Sekian lama plan baru le dapat aku kembali mengendap jenahak kat kolam SeaLion nie dengan bertemankan Si Aboy( Walaupun dia Datang lambat sebab sesat n bangun lewat).
Rod yang aku pakai : Lemax 5’0"
Reel yang aku pakai : Shimano Alivio 2500FA
MainLine yang aku pakai : Braided Powerpro 20lbs
Perambut yang aku pakai : Cap Ayam 30lbs( Kat kepong memang belambak)
Umpan yang biasa digunakan: Untuk jenahak(Udang Hidup/Belanak Hidup)
Untuk Bawal (Udang Kopek/Hirisan Kembung)
Untuk Buntek (Pumpun paling berkesan)
Bawal seberat 3.8kg berumpankan hirisan kembung.
Untuk menjerat bawal</font id=“Lucida Console”></font id=“black”>, perambut Apollo paling berkesan. Selalunya saya buat dua set mata dan berumpankan hirisan kembung dan juga udang kopek. Yang bersaiz mega biasanya akan memakan hirisan kembung manakala saiz yang kecil biasanya memakan udang kopek(berbeza lak ye bab makanan nyer).
Untuk menjerat jenahak</font id=“Lucida Console”></font id=“black”> biasanya saya gunakan udang hidup atau belanak hidup. Teknik yang selalu saya gunakan ialah bottom. Lubuk pilihan saya ialah di tepi paip berhadapan dengan pintu masuk(tapi selalunya tempat nie penuh dengan pemancing).Jenahak di sealion makan umpan dengan cara mengejut atau dengan cara getuan. Anda dinasihatkan supaya melonggarkan drag supaya pancing tidak terjun ke kolam akibat sentapan mengejut sang jenahak. Bila hock up berlaku para pemancing di sana akan memberi anda ruang untuk bertarung dengan ikan dan ada juga yang sukarela stand by tangguk, satu sikap sporting yang jarang kita lihat di kolam lain.
Buntek</font id=“Lucida Console”></font id=“black”> pula amat mengemari pumpun, Seperti juga bawal untuk menjerat buntek nie saya gunakan perambut apollo juga. Baling umpan anda betul2 di tepi tiang paip di tempat yang sama saya menjerat jenahak. Bila seekor naik, pasti yang lain akan menyusul. Tapi perlu di ingat jika terjadinya rabut, termenug le kita nanti.Biasa nya buntek ini datang secara berkumpulan dan jika rabut pasti yang lain pun ikut lari.
Nie Otai Kolam Sealion. Abg Din namanya dan aku banyak belajar tentang teknik memancing kolam nie dari dia. Tak kedekut ilmu dan juga tak kedekut umpan.Sekali dua ekor buntek dia naikkan dengan menggunakan perambut apollo berumpankan Pumpun.Hari ini je dia naikkan bawal 3 ekor, Jenahak 2 ekor, buntek 5 ekor dan merah sekor (semua dia jual kat peraih yang memang stand by kat kolam tu).
P/S Jika korang perati bebetul, gambar di belakang Abg Din tu lah paip yang saya katakan tadi.Kalau nak ge jangan lupa ajak haku skali…
salam…oit BS…sejak dua tiga menjak ni hang menjadi menjadi no…kolam berapa hang mancing…aku kalau sealion manjang kumpau…apapun tahniah…besaq bawal tu…stok lauk 2 minggu tu…</font id=“size3”></font id=“blue”>
quote:Originally posted by Mdzul husss best tu BS....boleh gak gi layan ikan laut niee...tak mabuk lak tu..hehhehehhe
tahniag BS.....nanti nak menuntut ilmu sealion....
“Lubuk Oh Lubuk”
mabuk juga lah mdzul..mabuk naik van rusa turbo bs tuh…jom gi casting siakap bagan datoh..minggu lepas aku dapat 2 ekor siakap..
hehehehheeeee[:D][8D]..mdzul…naik bot dari pulau ketam nak ke laut singa tuh..hehehehhehe[:D][8D]..tak caya tanyer kat boy tuh..pasal dia dah naik…[:D][8D]