Misteri Yang Belom Terungkaiii...

ASSALAMMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA PERPADUAN SEMUA…

Sebelum mukadimah tajuk, biar saya kenalkan diri terlebih dahulu, nama saya M.Waqi (atau dikenali sebagai Cikgu Waqi di dalam forum Fishing.Net ini) berasal dari daerah Kerian Perak dan sedang mengikuti kursus sarjana muda pendidikan di IPerguruan Batu Pahat.

Segala artikel yang diperolehi ini adalah rujukan dari internet dan kisah mulut ke mulut sejak turun temurun yang di dengari sejak bertahun-tahun yang lalu dan bersumberkan lisan.

Mari kita merungkai kisah MISTERI yang kadang kala tidak pernah kita terfikir akan kewujudannya tapi hakikatnya benar. ( Cewah,..cam misteri nusantara pulak). Diharap sekalian rakan-rakan forum dapat memberi pendapat,pandangan dan respon..bolehlah kita berkongsi bersama pengalaman yang telah dilalui…

Kes-kes dan kes…

1)Misteri Naga Tasik Chini,Pahang

Hakikatnya semua pemancing mengetahui kisah dongeng ini dan pengakhiran ceritanya maka wujudlah Pulau Tioman. Merujuk kepada legenda orang asli, tasik tersebut didiami oleh satu naga yang dikenali sebagai Naga Seri Gumum (kadangkala dirujuk sebagai “Raksaksa Loch Ness Malaysia”).

Selain itu juga tokok tambah generasi terdahulu juga memaksa dongeng hampir menjadi realiti. Malah kisah ini juga pernah difilemkan - Filem Naga Tasik Cini merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1966. Filem Naga Tasik Cini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem Naga Tasik Cini diarah oleh pengarah Nordin Ahmad pada 1966.

Namun beberapa tahun yang lalu digemparkan sekumpulan pemancing dan kaum peribumi di sana mengakui melihat kelibat ‘naga’. (naga? Eh ada ker naga di zaman neh?) dan kesimpulan yang dapat dibuat ialah mereka sebenarnya melihat ARAPAIMA GIGAS. Ini diperkukuhkan dakwaan saksi yang melihat kelibat ‘ekor dan sirip yang berwarna merah delima’.
Dan apa yang pasti, sebenarnya sejak era penjajahan British ikan Arapaima ini telah mula dibiakkan di negara ini dan negara jiran!

Tidak hairan lah populasinya semakin berkembang dan menghuni tasik dan akurium di negara ini. Tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjerat ikan ini juga. Antara tasik dan sungai yang menjadi gossip-gosip ikan ini ialah : Tasik Chini, Tasik Kenyir, Tasik Bukit Merah, Empangan Mengkuang-B.Mertajam, Sungai Pahang dan Sungai Sala,Yan…

Contoh cam bro-bro ini…

http://www.youtube.com/watch?v=yqdByiY47ZY

2)Tapah (wallago attu) Penyambar Kera, Monyet, Itik dan juga Manusia?

Spesies yang terkenal dengan kerakusan membaham umpan dan haiwan yang melintas di atas air. Kesaksian ini semakin diperkukuhkan apabila ada pemancing sanggup menjadikan anak itik sebagai umpan.

Selain itu juga, dongeng ikan tapah membaham kera atau monyet turut menggemparkan – termasuklah kes askar hilang di Tasik Banding beberapa tahun yang lepas?. Adakah semua ini benar? Mungkin ada segelintir pemancing / generasi terdahulu mampu menjawabnya.

3)Toman sebesar tong drum? ( reality atau fantasi?)

Jika dikaji spesies yang bernama glomor snakehead neh..

Sahabat-sahabat boleh merujuk kepada link
http://www.fishing.net.my/forum/topic.asp?whichpage=2.53333333333333&TOPIC_ID=16687#1103888

oleh zaizan04

Advanced Member (Temoleh Level) :
kawan aku penah cite kat tasik banding.. aku tak tau taun brape tapi masa tu komunis masih belum serah diri lg..
salah satu saliran air kat empangan tu tersumbat. dia ngan bapak dia nampak ade mende melekat kat saliran tuh lalu panggil askar yg tengah ronda kat kawasan tu. selam punye selam.. dorang kate ada ikan tersumbat. nampak separuh je.. lalu dorang bunuh ikan tu dan tarik kuar dari saliran tu.. gupa2nyer ikan toman.. baaapakk besar.. .

toman tu dapat dinaikkan dan dimuatkan dalam trak askar tapi tak muat.. cume kpala dan 3/4 badan dia je yang muat dalam trak askar tuh…

Persoalannya, berapakah berat rekod toman bagi IGFA? Dan rekod peribadi pemancing di Malaysia ini?

Saya pernah suatu ketika dahulu mendengar perbualan kaki pancing mengenai toman di tasik terkemuka di Malaysia ini suatu ketika dahulu. Menurut mereka toman sebesar TONG DRUM tidak wujud kecuali sebesar batang kelapa mungkin ada dan mencapai berat 30 hingga 50 kilogram. ??? – ( boleh percya ker?)

4)Kenerak Malaysia vs Kenerak Sg Kali, India

Ini adalah spesies kenerak yang boleh di dapati di sungai-sungai berstruktur batu dan aras pergunungan di Malaysia.
Cuba lihat link ini… sama kan?

SIRI 1

http://www.youtube.com/view_play_list?p=99FF1E25F895D17B&playnext=1&playnext_from=PL&v=_wSUiKivWVk

SIRI 2

http://www.youtube.com/view_play_list?p=99FF1E25F895D17B&playnext=1&playnext_from=PL&v=_wSUiKivWVk

SIRI 3

http://www.youtube.com/view_play_list?p=99FF1E25F895D17B&playnext=1&playnext_from=PL&v=_wSUiKivWVk

SIRI 4

http://www.youtube.com/watch?v=9WBtT6RqkE4

SIRI 5

http://www.youtube.com/watch?v=4clSn8OTzgM

Spesies ini menjadi pembunuh utama di Sg Kali, India kerana rekodnya membunuh 3 lelaki dewasa dan beberapa ekor kerbau!

Persoalannya, adakah ikan ini sama atau sedara sepapat? Berapakah berat dan rekod saiz bagi spesies ini di Malaysia?

kenerak Malaysia…

kenerak Sg Kali,India…(bukan Batang Kali tau,kegi ramai lak yang nk gi memancing,..hehe)

5)Dimana ada sepit biru di situ ada sang Bedal?

Menurut seorang sahabat yang mengikuti pengajian veterina, buaya merupakan spesies reptilia yang bersaiz gergasi dan boleh membesar tanpa had. Selain itu juga, ia mengalami proses pertukaran/ penyalinan kulit, tidak hairan lah kita melihat buaya berjemur. Untuk mengeringkan kulit dan membunuh kutu serta parasit yang melekat di badannya.

Dan tahukah anda? BAHAWA…

Udang Galah a.k.a Sepit Biru merupakan spesies perayap dan memakan semua jenis makanan termasuk sel mati, kutu, parasit, dan lumut di badan buaya / sang bedal ini. Tidak hairanlah jika lubuk ‘buaya’ ini dikongsi oleh ‘sepit biru’ juga…

6)Rekod buaya di Malaysia – hati2 ya…

Bujang Senang

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Bujang Senang ialah nama seekor buaya yang mendiami Sungai Batang Lupar di Sri Aman, Sarawak, Malaysia. Buaya ini yang dari spesies Crocodylus porosus[1] berukuran 20 kaki panjang dan mempunyai jalur putih di belakang badannya. Bujang Senang dikatakan berumur 50 tahun.
Buaya ini dikatakan bermaharajalela di sungai ini sejak tahun 1941.[2]

Tidak diketahui berapa ramai orang yang telah menjadi mangsa kepada buaya ini, tetapi pada 20 Mei 1992, seorang wanita berbangsa Iban bernama Dayang anak Bayang telah menjadi mangsa Bujang Senang di Sungai Pelaban, anak Sungai Batang Lupar. Sekumpulan penembak tepat polis dan pemburu Iban telah berjaya menembak mati Bujang Senang setelah berusaha selama 4 jam pada 22 Mei 1992.

Tengkorak Bujang Senang kini dipamerkan di Muzium Sarawak di Kuching, Sarawak.

Jika dikaji, persekitaran Khatulistiwa dan Hutan Hujan Tropika amat sesuai untuk persekitaran habitat reptilia ini. Jadi berwaspadalah kepada semua pemancing terutama yang memburu di dalam radian ‘predator’ ini. Serta berwaspadalah semua terutama berada di sungai yang mempunyai rekod-rekod ini. Adalah mungkin masih banyak lagi reptilia yang bersaiz monster di luar sana dan seusia saiz buaya Pucong, Batu Niah, di Taman Buaya Melaka dan sebagainya…

“berpantang larang sebelum ajal” - cuba bayangkan kalo kepala beso nih tersembul sebelah boat kita? haha…wisau beb..minta dijauhkan. AMIN…

7) Ikan Berkepala Buaya di BATU PAHAT?

Kelakar dan mungkin mengaibkan bagi TV3, yelah spesies yang biasa di jumpai di kedai-kedai Akurium ini mendapat perhatian di tv. Jika ingin tahu, ini ialah spesies Alligator Gar, (Atractosteus spatula). Turut dikenali juga sebagai ikan Buaya atau Alligator. ( boleh dapatkan di kedai akurium yang berdekatan dengan harga rm25 je bagi 15cm).


inilah Alligator Gar, (Atractosteus spatula)

Spesies yang boleh menjangkau berat melebihi 200paun ini sebenarnya berasal dari Amerika Selatan (Texas, Oklahoma, Louisiana, Mississippi, North Carolina, South Carolina, Alabama, Tennessee, Kentucky, Arkansas, Missouri, Florida, Georgia, Maryland), telah mula mendominasi beberapa perairan akibat sikap tidak bertanggungjawab sesetengah individu.

Rekod bagi penangkapan ikan ini di Malaysia ialah spesimen 3 kilogram di Tasik Bera pada tanggal Januari 2008. ( tasik Bera ??? – di kawasan terpencil tu?) oleh seorang nelayan. Selain itu juga, spesimen yang serupa sepanjang 1.5meter turut di jumpai di Jakarta.

(In February 2007, a 1.5-meter Alligator Gar was found roaming far in the city of Jakarta, Indonesia, when the city was hit by a major flood (see External Links below). In January 2008, a 3-kg Gator Gar was found by fishermen in Bera, Pahang (East Coast State of Malaysia), when it was caught entangled in a fishing net).

Persoalannya? – adakah ikan ini telah wujud di sungai atau tasik negara kita dan membiak? Atau telah pun berevolusi dengan mengacukkan diri dengan ikan tempatan? Masih menjadi misteri…

Link berita TV3

http://www.youtube.com/watch?v=GxVRH8_E3xM

Rujukan dari Wikipedia

http://en.wikipedia.org/wiki/Alligator_gar

Agak2 cmne fight and cara tangkap ikan ni? - kena guna tali beb jerut kepala ikan..

http://www.youtube.com/watch?v=GuVEI19p8RM

…rekod ikan ni suatu ketika dahulu..99 tahun yang lalu..

This ten-foot alligator gar was caught and photographed at Mhoon Lake in Mississippi in 1910.

8) Misteri NAGA LAUT?

Jika anda menaip perkataan Oarfish (Regalecus glesne Ascanius), maka akan keluarlah gambar ikan yang mirip ikan timah cumanya ia bersaiz gergasi dan merupakan ikan prasejarah seperti ikan kelisa dan arapaima.

Mungkin ramai yang sudah/pernah melihat ikan ini, tetapi kat oversea,kan,kan.. sebenarnya ikan Oarfish (Regalecus glesne Ascanius) telah ‘pung’ berjaya ditangkap di Muara Sungai Terengganu, Terengganu dengan menggunakan pukat tunda udang. Spesimen ini berukuran 3.5 meter dan seberat 13.1kilogram. Malangnya kajian menyeluruh dan rekod tidak dapat diambil secara terperinci kerana bahagian kepala dan sirip dorsal dan sirip pektoralnya telah rosak.

Jika rakan-rakan diluar sana mahu melihat ikan ini dengan lebih dekat (tapi dh awet ..) bolehlah berkunjung ke Muzium Negeri Terengganu, yang terletak di Losong.

Umumnya Oarfish (Regalecus glesne Ascanius) ini adalah berkategori epi atau mesopelagik kerana berkeliaran di permukaan air sehingga kedalaman 1000 meter .

Rekod penemuan tahun 2000 di Terengganu.

Pautan link

http://219.93.200.217:70/mfrdmd/main.php?g2_itemId=7243

info yg berguna…

TUDIA EHHHH…
sarjana5003.yahoo.com.my
" 017-4594090 "

Best jugak topik cikgu nie… karang update ler cikgu.. Pasal bujang senang tu, itu ke bujang senang?.. [^]

[IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman05.jpg[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/DAT.png[/IMG][IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/Hitman-1.jpg[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/puakas2oko.png[/IMG] [IMG]http://i136.photobucket.com/albums/q180/ziggerx/bannerxxx1.gif[/IMG]

adadadah…ni hang nak buat tesis untuk final year project hang ka cikgu?

Hisham bin Ahmad

salam cikgu waqi.. sya tabik 10 kali sebab artikel cikgu ni ada info yg jarang diketengahkan..blh digunakan sebagai rujukan

tentang tengkorak bujang senang …bukan ker yg dekat muzium negara tu? atau yg kat muzium negara tu hanya kulitnya shj?

[img]http://i454.photobucket.com/albums/qq262/mantomoi/abgmanlogo.jpg[/img]

terima kasih kerana memberi respon..hehe..

ni bukan lah tesis atau asemen ker, saja mencari sesuatu yang baru dan lain dari yang lain…

pasal yang gambar tu, entah lah…taip jer kat internet keluar pulak itu, dlm keterangan tu dia kata gambar fail Bujang Senang. Susah nak bezakan sebab perkara ini pun dah lama berlalu. Seperkara lagi, selain Bujang Senang, negeri Borneo ni terkenal ngan kisah Bujang Tunggal dan Buaya Batu Niah.

Kalo di Muzium Negara yang ada sekarang tu, xsalah saya lah, tu awetan buaya Pucong. 5 meter++.

insyaAllah, saya akan mengupdate lagi jika ada bahan terkini..

T.Q.

ya ya ya betul..buaya puchong..man tomoi memang selalu lupa..wakakakaka…tq cikgu waqi memang cikgu banyak maklumat ada

quote:
Originally posted by cikgu waqi

terima kasih kerana memberi respon..hehe..

ni buan lah tesis atau asemen ker, saja mencari sesuatu yang baru dan lain dari yang lain…

pasal yang gambar tu, entah lah…taip jer kat internet keluar pulak itu, dlm keterangan tu dia kata gambar fail Bujang Senang. Susah nak bezakan sebab perkara ini pun dah lama berlalu. Seperkara lagi, selain Bujang Senang, negeri Borneo ni terkenal ngan kisah Bujang Tunggal dan Buaya Batu Niah.

Kalo di Muzium Negara yang ada sekarang tu, xsalah saya lah, tu awetan buaya Pucong. 5 meter++.

insyaAllah, saya akan mengupdate lagi jika ada bahan terkini..

T.Q.


[img]http://i454.photobucket.com/albums/qq262/mantomoi/abgmanlogo.jpg[/img]

ha..saya dah update,meh tgk meh tengok…
IKAN BERKEPALA BUAYA di Batu Pahat ni..gempar dulu..time banjir…

ade org ckp buaya puchong lagi besar dari bujang senang…
dlu buaya puchong time dier hdup klu x silap ditempatkn sementara di zoo melaka..
bg mkn ayam kisar ngan telur sbb da tua n xde gigi.. (btol ke neh?dgr org criter je neh)
cuma dier x seganas bujang senang..

quote:
Originally posted by oscar
ade org ckp buaya puchong lagi besar dari bujang senang.... dlu buaya puchong time dier hdup klu x silap ditempatkn sementara di zoo melaka.. bg mkn ayam kisar ngan telur sbb da tua n xde gigi.. (btol ke neh?dgr org criter je neh) cuma dier x seganas bujang senang..

haha..mungkin kot…
kecik2 dulu masih dok ingat lagi..masuk tv pasal penangkapan buaya Pucong tu..mmg besar dan panjang, perut dia pun beso tong drum dah..isk..
[^][^][^]

January 28, 2006 17:15 PM

Ikan Mulut Buaya Spesies Ikan Air Tawar - Tumec

KUALA TERENGGANU, 28 Jan (Bernama) – Ikan mulut buaya (Alligator Fish) yang ditemui di Jitra, Kedah baru-baru ini adalah jenis ikan air tawar dan dikategorikan sebagai ikan asing, kata Ketua Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (Tumec) Kamaruddin Ibrahim.

Beliau berkata spesies ikan itu tidak ada di Malaysia dan ikan itu dipercayai dibawa masuk ke negara ini semasa kecil untuk dijadikan sebagai ikan hiasan.

“Kita percaya ikan itu dibawa masuk ke negara ini sebagai ikan hiasan dan mungkin ikan itu terlepas ataupun dilepaskan oleh pemiliknya setelah ia besar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari Sabtu.

Seorang penanam padi Abdul Razak Zain, 33, dari Kampung Pasir Mukim Naga, Kepala Batas dekat Jitra Kedah telah menjumpai seekor ikan berkepala buaya seberat 5kg dalam bendang padi pada Jumaat minggu lepas.

Bagaimanapun, Abdul Razak telah menjual ikan berkenaan kepada seorang peniaga dari Kuala Lumpur dengan harga RM6,000 dua hari kemudian.

Kamaruddin berkata spesies ikan mulut buaya banyak terdapat di kawasan Tenggara Amerika.

Katanya berdasarkan gambar ikan itu yang disiarkan dalam akhbar, ia masih anak lagi kerana mengikut rekod, ikan mulut buaya boleh membesar sehingga tiga meter panjang.

Beliau berkata ikan tersebut boleh membahayakan manusia kerana ia merupakan sejenis ikan pemaging (makan daging).

“Kita nasihatkan penduduk di situ, terutamanya penanam padi supaya berhati-hati kerana kita bimbang bukan seekor sahaja ikan jenis itu dilepaskan di kawasan berkenaan,” katanya.

Kamaruddin berkata ikan mulut buaya tidak sesuai dilepaskan sama ada di laut, sungai, tasik ataupun sawah padi kerana ia boleh merosakkan ekosistem air.

Beliau berkata Tumec yang sebelum ini merancang untuk menghantar pegawai untuk membuat kajian mengenai ikan berkenaan terpaksa membatalkan hasrat itu kerana ikan itu telah dijual.

“Saya juga memohon kerjasama orang ramai yang menyimpan ikan berkenaan supaya berhubung dengan Jabatan Perikanan berdekatan untuk mendapat pandangan jabatan berhubung ikan tersebut,” katanya.

– BERNAMA

…memang banyak tersiar di media perkara2 yang dianggap ganjil tetapi tidak asing kepada peminat2 dan pengkaji haiwan yang sentiasa mengikuti perkembangan hidupan alam… ini termasuklah kisah ikan keli putih yang kononnya ikan ganjil dan pernah tersiar di akhbar tempatan… tetapi jika anda seorang penggemar ikan akuarium adalah sesuatu yang tidak asing tentang ikan tersebut kerana keli albino tersebut adalah salah satu spesis hibrid dalam industri ikan hiasan… nASIB BAIKLAH FLOWERHORN DIWAR-WARKAN SBG IKAN HIASAN PALING MAHAL… JIKA TIDAK MUNGKIN AKAN TERSIAR DI MEDIA DIKATAKAN SPESIS IKAN GANJIL DITEMUI KERANA BERBONJOL DI KEPALANYA… [:D][:D][:D]

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG]

huhu,
menarik sungguh

ish ish banyak lagi misteri alam ni kan yang belum ditemui…sikit hari lagi silap2 jumpa haiwan2 dari laut yan pelik2 macam ikan yang orang jumpa kat thailand selepas tsunami tu…ikan mentol dll…

Hisham bin Ahmad

cikgu waqi..maklumat sebgini payah dicari dan di compile sekali…tak sia2 cikgu…syabasss…teruskan…utk generasi akan datang maklumat sebgini amat penting dengan adanya bukti2 yg ampoh ini untuk menujukkan kewujudan spesis yg amat jrg dan tak terfikir wujud dikalangan kita…walhal memang terbukti kewujudanya…hebat!!!

[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/zcomot.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/boycott-israel-275x275.gif[/IMG] 0124630271 comot6221@yahoo.com

satu perbincangan yg menarik dan cukup ilmiah, teruskan mengkaji dan post di sini.

terima kasih cikgu waqi.

i dont have attitude problem, u have perception problem

ya info yg baikk…teruskan terussskannn

[IMG]http://i13.photobucket.com/albums/a269/beliakmata/bm.gif [/IMG][IMG]http://i13.photobucket.com/albums/a269/beliakmata/buduz_ani-1.gif[/IMG][IMG]http://i13.photobucket.com/albums/a269/beliakmata/thbluemeaniefish.gif[/IMG][IMG]http://i13.photobucket.com/albums/a269/beliakmata/thfishingdept-1.jpg[/IMG][IMG]http://i13.photobucket.com/albums/a269/beliakmata/JFT-4aa.jpg[/IMG]

Salam Bro…ni ada kisah kat Lahad Datu, biasanya kawe camping kat pantai di Pasific Hardwood…sebabnya tepi pantai dan ada kolam untuk mandi serta kurang manusia masuk sebab jalannya agak berlopak dan berair…tak kena gaya boleh sangkut kreta..</font id=“size4”></font id=“red”>

Terdapat banyak pulau-pulau di laut Silam ni, Pulau Sakar adalah terbesar, yang lainnya P. Laila, Saddle, Serangga, Babi, Tiga dll…dalam 37 buah rasanya..tak termasuk yang kecil2 tak bernama..
</font id=“size3”></font id=“blue”>
Di tepi sebuah pulau (nama kena rahsia) terdapat bangkai kapal yang tenggelam disebabkan pengisian kayu balak mentah (mungkin tak bayar zakat) berlebihan..di situ dihuni oleh sotong berkaki lapan yg dipanggil sotong kurita..saiz besar dan ganas..mulanya kawe tak berapa percaya bila diceritakan oleh seorang penguasa di Balai Polis Silam, tetapi terjumpa pula dengan anggota Polis Marin yang melawat kem kami dan menceritakan benda yang sama serta memberikan beberapa kisah orang yang telah hilang seperti anak nelayan, pemancing dan divers di kawasan tersebut..beliau dah 20 tahun bertugas di kawasan Lahad Datu…</font id=“size3”></font id=“brown”>

Rasanya takut juga ooooo

Tapi lagi takut ngan mundu yang telah dirasai pengalamannya oleh ahli pancing dari SK Tg Paras…

Jadi kat mana-2 perlu berhati2 dan berdoa selalu.. </font id=“size3”></font id=“green”>

Curiosity killed the fish…sunoh..eh tenggiri la pulak

http://manum01.multiply.com/photos

quote:
Originally posted by manumomar
Salam Bro...ni ada kisah kat Lahad Datu, biasanya kawe camping kat pantai di Pasific Hardwood...sebabnya tepi pantai dan ada kolam untuk mandi serta kurang manusia masuk sebab jalannya agak berlopak dan berair...tak kena gaya boleh sangkut kreta..

Terdapat banyak pulau-pulau di laut Silam ni, Pulau Sakar adalah terbesar, yang lainnya P. Laila, Saddle, Serangga, Babi, Tiga dll…dalam 37 buah rasanya..tak termasuk yang kecil2 tak bernama..
</font id=“size3”></font id=“blue”>
Di tepi sebuah pulau (nama kena rahsia) terdapat bangkai kapal yang tenggelam disebabkan pengisian kayu balak mentah (mungkin tak bayar zakat) berlebihan..di situ dihuni oleh sotong berkaki lapan yg dipanggil sotong kurita..saiz besar dan ganas..mulanya kawe tak berapa percaya bila diceritakan oleh seorang penguasa di Balai Polis Silam, tetapi terjumpa pula dengan anggota Polis Marin yang melawat kem kami dan menceritakan benda yang sama serta memberikan beberapa kisah orang yang telah hilang seperti anak nelayan, pemancing dan divers di kawasan tersebut..beliau dah 20 tahun bertugas di kawasan Lahad Datu…</font id=“size3”></font id=“brown”>

Rasanya takut juga ooooo

Tapi lagi takut ngan mundu</font id=“red”></font id=“size2”> yang telah dirasai pengalamannya oleh ahli pancing dari SK Tg Paras…

Jadi kat mana-2 perlu berhati2 dan berdoa selalu.. </font id=“size3”></font id=“green”>

Curiosity killed the fish…sunoh..eh tenggiri la pulak

http://manum01.multiply.com/photos


..Er..
..Mundu tu ape?? [|)]

Giant squid kt Malaysia?
biaq bt0i neh..