Lubuk Rahsia

Halo Saudara-saudara sekalian,

Saya mahu bertanya sedikit tentang lubuk rahsia nie. Kalo anda menpunyai satu lubuk ikan yg bagus dari segi saiz ikan dan kebarangkalian untuk mendapat ikan itu amat tinggi- sudikah anda berkongsinya dengan kawan-kawan? Setelah berkongsi dengan rakan-rakan yg anda percaya, mereka dengan selamba melayan situ tanpa pengetahuan anda, wajarkah " kawan-kawan nie berbuat demikian untuk kepuasan sendiri? patutkah mereka nie ditunjuk lubuk rahsia lain? sebab bagi pengetahuan saya lubuk sedemikian nie hanya datang sekali dan memerlukan usaha dan tenaga mencarinya, wajarkah perkara nie kepada orang yang jumpa lubuk nie?

Saya berharap saudara-saudara di sini dapat memberi pendapat tentang persoalan saya… saya tidak berniat jahat atau baik dengan persoalan saya tapi igin mendapat pendapat warga MFN dlm isu sebegini.

Apa jua pendapat warga MFN nie boleh diterima, sekian terima kasih!!!

pandangan saya yang harganya 20 sen ni. lubuk baik harus dijaga dengan baik, kalau kawan bagi pun kena hormat juga hanya kena sana sekali sekala kalau lubuk lain tidak mendatangkan hasil hangsung. kalau lubuk lain masih ada hasil jangan dibelasah juga lubuk itu. geng-geng kami yang selalu kongsi lubuk pun begitu juga kalau tau kawan yang aniaya lubuk kawan lain kali bagi lubuk batu sahajalah laporan lubuk tulah paling banyak ikan baru dia rasa cam mana. sedangkan lubuk bagus yang kami jumpa pun tidak dibelasah setiap kali selain dari usaha mencari lagi lubuk-lubuk baru melainkan kalau dah tak ada barulah ke sana untuk dapatkan sikit bekalan untuk bawa balik tanpa tangan kosong.

Jom Ngail Pok !! Aku bukan seorang nelayan hanya sekadar pemancing.“Kalau Ke Laut,Langgit Jangan Lupa Dipandang Dulu”</font id=“blue”>

Hp 0194692854 0128811251

Sebaik-baiknya..
Paling hormat..bagi tau la penemu lubuk tu..
Bila dah tunjuk tu..jgn main redah je..
Siap ajak kawan2 lagi tanpa pengetahuan penemu lubuk..

Tak manis gitu..


Cikgu</font id=“blue”>
“Plok plok plok..Seng cilik delok..Seng gedi nyaplok”</font id=“teal”>

Teman amat setuju dgn kate2 cikgu tuh…[:D]


Man
Puchong Utama
019-2282412
“STANDARD mau jaga, MARUAH kene cover & AYAT biar power”

Roughneck.. Ade jumpe lubuk baik ke? [;)]

[IMG]http://i55.photobucket.com/albums/g160/asbeztos/Banner2.jpg[/IMG][IMG]http://i55.photobucket.com/albums/g160/asbeztos/gsmindiarulez8id.gif[/IMG]

Saudara Sekalian,

Saya ucapkan terima kasih kepada yang memberi respond dan amat menghargai kejujuran anda tentang topik nie, Saya kadang-kadang keliru juga dengan diri sendiri apabila benda nie berlaku.Wajarkah kita tegur mereka yang berbuat demikian atau biarkan mereka berbuat demikian?? Kadang-kadang perasaan marah pun ada tapi patutkah?? Apa bila ditegur ada juga yang mempertikaikan kepercayaan kita terhadap mereka ( kalo member buat mcm nie maka wujudlah sebab utk tidak percaya) dan ada juga yang menunjukkan perasaan tidak puas hati.. saya pernah juga mendengar" itu tanah ko punya ka?"
Setahu saya kawasan- kawasan mancing nie bukan milik siapa, itu saya setuju tapi apa yang menjadi isu adalah kepercayan dan “courtesy” untuk memberi tahu member yang menunjukkan lubuk sedemikian. KEPERCAYAAN adalah suatu nilai yg wajip bg seorang insan yang bergelar Manusia.Kalo dunia nie takde kepercayan dah lama dunia nie dah tak wujud.

Saya igin juga mendengar ulasan dari saudara-saudara yang rasa sebaliknya. Saya bukan nak menimbulkan pertelingkahan tapi ingin tahu pendapat masing-masing, sama ada apa saya bentang nie wajar tak wajar??

TQ

eloknya klu dah rahsia..tak yah bagi tau org..dah nama rahsia..melainkan kawan2 yg betul2 kita percaya..

quote:
Originally posted by dellipo
eloknya klu dah rahsia..tak yah bagi tau org..dah nama rahsia..melainkan kawan2 yg betul2 kita percaya..

ADA BETULNYA JUGAKTU DEL…
ADA MASANYA KITA RASA TERRRRPAKSA BERBUAT BEGITU…
TAPI KALO ADA YANG BERHAJAT,KENE BUAT TRIP UNDERGROUNDLAA KAN…[:)]</font id=“purple”>


Cikgu Abu</font id=“blue”>

“NON STOP CASTER”

</font id=“violet”>

Dalam hal ni lah sebab tekong tak bagi pemancing bawa GPS semasa trip. takut lubuk untuk cari makan habis disapu. begitu juga ada tekong akan terus angkat sauh apabila lihat ada boat lain datang ke lubuk dia labuh bersama pemancing regular dengan bayaran istemewa untuk melayan ikan bagus. ini memang penting bagi tekong untuk memenuhi hajat mereka yang sanggup bayar EXTRA bagi dapatkan kepuasan melayan. Mau tak mau tekong kena bawa ke lubuk rahsia itu kalau kawasan lain dah tidak mendatangkan hasil.

Jom Ngail Pok !! Aku bukan seorang nelayan hanya sekadar pemancing.“Kalau Ke Laut,Langgit Jangan Lupa Dipandang Dulu”</font id=“blue”>

Hp 0194692854 0128811251

Hi.Roughneck:
Biar ini sebagai pengajaran kepada mereka yang CNR untuk was was sebelum bawa “kawan-kawan” ke lubuk rahsia. Kebanyakan member MFN guna peluang di MFN untuk dapat nasihat dan dapat tunjuk ajar. Ada juga kalian yang guna peluang di MFN untuk menunjuk / action. Akibatnya lubuk rahsia itu jadi Pasar Malam and “nelayan-nelayan” pun berkumpul kad sana. Ini saja pendapat saya.

Lubuk tasek PJaya ok tak?? Ikan besar2 oii..[:D][^]

CFC-Cheras Fishing Club