WAJARKAH ARAPAIMA GIGAS@IKAN NAGA DITANGKAP???

Menurut rakan-rakan semua, wajarkah ikan ini ditangkap atau terus dibiarkan hidup di Tasek Kenyir sebagai satu tarikan memancing yang baru?? Berikan komen anda
Jabatan Perikanan kerah tangkap ikan naga
KUALA TERENGGANU 4 Julai - Jabatan Perikanan negeri akan mengerah beberapa anggotanya dalam tempoh terdekat ini untuk menangkap ikan naga atau Arapaima gigas di Tasik Kenyir.

Pengarahnya, Munir Mohd. Nawi berkata, pihaknya akan menangkap hidup-hidup ikan naga itu sekiranya ia benar-benar wujud di tasik berkenaan.

Katanya, jabatan akan menggunakan tiga bot yang sedia ada di Tasik Kenyir untuk membuat pemantauan dan seterusnya menangkap ikan tersebut.

“Usaha secara berterusan akan dilakukan selaras dengan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Munir mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said semalam yang menawarkan RM10,000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap ikan naga di Tasik Kenyir.

Ahmad berkata, tawaran itu dibuat bagi mengelak spesies ikan kecil lain di tasik berkenaan pupus akibat di makan ikan naga tersebut.

Mengulas lanjut, Munir berkata, ikan naga mempunyai tarikan unik dengan saiznya mampu menyamai panjang sebuah kereta Perodua Kancil.

Malah, katanya, ikan yang berasal dari Sungai Amazon itu boleh mencecah berat antara 50 sehingga 100 kilogram seekor.

Ikan naga sebesar itu pernah wujud di Sungai Kulai, Johor suatu ketika dahulu.

Jelasnya, ketika ini pula seekor ikan jenis itu dengan saiz yang sama terdapat di Ladang Ikan Hiasan Xian Leng di Batu Pahat, Johor.

“Ikan Arapaima gigas yang panjangnya menyamai kereta Perodua Kancil diternak di ladang tersebut di Batu Pahat untuk tarikan pengunjung kerana saiznya yang unik,” katanya.

Ditanya bagaimana ikan tersebut wujud di tasik berkenaan, Munir menjelaskan, ia berkemungkinan besar dibawa masuk oleh pengusaha atau individu tertentu untuk dijadikan ikan hiasan di negeri ini.

Berguru Di Padang Datar,Dapat Rusa Berbelang Kaki

Keratan akhbar hari ini.

HULU TERENGGANU 5 Julai - Tertarik dengan ganjaran RM10,000 yang ditawarkan, Tasik Kenyir mula dibanjiri kaki pancing yang mahu mencuba nasib menaikkan ikan naga atau Arapaima gigas.

Kehadiran kaki pancing menyebabkan Jabatan Perikanan negeri memulakan operasi pemantauan penangkapan ikan naga itu hari ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun sehingga pukul 6 petang, ikan naga yang dipercayai hidup di tasik itu gagal ditangkap, malah kelibatnya juga tidak kelihatan.

Tinjauan di Tasik Kenyir hari ini mendapati, kaki pancing berkenaan ada yang datang dari luar Terengganu.

Seorang pemandu bot pelancong, Azman Mohd, 30, ketika ditemui berkata, dia pernah cuba menangkap ikan naga itu baru-baru ini.

Katanya, dia nampak kelibat ikan sebesar pemeluk dan sepanjang kira-kira 2.4 meter itu ketika bersama seorang rakan pergi memancing di Sungai Beruas.

''Saya menggunakan tali setebal 22 milimeter dan dawai elektrik sebagai mata kail serta anak ikan haruan sebagai umpan bagi menangkap dan mengikatnya di sebatang pokok.

''Bagaimanapun, ikan itu berjaya melarikan diri selepas pokok itu patah," katanya. yang ditinggal di Kampung Basung di sini.

Azman berkata, ikan naga mudah dilihat di kawasan air jernih di sungai berkenaan kerana ia tidak menyukai keadaan air yang keruh.

''Saya pernah melihat ikan ini bermain-main di kawasan air cetek yang jernih ketika air sungai menjadi keruh.

''Ikan ini juga saya rasa ikan jenis jinak kerana ia sering mengikut bunyi enjin bot," ujarnya.

Dalam pada itu, operasi pemantauan Jabatan Perikanan negeri yang diketuai pegawainya, Mohd. Zamri Che Hussin bersama lima anggota lain bermula pukul 11 pagi.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Munir Mohd. Nawi berkata, pihaknya melakukan pemantauan selepas menerima arahan kerajaan negeri.

Katanya, segala aktiviti tangkapan perlu dibuat berdasarkan peraturan dan jadual yang ditetapkan.

''Kita akan memastikan para pemancing mengikut peraturan yang ditetapkan dan keselamatan mereka terjaga," ujarnya.

Berguru Di Padang Datar,Dapat Rusa Berbelang Kaki

salam semua…
sebelum komen nak gak tau dia org nak tangkap ikan tue utk apa???
nak bela ke atau nak bunuh???

kalau kerana ikan tue terlalu besar…tu bukan salah dia..dah mmg dia boleh besar…
lagi pun sebelum ini belum ada record lagi ikan tue makan org…setahu sayala..
ikan lain seperti tapah pun ada gak yg besar lebih kurang mcm tue…tapi tu pun dgr dari cerita org jer…

apa pun rasanya kurang setuju utk penangkapan ikan tersebut…biarlah dia hidup dgn aman..

Paichen-Your Best Casting Partner

mungkin ditangkap agar tidak mengganggugugat specis2 yg lain…barangkalilah…

uii…dgr2 cerita ikan tu akan ditempatkan semula ke tempat lain bila ditangkap..
lagi pon ganjaran tu kalo ikut kata news paper kena tangkap idup2…
bagus la..ditangkap..
kang pupus plak ikan2 kat kenyir tu…
kalo size araipaima tu dah cam keta kancil nie..
setakat toman dgn sebarau 3-4kilo..sekali sedut je ikan ni…

[IMG]http://i378.photobucket.com/albums/oo222/Peacock-Maxx/sharingan.gif[/IMG]

<Peacock 012-2986587> ex_akasah@yahoo.com Fishing provides that connection with the whole living world. It gives you the opportunity of being totally immersed, turning back into yourself in a good way.

bro. rasanyer dorang nak bela dlm akuarium utk tarikan umum…

cheers

[img=left]http://xs127.xs.to/xs127/08226/bka3671.png[/img=left]

ala pikok…yg mcm dia org bela kat jayen s.alam tu…
pegi la tgk…

wajar ditangkap dan dihapuskan. ikan tu ikan impot dan bukan ikan
asal di perairan malaysia. kerana saiz dia yang terlalu besar,
maka sehari dia boleh makan berkilo-kilo ikan dalam tasik kenyir.
kalau 10 tahun dia dalam tasik tu???
sungai amazon lain sebab sungai amazon adalah sungai terbesar dan terdalam di dunia. dia memang sesuai dengan habitat kat sana.

hidup biar beribadat!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>

[IMG]http://i275.photobucket.com/albums/jj301/padndak/pakndakcun.jpg[/IMG] 0134857120

ikan tu ada sapa2 pernah mkn ke??
kalo pernah..msk apa ye yg sedap…

mico..cuba ko buat 3 rasa ..sweat sour, Stim & masak lemak cili api.
mula2 sebulan makan ekor dulu..bln ke-2 makan badannya plak..bulan ke-3 mkn kepala nya plak..3 bulan ko makan ikan…
hehehehehe…lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii

quote:
Originally posted by romico2
ikan tu ada sapa2 pernah mkn ke?? kalo pernah..msk apa ye yg sedap...
[IMG]http://i378.photobucket.com/albums/oo222/Peacock-Maxx/sharingan.gif[/IMG]

<Peacock 012-2986587> ex_akasah@yahoo.com Fishing provides that connection with the whole living world. It gives you the opportunity of being totally immersed, turning back into yourself in a good way.

ko tlg mancenkan…

ermm..kata ada jual kat gaint…

quote:
Originally posted by romico2
ko tlg mancenkan....
[IMG]http://i378.photobucket.com/albums/oo222/Peacock-Maxx/sharingan.gif[/IMG]

<Peacock 012-2986587> ex_akasah@yahoo.com Fishing provides that connection with the whole living world. It gives you the opportunity of being totally immersed, turning back into yourself in a good way.

dia belalah…ltk dlm aquarium…kasi org tgk..

rasanya ikan neh sesuai di tangkap dan dipamerkan..nnt bila da dipamerkan, boleh jadi salah satu sumber pembelajaran bagi generasi muda n rakyat terengganu ttg kewujudan ikan neh…

apa pun pendapat Mailjpm, I’m with u bro…Supppot u with all my heart…[:D]

The Worst Is Yet To Come
“support the underground anglers”
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
syarizads@pop.iwk.com.my</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>
</font id=“Comic Sans MS”></font id=“black”>

[url="http://www.rapalaworld.com/"] I Loves Rapala Too..[/url] [:D][:D]

err…
ikan ni ble ke nak tgkap mcm tu je??
sebelum ni ramai ke yang g kenyir penah dapat ikan ni??
tah2 bkan ikan araipaima yang diorang penah jumpe tu..[|)]

kalau korang tak tangkap ikan tu aku setuju 120%…lebih baik
duduk kat rumah tengok tv je…lagi best…biar aku sorang2
je pi tangkap…besar sikit peluang aku nak dapat habuan 10k tu…
persaingan pun tak banyak…[:D][:D]


012-2695289..tapa…012-2695289..tapa..012-2695289

boikot !!! buat jahanam lubuk jer kalu dah RM 10K punya pasal yang pasti berbagai cara haram digunakan..


“tokey..kasi pil mabuk 5 papan”

klau ia menyebabkan keselamatan terancam n mengelakkan kepupusan…
elok ar ditangkap pendatang tuh

[IMG]http://i559.photobucket.com/albums/ss37/muda_mohd/DAC.gif[/IMG] GO WHERE YOU WANT TO.... NOBODY CAN STOP YOU.... FREEDOM ANGLERS

Jangan Katakan Ikan, Kalau Orang Boleh Di Pancing, Ku Pancing Jua!!!</font id=“size3”>
JANJI DAPAT MANCING</font id=“size4”></font id=“size3”>

TAPA KEMBOJA untuk DIJUAL - 012-2695289
(Lembah Kelang Sahaja)</font id=“Book Antiqua”>

masalahnya nt…org bukan nak tangkap ikan gergasi tue…tapi amik kesempatan nak mengahabiskan segala jenis ikan lain lak…
bukan tak tau…ckp nak tangkap ikan naga…tapi yg dibawak balik toman,sebarau,kelah…
ikan gergasi tak dapat tangkap…iakan lain lak pupus…

selain tue betul gak kata azizian…sesilap guna teknik yg mengancam spesis lain…seperti racun atau bom…lagi parah…!!!

Paichen-Your Best Casting Partner