Kesan Tangkap dan Lepas (C&R)

apa kata kita mintak bro bobo n wartawan joran siarkan siri c & r ni kat s kabo.
apa sebab kita lepas…
kat mana perlu buat…
macam mana nak buat…
macam-macam lagi lah…
surat kabo nih sumer lapisan baca…
so… mungkin para nelayan masa menghabiskan masa kat wakaf tu terbaca sama
mungkin ada yang nak ikut..
mana taukan…

joran jer panjang
tali panjang sejengkal

pemancing je C&R sedangkan ada pihak pihak yang menjaring, menuba, meracun, menimba dan merosak alam sekitar tak kemana juga kita.

untuk kita berjaya mengekalkan warisan ikan ini semua pihak terutama yang berkuasa faham dan berkemahuan untuk mengambil tidakan yang baik.

malang sekali keadaan ini tak berlaku sekarang. cuba bayangkan, kat kg kg sekarang racun tumpai digunakan oleh JPS untuk membersihkan parit parit. kita juga lihat sg sg mencati teh susu kerana penebangan balak dihulu. tu tak dikira pembuangan sisa sisa toksik disepanjang sugani dari hulu kekuala. dan dikuala pula. pukat pukat tunda.. mengaut segala anak cucu ikan. cuma untuk dibuat baja… u cant win.

rasanya kita kena lihat contoh UK dalam memelihara khazanah perikanan ini. mereka telah berpuluh tahun menjaganya.

Kalau kita dah tahu keadaan dah macam tue,
jangan la kita pun sama gak habiskan ikan.

Kita buat bahagian kita, tu yang penting.

“FISH is good, FISHING is better, but SPORTFISHING is the BEST”
Practice CATCH N RELEASE without hesitation!

Saya setuju dengan pandangan joranpanjang dll.., isunya di sini kita kena mulakan dengan diri kita dulu kemudian orang2 terdekat dan berikutnya dengan harapan konsep pemuliharaan ini difahami dengan mendalam dlm masyarakat. Bila ramai dah faham, aktiviti2 yang merosakkan juga akan berkurangan dengan sendirinya selain disebabkan undang2 dan penguatkuasaan. Di sini, saya rasa isu yang paling penting adalah pendidikan. Proses ni boleh mengambil masa yang lama dan amat dipengaruhi oleh status sosioekonomi, kehendak politik setempat.

Apapun yg penting kita mulakan apa yg patut di peringkat kita rakyat biasa, kalau C&R dan beberapa pendekatan lain adalah salah satu cara sumbangan yg kita mampu dlm hal ini, kita laksanakan. Yg lain2, terutamanya yg melibatkan perubahan polisi, biarlah kita jadi ‘advocator’ di dlm saluran sistem demokrasi negara kita yg betul.

Arius

kalau ade sesape yang nak tau care cucuk pundi udara ikan tu..kalu x silap aku dalam vcd pancingan taiwan (sirip ogos).dia ade bagitau nak cucuk belah kiri atau kanan.sebab takut tercucuk kat tempat yang tak sepatutnye dicucuk.

ape kata PeMM menjadikan satu sungai kecik. sebagai anak angkat dan tunjukkan bagaimana ikan boleh dijaga. dan bagaimana konsep C&R benar benar memberi menfaat pada semua.

betul tu mint.
seronok betul tengok geng sabah pancing kelah…
rasa mcm nak g duduk kat sana jer…
kalau kesedaran tu buleh timbul kepada penduduk di sabah…
nape kat semenanjung yang dikatakan advance tentang ilmu ni tak boleh di jalankan…
ikut cerita… suatu masa dulu kat sungai kelang pernah cuba dipulihkan kembali…
adakah ia berjaya atau sebaliknya…
cadangan untuk menjadikan PeMM mengambil sungai angkat boleh kita sokong…
dengan adanya contoh dari pendokong c&r …
maka kita boleh tunjuk kat depa sumer bahawa apa yang kita buat itu betul …
bukan setakat hangat-hangat tahi ayam or…
stakat mlepas batuk di tangga…
contoh tentang c&r dan pemuliharaan sungai dah ada…
maka kita buleh cuba.. biarpun hampir terlewat…
tapi apa salahnya untuk anak-anak kita yang tengah bertanya…
itu ikan apa bah…?
tak sayu ke bila kita di tanya nape sungai tak ada ikan ada sampah je yah…?
apa kita nak jawab nanti…

joran jer panjang
tali panjang sejengkal


[:D]Bulan March 2004 </font id=“size3”> </font id=“blue”> saya dan Geng turun ke Ulu Tembeling…3 hari sebelum tu dimaklum kan hujan turun tak henti henti…air keruh warnanya seperti teh tarik…hasil nya 3 hari disana hampeh</font id=“size3”></font id=“blue”>…
…itu ikan nasib kureng baik</font id=“blue”> …sewaktu casting guna spoon mata kail udah sangkut kat dagunya…
saya setuju dengan C&R…baik untuk generasi akan datang itu pung kalu tak kena pukat selepas C&R.
Kejadian ni udah berlalu setahun lebih…itu lampam tentunya udah besar, lebar dan panjang…dan beranak pinak[:D]


Keli Limbat

Tapi di sabah tuh kalau tak silap antara denda yang dikenakan kalau melangar peraturan tagal tuh , seekor babi kan? tak boleh ganti dengan haiwan lain ker?

“berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki”

quote:
Originally posted by mailjpm
Tapi di sabah tuh kalau tak silap antara denda yang dikenakan kalau melangar peraturan tagal tuh , seekor babi kan? tak boleh ganti dengan haiwan lain ker?

“berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki”


[8D]adat yang hebat weeehhhhh[:D] [:D]itu denda tak leh tukar dgan lain barang ke...[:D]


Keli Limbat

Mampus…nak pegang benda tuh ,haram nak beli haram.Tapi kalau memancing dekat situ tanpa kebenaran pun haram jugak.Aihh, jangan lah buat enda benda haram nie…

“berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki”

Selalu yg saya tengok C&R ni kebanyakan nye buat kat sungai. Laut jarang. Mungkin sepisis sungai lebih terancam dibandingkan dengan laut yang luas. Tapi harus difikirkan setinggi mana pun gunung kalau ditarah akan jadi dataran jugak.

Selalu laut kalau tengok dari gambar dan pengalaman. Yang C&R ni belitung, Yu, Shark, Yang lain-lain sepisis C&Coleman. Kalau kita tengok kadang-kacang pemancing laut ikan kerapu hitam besar tapak tangan pon dia org bawak balik. Kadang-kadang belitung sampai 12 ekor bawak balik. Sampai rumah bukan nak masak pun daging belitung bukan nye sedap sangat.

Saya selalu mancing dekat sungai timun dekat kuala linggi. Kalau nelayan kuala ni yang naik bot fiber injin sangkut dia org guna mata sais kecil. Umpan perumpun. Kalau guna mata kecil habis semua sepisis yg kecil-kecil dia org angkut bawak balik. Kadang-kadang penuh satu bekas. Kalau dapat senangin besar satu jengkal pon dia org rembat bawak balik. Macam mana ikan kat kuala tak pupus[:(!].

Kalau nak mancing kuala target big game gunakan mata besar dan umpan udang. Jadi target ikan yg big game dan ikan kecil tak kacau.

Ini atas kesedaran sendiri. Kita harus hadkan sais ikan yang hendak dibawa balik. Bagi saya ikan yang kurang dari 1kg akan dilepaskan. Ikan gelama saya lepaskan sebab kalau bawak balik bukannya nak makan. Kita ambil ikan yang kita nak makan sahaja.

quote:
Originally posted by mailjpm
Tapi di sabah tuh kalau tak silap antara denda yang dikenakan kalau melangar peraturan tagal tuh , seekor babi kan? tak boleh ganti dengan haiwan lain ker?

“berburu ke padang datar, dapat rusa berbelang kaki”


Tak lah sekecil babi, seekor lembu geng.. kalau tidak kena pukul orang kampung

“There’s a fine line between fishing and just standing on the shore like an idiot.”

quote:
Originally posted by sesirat
Saya setuju dgn Kucai, apakah had saiz ikan yg 'optimum' utk dilepaskan? jantan atau betina? Saiz remaja atau dewasa?

Walaubagaimanapun saya setuju dgn permulaan seperti had simpanan (bag limit) dan saiz limit kerana ini lebih mudah
dan cepat dipakaiguna.

Sorry, just my 2 sense.


Apabila ‘drag’ berbunyi, maka pertempuran pun bermula…


Kalau tak silap banyak species ikan yang mulanya betina dan akan ada seks change [:D] selepas satu atau dua tahun

kerapu adalah satu dari species yang tukar seks bila dah besar, kalau tak silap selepas umur 2-3 tahun.

Saya pernah membaca bahawa kebanyakan ikan di persisiran malaysia adalah betina.. sebab itulah banyak negara mengharamkan penangkapan ikan yang terlalu kecil dan juga terlalu besar (untuk pembiakan)

tapi bila kita cakap pasal bag limit dan saiz limit, boleh kah kita semua undi apakah saiz yang kita boleh cakap ikan yang sudah boleh di ambil?

mungkin kita set saiz limit 25cm untuk ikan kerapu, ikan cermin, ikan putih, ikan merah (magrove jack), ikan sembilang dan naikkan 5cm setiap tahun.

Kita semua boleh bergumpul untuk menulis kepada kerajaan untuk membuat undang undang saiz limit? [:)]

“There’s a fine line between fishing and just standing on the shore like an idiot.”

CPD, memang perlu sebenarnya kita mengenalpasti saiz minimum ikan utk disimpan/dimakan. Sepatutnya saiz minimum utk semua ikan komersial/sport ni dah dikeluarkan oleh pihak jab perikanan sejak dulu lagi sebab ianya perlu berlandaskan kajian saintifik. Hingga sekarang informasi berkenaan saiz minimum kebanyakan ikan2 memang tak ada[:(]. Walau apapun, sebenar kita boleh mulakan konsep saiz limit dan bag limit ni sesama kita (MFN) utk permulaan, drpd sini at least kita boleh bergerak ke hadapan. Syabas drpd saya buat semua ahli MFN yang setakat ini saya lihat bukan saja mendokong usaha ini bahkan telah mempraktiskan konsep ini.

kapallaut, buat masa ni C&R memang agak terhad utk species air tawar (yg saya rasa lagi berisiko utk pupus) dan air payau(pinggir laut). Saya kira sudah cukup bagus utk permulaan, semoga konsep ini akan terus berkembang meliputi species ikan2 laut.

CPD, memang banyak species ikan yg boleh bertukar jantina, kebanyakannya drpd jantan ke betina (protandrous) cth senangin, kurau, siakap etc (pertukaran jantina ini lebih bergantung kepada saiz cth siakap lebih 5-6kg adalah betina) dan ada sebahagian bertukar drpd betina ke jantan, cth napoleon wrasse, sesetengah sp kerapu, clown fish etc(protogynous).

Arius

Kalau utk spesis yg terancam tu…sangat perlulah C/R tu..
satu lagi ambil sekadar yg nak makan saja cukup…kan gitu.

sekadar pandangan

Sibuk Sangat Ngan Kerja Taaaapiiiii Mancing Tetap Nak Ikut …

satu info yg cukup baik

aku pun sokong sangat tu …rase tak makan lepaskan saje …jgn simpan ikan tu lame …nanti busuk lah pulak …kan senag TANGKAP &LEPAS …

Alhamdulillah… kebanyakan kita semuanya dah sedar… lepas ni sama2 lah kita kurangkan gambar dalam tong dan lebihkan gambar lepas balik…

..buat elok-elok..

Lutut… jgn setakat gambo lepas je… takut yg release satu ekor je yg lain pun masuk dalam coleman. heheheeh
bagi saya senang je… tepuk dada tanya selera. Saya bole terima ikan kecil di bawa pulang dengan syarat ikan tu dimakan… bukan di sia-siakan dan yg paling penting tahu menilai ikan-ikan yang telah diwartakan sebagai spesimen yang terancam!!! Tapi pikir punya pikir la… setakat teknik menjinakkan ikan dengan menggunakan pancing takde sampai boleh pupus ikan.. mungkin menyumbang setakat 2% je kot… yang lebihnya tu dia… bom ikan, pukat, tuba, karen ikan dsbnya la kerja-kerja yang dibuat base on nafsu serakah dan sifat tamak haloba… so mari la mari kita memancing… hehehehheh

fisherman rules</font id=“red”>