MEMBUAT BALINGAN MENGGUNAKAN BAITCASTING REEL

attee, wehh!!!

bro wahoo… bila mike nak ke P9 tu nnt?alau teman takde halangan, teman akan dtg leee



= “Angler Team Mangkor” =
“Team Mangkor U4 - 2006”

“If you tell what people want to hear, they will listen.”

“Be grateful, don’t be a great fool”

teman ni boleh la kata ada tercogok kat Kg Permatang tuh setiap hujung minggu. Yop Prof buleh le datang sebelah malam sikit, buleh try test casting guna BC tu… dedulu tarpon banyak, la ni belukang bersepah…

Umpan besor, dipersilakan kalau nak cuba trip P9 dgn Mangkor Sport Fishing & Recreation yg saya uruskan itu…

[/img]
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.

Pushing the angling limits!

hahahaha…blackmamba…tukang masak mee hun???..takpaa…aiman tak kesah…
hehehehe…aku nak smooth camna?..lengan besaq penyepak…hahahaha…

PER</font id=“red”>EGR</font id=“yellow”>INE</font id=“green”>

topik ni banyak kali dah dibuka oleh beberapa orang. masih tak habis perbincangan ni sebab ini adalah lumrah perbincangan.

memang pada zahirnya guna BC ni susah, tapi kalau berlatih dgn secukup rasa, orang tu akan jadi cekap menggunakan BC.

pada asasnya, susah atau senang nak guna BC tu bergantung kepada beberapa perkara jugak.

yg pertama ialah kekili tu sendiri. ada BC yg mesra pengguna, ada yg susah nak digunakan.

susah atau senang nak digunakan bergantung pulak pada sistem brek BC tu.

bagi orang baru atau orang yg tak tahu, perlu tahu apa perbezaan antara kekili multiplier ngan BC sebab rupa dua² ni tak jauh beza sebab masih dlm kategori kekili menegak - hanya ‘isi dalam’ kekili tu aje yg membezakannya.

kekili multiplier biasa takde sistem brek, manakala BC pulak dilengkapi dgn sistem brek sebab ianya direka utk tugas casting (baling tarik baling tarik).

Sistem brek ni bertugas mengawal kelajuan putaran gelendung supaya tak terlalu laju (akan menyebabkan meehon) atau terlalu perlahan (balingan jadi tak lancar atau jarak balingan tak jauh). Putaran gelendung perlu dikawal supaya putarannya seiringan dengan kelajuan tali yg keluar dari gelendung semasa proses membaling tu.

Sistem brek ni secara amnya ada dua jenis.

Jenis pertama ialah jenis centrifugal (emparan).

Jenis ni dilengkapi dgn ladam khas (macam kasut brek) yg akan mencengkam permukaan gegelung sebelah luar (macam brek dram jugak). Ladam ni pulak akan bergerak di atas aci yg berbentuk jejari. Bila gelendung berputar laju, ladam ni akan bergerak (mengembang) ke arah luar (pengaruh kesan gegasing) dan tertahan pada dram lantas mengujudkan kesan membrek. Kuat atau sedikit geseran yg terhasil oleh brek tu tertakluk pada kelajuan gelendung. Lagi laju putaran lagi kuat ia membrek dan akan beransur berkurangan bila gelendung jadi perlahan.

Kekili Abu Garcia Ambassaduer, Shimano Calcutta guna sistem centrifugal ni. Ada yg guna dua ladam aja, dan ada yg dilengkapi hingga enam ladam sebagai brek. Kuat atau sedikit kuasa brek tu bergantung kepada berapa banyak ladam yg dipasang. Dan lagi satu, berapa berat ladam tersebut. Lagi berat ladam, lagi kuat ia membrek.

Satu sistem lagi menggunakan magnet. Magnet sebagai mana kita tahu, mempunyai kutub (Utara & Selatan). Kutub yg bertentangan akan menarik satu sama lain dan begitulah sebaliknya.

Jadi, bila medan magnetik tu dimanupulasikan utk mengawal kelajuan putaran gelendung. Selain dari itu, jarak antara medan tenaga magnetik dan gelendung yg berputar juga akan mempengaruhi kadar kelajuan putaran gelendung tu.

BC Daiwa banyak guna sistem magnetik ni. Sistem ni lebih mesra pengguna sebab ia mudah dilaraskan berbading sistem centrifugal yg memerlukan ketelitian membuat setting brek (kena on-off ladam² tersebut mengikut keperluan). Sistem magnetik selalunya ada dail, pusingkan aja utk mendapatkan pelarasan yg optimum.

Selain dari itu, kecepatan gelendung utk mula berputar juga boleh mempengaruhi prestasi BC tersebut. Itu la pasal kita tengok kebanyakan gelendung BC zaman sekarang ada yg berlubang-lubang (dipanggil wiffle spool). Lubang tu gunanya utk mengurangkan berat jisim gelendung. Lagi ringan gelendung, lebih mudah utk ia mula berputar. Sebagai contoh, tayar basikal senang nak dipusingkan sebab ia ringan. Kalau tayar lori? – ishhhh takde keje la pulak nak pusingkan tayar lori…

Apa perlunya fungsi tersebut? Ini utk mengurangkan inertia iaitu hanya sedikit kuasa diperlukan utk mula memusingkan spool. Dlm hal ini – gewang ringan pun boleh cast.

Apa lagi ye? Nihhh… kemampuan spool utk tetap berputar utk satu jangka masa tertentu. Spool mesti lancar berputar bagi melicinkan balingan supaya boleh cast jauh. Utk itu, ball bearing yg lancar adalah perlu. Ball bearing ni pulak harus dilincirkan dgn pelincir yg sesuai. Pelincir yg terlalu pekat tak sesuai sebab ia akan mengujudkan rintangan utk ball bearing berputar lama.

Jadi, prestasi sesuatu BC tu banyak dipengaruhi oleh ketelitian pembuatan, juga kualiti komponennya. Komponen yg dibuat dgn imbangan yg tepat memberikan kelancaran. Proses ni melibatkan kos. Itulah sebabnya, BC yg berkualiti tinggi harganya mahal. Tapi berbaloi la bila tiba masa nak menggunakannya…

BC dah ada, tapi kenapa tak boleh baling macam orang tu?

Dlm hal ni, setup pancing juga penting.

Bila guna BC, gabungan kekili, joran, tali utama dan berat gewang perlu seragam. Ini dinamakan harmoni supaya semuanya boleh bekerjasama dgn erat tanpa apa² masalah yg menjadi rintangan.

[/img]
Apa dikesal dengan kepupusan ikan, ayuh tangani kerakusan manusia!</font id=“blue”></font id=“size3”>
Don’t regret about fish extinction, just stop human’s greediness!</font id=“red”></font id=“size3”>

Ikan kita adalah warisan yang tak ternilai. Puliharalah ia demi generasi akan datang.
Our fish is a priceless heritage. Conserve it for future generation.

Pushing the angling limits!

[:0][:D]

cayala bro wahoo… tabikkkk

maklumat yg berguna…tq kepada forumer yg menyumbang…
soalan tambahan : bagi mendapatkan casting yg baik… selain teknik, adakah penggunaan main line juga diambil kira, jika ye, bagi yg baru belajar pound tali yg tinggi atau yang rendah lebih senang di cast?

teman memang tengah belajar cast…nanti dan pandai nak ikut trip P9 bro wahoo

http://haruansiam.multiply.com

setahun dua guna BC nih, rasenyer mono berdiameter agak kasar lebih senang di cast daripada yg halus. kalau halus gt susah nak betulkan kalau jadi mee goreng…

oo..kalau macam tu pound yg tingggi lah senang nak cast yer…
td bro…

http://haruansiam.multiply.com

quote:
Originally posted by ariaruantasik
maklumat yg berguna...tq kepada forumer yg menyumbang... soalan tambahan : bagi mendapatkan casting yg baik... selain teknik, adakah penggunaan main line juga diambil kira, jika ye, bagi yg baru belajar pound tali yg tinggi atau yang rendah lebih senang di cast?

teman memang tengah belajar cast…nanti dan pandai nak ikut trip P9 bro wahoo

http://haruansiam.multiply.com


[:D]macam ku knal bro ni,jangan lupa ajak pakwan sekali kalau gi mancing[:p][:p]

tengok jugak jenis mono. macam saya, biasa gunakan mono brand daiwa. fav saya, daiwa triforce… dan juga trilene.. kotak merah. lupe nama.

quote:
wahoo Posted - 06/19/2007 : 21:55:51 -------------------------------------------------------------------------------- RJ, semua kekili multiplier / BC / spinning yang saya isi dgn braided tanpa backing mono.

Ada cara khas utk mengikat tali braided ke spool arbor tanpa menyebabkan tali tersebut slip.

Yop Pacman, meh la datang ke Kg Permatang time saya ada bawak orang pegi P9. Nanti saya ajar Prof rasa camne nak guna Shimano Conquest 201…


A’kum semua[:D], saya setuju dgn Bro wahoo yang kita boleh masukkan tali braided sepenuhnya dalam spool multiplier ataupun BC. Asalnya, saya pun ada masalah tali braided slip pada spool. Bila drag dikunci ketat 100%, kita masih boleh tarik tali keluar. Bila saya tanya di kedai pancing, baru saya dapat ilmu ni. Sepatutnya, lepas ikat tali pada spool, lekatkan spool yang ada ikatan tali tu dengan masking tape. Sekarang saya dah takde lagi masalah slipping. Semua multiplier dan BC saya masukkan tali dengan cara ni. Selamat mencuba[:D].

A’kum sumer,
Saya tidak sependapat dengan most of bros here.. : ) ( Saya sorang je kot )
Saya lebih prefer mono berbanding braided <----- ( Saya sorang jugak kot? )
Alasan:-

  1. Braided tak strechable, so kalau pakai lures yg berat skit dan kita nak fast cast atau jauh
    percentage untuk putus adalah tinggi bila backlash. Mono memberi lebih regangan, kalau backlash
    lure akan bounce balik (kira macam spring la..)
  2. Permukaan braided tak licin mcm mono. So, kalau thumbing terasa kesat dan kalau fast cast,
    kesian kat ibu jari..
  3. Braided lebih menyimpan air( akan jadi lebih berat sket)
  4. Kalau ikan strike, especialy yg besar dan ganaz ( firsthand experience )dan kita pun strike
    ( terkejut punya pasal.. ) chances putus tinggi pasal tidak strechable (seperti No.1 kat atas )
    Saya biasa menggunakan tali 8-10lbs dan masih mengunakan mono ( favourite Berkly sensi-thin ) dan alhamdulillah selepas 8 tahun, skang ni takde backlash.

bro. inspire…

  1. guna shock leader utk serap hentakan (wind-in leader)
  2. tak licin tapi lembut. alternatif bole guna finger/thumb guard w/pun sya tak penah guna
  3. betul. tapi every cast akan mengeluarkan air tu dari tali (sbg fine mist)
  4. refer to reason #1

sya punya experience tak baper baik guna mono, distance tak jauh & birdnest… mungkin masa tuh sya tak baper mahir lagik kot. la ni mmg guna braided utk bc setup sya & very happy wif it…

cheers


* Team KAT BigMac - U4 2006 * http://binjai.multiply.com http://binjai.proboards20.com 'He who eats too many prunes, sits on toilet many moons'

[img=left]http://www.l33tsig.net/sig/binjai.png[/img=left]

hee…everybody with their own prefences..
good view dan bagus utk mereka yg masih dlm pembelajaran… so, mana2 yg masih belajar bolehla cuba dua2 tali and get your experience and preference..
cheers!oopss kita minum dulu..!

quote:
Originally posted by inspire
hee...everybody with their own prefences.. good view dan bagus utk mereka yg masih dlm pembelajaran... so, mana2 yg masih belajar bolehla cuba dua2 tali and get your experience and preference.. cheers!oopss kita minum dulu..!

Mamak!!!, teh tarik dua, kurang manis

tambah sup torpedo sama telur setengah masak..! punch jung, ko nak makan ape..?