Saya buka thread baru sebab saya harap kawan kawan dapat kongsi gambar perambut dan mata kail siakap yang nkorang guna semasa menaikkan ikan mengunakan ‘livebait’
Supatya thread inio lebih detail. Saya dahagakan ilmu, frust.. asyik nengok gambar ikan besar je.. tapi gambar perambut dan mata kail takde pun nak tiru… [V]
terima kasih kawan kawan…
Oklah dalam banyak banyak matakail yang ada kat link seahawk kat bawah nie nkorang rasa yang mana paling proper untuk siakap?
http://www.tce-sports.com/C/Fishing%20Gears/Seahawk/Hooks
thanks bro joran, dah cuba dah …
problemnya cuma tak berapa nak hook.
Saya bajet mungkin masalah mata kail, jadi kalau boleh nak tahu design mata kail yang kengkawan selalu naikkan siakap supaya saya boleh memancing dengan yakin dan menumpukan lagi masalah samada kesilapan saya adalah disababkan kail, perambut, mainline, joran ataupun skill.
Masalahnya sekarang setiap kali rabut saya salahkan design matakail… ;(
sila gunakan mata owner saiz 1/0 , ikat pada perambut 30 ib panjang dlm 1.5 m. kawe lebih suka cangkut udang pada bhagian dekat ekornya, . cangkut dari arah bawah udaang ke atas
thank bro Bandang.. boleh tak saya tahu Mata Owner yang bentuk cemana yang bro suka?
quote:
Originally posted by izhar81
thank bro Bandang.. boleh tak saya tahu Mata Owner yang bentuk cemana yang bro suka?
saya lebih suka mata yg pendek
mungkin setup semasa ikan kemam n bawak lari tu yang tak kena…
mungkin terlalu awal atau terlalu lambat..

Thanks Bro atas nasihat pasal terlalu awal atau lambat..
selama nie ‘tempo’ saya sama je iaitu buka spool dan tunggu tali berhenti dulu.
Lepas nie saya nak adjust tempo “kemam” > “tutup bail arm tetiba” > “ikan cakap aduh apa yang tajam nie” > “dia lari sikit” > rembat..
terima kasi bro pasal tempo sembat tu…
saya akan berekperimen lagi dengan mengadjust tempo…
kalau nak senang bakai rell baitrunner dan pakai cercal hook
kita kena banyak try n erorr dulu…
mungkin kolam kat tempat hang tu lain cara makannye…
mungkin kalau lewat sangat dia dah luah balik…
atau kalau terlalu awal dia lum masuk abis dlm mulut…
nanti den nyelam dalam kolam tu nengok dia makan macam mana… hehehehe
jangan mare… gurau je…
kawan pun kengkadang kumpaw gak…

cuba lah pelbagai cara, nanti dapatlah satu cara yang terbaik , janji rajin cuba
quote:
Originally posted by joranpanjang
cuba la yang ni....
[IMG]http://i457.photobucket.com/albums/qq297/joranpanjang_album/perambutsiakap.jpg[/IMG]

Bro, tanye skit yg tang manik tu fungsi dia ape?


quote:
Originally posted by izhar81
Saya buka thread baru sebab saya harap kawan kawan dapat kongsi gambar perambut dan mata kail siakap yang nkorang guna semasa menaikkan ikan mengunakan 'livebait'
Supatya thread inio lebih detail. Saya dahagakan ilmu, frust.. asyik nengok gambar ikan besar je.. tapi gambar perambut dan mata kail takde pun nak tiru… [V]
terima kasih kawan kawan…
arr,, gue sokong.. aku ade dengar org cakap perambut utk siakap ni kena pakai dawai'aku tak try lagi.. sofar perambut biasa aku pakai putus.. anybody??.. tq
sikap tak punya gigi yang tajam , memadai dengan perambut 30 ib
yang kawan tau kat area airport tu je…tapi xpenah try la…penah tengok diorang casting guna udang kopek..
JP tima kasih atas cohtoh ikatan, aku/otai area aku (kedah) pun guna ikatan macam tu, tu untuk casting sekap kolam, manik tu aku agak sebagai daya penarik untuk sekap je (mungkin warnanya), betui seperti dibincangkan, perambut sekap kolam memadai dengan tangsi ja, perambut dawai tak berapa sesuai, ikut ikan yang ada kat kolam, kalau 1-3 kg, 30 lb pun dah sesuai, 4- 10kg 40- 100 lb (ikut keselesaan), masalah aku kat sini bukan perambut atau kail tapi ikan tak mau makan kail aku, dok makan kail orang ja,
[IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/pieecomot-1.jpg[/IMG][IMG]http://i252.photobucket.com/albums/hh13/xjio7880/comotbaner.png[/IMG]