Assalamualaikum Wr.Wb;
Alhamdullilah,sebagai pembuka kata saya sebagai mewakili Temasek Anglers ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan tanah, Uncle Vincent dan Che Wan kerana membenarkan kami menggunakan ruangan ini.
Sebagai membuka tirai kami dari Temasek Anglers mengalu alukan Tetamu2 dan semua Forumers yang ingin datang bertandang diruangan Temasek Anglers,dengan ini dapat lah kami menimba pengalaman dari Otai2 diluar sana yang ingin mengongsi pengalaman masing2.
Sebagai pendatang baru,kami dari Temasek Anglers sedia menerima teguran dan tujuk ajar dari mana2 pehak dengan hati yang terbuka.
Semoga dengan tertubuhnya Temasek Anglers dapat merapatkan silaturahim antara anggota2nya dan Forumers2 di MFN ini sendiri, lebih2 lagi dapat menaikkan MFN dimata dunia.
Akhir sekali terima lah kata2 dari Cendikiawan;
Kalau orang telah berusaha tetapi maksudnya tidak tercapai bukanlah suatu kehinaan.Kehinaan itu terletak pada orang yang tidak berusaha.</font id=“limegreen”>
Dengan ini pintu kami sentiasa terbuka untuk semua, dipersilakan.
Wassalam.
TimCA.




[img]