Siakap Kong2 211211

copy & paste dr JFT
Salam kepada semua sahabat sepemancingan sekalian…
Setelah hampir 4 bulan saya tidak memburu spesis barramundi di sekitar Kongkongpura, maka satu trip untuk memburu spesis ini telah dirancang pada hari Rabu 21 Disember 2011. Namun begitu, ianya tidak semudah yang dirancang dan hampir terbatal ekoran daripada keaadan cuaca yang tidak menentu serta beberapa masalah teknikal yang datang menimpa…Walaubagaimanapun, setelah 4@5 kali keputusan dibuat bersilihganti antara jadi atau tidak untuk meneruskan trip ini ,keputusan sebulat suara telah mencapai kata sepakat untuk meneruskan jua trip murni ini walau apajua yang menimpa. Angin,ombak badai waima hujan sekalipun akan kami gagahi…akan kami redahi…

Trip yang melibatkan 4 anak muda ini diketuai oleh Sifu Che Wan, Tuan Amirbarra,Tuan Saltis dan Tuan Sham7041(penulis)telah memulakan operasi penjejakan barramundi Kongkongpura ini agak lewat sedikit iaitu pukul 8.30 pagi setelah mengkaji keadaan pasang surut air dan lokasi jejakan/buruan. Berbekalkan dengan 1.5kg udang hidup sebagai umpan asasi dan 1gelen besar+1gelen kecil minyak, bot model’Mercedez Lampu Mata Belalang’ berkuasakan 40kuasakuda telah selamat berlepas dari jeti Pak Mat. Maka dengan ini dengan rasminya operasi bermula dengan menjejaki spesis Barra ini disekitar Sungai Kongkong hinggalah ke Sungai Lebam…

Dipendekkan cerita, kami telah selamat kembali ke jeti semula pada pukul 6.00petang dan sekaligus menandakan misi tamat dan tercapai… apalagi,marilah kita melayan beberapa keping foto kenangan yang sempat dirakam sepanjang operasi ini.

  1. Inilah barisan 4 pemuda yang terlibat dalam operasi ini.

    2)Tawanan pertama yang berjaya diberkas oleh Sifu sekaligus membuktikan Kongkongpura masih belum ketandusan siakap.

    3)Tuan Amirbarra juga tidak melepaskan sang kerapu begitu sahaja ekoran daripada penangan ‘kari kerapu’ tempohari.

    4)Antara beberapa barra bersaiz mega yg berjaya ditawan adalah seperti dibawah sehingga adakalanya joran perlu mencecah air dan membuatkan kekili berskala 1000 berdesiiiiiiiiiiiiiiit…meminta tolong.


    5)Tiba-tiba kami dikejutkan dengan sentapan ganas oleh spesis yang tidak dapat dipastikan sehingga menyebabkan penulis ‘nyeri otot’ menjinakknnya… Sangkaan penulis bahawa sang kerapu skala 5kg penghuni dasar meleset sama sekali setelah spesis ‘rare’ ini pula yang muncul.

    6)Namun, sebagai pemancing beretika dan terlatih serta mengamalkan prinsip’ambil yang PERLU’, maka spesis terkawal ini telah dilepaskan semula…CATCH N RELEASE!!!

    7)Bertolak pulang ke jeti Pak Mat dengan wajah kepuasan yang tidak terperi…sesungguhnya pengalaman manis memancing bersama rakan seperjuangan serta bimbingan/tunjukajar dari Sifu Che Wan akan menjadi kenangan terindah dan penuh makna.

    8) Alhamdulillah…kehasilan hari ini dengan catatan terberat 2ekor bersaiz 4kg++



    9) Antara foto kenangan ahlil komplot


Sampai di sini dulu laporan untuk kali ini…laporan ini dibuat adalah untuk berkongsi pengalaman indah dan tiada niat langsung utk bangga diri apatah lagi menyinggung perasaan rakan pemancing sekelian.Akhir kata,maaf dipinta andai ada terkasar bahasa dan InsyaAllah bertemu lagi kita di siri2 laporan yang akan menyusul lagi dalam masa terdekat ini… Wasalam.

http://jft.com.my/forum/ http://wamildin.multiply.com http://www.utaraanglers.com

Tahniah gangs…air sungai kong-kong tak keruh ke sekarng ni ?

quote:
Originally posted by TukunTaya
Tahniah gangs....air sungai kong-kong tak keruh ke sekarng ni ?
kadang kala keruh tp biasanya jernih.. http://jft.com.my/forum/ http://wamildin.multiply.com http://www.utaraanglers.com

tahniah