atas bantahan seseorang, saya telah meminta umpire utk menukar gambar di m/s 1.

latar belakang gambar:
gambar ini saya ambil semasa saya memancing tenggiri di Yan, Kedah beberapa tahun dulu.
Saya tak tahu siapa yg tergamak membawa balik ikan ini. Yang saya tahu, ikan ni dah tergolek di atas pasir yg digenangi air hujan.
Kenapa saya menentang pembunuhan spesis ikan berparuh?
Ikan berparuh seperti mersuji dan layaran diancam kepupusan berikutan bilangannya yg semakin mengurang.
Ikan layaran mampu menghasilkan pulangan yg besar dari segi pelancongan sebab ramai pemancing mau menangkap sebagai sukan memancing dan masa yang sama menjadi satu program kajian saintifik melalui Program Pemuliharaan Ikan Berparuh.
Program Pemuliharaan Ikan Berparuh bertujuan mengumpulkan data saintifik yg diterajui oleh The Billfish Foundation berpusat di Florida, US. Dgn adanya data saintifik, langkah-langkah pemuliharaan dapat diilhamkan agar bilangan spesis ini kembali berkembang.
Sebagai contoh program pemuliharaan yg telah dicapai berdasarkan kepada data saintifik tersebut ialah kerajaan US telah mengharamkan aktiviti long lining (rawai) yg banyak menyumbang kepada penangkapan ikan berparuh ini secara keterlaluan. Walaupun ianya mendapat bantahan dari pengusaha long lining, kerajaan US tetap bertegas bagi menjamin kelangsungan spesis tersebut yg mendominasi perairan California, Florida dan juga Baja, Mexico.
Aktiviti sukan memancing ikan berparuh mampu menjana pendapatan yg besar di sektor pelancongan berikutan dgn permintaan yg tinggi dari para pemancing disebabkan oleh propaganda bahawa ikan ini adalah ‘lesen besar’ bagi membuktikan pemancing sejati.
Dgn adanya peluang besar dari segi sosio-ekonomi, maka wajarlah kita menjaga khazanah alam ini sebab ianya lebih kepada anugerah Tuhan sebab tak semua tempat di atas muka bumi ini dikunjungi ikan berparuh. hanay tempat tertentu sahaja. Rompin misalnya menyaksikan setiap tahun dikunjungi ribuan pemancing yg memburu spesis ini hingga terbentuknya Royal Pahang Billfish International Challenge.
Jutaan ringgit dapat diperolehi dari industri hiliran yg menyokong kepada aktiviti ini.
Tidakkah kita patut bersyukur dgn rezeki yg lebih lumayan ini berbandingkan dgn harga seekor ikan berparuh yg kita bawa balik utk dimakan?
[/img]


Champion - Individual
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits! Lu tatau pancing jangan cakap tada ikannnn!!![:D]