Mengapa Pancing Layang</font id=“red”>
Terbayang seolah berzaman telah berlalu, mengingatkan ikan pertama saya dengan hand-line. Ia adalah detik menakjubkan yang tak dapat dilupakan, memandang gelama itu keluar dari permukaan air. Saya mungkin berumur 7 tahun semasa itu dan dan rasa ikan menarik hujung hand-line yang saya pegang telah meninggalkan kesan yang mendalam di hati kecil saya. Ini berlaku diatas sebuah boat yang ayah telah menyewa ke Pulau Ketam yang merupakan salah satu trip keluarga yang ayah sering mengaturkan.
Ayah kerap mengoreng ikan-ikan yang ditangkap serta merta. Memang benar, tiada tandingan rasa ikan segar, tetapi walaupun dari masa itu seseorang dapat memerhatikan bahawa ada yang suka menangkap ikan dan ada pulak yang suka makannya. Perbezaannya ketara dari muda lagi, saya dari mulanya lebih berminat menangkap gelama-gelama itu dengan hand-line saya daripada memakannya, walaupun rasa ikan segar yang enak itu tak dapat dinafikan. Minat saya untuk menangkap, lebih dari memakan telah menghala saya kearah peralatan memancing ringan yang lebih menonjolkan tarikan serta fight ikan-ikan yang ditangkap berbanding dengan peralatan berat yang seolah-olah membunuh sebarang fight dari ikan-ikan yang tertangkap.

Seolah evolusi semulajadi, anda akan cuba meringankan lagi poundage fishing line supaya fight yang dirasai terus meningkat. Lama kelamaan, satu dimensi baru yang dipanggil skill atau kecekapan mulai ujud. Memang banyak kecekapan diperlukan untuk membawa naik seekor Sebarau dua kilo dengan line lapan paun berbanding menaikkan Marlin dua ratus kilo dengan test line seratus tiga puluh paun. Sebenarnya ini bermaksud pemburuan atau pengejaran menjadi lebih penting berbandingkan dengan jenis ikan. Inilah sebabnya ramai kaki memancing terus keluar memancing walaupun tiada ikan ditangkap.
Banyak telah berubah semenjak gelama pertama itu melonjakan jiwa saya seolah kejutan letrik. Minat pemburuan yang disebut sebelum ini terus membara dan sekarang kebanyakan pemancingan yang saya buat adalah dengan Fly Rod. Ayah tidak lagi keluar memancing bersama saya, tetapi ekspresi mukanya memang menunjukan bahawa dia rasa saya telah hilang akal memandangkan keadah memancing yang saya gunakan. Keadaan bertambah buruk lagi bila saya pulang tanpa sebarang ikan dan bila ditanya menjawab “Tangkap & Lepas” (Catch & Release). Sekarang dia tidak lagi merasa saya telah hilang akal tapi berfikir saya perlukan pertolongan doctor pakar minda. Saya faham perasaannya, kerana dia memikir mana ada orang pergi memancing tanpa umpan tapi dengan bulu. Lebih lebih lagi, sedikit sebanyak yang ditangkap dilepaskan pulak. Alamak! dimana saya telah tersalah membimbing budak ini hingga dah begini.

Jadi, kenapa pancing laying? Sebenarnya saya sendiri tak tahu jawapannya. Mungkin kerana pancing layang seolah olah menenangkan dan menyempurnakan keperluan pemburuan serta pengejaran ikan. Saya berpendapat Fly Fishing ini adalah satu sukan terperinci yang memerlukan tahap skill serta dedikasi yang tinggi untuk melontar Fly Line serta mengikat Fly. Menangkap ikan dengan peralatan Fly seolah olah membawa kuasa mentah ikan yang tercakuk terus kepada pemancing dan fight-nya hebat sekali.
Saya kerap terikat mulut, dan tiada jawapan bila ditanya kenapa saya lebih pancing layang berbanding dengan keadah keadah memancing yang lain. Biasanya saya hanya senyum, dan mengaru kepala kerana tidak dapat menerangkan perasaan sebenar pancing layang. Saya sering mengulang soalan ini didalam kepala dan dengan serta merta pemikiran saya terbawa ke perairan-perairan bakau Malaysia, dimana saya sedang berdiri dihadapan kamera, memegang seekor Siakap Gemuk yang sudi memakan Fly Deciver saya. Langkah langkah yang diambil sehingga ke detik tersebut, pilihan Fly line, Reel, Rod, Fly serta keajaiban yang menyebabkan Fly Line seolah menari-nari di udara, semuanya membuatkan pengalaman itu seolah luar dunia ini.
Pemikaran saya balik semula ke kota dan saya menyimpulkan bahawa banyak aspek seni terperinci ini membuatkan pergalaman pancing laying begitu menakjubkan dan susah untuk memilih atau menyebutkan satu fakta tertentu. Ia adalah pengabungan ekspresi kesenian bersama apa yang dirujuk oleh setengah orang sebagai sains memancing. Jawapan yang paling baik untuk saya mungkin, adalah semenjak memegang Fly Rod buat kali pertama, hampir sepuluh tahun dahulu, saya tidak pernah toleh kebelakang dan memburu haiwan haiwan bersirip ini dengan Fly rod merupakan pergalaman yang tiada tandingannya.
Seperti ramai hari ini, pada mulanya saya ragu melangkah masuk ke dunia pancing layang kerana semua aspek pancing layang seolah mengecilkan diri saya. Malangnya saya tidak bertemu sebarang guru atau Sifu untuk memberi tunjuk ajar. Saya telah banyak melakukan kesalahan sepanjang jalan. Saya berharap dapat berkongsi sedikit sebanyak kesalahan serta pergalaman yang saya menharungi semasa didarat dan di air melalui forum ini.
Sekiranya anda sedang memikirkan untuk mencuba sukan seni ini, anda mesti terdahulu bertempur dengan pedapat ramai tentang pancing layang. Ramai berpendapat bahawa pancing layang terlalu susah dan sukar dipelajari. Satu lagi persepsi yang salah adalah pancing layang hanya untuk menangkap ikan ikan kecil sahaja dan tidak boleh digunakan untuk memancing ikan besar. Ini adalah satu tangkapan yang tidak tepat kerana rekod pancing layang dunia hari ini adalah seekor Lemon Shark hampir 200 Kilo. Perserpsi serta tangkapan sebegini menyebabkan ramai individu yang berminat terus berdiri ditepi memikirkan nak atau tak nak.

Mari kita anggap anda telah memutuskan untuk mencuba sukan ini walaupun masih banyak keraguan dihati. Bagaimana dan dimana saya nak bermula Pancing Layang? Terdapat beberapa pilihan yang boleh dicuba. Sekarang terdapat banyak informasi tentang Pancing Layang di internet. Masalah dengan pilihan ini adalah anda mesti tahu apa yang anda mencari di internet atau mesti tahu soalan soalan yang perlu dikemukan dalam forum. Dengan anggapan bahawa anda tidak tahu apa apa tentang pancing laying, internet serta forum ini mungkin bukan pilihan yang terbaik untuk bermula.
Yang penting adalah untuk dapatkan satu set peralatan basic sebagai permulaan. Ini sendiri merupakan satu langkah yang agak susah kerana tidak banyak kedai pancing yang membawa peralatan Fly Fishing yang lengkap.
Sebagai permulaan carilah pemancing layang yang sudi. Orang yang dicari mestilah seseorang yang boleh memberi tunjuk ajar tentang peralatan basic, yang perlu serta keadah keadah casting. Ini amat mustahak kerana keadah casting adalah tulang belakang sukan seni ini.
Saya berharap artikel ini telah membuatkan mereka yang masih ragu melangkah masuk ke dunia pancing layang. Sekiranya ia telah berbuat demikian, tahniah dan semoga berjaya. Bagi mereka yang masih ragu, kami bersama zlan akan cuba membawa artikel artikel selanjutnya supaya lebih informasi tentang Pancing Layang dapat di kemukakan di forum ini.

Artikel seterusnya, akan menyentuh sedikit sebanyak tentang peralatan Pancing Layang serta cara cara memilih dan menyaipkan peralatan.

Artikel asal oleh – David Samuel, di terjemahkan oleh Flytech!
- Team Siamang Gagap
- Team X2.35


Umpang bughuk,</font id=“red”> Umpang baghu.. jatuh lubuk</font id=“gold”> .. baham selalu!!!</font id=“green”>

