua-dua kategori ini bergantung pada pelbagai keadaan/situasi(satu topic besar mungkin sesuai pada artikel lain) manakala artikel ini hanya merujuk pada kesan C&R secara umum pada ikan.
Andaiannya ? semua ikan yang di LEPAS semula akan hidup , membesar dan membiak secara normal seterusnya mengekalkan populasi normal.
Persoalannya? ? adakah andaian di atas benar? Mari kita lihat apakah kemungkinan2 yang akan berlaku akibat tindakan C&R pada survival ikan.
Tak banyak kaji selidik yang telah dijalankan berkenaan hal ini, tetapi ada beberapa kesimpulan telah dibuat berdasarkan kajian2 yg ada:
-
Tidak semua ikan yang dilepas hidup seperti sediakala, sebahagian didapati mati samaada seketika selepas tangkapan atau beberapa hari/minggu/bulan selepasnya, akibat;
a)Kecederaan fizikal cth; matakail terbenam dlm perut dan merosakkan organ dalaman yang penting, pendarahan berlebihan dan masalah osmoregulasi.
b)Kecederaan fizikal seperti pepundi udara pecah, tak berfungsi, hernia dan sebagainya akibat perubahan persekitaran cth. perubahan tekanan daripada tempat dalam ke permukaan.
c)Jangkitan penyakit terutamanya bakteria dan parasit. Tempat luka akan jadi ?nidus - point of entry? mikroorganisma ke dalam badan ikan. Jangkitan penyakit ini semakin kritikal di dalam air hangat(tropika) berbanding dalam air sejuk.
d)Kepenatan (exertion myopathy) terutamanya cepat bagi ikan jenis berdaging putih (kebanyakan ikan) dan lama sikit pada ikan berdaging merah spt tuna.
e)Jadi mangsa pemangsa lain cth burung, memerang dsb akibat kecederaan contoh pepundi udara rosak dan faktor fizikal lemah. -
Tidak semua ikan dapat meneruskan semula kehidupan secara normal selepas C&R:
a)Proses pembiakan ikan boleh terganggu kerana:
i ? Penghasilan hormon cortisol (hormon tekanan/stress) yang berlebihan dlm badan ikan semasa perlawanan(fighting) diketahui boleh merencatkan perkembangan ovari ikan betina yang boleh menggagalkan proses pembiakan.
ii ? Kendalian fizikal dan ikan yang meronta boleh menyebabkan kerosakan kekal pada ovari (ovarian impaction), bermakna telur akan berada kekal dlm badan tak boleh keluar, proses pembiakan ikan akan terhenti!.
b)Proses tumbesaran akan terganggu akibat kesan 1 dan 2a tetapi dalam magnitud yang lebih kecil dan sederhana, ikan tak sampai mati.
Kalau banyak sangat kemungkinan buruk yang mungkin terjadi pada ikan seperti di dalam 1 dan 2, apa logiknya kita mengamalkan C&R?. Okay, kemungkinan2 di atas akan terjadi bila teknik C&R TIDAK dilakukan secara betul. Kaedah C&R yang betul dapat mengurangkan kemungkinan ini atau idealnya menghasilkan survival 100%. Lagipun, ikan yang dilepas masih berpeluang utk hidup walaupun menghadapi kemungkinan buruk di atas berbanding ikan yang terus masuk dalam tong(coleman etc..) ye tak?.
bersambung ke bahagian 2…


