Ikan Talapia Bersalut</font id=“red”></font id=“size3”>:
Bahan-bahannya</font id=“red”>:
1 ekor ikan talapia - saiz sebesar tapak tangan
2 ulas bawang putih - kisar
3 ulas bawang merah - kisar
15 biji cili padi - kisar
1 inci belacan - kisar
1 batang serai - dititik
4 camca besar air asam jawa
gula, garam, minyak dan air.
Cara memasak</font id=“red”>.
Ikan dibersihkan, lumur garam kunyit dan goreng.
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga berbau.
Perasakan dengan garam dan gula
Tuangkan air asam jawa dan sedikit air.
Masukkan serai dan ikan. Gaul sebati dan angkat.
Selain dari ikan talapia, boleh guna ikan bawal, sepat,
[img]http://i234.photobucket.com/albums/ee140/mayong_mega/signature3.jpg?t=1211180474[/img]
Go fishing with Mayong Airlines... The Official Airlines for MFN Forumer
Mayong… memang pakndak letak serai, sebab mak pakndak letak serai.
sebenarnya asam pedas utara dengan negeri lain berlainan. kalau
mak pakndak buat asam pedas ikan air tawar lain, dan untuk ikan
air laut lain pulak.
kalau asam pedas melaka, lagi la berlainan. pakndak dah melancong seluruh semenanjung… ternyata asam pedas memang berlainan antara
satu negeri dengan satu negeri.[:p]
kaya… impian setiap insan!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
betui tu.. nama masakan sama tapi bahan lain-lain.. sama jugak macam masak asam tempoyak, kuah cucur udang, kuah laksa, air asam(utk ikan bakar).. lain tempat, lain resepi..
Pakndak, resepi ikan masak cuka x dak ka?? teringan pulak nak masak untuk berbuka.. hehehe. tak ramai orang tau masak cuka nie..
Ikan Haruan Masak Cuka.</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
Bahan-bahannya</font id=“limegreen”>:
1 ekor ikan haruan (anggaran 1kg)
1 camca teh biji sawi
1/2 biji buah keras - ditumbuk lumat
2 inci halia - dimayang
5 ulas bawang putih - dimayang
5 labu bawang merah - dibelah 4 setiap satu
2 biji cili merah - belah 2
10 biji cili padi - belah 2
sedikit serbuk kunyit sebagai pewarna
cuka makan / gula / garam
minyak masak
1 ulas bawang putih dan merah untuk menumis.
Cara memasak</font id=“limegreen”>:
Ikan haruan dipotong ketul dilumur garam kunyit dan digoreng.(tidak perlu banyak garam)
Tumis bawang dalam periuk bersama sedikit minyak. Bila
bawang kuning masukkan air. Kemudian masukkan cili, buah keras,
bawang, biji sawi, halia dan serbuk kunyit.
Bila mendidih masukkan ikan haruan, gula garam dan cuka.
Masak hingga bahan-bahan agak sedikit lembut.
Masukkan cuka mengikut cita rasa.
berbelanja dengan bijak!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
Terima kasih la no bagi resepi.. buleh lah try petang nie..tapi rasanya nak pakai ikan siakap kot.. ikan darat mana nak pi carik kat kl time nie.. kalau ada pun yang bela punya.. minggu lepaih banyak la sbb bawak balik dari kampung..
hizan… ikan siakap kat kl tu sekilo berapa ringgit???
kalau kat pasar kat alor setar ne rm15.00 sekilo… kalau kat tesco
tu murah sikit rm13.50 sekilo. yang kat pasar lebih fresh
berbanding tesco. tengok mata ikan tu dah tahu segar tidak.[:D]
kat kl nie lebih kurang sama jer harga siakap ngan kat aloq setaq cuma kalau kat pasar malam, harga dia bergantung pada saiz ikan, saiz sedang yang mahal.. tapi kena pandai tengok la takut kena sungai punya (hanyaq gila).. selalu beli kat giant atau carrefour saja..
masak cuka semalam x jadi pakai ikan siakap, pakai ikan gerut-gerut. licin gak sapu.. hari nie nak buat lagi..hehehe
Bahan-bahannya</font id=“red”></font id=“size3”>:
2 ekor ikan keli (atau apa-apa ikan yang sesuai)
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
Kuah Percik.(bahan B)</font id=“red”></font id=“size3”>
1 cawan santan
3 ulas bawang putih - dikisar
5 labu bawang merah - dikisar
3cm halia - dikisar
3cm kunyit hidup - dikisar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit bahan perasa
Cara memasaknya</font id=“red”></font id=“size3”>:
Basuh bersih ikan bersama asam jawa dan garam.
Gaul bersama serbuk kunyit dan garam.
Untuk kuah perciknya, masak kesemua bahan B di atas api
selama 2 minit dan angkat.
Bakar ikan sambil percik dengan bahan B sampai masak.
kalau ikan banyak… gandakan bahan-bahan diatas.
ucaplah sayang setiap hari!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
Bahan-bahannya</font id=“brown”></font id=“size3”>:
4 biji cili padi - potong nipis
1 biji cili merah - potong nipis
1 biji bawang merah - potong nipis
1 inci belacan
2 sudu makan air asam jawa
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
sedikit serbuk perasa
Cara membuatnya</font id=“size3”></font id=“brown”>:
Kacau belacan bersama air asam jawa
(tambah sedikit air jika pekat)
Masukkan cili padi, cili merah dan bawang.
Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
Dihidang bersama ikan bakar.
jika ikan banyak gandakan bahan-bahan diatas.
ucaplah sayang setiap hari!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>
bandang… kita kongsi ilmu dan pengalaman. kalau simpan
dalam otak pun rugi jer. cuba la buat sebab resipi pakndak
ringkas dan jenis makanan orang kampung. ditanggung halal
hehehehehe.
kaya… impian setiap insan!!![:)]</font id=“limegreen”></font id=“size4”>