thanks bro zlan…
semangat semakin berkobar-kobar

thanks bro zlan…
semangat semakin berkobar-kobar

saya bukan sifu sekadar berkongsi ilmu yang masih lagi kurang…seronok berbincang cam nih banyak ilmu di perolehi
saya banyak belajar dari sini… thanks semua yg membantu

soalan lagi… bnyk nak tau nih
bagaimana nak susun tali secara manual ke dalam reel multiplier yg takde level wind… saya dah cuba bnyk kali dan yg sering berlaku adalah masalah tali makan tali… boleh otai2 tolong huraikan

Teknik balingan baitcaster banyak saya belajar dari majalah pancing, internet dan kawan-kawan tapi cara paling berkesan bila kita selalu traning di kawasan lapang sebelum ke padang pancing. Bila kita dah tahu tahap tekanan yang perlu ibu jari berikan pada spool baru senang kerja membaling umpan tapi bila dah lama tak praktik jadi sarang burung balik[:(] berserabut[:(!] last-last jual kat kawan pakai spinning jer senang[:D]
Tu dia.. Dia dok mai.. Ikan besaq hang kata..
anak serinding…apa bila memasukkan tali baru terutamanya braided yang halus eloklah di lakukan dengan seorang lagi memegang sambil menarik tali tersebut agar tali yang di gulung tu benar benar ketat dan tidak mudah untuk masuk kedalam gelungannya tali. mono jarang sangat terjadi kerana talinya agak kasar.
perasan tak yang kebanyakkan drag untuk baitcaster selalunya bila dah ketat habis apabila tali ditarik masih lagi boleh keluar apabila ditarik. sebenarnya itulah tujuannya…cuba stop spool dan tarik tali yang longgar tadi, pasti tali akan masuk kedalam.
nak terangkan saya tak berapa pandai sangat tapi cam tu lah lebih kurangnya…selalunya bila main bottom atau jiggin masa masukkan tali braided memang kena bagi betul betul ketat supaya tak ada ruang untuk tali masuk kedalam bila drag di ketatkan dan ikan menarik tali.
Tak sia-sia jadi moderator

::Proud to be K.A.T::
saya ada cara yang paling senang jika nak masukkan braided halus dalam BC iaitu dengan cara masukkkan gelung tali ke dalam baldi yang berisi air penuh. Pastikan tali telah dimasukkan ke rod dan diikat pada mesin..macam orang nak mancing tapi tali penuh masih dalam air. Lepas tu gulung seperti biasa da pastikan satu tangan lagi memegang tali dengan rod dengan tujuan nak kasi tali rapat. Bila braided basah, gulungannya lebih kemas dan melekat antara satu sama lain..jadi tali akan tersusun rapi.Cubalah ..tangan yang tahan tali kurang sakit sbb tali basah dan kalau tak tahan guna glove tapi susah tali mudah lari drp tangan. Teknik ini boleh dilakukan sorang diri di dalam tandas.
attee, wehh!!!
teman pun pronah berangan2 nak beli baitcaster ni, hatta yg cap ayam sekali pun tapi bila tengok ada ‘jiran’ temn tercasting ‘beehon sup-ayam berkari’ di kolam ah choong, langsung terbantut. setengah jam terbuang nak bagi perbetulkan balik… kena byk training gamaknya




= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
“Be grateful, don’t be a great fool”
prof hehehehe itu salah satu keseronokan guna baitcasting nih…bila dah dapat rhythmnya balingan lagi seronok…
quote:
Originally posted by zlan
prof hehehehe itu salah satu keseronokan guna baitcasting nih....bila dah dapat rhythmnya balingan lagi seronok...
attee, wehh!!!
maka teman tabek spring (troing troing troingg!!!) laaa pada kome2 yg mahir gunakan baitcaster ni. teman puji dari jauh ajee leee. nak pinjam utk training, takut kena pulangkan dgn beehon2 sekali.
tadi pun dh jeling2 kat satu baitcaster kat ah fa tronoh tu… tk tahu brand ape, tapi rega >RM150. mesin2 teman yg lain semua below 100 punya…




= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
“Be grateful, don’t be a great fool”
tak per prof kalau berjumpa kita nanti saya kasi prof rasa dulu cam…boleh ke atau tak boleh..pastu baru amik keputusan nak beli atau tak..bukan apa saya tengok ramai yang cepat rasa bosal bila asyik jadi beehon…
atte, wehh!!!
OK zlan, tapi nnt teman boleh bawakan sup ekor atau gear-box sekali. kalau terjadi beehon, sama2 kita makan beehon sup! kalau nak kicap, pun saya buleh bawakan skali… yum yum yum…




= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”
“If you tell what people want to hear, they will listen.”
“Be grateful, don’t be a great fool”
sdr zlan..
bile masa sesuai utk kite full tension pada spool?
sama ada permulaan balingan atau sewaktu lure sudah hampir ke air?

::Proud to be K.A.T::
assalamualaikum…
Satu lagi saya rasa perlu sebagai panduan kawan2…jangan spool in braided terus ke spool…alas spool dengan mono beberapa meter sebelum masukkan semua braided…ini merupakan keperluan samada untuk aplikasi spinning atau BC supaya tali tak slip dalam spool…
RJ, semua kekili multiplier / BC / spinning yang saya isi dgn braided tanpa backing mono.
Ada cara khas utk mengikat tali braided ke spool arbor tanpa menyebabkan tali tersebut slip.
Yop Pacman, meh la datang ke Kg Permatang time saya ada bawak orang pegi P9. Nanti saya ajar Prof rasa camne nak guna Shimano Conquest 201…
[/img]


Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits!
hehe… bila baca macam² cara korang guna utk isi tali braided dalam spool supaya padat dan ketat, saya tersenyum sendiri…
ada cara paling mudah tak menyusahkan hingga kena bertapa dlm jamban… tengah tengok TV atau layan MFN pun boleh isi tali dgn ketat.
caranya ambik getah pelapik kaki kereta tu (rubber mat).
hamparkan sekeping kat atas lantai. letak tali braided atas tu. kemudian amik lagi sekeping dan tindihkan tali tu. tindihan getah lapik kaki tu akan menyebabkan tali tegang dgn secukupnya. kalau daya rintangannya rasa tak cukup, tambah benda lain yg berat macam buku tebal dan sebagainya. nak tindih dgn mesin jahit hatta mesin basuh pun boleh…
satu lagi cara ialah ketika menaiki bot. masa bot tengah berjalan, lepaskan tali tanpa mengikat apa² kat hujung. bila dah sampai ke penghujung, karau balik (perghhh… jenuh nak mengarau! macam tarik ikan jugak). gerenti tali tu akan jadi ketat seketat-ketatnya… kalah anak dara…
cara lain yg ‘banyak kerja’ ialah mengisi tali tersebut dlm kekili lain. guna drag kekili tersebut sebagai sistem tegangan yg akan memastikan tali ketat dan padat… kalau tak lenguh mengarau, berpeluh pun boleh… heheh
[/img]


Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>
Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.
Pushing the angling limits!
Saya pun penah buat bro wahoo,tapi malas la nak tindih macam yang bro buat tu.Kalau alas mono saya dapati tak perlu nak tindih2,grip pakai jari je…tak de masalah pun.Tali tu tak stretch.Kalau tak alas mono pun tak pe,janji masa masuk kan masukkan dgn ketat je.Memang la tak de masalah,tapi bila bukak balik bila nak tukar end 2 end biasanya kita dapat lihat kesan pada tali yang lapisan bawah tu dah tak seketat mana,(lebih2 lagi kalau spool besi selalu kembang kalau panas dan kecut kalau sejuk mcm kat sini)kengkadang tu tali dah nampak tak cantik walaupun tak penah keluar sampai kat situ.Susunan yang bawah (yang masa dulu dimasukkan ketat dan cantik serta rapat pun dah nampak longgar)kalau kena ikan besar atau cast terlebih jauh sampai takat susunan tak cantik tu(tak pun tali depan asyik putus dan semakin pendek)…al maka senang la tali tu nak slip masuk celah2 susunan bawah yang tak cantik tadi.Bila saya alas dengan mono yang ade stretch,semua masalah tu hilang,stretch pada mono akan tarik tali braid dalam spool supaya sentiasa tegang…jadi tak de lah masalah tali nak slip masuk kat celah2 tu.Saya tak penah jumpa lagi tali yang ‘slip’ pada spool pasal tak dapat nak grip,kecuali kalau tali dah nak abis,kalau tali nak abis tu,ikat macam mana pun dier slip jugak.2posen…
wahoo…bagus bagus dapat lagi satu pengetahuan…hehehe
masaalah nih jarang aku jumpa semasa guna baitcaster tapi selalu aku kena kalau guna untuk peralatan laut dalam…apa apa pun paling senang bawak reel gi kedai suruh dia masukkan tali…hahahahahahahah
Salam…
Saya pun selalunya letak backing mono gak kat semua BC saya…buat sorang je kalau tak de kawan nak tolong. Tapi kalau ada 2 orang lagi senang le…tangan tak de le lenguh sangat… bab nak baling tu kalau nak senang kena le ada orang ajar, sekejap je dapat dia punya skill…
Bang Wahoo… satu hari nak join gak bang Wahoo punya trip ke P 9 tu… boleh ke?..
Fishing For Sport, Not For Food.