Emmm ..topic yang menarik dan pernah dibincangkan.
Ingin saya menambah dan maaf kalau tersilap atau terkasar. Rasanya kita semua setuju menganiaya binatang itu salah di sisi Islam. Dalam bab CnR ni, saya rasa ianya bergantung kepada niat. Kalau kita memancing seperti pitih rasanya tak salah. Dia ingin mencari rezeki sambil berseronok. Tapi yang penting dia mahukan ikan samada utk sendiri atau kawan dan jiran dan kalau perlu dilepaskan dia dia lepaskan. Tiada niat untuk berseronok semata-mata. Tidak kira lah ikan itu merasa sakit atau tidak (lagipun fakta ikan tidak merasa sakit ni adalah teori, yg pasti ikan pun ada perasaan, ada gang, keluarga dan anak2).Kalau saya, kalau boleh elakkan pergi memancing dengan niat semata-mata ingin merasa tarikan ikan dan langsung tiada niat untuk makan atau ambil ikan untuk kegunaan, kalau boleh jangan lah …
Saya rasa kata2 Parjo itu ada asasnya juga. Walau pun kita memancing (saya juga pemancing) tak perlulah kita bersifat defensive dalam perkara nie…Lagi pun, kita boleh memberi pelbagai alasan di bumi ini. Sesekali fikirlah apakah alasan yang akan kita berikan di hadapan Allah jika ikan2 ini mengadu kepada Allah…ingatlah tiada satu pun persoalan akan terlepas di mahkamah Allah …kalau kita yakin (mesti dgn ilmu)dgn pegangan kita teruskan lah, kalau tak yakin baik jangan amalkan. Yang terbaik cari lah ilmu, jgn buat andian dlm bab hukum.
Contohnya Lembu: Memanglah Allah ciptakan lembu itu untuk manusia mengambil manafaat tpi kalau kita guna lembu yang diciptakan Allah itu untuk pertandingan Laga, waluapa pun kita panggil atau alasan perbuatan itu tetap salah di sisi Islam.
Saya bersetuju dengan amalan tangkap dan lepas nie, terutamanya kalu ikan yang kita dapat tu terlalu kecik untuk dimakan. Saya memancing ikan untuk dijadikan lauk kami sekeluarga…
Teman baca pendapat bang parjo memang masuk di akal.Kemudian baca komen yang lain pun, boleh diterima akal. Tapi soal hukum mengikut perspektif agama,bukan soal logik akal teman rasa.Hujah guru teman, ape logik nye akal bila kentut maka terbatal nya air sembahyang?–>Guru teman itu mesti tersenyum sekiranya beliau membaca ayat ini[;)]
Teman rasa seeloknya, sebarang pertanyaan tentang agama seeloknya disalurkan melalui ruangan di bawah ini. Ini adalah kerana, sebarang persoalan akan di jawap secara terus oleh dua orang Imam Masjid Negara[;)]wallahu’alam
Semua pendapat ada asasnya..pendapat parjo pun ada asasnya dan tak boleh la disangkal semata-mata tak sehaluan dengan kita..dan pendapat yang lain juga ada asasnya juga dan tak boleh pula orang lain yang tak sama pendapat utk menyangkalnya juga.
Perkara ini hanyalah dlm bab khilaf sahaja ..nama pun khilaf ataupun pendapat dlm bab furu/ranting bukannya dlm bab akidah pun…so tak perlu diperdebatkan…
nas yang mengharamkan pengianayaan binatang pun boleh pakai dan pendapat yang mengharuskannya pun boleh pakai kerana kaedah qias yang digunakan utk mengharamkannya pun bukanlah khusus dlm hal menangkap ikan.
Perbezaan pendapat dlm islam sebenarnya adalah rahmat keatas setiap orang islam seperti juga keadaan hal perbezaan pendapat fekah utk 4 mazhab utama. Semuanya tak salah kerana setiapnya masih bersandarkan pada Al-Quran, hadis, ijmak dan juga Qias kan?
So utk persoalan sebegini kita tak seharusnya berdebat utk menang dan seharusnya kita perlu berlapang dada dan memahami kaedah ataupun konsep perbezaan pendapat dlm islam…
Pertama sekali, janganlah salah sangka bahawa perbahasan ini adalah untuk menegakkan benang yang basah. Oleh kerana tidak ada nas yang jelas tentang perkara ini dalam agama, semua orang boleh memberikan pendapat. Seperti kata bro Captiva, perkara ini tidak melibatkan aqidah. Apa yang kita risaukan sangat. Islam itu agama yang tak bersalahan dengan fitrah manusia dan tidak bersalahan dengan logik akal. Ada perkara-perkara yang telah ditetapkan hukum halalnya dalam al-Qur’an terutamanya perkara yang melibatkan habluminallah dan ibadat-ibadat khusus. Perkara-perkara habluminannas yang memang tidak disebutkan dalam al-Qur’an secara khusus boleh dibincangkan sama ada menggunakan kaedah qias atau perbandingan dengan hukum yang sedia. Tentang analogi kenapa kentut boleh batalkan wudhu, logiknya ialah kentut itu busuk (amnya). Setiap yang busuk itu tentulah kotor dan mengotorkan sedangkan wudhu’ itu menyucikan (suci bukan cuci) dari segala kekotoran rohani dan jasmani.
seperti yang katakan oleh Mejor…
disekitar kawasan mulut ikan itu tiada saraf yang boleh menyampaikan pulse sakit kepada otak ikan tersebut… (ada betoi ka ayat melayu aku nie…)
so, selagi tak masuk sampai rengkung, tak jadi soal nak lepas ataupon tidak…
so, pada saya zalim ataupun tidak dah tak jadi persoalan pada saya… HANYA pada saya sahaja kerana saya emmahami akan konsep tersebut…
pada mereka yang tidak dapat menerima konsep tersebut…
maka anda bebas berbuat sekehendak hati anda…
untuk pengamal CnR…
saya seru kepada anda semua, gunakan circle hook…
tidak dinafikan Circle Hook disini agak ‘mahal’ sedikit… tapi berbaloi…
kalau tak mampu nak guna cricle hook…
buang mata pandan/ mata ruwet pada hook biasa anda…
sepanjang yang saya guna, alhamdulillah…
kalo hook up tu konpom hook up…
nak buang mata kail pon senang…
satu lagi, kalo ikan tu kita tak sure nak bawak balik ataupun tidak…
terutama sekali anak anak ikan…
jangan le dibiarkan kering atas darat…
beli la jut ikan yang rasenye takde le mahal sangat berbanding set pancing tuan tuan yang gempak gempak tu…
simpan le ikan tu dalam jut dan dibiarkan terendam di dalam air…
kalo nak bawak balik, boleh terus bawak balik…
kalo tak nak, abes mancing boleh lepaskan balik…
cari jut ikan yang boleh lipat lipat…
jimat sikit space dalam plano tuan tuan tu…
kedai kepong jual cuma RM6 je…
bukan RM60 ataupun RM600…
boleh guna untuk darat mahupun laut…
kaedah tangkap dan lepas ini tidak sahaja tertakluk kepada ikan dan biantang sahaja…
sila TANGKAP SEMUA sampah sarap yang kita bawa dan yang kita jumpa…
itu bukan hanya dapat menyelamatkan habitat binatang tersebut…
malah dapat menyelamatkan dunia kita…
Angling is all about the passion of fishing</font id=“red”>
The X-Treme Anglers Club</font id=“orange”>
_______________________________________________________________________</font id=“black”>
a.alaikum kenkawan..
alhamdulillah kerana kenkawan dapat bincangkan perkara ini dengan baik. kita perlu kembali pada pokok pangkal apakah yang kita faham akan pancing tu sendiri. bila saja kita sebut pancing kita pasti akan menggunakan mata pancing dan gunanya untuk melukakan dan menyangkut ikan. sama ada sakit atau tidak pada ikan tidak perlu dihuraikan kerana luka dan ditarik menggunakan tenaga manusia pasti menyakitkan. tapi lumrahnya dari azali lagi dimana binatang digunakan untuk memenuhi keperluan manusia. kuda digunakan untuk pengangkutan, lembu pula untuk membajak sawah, gajah untuk menarik balak, burung dan haiwan cantik dan unit untuk dikurung dalam sangkar dan dipertontonkan. ini semua kalau nak dikira merupakan penganiayaan pada haiwan. kalau tidak dibolehkan oleh ugama pasti unta tidak dijadikan haiwan tunggangan oleh nabi saw. berburu sudah bermula dizaman sebelum itu lagi tapi beliau tidak menegahnya.
berbalik pada memancing ikan dengan niat untuk melepaskan semula spt species layaran, marlin, toman dan sebagainya sama juga keadaannya dengan memancing dengan tidak berniat untuk melepaskan semula kerana apa saja jenis ikan yang kita tangkap menggunakan pancing pasti sakit. bila ikan yang sakit diambil dan dimakan samalah hukumnya dengan binatang yang disembelih. tapi setiap kali kita memancing pasti terkena ikan2 yang tidak dapt dimakan, ikan kecil dan ikan yang tidak kita sukai jadi ikan tersebut dilepaskan kembali tapi ikan2 ini kebanyakannya akan mati bila dilepaskan kembali kerana kurang pengetahuan dari pemancing. kita akan biarkan ikan tersebut mati kerana kita tidak tahu cara yang betul untuk melepaskannya. tapi orang yang berniat untuk melepaskan semula rata2 sudah mempelajari cara2 memberikan first aid pada ikan yang dipancing dan mereka akan pastikan bagaimana untuk mengumpan, buat hook up, menaikkan ikan tersebut untuk tujuan bergambar. ikan yang dilepaskan kembali itu akan dipastikan dalam keadaan hidup dan akan kembali kehabitat asalnya. walaupun konsepnya lain tapi hakikatnya c&r yang dilakukan oleh pengamal c&r lebih sempurna dibandingkan dgn pemancing biasa. bagi kawan walau bagaimana sekalipun keadah memancing yang kita amalkan tidak menjadi masaalah kerana ia ada pro & contranya. masing2 ada kelebihan dan kekurangannya.
Salam semua pemancing sejati, tahniah kpd sdr parjo mengemukakan isu ini kembali sebagai peringatan semula walaupun berkali2 sudah dibahaskan sebelum ini. Cuma isu ini jika dilemparkan didalam forum lain mungkin kita akan mendapat jawapan yang lebih terbuka. Yalah jika ditanya kepada kaki pancing sudah tentu jawapannya adalah lebih menjurus kesebelah pihak.
Dosa?? wajar atau tidak tangkap dan lepas..
Pendapat saya, walau kita tangkap ibu haruan yg sedang membawa anaknya untuk rezeki hidangan keluarga kita tidak salah… makanlah, lagipun hanya itu satu2nya rezeki yang ada yang mana menjadi kewajipan atas kita untuk keluarga kita.. kan tuhan makmurkan bumi ini untuk mencari rezeki. Melainkan untuk orang yang malas mencarinya.
Dan macm sdr banjar nyatakan itu, adakah ikan tu akan kembali menjaga anaknya setelah fobia mengalami situasi dinaikkan kedarat, dipegang dengan tangan, dikekang mulut untuk membuka mata kail!! Situasi yg terlalu asing baginya!
Teori sains… mulut ikan tak sakit bila kena mata kail… mana kita tahu apa ikan tu rasa, itu hanya teori. Lagipun dia tiada tangan untuk membuka mata kail yg terlekat dimulutnya, jadi, terpaksalah siikan tu memakai subang/cincin dimulutnya yg tercangkuk secara tak sengaja dalam usahanya untuk mencari rezeki untuk dirinya.
Tentang tangkap spesis layaran/mersuji dan lain2 tu, pendapat saya ianya tak wajar dilakukan melainkan untuk tujuan sains dsb… masih teringat nasihat guru saya semasa kecil, kalau kau khianati seekor kucing atau ayam walaupun mencabut salah satu sahaja bulunya maka diakhirat esok kamu akan menanggung bulunya seberat batang pohon kelapa… (tak pasti mengenai ayat ini betul atau tidak - mungkin dia hanya psyco saya!) Tapi saya bersetuju dengannya kerana nasihatnya menjurus kearah kebaikan.
Maaf andai saya kata saya lebih setuju seorang nalayan menangkap mersuji kemudian menjual hasilnya untuk menyara keluarganya daripada seseorang menangkap spesis ini hanya untuk memuaskan hobi memancing! Persoalannya setiap perbuatan itu, yang mana satu diredhai tuhan?? Kita pun tak tahu yang ikan yang akan kita lepaskan kembali itu akan cacat seumur hidupnya atau mati. Dan berapa banyak ikan yang ditag itu dijumpai semula..? kalau 90% daripada spesis layaran yang kita tangkap tu semuanya ada tag memang spesis ni terancam.
PENULISAN SAYA INI JUGA UNTUK MENASIHATI DIRI SAYA SENDIRI YANG KADANG2 SAYA JUGA MENYESALI SEGALA PERBUATAN SAYA MENGANIAYA BINATANG. TETAPI SEBAGAI SEORANG PEMANCING, TERPAHAT KUKUH DI DALAM DIRI SAYA NAK JUGAK MERASA TARIKAN LAYARAN/MERSUJI NI.. MOGA TUHAN AMPUNKAN SAYA.
HANYA PENDAPAT IKHLAS SAYA - MAAF ANDAI MENGGURIS PERASAAN MANA2 PIHAK.
WASSALAM
Dah bermacam2 pendapat, mesej, kajian tu la…kajian nie la..yg betul ke..yg kureeeengg betul ke & mcm2 lagi la…[:p]
Jadi pandai2 la nak menilai..masing2 ada penilaian sendriii[:D]
Asal tidak terkeluar dari batas2 yg telah disyariatkan…[;)]
PEACE</font id=“size3”>…</font id=“blue”>
romico2 (019-6968074)
[img][img][IMG]http://i72.photobucket.com/albums/i178/pakbarau/logo%20VAT/no2.gif[/IMG][IMG]http://img14.imgspot.com/u/07/190/00/TiCAlogocopyjpeg90380.jpg[/img][/img]
[img][IMG]Volvo Angler's Team
salam, ikut pendapat saya sume bergantung pada niat utama kite la, benda wajib pun boleh jadi haram kerana niat. so mari le kite berniat utk memanfaatkan ikan yg mmg dah sejak azali lagi dicipta menjadi antara makanan tau sumber pendapatan kite tu sebaiknye. kalau dah “ter” tu lain plak cite…nak macing ruan terdapat toman ke tau sebagai.
nak buat mcm mana dah hobinya tangkap dan kemudian lepas balik…hehehe sori la lawak ja..
yang baik jadikan tauladan… yang buruk jadikan sempadan… wallahu’alam
susah jugak ini hal, tapi kalau “sakit” dan “seksa” yang jadi masalahnya, mungkin sebagai manusia kita boleh memikirkan sedikit kebajikan kepada ikan yang di pancing (macam menghalalkan cara pulak).
Gunakan mata pancing barbless (tanpa duri pandan)
Rod, reel dan tali yang sesuai kekuatan, mengikut sais ikan yang di sasarkan agar pertarungan tidak berlanjutan terlalu lama
Kendalikan ikan yang berjaya di tangkap mengikut kaedah terbaik atau merawatnya supaya ianya lepas dalam keadaan sihat dan berupaya meneruskan hidup.
!!! sanggupkan anda melihat seekor toman / mersuji gadang di depan mata tanpa mencuba memancingnya, walaupun akhirnya kita tahu kita tak akan memakannya??? mau ada yang ketar lutut tak tahan, air liur pun boleh meleleh bang !!!</font id=“red”>
Kalau dah meleleh air liur tu..nak buat macam mana lagi. Yang teman nampak kalau dah sampai tahap nie, pi lah pekena teh tarik atau nasi lemak. InsyaAllah mujarab …[:D][:D][:D]
Lutuit wehh…
Kalau tak mahu main guli …hang boleh try congkak! [:D][:D][:D]
Note*****
Tepuk lah dada tanya lah iman dan ikhlaskan diri padanya yang Esa</font id=“red”>.
ikan pemangsa yang kena mata kail ni slalunya tak rasa sakit sangat kot, hal ini disebabkan beliau juga makan makanan yang berduri(ikan)so,kawe pun terpikir jugak ikan pemangsa ni xpenah tercekik tulang ker? tulang ikan pun tajam gak kan.
apapun, pendapat bro parjo tu ada kesahihannya, kita perlu paham apa yang beliau cuba maksudkan mengikut pengamatan akal seposen kawea dalah berkaitan dengan niat kita,bukan dengan tindakan. hal ini seolah olah kita minum racun dan penawarnye skali.kawe pun xtau apa reaksi yang harus dan sepatutnya ditonjolkan bila berhadapan dengan isu seperti ini memandangkan kawe ni masih hingusan lagi. wallahuaqlam
iwak kotok iwak leleh,
moto ne ngantuk watenge ngeleh
Hehehe… Subject ni memang kalau bincang takkan habis. Sebab lain orang, lain pendapatnya.
Pada saya, niat utama saya memancing, bukan nak makan, tapi nak rasa tarikan ikan.
Tapi kekadang, kalau rasa nak buat lauk, saya bawak la balik. Tapi niat utama memang bukan
nak makan ikan. Sebab kalau niat saya nak makan ikan, baik tak yah pancing. Baik takyah
beli gewang. Penat gak casting kalau semata2 nak buat lauk. Baik jaring n tunggu je… hehehe
Macam kekadang pegi cari tarpon, pegi cari toman, memang bukan niat nak makan. Menipu la kalau
saya kata tak sengaja dapat tarpon.
Pasal ikan sakit ke tidak tu, tak ada lagi bukti yg sahih memngatakan ikan tak merasa sakit atau
sebalik nya. Jadi pandai2 lah kita guna kan cara sebaik mungkin untuk mengurangkan risiko ikan tu
cedera. Pakai barbless hook ke, pakai tali yg tak terlalu halus ke…
Pada pandangan saya, memang saya mengaku, sukan memancing ni memang ada sedikit kejam la.
Tapi, sebab sukan memancing nih la membuatkan saya cintakan alam sekitar, cintakan hidupan
liar dan jaga kebersihan sungai dan jadi pemancing yg beretika kerana takut pupusnya ikan2
tempatan yg boleh memupuskan sukan memancing…