Kesan Tangkap dan Lepas (C&R)

saya…kalo tengok ikan yg dipancing tu dah takde harapan utk idup… saya release dlm kuali ajer…

Sikap and pandangan Kekawan semua menitis air mata saya.Saya amat bangga dengan sikap Tangkap dan Lepas anda semua. Keperihatinan anda semua dalam menjaga khazanah ikan kita demi untuk masa depan anak anak dan adik adik pemancing kita.

Jangan kisah cakapan orang, anda melakukan CNR demi kepercayaan dan prinsip menjaga stok ikan kita. 12 tahun dulu semasa saya memancing dan mempraktikan CNR, saya pernah ditegur, diketawakan,dan ada juga pernah di suruh turun bot kerana apa yang saya praktikan.

Kini orang yang ketawakan saya, komplain tak ada ikan,dan orang yang suruh saya turun bot dah bengkrup sebab, pemancing dah tak pergi tempat memancing tu lagi, sebab dah tak ada ikan.

Mempraktikkan CNR adalah perbuatan mulia demi untuk masa depan kita semua. Dengarlah seruan saya kerana selepasmemancing lebih 40tahun , saya terasa tersangat tentang kekurangan ikan dilubuk dan di laut.[V]

Sekian Terima kasih.

quote:
Originally posted by Kakap Putih
saya...kalo tengok ikan yg dipancing tu dah takde harapan utk idup... saya release dlm kuali ajer...



Think of fishing as our life and the fish as air, we need them to survive as much as they need us to take care of their home.

mejor yang dah 40 tahun mancing mesti perasan yang ikan sangat kurang populasinya di lubuk lubuk, atau pun bukan lubuknyer…
saya yang baru 10 tahun mancing pun terasa… sekarang nak dapat ikan duri pun agak susah di tempat saya…10 tahun dulu pantang baling umpan, mesti ngap.
tak tahulah masa depan ikan kita…kolam berbayar je lah tempatnyer kot.

salam ke pada semue…
soory lah jika cerpen y sy coretkan menganggu serta mengugat kedamaian anda sekalaian…

cnr = tangkap dan lepas…siapa yang mampu melakukannya,tiada yang lain kecuali kite(kakipancing)tetapi ade 1 persoalan yang bermain dalam kotak minda saya..selama mana kite semua pemancing mampu melakukan CNR nie??? hari nie kite lepas, besok ikan yg kite lepas tu dh masuk pasar!!!caya atau tak terpulang…kite memancing pat lima jam baru dapat sekor dua,kadang2 balik tangan kosong..tp no problem coz kite adalah pemancing yang sabar…tetapi populasi ikan tetap semakin kurang, kenapa ?? siapa tahu??? jawapannya ade disekeliling kita semua!!! tak perlulah saya terangkan semuanya satu persatu buka lah mata seluas-luasnya dengar lah dengan teliti nescaya anda akan menemuinya..

bagi saya masih ramai yg tidak mengerti akan sistem ini,tak percaya tengok lah berapa banyak pertandingan memancing (termasuk gp XXXXX)yang diadakan setiap musim tidak mempraktikan sistem ini..semua ikan yang dinaikkan ditimbang dan digantung dikhemah juri…dari yang besar hingga yang kecil, macam-macam ada…kalau ade event yg amalkan CNR nie pasti ade peserta yang dijemput dari oversea( mat-mat saleh lah tu)tu aje lah yang buat…dh banyak pertandingan yang sy pergi semua macam tu…

kakaphitam

tapi bro saiful, ikan tu kalau tak silap saya kita boleh bawak balik…goreng. kalau buang tu lain pula ceritanya. tapi saya kalau cast ruan, dapat kat spot lain saya cnr kat port lain yang tak de ruan.mungkin dalam 2-3 tahun dia membiak dengan banyak. boleh le kita jadikan port itu port rasia[:D][:D]

salamz…

saya sependapat dengan bro…mcm kita gak. hidup pnuh kebanggan,keSampoernaan mesti ada, mati pun mau BANGGAAalaa…mcm apek crita madu 3…mau mati pun atak pigang bendela…kihkihkih…

quote:
Originally posted by rasul1122

Apa pun… semuanya niat dari hati. Yang penting jangan lupa, kita tak mampu hidupkan satu nyawa. Jadi kalau dah ambil nyawa ikan tu, biarlah ikan tu mati dengan BANGGA dalam perut kita dan anak-anak.


ferd

Samekom… Selamat hari berpuasa dlm beberapa hari nanti
Ni teman nak bagi pendapat sikit la ye.. Sebenarnya CNR ini boleh dikira instinct patutnya… kalu ikan terlalu kecik n nak masak pun hancur isinya bukan ka bagus dilepaskan semula… Namun perlu ditekankan di sini cara pengurusan ketika menaikkan ikan dan mencabut mata kail dari mulut ikan. kebanyakkan dari kita menggunakan mata kail duri pandan yang agak liat hendak dikeluarkan dari mulut ikan. Justeru penggunaan playar mata tajam di syorkan coz senang nak penetrate dalam mulut ikan… Saya kalu memancing di kolam tidak pernah bawa balik… sure kasi lepas semula.. mancing muara or laut pun gitu gak… ada ukuran tertentu untuk melepaskan ikan. tak kisahlah trip kumpau asalkan puashati.. Tapi itu masing2 punya stail memancing le kan… Cuma harapan kita agar populasi ikan tidak pupus sebelum masanya…


Malaysia - My One aND oNLY

saya punya stail mancing sekarang ni adalah utk mencari rezki dan juga berseronok.. so saya hanya target ikan utk dimakan sahaja bukan kepada sport fishing hanya utk mencari keseronokan semata-mata kerana saya sependapat mengatakan ianya adalah utk mengianaya ikan…kenapa nak tangkap kalau saja-saja ja utk berseronok tanpa tujuan nak makan..

Kebanyakan ikan yang saya tengkap semuanya saiz yang sesuai utk dimakan so saya akan bawak balik dan makan.

jangan marah arrr…


019-5678977

</font id=“blue”>

Time puasa nie… nak marah pun tak dapek [:D][:D][:D]

Terima kasih kepada semua yang terlibat dengan menjayakan U5 di CWS.

C&R memang baik. Lebih lebih lagi ikan bersaiz mega. Pemancing lain pun nak rasa sama tarikannya. Ikan besar semakin sukar di cari.

http://www.bai-world.com

betol tu mat joran…kat tempat aku mat2 bottom tak pernah nak C & R..besar kecik ikan semua ambek!


“celapa gugur berisi gambir,pemata digugur terkait dibibir” pantun brunei…

byk tempat dah sepi, ikan dah semakin kurang,
pemancing dah bertambah..tingalkan skit untuk anak cucu.
amalkan C&R

quote:
Originally posted by fahiz
byk tempat dah sepi, ikan dah semakin kurang, pemancing dah bertambah..tingalkan skit untuk anak cucu. amalkan C&R

Kalau kita abis sapu sekarang ni, anak cucu dapat tengok “puyu” je…
Tu pun dalam akuarium.
Dah le tu ada cuma kat zoo plak tu.[;)]

Jadi yg kecik tu kasi C&R ler…

Kesian tu…

Nasihat untuk diri saya sendiri…
Pastikan perancangan dan perbincangan dilakukan oleh ahlul trip sebelum pergi ke trip tersebut…
Apakah langkah yang praktikal boleh dilakukan? Adakah kaedah CNR boleh dilakukan dalam trip tersebut?

Bincangkan dulu. Barulah ahlul yang tidak faham akan lebih faham… Jikalau dibincangkan sewaktu dapat ikan atau semasa ikan dan ditarik ke atas bot, memang keputusannya, CNC 100% (cash n carry) bawak balik rumah. Lepas tu buang dlm tong sampah sebab ikan dah busuk. renungkan…


http://www.johorfishingtribe.comJFT

betul kata kroo</font id=“green”></font id=“size3”>… ramai yang tangkap ikan, bawak balik rumah lepas tu buang sebab ikan busuk atau kadang-kadang malas nak siang sebab ikan kecik.
pakndak perhati kawan-kawan kat kampung, memancing ikan air tawar.
dapat banyak, bawak balik rumah simpan dalam tangki, tempayan dan sebagainya. tak siang pun ikan tu, lama-lama mati gak. membazir.

siapa di hatimu!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>


0134857120</font id=“green”>

sekarang ne yang kecik kita CNR, yang besar kita bawak balik.
siang buat kering atau pekasam. boleh makan sendiri atau jual.
jimat belanja sebab harga barang sekarang mahal.[:D][:D]

berjimat cermat semasa ada!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>


0134857120</font id=“green”>

bestnyer buat pekasam…

joranpanjang</font id=“brown”>… ikan yang kecil kalau buat pekasam lagi sedap, masm lebih. kita bungkus dengan daun pisang, pas tu bakar. atas bara boleh atas kuali pun boleh. sedappppp!!![:p]

joranpanjang</font id=“brown”>… mesti tak penah makan pekasam ayam kampung dan pekasam udang padang campur rebung kan… sedap sedap sedap!!![:p]

hargai jasa guru, selamat hari guru!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>


0134857120</font id=“green”>

Sapa pernah mancing ikan bandang @ ladyfish?Adakah ianya sedap untuk dimakan?Adakah berbaloi untuk dibawa pulang jika hanya sebesar 3 kelingking?Bagi saya, walau sesedap manapun ikan ini saya tak akan bawa balik demi menjaga stok ikan ini dimasa akan datang sebab ada sesetengah orang yang tak tau rupa bentuk ikan ini.Ada sesetengah pemancing (harap bukan dari MFN) yang sama spesis ngan memerang.Semua hentam…Tak kira ikan dari longkang ke..parit ke..Rasanya jika ikan bandaran tu boleh makan, itu pun akan dibawa balik.Maaf emosi sikit..


http://utaraanglers.com/forum