Tahun Baru, Azam Baru

Buat semua ahli forum,

Saya nak ucapkan selamat tahun baru 2009 buat semua bro sekalian, moga tahun baru ada tekad dan azam yang baru…(macam-macam). Mungkin ada yang nak cipta rekod, pecah rekod, dan menyamai rekod. Mungkin ada pula yang nak upgrade ilmu memancing, upgrade senjata memancing, upgrade lubuk/tempat lubuk memancing (kalau dulu di sg saja, azam tahun baru nak cuba kat laut pula). Semuanya ada azam. Yang bestnya, kalau azam dan tekad tercapai bahagianya. Namun azam bukan hanya angan-angan semata-mata, perlu diterjemahkan dalam bentuk semangat keyakinan yang tinggi. Semuanya dah dikira ok, tetapi persoalannya ke mana hala tuju dunia pancing kita kalau nilai-nilai dan etika memancing jarang ada dalam kamus azam tahun baru. Berapa ramai di kalangan warga pancing, azam tahun barunya nak mengamalkan tangkap dan lepas? Saya percaya tangkap, gambar dan bawa balik dan tunjuk kat kawan, sama juga ceritanya daripada tahun-tahun yang sudah.
Berapa ramai yang mempunyai azam untuk menjaga dan menghargai khazanah akuatik? Kalau boleh azam tahun depan semua lubuk nak dteroka, bangga cerita kat kawan tak ada lubuk yang tidak diteroka.
Kenapa tidak azam yang ingin bercerita dan memberi pendapat bagaimana untuk menjaga dan memulihara lubuk-lubuk itu? Nanti macam-macam alasan diberikan jika ikan kurang, menyalahkan itu dan ini dan sebagainya. Renungkanlah…tiada ikan, tiada pemancing.

Salam buat semua & Selamat Tahun Baru 2009

Rac