ala lefty kira-kira 5 tahun la kot…itu pun CnR punya effort…kalu tak tak dapat la besar tu…hehehehe

buat lagi banyak2 tips
quote:
Originally posted by Arius
BAHAGIAN 2Berikut adalah adalah beberapa langkah yang perlu diambil kira sebelum melakukan C&R. Perlu diingat langkah2 ini adalah yang IDEALnya dan dalam banyak situasi memancing sukar untuk dipenuhi, walaubagaimana pun ianya masih perlu sebagai panduan.
1.Kurangkan pengendalian fizikal(handling) ikan. Terutamanya ikan yang memiliki sistem pernafasan dalam air sepenuhnya dan bukan pernafasan udara(air-breather). Makin singkat tempoh kendalian makin tinggi kadar survival ikan.
a)Sebaik-baiknya lepaskan mata kail, semasa ikan masih dalam air. Gunakan plier muncung panjang ataupun forsep.
b)Jangan cuba angkat ikan saiz besar secara menegak (kepala di atas) tanpa menyokong bahagian badan. Cara ni boleh merungkaikan tisu penyambung (isthmus) dan tisu saraf di antara kepala dan badan, bawah cakera insang. Sebaik-baiknya angkat secara mendatar, satu tangan di bhgn kepala dan satu lagi menyokong bghn badan. Alat memegang ikan seperti Boga-grip, boleh digunakan dengan kombinasi tangan satu lagi menyangga badan ikan.
c)Sekiranya anda mengamalkan konsep TAGAL, buat secepat mungkin, siap-sediakan peralatan seperti kamera terlebih dahulu.
d)Gunakan tangguk jaring bermata halus tanpa ikatan(knotless). Jaring kasar boleh merosakkan sisik dan sirip ikan.
e)Kalau nak timbang dan ukur ikan, timbang dengan tangguk sekali atau guna kain penyangga(sling) khas.
f)Jangan pegang ikan dengan tapak tangan kering, basahkan tangan dulu. Tangan kering akan menghakis selaput lendir(perlindungan peringkat ikan) pada permukaan ikan.
g)Dalam keadaan panas terik, sediakan tuala basah dan serkup bahagian mata ikan daripada terdedah cahaya matahari, sama macam haiwan liar lain.
2.Gunakan mata kail yang sesuai.
a)Kalau yang memang berniat mengamalkan C&R pada satu-satu trip memancing, jangan gunakan kail bermata pandan(barb). Sekarang ni ada dijual mata kail(jenis biasa dan mata tiga) tanpa mata pandan(barbless), atau guna saja plier untuk meleperkan mata.
b)Cuba gunakan mata kail yang diketahui boleh mengelakkan ikan telan sampai ke perut, contoh kail bulat(circle), ataupun guna mata kail jenis lebar.
c)Cuba sedaya upaya menanggalkan matakail drpd mulut ikan, elok gunakan alat seperti dalam 1a . Kalau tak mungkin, contoh mata tertelan keperut, terpulang pada kita. Ikan yang dilepas masih berpeluang untuk hidup tetapi bergantung pada banyak variables, seperti jenis logam mata kail, kedudukan matakail, suhu, kualiti air dan sebagainya. Kalau nak lepas, putuskan sahaja tali di bahagian mulut, tanpa cuba memanipulasi kedudukan matakail. Tetapi kalau dirasakan ikan tak boleh hidup, cth banyak pendarahan, luka besar dsb. baik kita ambil sahaja untuk makan!.
d)Banyakkan guna umpan tiruan, kurang sikit peluang untuk ikan telan berbanding guna umpan hidup/mati.
e)Elakkan penggunaan matakail yg disadur menggunakan cadmium dan plumbum/timah(jenis ni jarang digunakan sekarang, tapi ada sesetengah kedai masih jual mungkin stok lama) boleh menyebabkan keracunan heavy-metal dalam badan ikan.
3.Singkatkan tempoh perlawanan (fighting) seberapa boleh. Makin lama tempoh ini makin banyak asid laktik akan dihasilkan terutamanya di dalam air bersuhu hangat macam di negara kita dan pada masa yang sama rembesan hormon cortisol juga akan meningkat menyebabkan kesan 1d dan 2a. Ada setengah amalan menambat ikan (kelah terutamanya) selepas ditangkap untuk dilepas pada satu tempoh akan datang. Cara ni hanya sesuai untuk simpan ikan hidup sebelum bawa balik masak dan tak sesuai langsung untuk amalan C&R! akibat kesan daripada tindakbalas biologi di atas. Memang ikan nampak sihat masa dilepas tetapi apa kesannya pada sistem pembiakan dan tumbesaran? Saya sebenarnya pernah menyuarakan protes dalam majalah memancing bahasa english tempatan (awal keluaran mungkin pd pertengahan tahun 90an kerana mempamerkan amalan ini) tapi malangnya amalan tersebut masih dilakukan (artikel dalam majalah tersebut pada awal tahun 2005).
**Ingat, kalau nak amalkan C&R, lepas terus ikan sebaik saja tangkapan dibuat.4.Yang terakhir untuk C&R jenis ikan dasar laut. Secara umum, makin dalam sesuatu tempat makin tipis peluang untuk hidup disebabkan perubahan tekanan. Biasanya pada kedalaman lebih 50-60kaki pada kadar naik kepermukaan yang agak pantas (masa kita tarik ikan ) perubahan patologi pada ikan akan mula berlaku. Paling kerap berlaku, hernia pada pepundi udara(swim bladder) yang membesar(distended) dan yang paling teruk sampai terkeluar daripada mulut serta kerosakan pada kelenjar khas yang mengawal isipadu udara pepundi udara ini. Kebanyakan ikan pulak tergolong dari jenis pysoclistous, tak ada salur khas antara pepundi udara dengan salur penghadaman, jadi tak boleh nak keluarkan udara secara mendadak. Dalam keadaan tersebut, udara kekal terperangkap dalam pepundi udara dan ikan tak akan dapat berenang semula secara normal biasanya akan terapung sepanjang masa, mendedahkan ikan ni pada pemangsa lain terutamanya helang dan burung camar. * Tak semua ikan ada pepundi udara, contoh jenis ikan tuna, tenggiri, cencaru, pari dan ikan yu.
a)Sekiranya bercadang nak amalkan C&R, hadkan pada kedalaman kurang daripada 60 kaki.
b)Jangan tarik ikan ke permukaan secara tergesa-gesa, tarik perlahan-lahan untuk bagi peluang ikan mengawal isipadu pundi udara.
c)Cuba keluarkan udara/gas yang berlebihan dalam pepundi (extended) menggunakan alat tajam. Sebaik-baiknya gunakan (kalau boleh dapatlah), jarum (syringe) saiz 18G 1.5’ ada lubang di dalamnya, jadi masa jarum menembusi dinding pepundi, gas akan terkeluar serta-merta melalui lubang ni berbanding dawai kedap. Kalau tak ada, gunakan dawai (elok jenis stainless steel) yang ditajamkan hujungnya. Diameter dawai bergantung saiz ikan, 0.5-1mm untuk ikan kecil dan 1.5mm utk ikan besar. Sebelum buat, elok siang sekor ikan lain untuk dijadikan panduan tempat yang betul untuk dicucuk.
d)Satu lagi cara membantu ikan yang mengalami masalah pundi udara kembali ke dasar adalah dengan menggunakan matakail(barbless) khas yang telah dingangakan hampir ke sudut 50-70o darjah(boleh buat sendiri, saiz mata bergantung sekali lagi pada saiz ikan). Ikat mata kail ni pada tali dan pemberat besar, cangkukkan mata pada rahang bawah ikan dan turunkan tali ke dasar laut perlahan-lahan. Sampai ke dasar ikan akan meronta dan biasanya akan lepas sendiri daripada matakail khas ini.
5.Ikan besar (lebih 20kg) seperti mersuji, layaran, GT sebaik-baiknya jangan di angkat ke darat. Proses menanggalkan mata kail seelok-eloknya dilakukan dalam air.
Arius
‘makin dalam makin lebar…yahh..!’
ini berdasarkan pembacaan majalah pancing keluaran usa teknik CNr tak menjadi masalah pada ikan berskala besar dinaikkan keatas bot dan dilepaskan semula
mengikut kajian tersebut ikan yang dilepaskan akan di tag dan direkod kan.
ikak tersebut masih mampu memakan umpan tanpa sebarang kecacatan dan mampu membasar,
tapi kajian ini dibuat pada ikan sport fishing yg dipancing menggunakan jig,popper,lure
teknik bottom fishing tak dinyatakan pula
tapi pada saya pemuliharaan species ikan amat penting untuk kita bersama menikmati dayajuang ikan pada masa akan datang
kalau negara semundur indonesia mampu melaksanaka pemuliharaan spesis gt,aya budak dan lain2 game fish yang lain,mengapa kita tak bole
kita sepatut nya memelihara spesis kelah,ini tidak masuk je mana2 spot bawa balik satu coleman,KALO BESAR BOLE LA TAHAN ini tidak besar 2 jari pun amik,bagi la ikan tu besar dulu bagi la peluang generasi lain merasa.
cuba kita jadi pemancing profesional,jgn jd pemancing yg mundur,
HIDUP PEMANCING MALAYSIA
cheated them with rapala
Jangan cuba angkat ikan saiz besar secara menegak (kepala di atas) tanpa menyokong bahagian badan. Cara ni boleh merungkaikan tisu penyambung (isthmus) dan tisu saraf di antara kepala dan badan, bawah cakera insang. Sebaik-baiknya angkat secara mendatar, satu tangan di bhgn kepala dan satu lagi menyokong bghn badan. Alat memegang ikan seperti Boga-grip, boleh digunakan dengan kombinasi tangan satu lagi menyangga badan ikan.
Kita praktikkan satu persatu ok!
Selamat ber CNR !!

JENGKING FISHING CLUB </font id=“blue”>(South MFN Forumer)
</font id=“red”>ya betul…Slamat berCNR
jadi klau kita salah angkat ikan akan cedera kan…jika ikan kembali ke dalam air boleh kah ia hidup seperti sedia kala atau akan mati?
Jengking Fishing Club
memang kena angkat dgn cara yang betul
baru je terbaca dalam majalah
cheated them with rapala
Kalau tak tau release jgn release..makan je..tak baik nyeksa ooo…

…kekekeke…
>< Worst day at FISHING is better than best day at WORK ><



quote:
Originally posted by Arius
BAHAGIAN 2Berikut adalah adalah beberapa langkah yang perlu diambil kira sebelum melakukan C&R. Perlu diingat langkah2 ini adalah yang IDEALnya dan dalam banyak situasi memancing sukar untuk dipenuhi, walaubagaimana pun ianya masih perlu sebagai panduan.
1.Kurangkan pengendalian fizikal(handling) ikan. Terutamanya ikan yang memiliki sistem pernafasan dalam air sepenuhnya dan bukan pernafasan udara(air-breather). Makin singkat tempoh kendalian makin tinggi kadar survival ikan.
a)Sebaik-baiknya lepaskan mata kail, semasa ikan masih dalam air. Gunakan plier muncung panjang ataupun forsep.
b)Jangan cuba angkat ikan saiz besar secara menegak (kepala di atas) tanpa menyokong bahagian badan. Cara ni boleh merungkaikan tisu penyambung (isthmus) dan tisu saraf di antara kepala dan badan, bawah cakera insang. Sebaik-baiknya angkat secara mendatar, satu tangan di bhgn kepala dan satu lagi menyokong bghn badan. Alat memegang ikan seperti Boga-grip, boleh digunakan dengan kombinasi tangan satu lagi menyangga badan ikan.
c)Sekiranya anda mengamalkan konsep TAGAL, buat secepat mungkin, siap-sediakan peralatan seperti kamera terlebih dahulu.
d)Gunakan tangguk jaring bermata halus tanpa ikatan(knotless). Jaring kasar boleh merosakkan sisik dan sirip ikan.
e)Kalau nak timbang dan ukur ikan, timbang dengan tangguk sekali atau guna kain penyangga(sling) khas.
f)Jangan pegang ikan dengan tapak tangan kering, basahkan tangan dulu. Tangan kering akan menghakis selaput lendir(perlindungan peringkat ikan) pada permukaan ikan.
g)Dalam keadaan panas terik, sediakan tuala basah dan serkup bahagian mata ikan daripada terdedah cahaya matahari, sama macam haiwan liar lain.
2.Gunakan mata kail yang sesuai.
a)Kalau yang memang berniat mengamalkan C&R pada satu-satu trip memancing, jangan gunakan kail bermata pandan(barb). Sekarang ni ada dijual mata kail(jenis biasa dan mata tiga) tanpa mata pandan(barbless), atau guna saja plier untuk meleperkan mata.
b)Cuba gunakan mata kail yang diketahui boleh mengelakkan ikan telan sampai ke perut, contoh kail bulat(circle), ataupun guna mata kail jenis lebar.
c)Cuba sedaya upaya menanggalkan matakail drpd mulut ikan, elok gunakan alat seperti dalam 1a . Kalau tak mungkin, contoh mata tertelan keperut, terpulang pada kita. Ikan yang dilepas masih berpeluang untuk hidup tetapi bergantung pada banyak variables, seperti jenis logam mata kail, kedudukan matakail, suhu, kualiti air dan sebagainya. Kalau nak lepas, putuskan sahaja tali di bahagian mulut, tanpa cuba memanipulasi kedudukan matakail. Tetapi kalau dirasakan ikan tak boleh hidup, cth banyak pendarahan, luka besar dsb. baik kita ambil sahaja untuk makan!.
d)Banyakkan guna umpan tiruan, kurang sikit peluang untuk ikan telan berbanding guna umpan hidup/mati.
e)Elakkan penggunaan matakail yg disadur menggunakan cadmium dan plumbum/timah(jenis ni jarang digunakan sekarang, tapi ada sesetengah kedai masih jual mungkin stok lama) boleh menyebabkan keracunan heavy-metal dalam badan ikan.
3.Singkatkan tempoh perlawanan (fighting) seberapa boleh. Makin lama tempoh ini makin banyak asid laktik akan dihasilkan terutamanya di dalam air bersuhu hangat macam di negara kita dan pada masa yang sama rembesan hormon cortisol juga akan meningkat menyebabkan kesan 1d dan 2a. Ada setengah amalan menambat ikan (kelah terutamanya) selepas ditangkap untuk dilepas pada satu tempoh akan datang. Cara ni hanya sesuai untuk simpan ikan hidup sebelum bawa balik masak dan tak sesuai langsung untuk amalan C&R! akibat kesan daripada tindakbalas biologi di atas. Memang ikan nampak sihat masa dilepas tetapi apa kesannya pada sistem pembiakan dan tumbesaran? Saya sebenarnya pernah menyuarakan protes dalam majalah memancing bahasa english tempatan (awal keluaran mungkin pd pertengahan tahun 90an kerana mempamerkan amalan ini) tapi malangnya amalan tersebut masih dilakukan (artikel dalam majalah tersebut pada awal tahun 2005).
**Ingat, kalau nak amalkan C&R, lepas terus ikan sebaik saja tangkapan dibuat.4.Yang terakhir untuk C&R jenis ikan dasar laut. Secara umum, makin dalam sesuatu tempat makin tipis peluang untuk hidup disebabkan perubahan tekanan. Biasanya pada kedalaman lebih 50-60kaki pada kadar naik kepermukaan yang agak pantas (masa kita tarik ikan ) perubahan patologi pada ikan akan mula berlaku. Paling kerap berlaku, hernia pada pepundi udara(swim bladder) yang membesar(distended) dan yang paling teruk sampai terkeluar daripada mulut serta kerosakan pada kelenjar khas yang mengawal isipadu udara pepundi udara ini. Kebanyakan ikan pulak tergolong dari jenis pysoclistous, tak ada salur khas antara pepundi udara dengan salur penghadaman, jadi tak boleh nak keluarkan udara secara mendadak. Dalam keadaan tersebut, udara kekal terperangkap dalam pepundi udara dan ikan tak akan dapat berenang semula secara normal biasanya akan terapung sepanjang masa, mendedahkan ikan ni pada pemangsa lain terutamanya helang dan burung camar. * Tak semua ikan ada pepundi udara, contoh jenis ikan tuna, tenggiri, cencaru, pari dan ikan yu.
a)Sekiranya bercadang nak amalkan C&R, hadkan pada kedalaman kurang daripada 60 kaki.
b)Jangan tarik ikan ke permukaan secara tergesa-gesa, tarik perlahan-lahan untuk bagi peluang ikan mengawal isipadu pundi udara.
c)Cuba keluarkan udara/gas yang berlebihan dalam pepundi (extended) menggunakan alat tajam. Sebaik-baiknya gunakan (kalau boleh dapatlah), jarum (syringe) saiz 18G 1.5’ ada lubang di dalamnya, jadi masa jarum menembusi dinding pepundi, gas akan terkeluar serta-merta melalui lubang ni berbanding dawai kedap. Kalau tak ada, gunakan dawai (elok jenis stainless steel) yang ditajamkan hujungnya. Diameter dawai bergantung saiz ikan, 0.5-1mm untuk ikan kecil dan 1.5mm utk ikan besar. Sebelum buat, elok siang sekor ikan lain untuk dijadikan panduan tempat yang betul untuk dicucuk.
d)Satu lagi cara membantu ikan yang mengalami masalah pundi udara kembali ke dasar adalah dengan menggunakan matakail(barbless) khas yang telah dingangakan hampir ke sudut 50-70o darjah(boleh buat sendiri, saiz mata bergantung sekali lagi pada saiz ikan). Ikat mata kail ni pada tali dan pemberat besar, cangkukkan mata pada rahang bawah ikan dan turunkan tali ke dasar laut perlahan-lahan. Sampai ke dasar ikan akan meronta dan biasanya akan lepas sendiri daripada matakail khas ini.
5.Ikan besar (lebih 20kg) seperti mersuji, layaran, GT sebaik-baiknya jangan di angkat ke darat. Proses menanggalkan mata kail seelok-eloknya dilakukan dalam air.
Arius
‘idup mesti terus…yahh..!’
thanks bro..for your sharing
cheated them with rapala
tahniah author…saya sokong!!!hidup tgkap & lepas!!!
go gadget go
kalo kecik baru lepas ..
quote:
Originally posted by Arius
Artikel ini hanya merujuk aspek cara dan kesannya pada ikan sahaja dan bukan kepada skop etika dan perlaksanaannya(terpulang pada individu dan pihak tertentu menentukannya).KAEDAH TANGKAP DAN LEPAS (CATCH & RELEASE, C&R) DAN KESANNYA.
BAHAGIAN 1
Kenapa perlu? ? C&R adalah salah satu kaedah(tool) penting utk program pemuliharaan bagi memastikan sumber ikan tidak pupus dan kekal sihat bagi menampung aktiviti memancing kontemporari dan utk generasi akan datang. Selain C&R, ada beberapa kaedah lain yang penting untuk tujuan ini termasuk; kemasukan terhad(permit memancing), had saiz, had pemilikan/simpan, penutupan kawasan untuk musim tertentu(season closure), kawalan peralatan menangkap ikan, zon khas dan kuota.
Konsep ini boleh terbahagi kepada kategori C&R total iaitu ikan yg ditangkap perlu dilepaskan semua atau C&R separa total (banyak di amalkan) dimana sebahagian sahaja hasil pancingan dilepaskan semula selepas memenuhi syarat had saiz dan had simpanan(bag limit). Aplikasi atau amalan kedua-dua kategori ini bergantung pada pelbagai keadaan/situasi(satu topic besar mungkin sesuai pada artikel lain) manakala artikel ini hanya merujuk pada kesan C&R secara umum pada ikan.
Andaiannya ? semua ikan yang di LEPAS semula akan hidup , membesar dan membiak secara normal seterusnya mengekalkan populasi normal.
Persoalannya? ? adakah andaian di atas benar? Mari kita lihat apakah kemungkinan2 yang akan berlaku akibat tindakan C&R pada survival ikan.
Tak banyak kaji selidik yang telah dijalankan berkenaan hal ini, tetapi ada beberapa kesimpulan telah dibuat berdasarkan kajian2 yg ada:
Tidak semua ikan yang dilepas hidup seperti sediakala, sebahagian didapati mati samaada seketika selepas tangkapan atau beberapa hari/minggu/bulan selepasnya, akibat;
a)Kecederaan fizikal cth; matakail terbenam dlm perut dan merosakkan organ dalaman yang penting, pendarahan berlebihan dan masalah osmoregulasi.
b)Kecederaan fizikal seperti pepundi udara pecah, tak berfungsi, hernia dan sebagainya akibat perubahan persekitaran cth. perubahan tekanan daripada tempat dalam ke permukaan.
c)Jangkitan penyakit terutamanya bakteria dan parasit. Tempat luka akan jadi ?nidus - point of entry? mikroorganisma ke dalam badan ikan. Jangkitan penyakit ini semakin kritikal di dalam air hangat(tropika) berbanding dalam air sejuk.
d)Kepenatan (exertion myopathy) terutamanya cepat bagi ikan jenis berdaging putih (kebanyakan ikan) dan lama sikit pada ikan berdaging merah spt tuna.
e)Jadi mangsa pemangsa lain cth burung, memerang dsb akibat kecederaan contoh pepundi udara rosak dan faktor fizikal lemah.Tidak semua ikan dapat meneruskan semula kehidupan secara normal selepas C&R:
a)Proses pembiakan ikan boleh terganggu kerana:
i ? Penghasilan hormon cortisol (hormon tekanan/stress) yang berlebihan dlm badan ikan semasa perlawanan(fighting) diketahui boleh merencatkan perkembangan ovari ikan betina yang boleh menggagalkan proses pembiakan.
ii ? Kendalian fizikal dan ikan yang meronta boleh menyebabkan kerosakan kekal pada ovari (ovarian impaction), bermakna telur akan berada kekal dlm badan tak boleh keluar, proses pembiakan ikan akan terhenti!.
b)Proses tumbesaran akan terganggu akibat kesan 1 dan 2a tetapi dalam magnitud yang lebih kecil dan sederhana, ikan tak sampai mati.Kalau banyak sangat kemungkinan buruk yang mungkin terjadi pada ikan seperti di dalam 1 dan 2, apa logiknya kita mengamalkan C&R?. Okay, kemungkinan2 di atas akan terjadi bila teknik C&R TIDAK dilakukan secara betul. Kaedah C&R yang betul dapat mengurangkan kemungkinan ini atau idealnya menghasilkan survival 100%. Lagipun, ikan yang dilepas masih berpeluang utk hidup walaupun menghadapi kemungkinan buruk di atas berbanding ikan yang terus masuk dalam tong(coleman etc..) ye tak?.
bersambung ke bahagian 2…
‘idup mesti terus…yahh..!’
Asyik tangkap & lepas je..apa kata kita lepas & tangkap pulak…
makna kata kita modal sikit beli benih ikan pastu lepaskan,bila besar baru le kita tangkap!
Haaaa…amacam?

baguz tu lefty…tak ramai buat cam tu, apala salahnya kalu kita beli benih ikan pulak pas tu kita lepaskan ke tasik dan sungai…kalu nak harapkan pihak berwajib… banyak keje diaorang ‘fund’ pun kureng…nak harap ikan membiak banyak-banyak lambat tempoh tumbesarannya kalu setiap pemancing bole buat ‘contribution’ cam tu…banyak la stok ikan kita…
aku nak lepas anak seluang mampu ler kot…
kalau misalnya lefty banyak ‘fund’ bleh ler lepaskan anak-anak ikan yg mahal-mahal sikit
namun ada baiknya seperti ckp lefty tu…

quote:betul tu bang dell...kat umah saya pun saya buat gitu...saya dan kawan kumpul duit pas tu kita beli benih ikan. benih ikan ni ada yang mahal ada yang murah...., macam contoh ari tu kami beli benih ikan jelawat sehinggit sekor, sorang rm10 2orang rm20 jadi dapat la 20ekor dari besar sejenkal skang pancing bole dapat balik...dan dah besar dah...itu lah baiknya lepas dan tangkap, pas tu ikan jelawat tu kita lepas balik...baru la ikann bole membesar dan membiak...
Originally posted by dellipo
aku nak lepas anak seluang mampu ler kot... kalau misalnya lefty banyak 'fund' bleh ler lepaskan anak-anak ikan yg mahal-mahal sikit namun ada baiknya seperti ckp lefty tu... [IMG]http://i55.photobucket.com/albums/g146/dellipo/555.jpg[/IMG]
bagus cadangan tu,
tapi dulu,ni cerita kt kg gajah perak
kementerian perikanan ada lepas kan anak jelawat dlm sg kinta,
masalah nya kat sini bila org kb tau ,diaorg pasang jaring,habis la anak ikan tu mati
pastu diaorg kata,sapa suruh lepas dalam sungai,rezeki kami la,
so kes mcm ni mcm mana nak selesaikan]
populasi ikan tak dapat nak dibiakkan ,org kg ni kecik besar sejengkal pun diambiknya,
cheated them with rapala
bang pak barau…saya rasa la kan, itulah masalah paling sukar untuk cari jalan penyelesaian… masyarakat kita kurang kesedaran dalam memastikan kesinambungan hidup ikan-ikan ni… memang la kita pun faham kadang-kadang sungai tu dah menjadi punca rezeki bagi sesetengah orang tapi kalau ikan-ikan tu dah abis langsung mereka juga yang susah…itulah saya katakan tadi kalu nak harap pihak berwajib lepas ikan memang payah lah kalu tak de kerjasama dari kita semua…ini masalah global bang kat mana-mana sungai pun terjadi pekara yang sama…bab ni saya sendiri tak de idea camne nak atasi cumanya pada saya sebagai pemancing…bila saya pergi memancing saya hanya mengambil ikan yang perlu sahaja yang selebihnya saya CNR aje…jadi bila orang tengok saya dia jadi pelik…pas tu dia tanya saja kenapa lepaskan ikan balik? saya pun terangkan untuk pastikan ikan ni dapat membiak…terangkan kepada mereka kepentingan CnR ni…ada yang bole terima dan ada juga yang menentang usaha saya CnR tu…yang menentang memberi macam-macam alasan seperti ikan banyak…anak ikan bukan 10 atau 20 malah beribu jadi tak perlu CnR… jadi cam tu lah bang…cumanya kita di MFN pada saya kalau tan nak CnR pun kira hak masing-masing tapi sekurang-kurangnya perlu lah ada kesedaran tentang kebaikan CnR ni…
saya setuju,
saya memang dah diajar oleh bapa dr mula mancing supay CNR
amik yg mana perlu,sepatutnya pemancing di malaysia kena buat mcm ni supaya semua dapat merasa
saya kadang2 ralat jadinya bila tgk ikan sekecil2 jari pun di amik tambahan pula kalo ikan tu kelah
cheated them with rapala